Monday, May 17, 2010

MID YEAR EXAM!



Assalamualaikum. Hyep2. Selamat pagi. =)


Emm, hari selasa ni exam pertengahan tahun. Semua rasa ada. Berdebar2, mengantuk, takut, relax, suka, tak suka, semua laa ada.

Target? Mesti laa ada. Ok, biar saya listkan target saya untuk this mid year exam.



BM = 90++
BI = 80++
MATHS = 95++
SEJ = 90++
PAI = 90++
CHEM = 85++
BIO = 85++
PHY = 80++
ADD MATHS = 80++

Hurmm, mudah2an target saya tercapai. Doakan saya agar saya berjaya dalam exam kali ni. InsyaAllah. =)






tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya,
dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan,
yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi,
dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat,
chaiyok, alyani nazirah bt junaidi!!
i know u can do it.


p/s: man jadda wa jadda

post signature

SELAMAT HARI GURU!


Assalamualaikum.


Hari guru?? Haishh, sape yang tak tahu tarikh keramat tu memang dia seorang yang tidak pernah menyedari kepentingan seorang guru dalam kehidupan kita.


16MEI, tarikh untuk menyambut guru diseluruh Malaysia tapi, bukan hari ni je dok minta maaf kat cikgu la, bagi hadiah kat cikgu laa, hormat cikgu laa. Sebaliknya, sikap ini perlu ada dalam diri kita setiap hari. Bukankah guru itu ibarat ibu bapa kedua kita?


Tarikh ini hanyalah hari untuk kita sambut guru kita, macam kita sambut hari ibu dsbnya.


Bila bercakap pasal hari guru, satu sajak yang saya tidak pernah lupa adalah sajak yang ditulis oleh Usman Awang, sajaknya membawa pelbagai maksud tersirat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Nah, memang tepat sajak ini mengenai jasa seorang guru. Tanpa guru, siapalah kita. Hidup kita pasti akan terumbang ambing jika tiada siapa yang membimbing kita. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam hidup kita. Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru di dunia. Sesungguhnya jasa mereka amat banyak kepada kita. Hargailah guru kita sebaiknya.

Saya sayang cikgu saya, terutama guru2 di SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR DAMAI PERDANA yang telah banyak mendidik saya. InsyaAllah, saya akan berusaha memajukan diri saya.

Sebelum tu, ini adalah senarai guru2 yang mengajar saya pada tahun 2010.

  • bahasa melayu> PUAN NORHAYATY
  • bahasa inggeris> MRS AMAR
  • matematik> PUAN MUHSINAH
  • sejarah> PUAN NOR IDAYU
  • pendidikan agama islam> USTAZAH MARYATI
  • chemistry> PUAN SHALIZA
  • biology> PUAN ZARANUM
  • physics> CIK ILANI
  • add maths> PUAN ZAINUN MUDA
terima kasih cikgu!

p/s: besok ada sambutan hari guru peringkat sekolah..bertemakan bollywood. Haisshhhh =_="


post signature

Wednesday, May 5, 2010

SAYANG KELAS 5AMANAH




Assalamualaikum.


Hye2, kaifa halukum?
Emm, 5 Amanah? Sebuah kelas yang memiliki pelajar2 yang saya rasakan memang gempak2, terutamanya dari segi perangai diorang. Banyak kenangan saya dengan pelajar2 dalam kelas ni.


Alaa, ni kan kelas saya, saya anggap semuanya sebagai kawan2 saya. Diorang ni sporting, happy-go-lucky, perangai yang gila2. Haha. Best kawan dengan diorang.


Hurmm, apa menyebabkan saya terdorong ntuk menceritakan pasal kelas saya ek? Ini bukan bertujuan untuk membuka pekung didada sebab semua yang saya cerita baik2 je.


Honestly, saya betul2 suka dengan tahun ni>>2010, tahun yang amat bermakna bagi saya. Tahun ni saya tahu, saya bakal menghadapi peperiksaan SPM! dan saya juga bakal berpisah dengan mereka hujung tahun ni. Saya tak tahu kenapa saya emo sangat. Saya cuma takut kehilangan dan berpisah dengan mereka.


