Harap anda semua sihat walafiat. InsyaAllah =)
Wahh, tengok jap dah pukul 1:09 dah, huhu. Mulut pun dah berapa kali menguap dah. Mata pun dah bertakung air mata dah, huh~
Emm, now, april is coming. Today is 14th april. Cepatnya masa berlalu. Dah berkurun lamanya saya tidak mengupdate blog ni, memang terlalu sibuk, mengalahkan orang yang bekerja kot. Huhu.
Bak kata abah:
kakak ouh kakak, abah tengok hang ni dah macam orang bekerja dah, mengalahkan orang pejabat. Pergi sekolah pagi, pastu balik malam. Cubalah bawa berehat sikit. Nanti tak pasal2 masa SPM jatuh sakit.Huhu. Abah, sorry, bukannya apa, ini untuk kepentingan kita juga. Kata nak berjaya, terpaksalah kita berkorban. Lagi pun akakkan anak sulung. Banyak tanggungjawabnya, huhu T_T
Ok, yesterday ada rehearsal untuk para pengawas> pengawas sekolah, pss, prs. Hari isnin ni ada watikah perlantikan pengawas. Nak tau siapa yang akan datang~ JENG3
LAKSAMANA TENTERA LAUT, haha. Pelikkan, tetibe lak dia nak datang.
Tapi apa2 pun, kitorang kena buat yang terbaik. All must look perfect! Raptai ni lah diadakan masa waktu belajar, terpaksa lah kitorang "ponteng" kelas semata2 untuk buat raptai ni. Empat masa terbuang begitu saja, huhu.
Tapi, alhamdulillah, sempat gak saya cover balik daripada kawan, credit to hurin ;)
Ha!kalau nak tahu saya jadi biro nilam dalam organisasi pss ni. Tengs syaza. ILY~ Saya pun tak sangka saya dapat, hehe. Alhamdulillah. Tapi en, diorang kata tugas ni berat, hurmm~ Alaa, nak buat macam mana, mana ada benda yang senang kat dunia ni. Saya akan lakukan yang terbaik, insyaAllah.
Time raptai ni, kitorang dah jadi macam ahli kawad kaki dah. Haha. Antara arahan yang kitorang terima
pemimpin! hadap kehadapannnn, kekiri pusing!Haha. Zafran as our commander. Chaiyok Zafran.
Pastu, kitorang kena training steps untuk terima sijil. Angkat tabik, hentak kaki dsb. Penat ooo.
Dan, besok harini laa, hehe, raptai penuh akan diadakan. Confirm, mesti penat yang teramat sangat dan terpaksa kitorang "ponteng" kelas lagi. Waaa~
Itulah kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Lepastu, pergi tusyen, balik malam, naik bus lak tu.
-balik malam2, still pakai uniform sekolah, ramai orang tengok, dalam hati berkata: "harap2lah aku ni halimunan, biar diorang tak nampak aku, lebih2 lagi aku ni perempuan, mesti ramai orang pandang serong punyalah".
-Dalam hati diorang mesti terdetik> apasal budak sekolah ni balik lewat, mak bapak diorang tak tahu ke? Mesti diorang ni merayap, melencong ngan kawan2, tak tahu malu.
p/s: dah lali dengan semua tu. T_T
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^