Saturday, July 10, 2010

ISRAK DAN MIKRAJ, MEMBAWA MAKSUD YANG MENDALAM



Assalamualaikum.
Sebelum tu saya nak minta maaf sebab dah lama tak meng'update' blog ini. Kadang2 masa membantaskan kita untuk melakukan sesuatu, lebih2 lagi dalam masa beberapa bulan je lagi dah nak dekat trial. huhu. Siapa2 yang terbaca blog saya ni, doakan saya agar saya mampu buat yang terbaik dalam trial dan SPM yang akan datang.

27 REJAB, pastinya sinonim dengan mereka yang sentiasa mengambil tahu akan perihal dunia Islam.


Pada tarikh inilah satu peristiwa yang luar biasa berlaku iaitu ISRAK DAN MIKRAJ yang mengambil masa sehari sahaja untuk berlaku, itulah kekuasaan Allah s.w.t.


Disini saya postkan sebuah artikel yang dipetik dari blog akhi Faizal, syukran ya akhi. Jazakallah=)

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. 


Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail:
Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami. 


§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. 

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. 

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". 



Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

xi. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. 



Rasulullah : Labbaika. 


Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 


Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 


Allah S. W. T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak Aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat

Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya,

peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..



p/s: Mudah2an peristiwa ini dapat menginsafkan kita, amin. =)
post signature

Thursday, June 17, 2010

ALLAH BANTULAH PELIHARA MASJID AL-AQSA


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.

Bangunan kubah batu atau Kubbatul Syakhrah (Dome of the Rock) dijadikan pembohongan besar pihak Yahudi yang mahu menipu dunia bahawa kononnya bangunan itu merupakan Masjid al-Aqsa.

Gambar bangunan Kubah Batu itu disebar meluas bertujuan menunjukkan itu 'Masjid al-Aqsa' masih utuh.
Hakikatnya, masjid itu kini dalam keadaan terancam yang boleh melenyapkan terus masjid ketiga paling suci kepada umat Islam itu dari muka bumi ini. Masjid al-Aqsa kini berada dalam cengkaman Yahudi dan rejim Zionis itu kini sedang giat melakukan kerja2 penggalian terowong, dikhuatiri kerja2 itu akan menyebabkan masjid itu akhirnya roboh, runtuh, musnah dan terus didirikan sebuah kuil di atasnya satu hari nanti. Apabila saat itu tiba, sudah terlewat untuk umat Islam menyelamatkan masjid suci tersebut.

Masjid al-Aqsa bermaksud masjid yang jauh (jauh dari Mekah) tetapi kita tidak mahu ia semakin jauh daripada hati umat Islam walaupun ia diingat setiap tahun dalam peristiwa Israk Mikraj.


Propaganda Yahudi untuk kuasai al-Aqsa.

Ekoran penguasaan mereka ke atas Baitulmaqdis, Israel mengambil kesempatan mengelirukan masyarakat dunia kononnya bangunan Kubah Baru adalah Masjid al-Aqsa sebab itu mereka menggambarkan gambar Dome of the Rock sebagai Masjid al-Aqsa.

Apabila umat Islam keliru dan sukar membezakan mana satu Masjid al-Aqsa maka semakin mudahlah mereka melaksanakan perancangan jahat untuk melenyapkan masjid suci itu. Matlamat rejim Zionis tersebut ialah untuk menguasai masjid berkenaan lantas merobohkannya apabila umat Islam tidak mengetahui Masjid al-Aqsa yang sebenar. Apabila Masjid al-Aqsa tidak lagi dalam ingatan umat Islam maka Yahudi akan dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti!

Tujuan utama media Yahudi melakukan penyamaran bangunan Kubah Batu sebagai Masjid al-Aqsa adalah agenda untuk menghancurkan al-Aqsa dan membangunkan Solomaon Temple (Kuil Sulaiman) pada bekas tapak runtuhan itu.

Sebabnya, kaum itu meyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahawa akan datang diakhir zaman seorang yang mereka anggap dewa penolong Yahudi yang dinamakan Messiah (Al-Masih, dlam bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di Solomon Temple itu. Nauzubillah min zalik, betapa kejamnya Israel!

Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan umat Islam. Adakah kita sedar??Tepuk dada tanya iman!~
p/s: dipetik dan diubah suai daripada akhbar mega, khamis 17 JUN 2010

post signature

Friday, June 11, 2010

Open Your Eyes - ماهر زين






Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO......

"*"
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah)

Guide us every single day...
(Allah)

Keep us close to you
Until the end of time...

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside
NO..........

Repeat "*"

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

Repeat "*"

Allah...

You created everything
We belong to you
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you

.....Alhamdulillah......



p/s: Hati tenang je ^^
post signature

DOA QUNUT NAZILAH




post signature

HOLOCAUST IN PROGRESS! ACT NOW TO SAVE GAZA AND PALESTINE

Assalamualaikum..

Semoga hidup kita hari ini diberkati dan diredhai oleh Allah..

Apa yang saya cuba sampaikan hari ni adalah berkaitan gambar di atas..

Aagh! Usah berdiam sahaja, kita sesama Islam jangan biarkan saudara kita ditindas sama sekali..

Berusaha lah untuk lakukan apa yang terdaya, walaupun kita tidak dapat bersama2 di medan perang, ada satu lagi senjata yang paling kuat kita ada..

