Monday, August 30, 2010

KETULUSAN HATI

بسم الله الرحمن الرحيم


Sedihku, sakitku, ku terima..
Ku rela, ku pasrah, jalanku..
Ini suratan, aku dicuba..
Demi rahmatMu ke memohon..

Ya Allah..
Redhai ketulusan hati..

Ya Allah..
Beri aku ketabahan..

Ya Allah..
Aku sanggup berkorban..
Demi rahmatMu..

Ya Allah..

Di dunia yang sarat godaan..
Ku mohon, dosaku, ampunkan..
Ingin bahagia, dunia akhirat..
Turunkan rahmatMu untukku..

Ya Allah..
Redhai ketulusan hati..

Ya Allah..
Beri aku ketabahan..

Ya Allah..
Aku sanggup berkorban..
Demi rahmatMu..

Ya Allah..
post signature

SATU MUHASABAH. KENAPA YAHUDI BIJAK?


بسم الله الرحمن الرحيم
ASSALAMUALAIKUM..

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain. 

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. 

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. 

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. 

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi.

Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara. Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi?

Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! '

Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. 

Penulis: Dr. Stephen Carr Leon 

Di alih bahasa oleh: Adibah Mohd Noor, Matriculation Lecturer, Department of Sciences UIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor. 

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

Emm, macam itu laa cara orang Yahudi mendidik anak2 mereka. Sejak dari dalam kandungan ibu lagi. Bayangkanlah!!

Akhirulkalam, kita, sebagai umat Islam yang pernah mencapai zaman kegemilangannya suatu masa dahulu, apa salahnya jika kita buat apa yang mereka buat. Actually, semua amalan mereka ni bukankah Islam menyarankannya. Tepuk dada tanya iman~

p/s: Akak faham kalau mak dan abah tak buat macam ni masa mengandungkan akak, mungkin kurang pendedahan tentang kepentingan amalan seperti ini. Tapi, alhamdulillah, semakin akak membesar di dunia ni akak banyak belajar. InsyaAllah, nanti bila akak dah berkeluarga akak nak amalkan amalan ni dalam keluarga akak. Hehe~ =_=''

Friday, August 27, 2010

TRIAL SPM IS AROUND THE CORNER!!




Assalamualaikum..

Emm, dah lama tak singgah ke blog kesayangan ni. Maklumlah, sekarang ni agak busy jugak lah. Sebab,
23 / 09 / 2010 >> TRIAL SPM!!
So, kena study la, kena buat revision la, kena buat latihan laa. Macam2 laa.

SPM ni tak boleh bawa main. Saya kena buat betul2. Tak boleh hampakan mak abah.

Cakap pasal exam, saya tak sangka yang saya top no 1 pelajar cemerlang dalam sekolah untuk exam pertengahan tahun.

Saya tahu yang result saya pun bukannya bagus sangat. Banyak yang perlu di tingkatkan. Huhu.

Lagi pun, maybe sekolah saya ni bukan setaraf sekolah2 mrsm mahupun sekolah kluster. So, kalau saya di campak masuk sekolah2 yang macam tu, ranking berapa saya duduk pun saya tak tahu.

Tapi, sekarang ni lupakan pasal ranking tu, setakat mid year exam apa lah sangat. Trial ni lagi penting, nak dapat biasiswa pun guna result ni tau!

So, saya tak boleh main2. Kena tingkatkan lagi saya punya result. Saya pun nak masuk U juga, tak pun belajar kat luar negara. Mesti best kan. Tapi, yang penting, kita teroka semua ilmu ni kerana Allah. Ingat tu!

Dan tak ada yang perlu dibanggakan kalau result kita cemerlang tapi akidah kita merosot~

Emm., untuk trial ni, saya dah buat target saya dah. Hope tercapai laa. Amin.

BAHASA MELAYU > 90++
BAHASA INGGERIS > 75++
SEJARAH > 80++
MATEMATIK > 100
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM > 90++
CHEMISTRY > 88++
PHYSICS > 85++
BIOLOGY > 85++
ADDMATHS > 85++

Mudah2an target saya tercapai. Kalau boleh mestilah nak tinggi lagi. Hehe.

Bahasa inggeris saya tahu saya lemah, kadang2 bab2 latihan bahasa inggeris ni, rasa macam malas je nak buat. Huhu.

Apa2 pun berserah dan tawakal jela. InsyaAllah, semua boleh. Ingat tu Alyani. ^^

post signaturep/s: Tak sabar nak raya maksudnya tak sabar nak trial gak la~

Thursday, August 26, 2010

KETAHUI DISEBALIK LAGU ALEJANDRO BY LADY GAGA

Credit kepada penulis asal yang saya tak dapat pastikan siapa, moga kita beroleh manfaat.

Pesanan to Alejandro. Baca sampai habis ye.

Assalamualaikum. Semoga apa yang nak saya sampaikan hari ni dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah. Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka.

Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far. Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal. Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga. Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni.

Dalam video terbaru dia. Ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu, mungkin tak banyak yang kita boleh tahu. Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu laki-laki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. But I just can't be with you like this anymore, Alejandro."


Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus). Google untuk baca lebih lagi.


But I just can't be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapan nya tak. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham . Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.


 

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih. Okay jadi boleh nampak kan. Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro". Sebaik saja dia sebut "Alejandro" Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.


"She hides true love En su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."



Maksud lirik ni pulak. A halo' bermaksud ia dianggap "suci" (holy). Around her finger (cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillonya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.



Selepas sahaja lirik tu. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?


(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas. Ada banyak sangat simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan.

    

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan. Untuk memuja dan menyeru syaitan.
" In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed." - Manly P. Hall

  Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan. Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don't call my name, Don't call my name, Bye Fernando. I'm not you're babe, I'm not you're babe. Alejandro (tuhan) Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer.


I'm not your babe I'm not your babe, Fernando. Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Jangan lah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka. Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena solve apa makna dia.


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib. Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia. Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik:

" Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus) "


Dan di akhir video. Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings. Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control. Oleh siapa? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni. Siapa dalang disebalik semua ni? Siapa ketua? Anda mampu cari jawapan nya kan? Insya-Allah pasti.

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam, bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romance. Jadi apa yang gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain. Hmm lepas ni apa? Menghina Al-Quran dan Islam? Nauzubillah jauh-jauhkan la ya Allah.

Cik Gaga ni membawa bersamanya semua agenda illuminati dan tak tahu la macam mana ramai yang boleh terpukau dengan dia  Namun saya yakin dah ada banyak peminat dia yang mula ragu-ragu dengan diri Gaga, tindakannya dalam setiap video. Tapi masih tidak boleh berhenti mendengarkannya. Ingin saya katakan kat sini, berhentilah mendengar lagu Gaga. Tidak mustahil nanti dia akan cuba menyelitkan lirik yang akan menyebut La-la-la Allah .(Tiada Allah). Dan kita sebagai manusia sentiasa lalai. Tanpa iman mungkin kita akan menyanyikan lirik tersebut (dengan alasan ia hanya lagu) dan pada saat itu, apa akan jadi ? 

Ya Allah, lindungi lah kami dari tipu daya syaitan dan sekutunya. Amin ya rabbalalamin.


Sumber asal: vigilant citizen :)

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"(Al-Isra' 17:36)

Tak perlu minta izin, silakan pada yang nak share=)
post signature