Hyep2, selamat pagi! Dah ngantuk macam ni still juga nak update blog. Aiseyy, huhu. Emm, apa ek saya nak cerita sebenarnya.
Sebenarnya macam ni, masa saya tengah baca tabloid iluvislam bil:2, ada satu tajuk ni menarik jiwa remaja saya untuk membacanya iaitu kisah cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha.
Sure punya, mesti korang tahu siapa mereka ni kan?
Ok, alkisahnya, Nabi Yusuf ni terkenal dengan anugerah ketampanan yang luar biasa, tetapi ini tidak menjadikan Nabi Yusuf seorang yang lupa diri dan berbangga kerananya. bila ada orang hensem, mestilah ada orang yang tertawan. Ada pula seorang wanita yang merupakan isteri kepada menteri Al Aziz iaitu Zulaikha jatuh hati kat Nabi Yusuf ni.
Si Zulaikha ni sanggup menduakan suami dia semata2 untuk mendapatkan Nabi Yusuf. Dia menawarkan dirinya kpada Nabi Yusuf. Namun usaha dia tak berjaya. Malangnya, Nabi Yusuf pula terpaksa dipenjarakan. Tinggallah Zulaikha memendam rindu kepada Nabi Yusuf. Akibat terlalu cinta dan merindui Nabi Yusuf, Zulaikha hilang pertimbangan, dia menjadi separuh gila. Zulaikha bertukar dari rupa yang rupawan menjadi seorang wanita yang tua hodoh. Matanya buta kerana asyik menangis terkenangkan Nabi Yusuf macam tu sekali kan, huhu.
Pastu, hampir 12 tahun Nabi Yusuf dipenjarakan, Banginda diangkat menjadi raja kerana mukjizatnya yang boleh menafsirkan mimpi. Atas kehendak Allah, Zulaikha dipulihkan. Wajahnya muda dan semakin cantik. Akhirnya, Allah mewahyukan Nabi Yusuf agar berkahwin dengan Zulaikha.
Namun, Zulaikha bukan lagi seperti dulu. Dia sudah insaf dan banyak menghabiskan masanya bermunajat kepada Allah sehingga terlupa tanggungjawab dia sebagai seorang isteri.
Begitulah cinta yang dulu datangnya daripada nafsu dapat dipadamkan apabila dia kenal dan cinta kepada Allah. Cinta Allah adalah taraf cinta yang tertinggi. Kemuncak cinta itu ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.
So, saya harap korang semua faham dengan cerita di atas. Emm, mesti korang tertanya2, apasal tajuk untuk entry ni DOA RASULULLAH SAW? Hehe.
Sabar2, sebenarnya cerita di atas just nak kaitkan dengan doa yang bakal saya tulis nanti. Rasulullah SAW bersabda inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.
Ok, doanya ialah:
Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepadaMu. Dan cinta kepada orang yang mengasihiMu. Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta Mu. Jadikanlah cintaMu itu lebih aku hargai drpd air sejuk bagi orang yang kehausan.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu.
Ya Allah, apa sahaja yang engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah cintaMu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu, mencintai malaikatMu, RasulMu dan hambaMu yang soleh.
Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cintaMu dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintaiMu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMu.Inilah doanya, kadang2 manusia alpa dengan cinta mereka terhadap yang Maha Pencipta. Tak dinafikan perasaan cinta sesama manusia tidak boleh dihalang, tetapi biarlah cinta kita kepada Allah, malaikat dan Rasul dulu diutamakan.
p/s: kalau ada jodoh takkan kemana, betul tak? hehe