Iaitu DOA..

Doalah demi keamanan mereka..

Doalah demi kesejahteraan mereka..

Doalah demi kemenangan mereka..

Doalah kerana Allah..

InsyaAllah, akan dimakbulkan..

Jangan sekadar lantang bersuara, tapi hakikatnya, tiada apa yang disumbangkan..

Bangkitlah wahat umat Islam!!

Jangan biarkan saudara kita ditindas!!

Kita tinggal di Malaysia sepatutnya bersyukur kerana tidak dijajah melalui peperangan untuk generasi masa kini..

Tapi, ingatlah! Kita sebenarnya telah dijajah melalui pemikiran. Malangnya, tiada siapa yang sedar akan bahananya..

Nauzubillah..


p/s: Sama2 mendoakan.

post signature

RINDU TERUBAT!

Assalamualaikum.

Hyep2. Dah lama betul tak update blog sejak mid year exam hari tu. Serious, memang busy betul time exam tu. Terpaksa stay up sampai lewat malam. Tu laa, study last minute lagi. Memang laa macam tu jadinya.

Ok2, lupakan pasal exam kejap. Hehe. Sekarang ni musim cuti sekolah!. Hoho. Tapi tak boleh laa nak enjoy2 sangat. Kena belajar gak. Nanti dah SPM baru nak menyesal. TIme tu nasi dah jadi bubur dah pun. Huhu.

Emm, hari isnin hari tu dapat gak laa balik kampung setelah bertahun2 tak balik kampung. Rindu ouh. Kebetulan masa tu atuk belah mak dan atuk belah abah ada kat TROLAK SELATAN. So, jumpa dua2 atuk sekali gus. 2 in 1. Hehe.

So, first day kitorang sampai, terus pak tam plan nak pegi CAMERON HIGHLAND!

Bagai dicita ulam mendatang, memang kitorang adik beradik pun ngah bosan masa tu. Bila pak tam pun dah ajak, apa lagi, pujuk lah abah ikut sekali. Hoho. Akhirnya, dapat gak laa jejak ke cameron. Tapi, satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, pasal jalan nak menuju ke cameron. Perghh, macam ular kena palu je. Bukan main lagi bengkang bengkok jalan dia. Huhu. Time tu tahan je muntah dari keluar. =_=''

Pastu dalam sejam pastu ktorang sampailah kat mana ntah, lupa laa nama tempat dia. Huhu. Kitorang makan ramai2. Then teruskan perjalanan ke cameron.

Bila dah sampai, ingatkan cameron ni best laa sangat. Opss. Tapi, biasa2 je. Ada pokok, ada salad, strawberi, macam biasa je. Saya pun just perhatikan pemandangan dari atas bukit jelah. MasyaAllah, indah sekali kejadian Allah. Angin sepoi2 menhidupkan suasana. Time tu saya teringatkan penduduk Palestin. Allah hu akbar. Damainya negara kita. Dari sini hanya doa dapat saya utuskan.

Sebelum pulang, sempat gak laa beli buah strawberi yang dah diawet. Sedap tau. Kalau yang segar punya masam je. Huhu. -_-''



Pastu bila dah sampai kat rumah pak ngah, malam tu ktorang wat BARBEKU! Sedap ouh. Semua perbelanjaan di tanggung oleh pak tam. Macam2 dia beli. Memang boleh meletup perut kalau makan banyak2. Huhu.

Malam tu, kitorang sekeluarga tidur kat rumah pak ngah. Zzzzzzzz. -_-!

Hari kedua lak, hari perpisahan. Kena balik KL balik. Lagi pun besok (rabu), ada seminar menjawab sejarah, mana boleh ketinggalan. So, lepas solat Zohor pun ktorang bertolak.

Akhirnya, kami semua selamat sampai kat rumah. Alhamdulillah. =)


p/s: Rugi laa mak tak ikut balik kampung. Semua orang kirim salam. ^^


post signature

Tuesday, May 18, 2010

PAPER BM!

Assalamualaikum. Hyep2.


Hari ni, paper bm. Haisshh, no komen. Huhu. Entahlah, tak tahulah macam mana nak cakap. Saya dah buat yang terbaik apa yang boleh saya lakukan adalah tawakkal. Sejujurnya, saya tidak berapa suka paper bm kali ni. Menguji kesabaran betul, huhu


Ok, salah satu soalannya dia minta betulkan satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Soalan dia berbunyi:
Menara Berkembar Petronas jelas terlihat apabila menghampiri Bandaraya Kuala Lumpur
Hurmm, jenuh saya fikir apakah kesalahan daripada ayat diatas. So, apalagi, saya hentam keromo jelah, hehe =_=''


Untuk bahagian novel pula, soalan nak satu teknik saspens dalam novel yang telah dipelajari. Pergh, nasib baik dah baca. Alhamdulillah, boleh jugalah jawab.


Bagi paper satu lak, alhamdulillah. Karangan dia saya boleh buat dengan sukses. InsyaAllah. Tapi, apa2pun, selesai paper bm, besok paper bi pula menanti. Kena buat yang terbaik! Go3 Alyani! =)

p/s: jom hafal FISHBONE!. Lalalala~



post signature