Mereka memang kawan2 yang baik. Aiman, Bedul, Akid, Syuk, Thomas, semualaa! (ramai laa, haha). Diorang memang kawan yang sporting habis, mesti rindu an kalau berpisah nanti. Saya pun tak dapat bayangkan.


Lepas tu, kawan2 karib saya, Syaza, Wani, Nadia, Hurin, diorang lah yang menjadi tulang belakang saya atas kejayaan saya selama ni. Saya juz tak dapat bayangkan, macam mana kita dapat sesuaikan diri dalam persekitaran U kelak. Yela, kalau selama ni kita asyik rehat sama2 je, keluar pun sama2, tusyen sama2, tidur sama ^_^", belajar sama2 dan akhirnya kita terpaksa berpisah juga.


Tapi ingat! Kalau kita berpisah tahun ni disebabkan mengejar cita2 masing2, ini tidak bermakna putus hubungan persahabatan kita. Janji tau! saya sayang korang semua.


Saya doakan kejayaan kita semua. Amin. Kalau boleh, ingatlah wahai kawan2ku, kita belajar ilmu Allah kerana Allah. Barulah kita akan mendapat keberkatannya, insyaAllah.


Emm, kalau nak tahu, seorang lagi kawan yang saya memang rindu sangat sekarang ni. Nama dia ialah Nik Sakinah. Dia dah pindah ke Kelantan. Dia terpaksa berkorban dalam hidup dia untuk mengecapi kejayaan. Takpe nik, awak buat semua ni ada sebab. Walaupun awak terpaksa berjauhan dengan family dan kami semua. Ingat! Allah sentiasa bersama kita. Lagi pun, awak dekat sana dah banyak berubah, awak semakin maju dalam pelbagai aspek. So, kalau dah berjaya jangan lupakan kami semua ye!


Tahun ni tahun last, macam tak sangka je. Atas kesempatan ini juga saya menyusun sepuluh jari kalau saya ada buat salah dan silap. Manusiakan tidak sempurna. =)


Sebelum saya berundur, saya nak berkongsi bahawa ada empat jenis golongan yang diberikan pahala dalam menuntut ilmu ini, iaitu:
  • Golongan yang suka bertanya akan sesuatu ilmu.
  • Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajarnya kepada orang lain.
  • Golongan yang mendengar orang yang mengajar ilmu (cikgu dengan murid^_~)
  • Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Ok, sekian saja entry kali ini. =)

p/s: Kalau korang dah kerja, sorang2 kena belanja saya, ingat tau! Haha.

BILA PUISI MEMBAITKAN MAKNA

Assalamualaikum.
Saya harap kalian semua dalam keadaan yang baik sentiasa dan diredhai Allah. Emm, untuk post kali ni saya nak postkan sebuah puisi yang amat saya suka.

Hayatilah.



Kejayaan dan kegagalan,
bukan milik kita,
kita hanya mampu,
berusaha, berdoa dan bertawakal,
Allah yang berhak menentukan segalanya.

Biarlah titisan air mata kejayaan,
membasahi pipi ayah dan bonda,
yang akan membungai sanubarinya,
lantaran usaha gigih kita,
tanpa kenal putus asa,
jihadmu menuntut ilmu-ilmu Allah.

Janganlah kau limpah tangisan kegagalan,
membasahi pipi ayah dan bondamu,
yang akan merobek-robek jiwa mereka,
lantaran kemalasan, kejemuanmu,
menimba ilmu-ilmu Ilahi.

Kejayaan dan kegagalan,
bukan milik kita,
milik Allah,
Pencipta Alam Semesta.


p/s: triumph and disaster. T_T

Sunday, May 2, 2010

BERMULANYA BULAN MEI

Assalamualaikum.

Pejam celik2x, tidur, makan. Dah masuk bulan mei dah. Sekejap je masa berlalu. Rasanya baru semalam tahun baru. Ahakz. Emm, bila saya tengok balik posts saya untuk bulan April je baru dua post, huhu. Agak mengecewakan. Yela, mana taknya. Asyik sibuk je. Tak de masa nak update blog ni.

Rindu pula kat blog ni. =) Blog ni laa tempat saya mencoret apa2 yang tak berfaedah. Haha.

Act, banyak yang nak saya cerita tapi tak sempat. Waa. T_T.

Asyik sibuk je. Pagi pergi sekolah, petang tusyen sampai malam. Lepas tu buat homework. Pastu tidur. Macam tu laa rutin harian. Sekali sekala on9.

Bercakap pasal bulan mei ni, mesti sebagai seorang pelajar tahu apa yang penting untuk bulan ni. MID YEAR EXAM!! Dahlah result exam ni ibu bapa akan dipanggil datang kesekolah mendengar taklimat daripada guru2 kelas. Tapi takpe, buat apa nak takut. Berani kerana benar, takut kerana salah. So, saya tahu saya budak baik, cikgu mesti kasi komen baik2 je.(perasan betul!!)

Result ouh result. Takut gak nak tahu result. Mid year exam ni kena buat betul2. Mana boleh main2. Emm, bila fikir balik apa yang aku dah ulangkaji ek?? Baru sikit je. Itu pun ada yang lupa2 sikit. Huhu. Kalau study last minute memang best. Time tuu, semua ingat. Sebab baru baca semalam, hehe. Tapi, banyak risiko study macam ni. Tau2 jela kan. Huhu.

Cikgu cakap, mid year exam ni tiga minggu. Lama bukan? Mesti stress je sepanjang minggu tu. Hurmm, insyaAllah. Saya akan buat yang terbaik. Tahun ni SPM, mana boleh main2.

p/s: termenungkan masa hadapan. -_-

Wednesday, April 14, 2010

DOA RASULULLAH SAW

Assalamualaikum!~


Hyep2, selamat pagi! Dah ngantuk macam ni still juga nak update blog. Aiseyy, huhu. Emm, apa ek saya nak cerita sebenarnya. 


Sebenarnya macam ni, masa saya tengah baca tabloid iluvislam bil:2, ada satu tajuk ni menarik jiwa remaja saya untuk membacanya iaitu kisah cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha.


Sure punya, mesti korang tahu siapa mereka ni kan?


Ok, alkisahnya, Nabi Yusuf ni terkenal dengan anugerah ketampanan yang luar biasa, tetapi ini tidak menjadikan Nabi Yusuf seorang yang lupa diri dan berbangga kerananya. bila ada orang hensem, mestilah ada orang yang tertawan. Ada pula seorang wanita yang merupakan isteri kepada menteri Al Aziz iaitu Zulaikha jatuh hati kat Nabi Yusuf ni. 


Si Zulaikha ni sanggup menduakan suami dia semata2 untuk mendapatkan Nabi Yusuf. Dia menawarkan dirinya kpada Nabi Yusuf. Namun usaha dia tak berjaya. Malangnya, Nabi Yusuf pula terpaksa dipenjarakan. Tinggallah Zulaikha memendam rindu kepada Nabi Yusuf. Akibat terlalu cinta dan merindui Nabi Yusuf, Zulaikha hilang pertimbangan, dia menjadi separuh gila. Zulaikha bertukar dari rupa yang rupawan menjadi seorang wanita yang tua hodoh. Matanya buta kerana asyik menangis terkenangkan Nabi Yusuf macam tu sekali kan, huhu.


Pastu, hampir 12 tahun Nabi Yusuf dipenjarakan, Banginda diangkat menjadi raja kerana mukjizatnya yang boleh menafsirkan mimpi. Atas kehendak Allah, Zulaikha dipulihkan. Wajahnya muda dan semakin cantik. Akhirnya, Allah mewahyukan Nabi Yusuf agar berkahwin dengan Zulaikha.


Namun, Zulaikha bukan lagi seperti dulu. Dia sudah insaf dan banyak menghabiskan masanya bermunajat kepada Allah sehingga terlupa tanggungjawab dia sebagai seorang isteri.


Begitulah cinta yang dulu datangnya daripada nafsu dapat dipadamkan apabila dia kenal dan cinta kepada Allah. Cinta Allah adalah taraf cinta yang tertinggi. Kemuncak cinta itu ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.


So, saya harap korang semua faham dengan cerita di atas. Emm, mesti korang tertanya2, apasal tajuk untuk entry ni DOA RASULULLAH SAW? Hehe.


Sabar2, sebenarnya cerita di atas just nak kaitkan dengan doa yang bakal saya tulis nanti. Rasulullah SAW bersabda inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.

Ok, doanya ialah:
Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu. Dan cinta kepada orang yang mengasihiMu. Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta Mu. Jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai drpd air sejuk bagi orang yang kehausan. 
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu. 
Ya Allah, apa sahaja yang engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai. 
Ya Allah, jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan. 
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu, mencintai malaikatMu, RasulMu dan hambaMu yang soleh. 
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai. 
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu.
Inilah doanya, kadang2 manusia alpa dengan cinta mereka terhadap yang Maha Pencipta. Tak dinafikan perasaan cinta sesama manusia tidak boleh dihalang, tetapi biarlah cinta kita kepada Allah, malaikat dan Rasul dulu diutamakan.

p/s: kalau ada jodoh takkan kemana, betul tak? hehe

KEHIDUPAN YANG MEMENATKAN

Assalamualaikum~


Harap anda semua sihat walafiat. InsyaAllah =)


Wahh, tengok jap dah pukul 1:09 dah, huhu. Mulut pun dah berapa kali menguap dah. Mata pun dah bertakung air mata dah, huh~


Emm, now, april is coming. Today is 14th april. Cepatnya masa berlalu. Dah berkurun lamanya saya tidak mengupdate blog ni, memang terlalu sibuk, mengalahkan orang yang bekerja kot. Huhu.


Bak kata abah:
kakak ouh kakak, abah tengok hang ni dah macam orang bekerja dah, mengalahkan orang pejabat. Pergi sekolah pagi, pastu balik malam. Cubalah bawa berehat sikit. Nanti tak pasal2 masa SPM jatuh sakit.
Huhu. Abah, sorry, bukannya apa, ini untuk kepentingan kita juga. Kata nak berjaya, terpaksalah kita berkorban. Lagi pun akakkan anak sulung. Banyak tanggungjawabnya, huhu T_T


Ok, yesterday ada rehearsal untuk para pengawas> pengawas sekolah, pss, prs. Hari isnin ni ada watikah perlantikan pengawas. Nak tau siapa yang akan datang~ JENG3


LAKSAMANA TENTERA LAUT, haha. Pelikkan, tetibe lak dia nak datang.


Tapi apa2 pun, kitorang kena buat yang terbaik. All must look perfect! Raptai ni lah diadakan masa waktu belajar, terpaksa lah kitorang "ponteng" kelas semata2 untuk buat raptai ni. Empat masa terbuang begitu saja, huhu.


Tapi, alhamdulillah, sempat gak saya cover balik daripada kawan, credit to hurin ;)


Ha!kalau nak tahu saya jadi biro nilam dalam organisasi pss ni. Tengs syaza. ILY~ Saya pun tak sangka saya dapat, hehe. Alhamdulillah. Tapi en, diorang kata tugas ni berat, hurmm~ Alaa, nak buat macam mana, mana ada benda yang senang kat dunia ni. Saya akan lakukan yang terbaik, insyaAllah.


Time raptai ni, kitorang dah jadi macam ahli kawad kaki dah. Haha. Antara arahan yang kitorang terima
pemimpin! hadap kehadapannnn, kekiri pusing!
Haha. Zafran as our commander. Chaiyok Zafran.


Pastu, kitorang kena training steps untuk terima sijil. Angkat tabik, hentak kaki dsb. Penat ooo.


Dan, besok harini laa, hehe, raptai penuh akan diadakan. Confirm, mesti penat yang teramat sangat dan terpaksa kitorang "ponteng" kelas lagi. Waaa~


Itulah kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Lepastu, pergi tusyen, balik malam, naik bus lak tu.


-balik malam2, still pakai uniform sekolah, ramai orang tengok, dalam hati berkata: "harap2lah aku ni halimunan, biar diorang tak nampak aku, lebih2 lagi aku ni perempuan, mesti ramai orang pandang serong punyalah".

-Dalam hati diorang mesti terdetik> apasal budak sekolah ni balik lewat, mak bapak diorang tak tahu ke? Mesti diorang ni merayap, melencong ngan kawan2, tak tahu malu.



p/s: dah lali dengan semua tu. T_T