Sunday, January 23, 2011

KENALI PERUBAHAN BADAN ANDA

assalamualaikum..=)
Artikel kali ini bagus untuk anda semua.
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
  • Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK

  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG

  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius..
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

  • Bibir pucat : sistem penghadaman yang lemah, perut mengandungi angin, kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan..
  • ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :

  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

  • Sakit Sendi : Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout), Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) , Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
  • KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
  • KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
  • KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  • SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
  • SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
  • RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
  • GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN

  • KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA : Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA : Bahagian atas menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi. Bahagian bawah (tengkuk), menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
  • SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA : Menandakan penyakit migrain.
  • E. BISUL TERJADI DI KEPALA : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • RASA PENING YANG MEMUSING : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.
15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

  • LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
  • MUNTAH DARAH : Darah merah, pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan darah hitam, pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.
16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING

  • KERAP KENCING : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
  • AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
  • AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
  • AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
  • AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR

  • CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar..
  • SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
  • NAJIS BERDARAH : Darah merah, masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus..darah hitam, masalah penyakit ulser perut.
  • NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN

  • RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
  • Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
  • Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan..
  • Sakit menyentap : Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
  • Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
  • BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
  • BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
  • BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


p/s: fikir2kan lah. =D

post signature

Saturday, January 22, 2011

RODA-RODA KEHIDUPAN

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh =)

wahh, dah berhabuk aku punya blog nie.
setebal 1 inci kalau boleh di ukur. hihi

selamat datang tahun baru 2011. baru nak wish..ngee~~. Apa2 pun saya harap azam tahun baru ni akan terlaksana. Malah, azam tu sepatutnya dah di lestarikan sejak awal muharam hari tu lagi, betul tak?. Ok2, saya tak nak cakap pasal azam tahun baru, biarlah azam tu terus hidup dalam diri saya. eceh,cakap je lebih..nanti lupa azam2 tu..-.-. Takpe2, jangan risau. Azam2 tahun ni selamat dalam buku diari. hehe

CARI DUIT?
Tahun ni saya mulakan hidup bukan lagi dengan ke sekolah memakai seragam kuning, menjalankan tugas sebagai pelajar, menyiapkan kerja sekolah, menyusun buku di library, gosip2 dengan kawan, kena puji ngan kawan. EH? xD

Emm, semuanya hanya tinggal kenangan je. One thing for sure, kenangan tu takkan pernah terkubur, terdelete!. Rindu sangat ngan diorang. huhu~~

So, apa yang saya buat pada awal tahun ni??. Of course la pergi kerja..hehe. Now, saya kerja sebagai cikgu. ustazah pun boleh laa cuz kena pakai tudung labuh. =D. Selain daripada kerja sebagai cikgu, saya gak kerja sebagai baby sitter. So, 2 in 1 la ni en. hoho(!)

Permulaan kerja, not bad laa. Ramai kawan2 baru yang saya dapat. Kat sana, saya lah yang paling muda, pelajar lepasan SPM. Yang lain kebanyakannya dah berumur 20-an, dah bertunang, dah berkahwin, yang bunting pun ada. semoga selamat melahirkan anak..=). Emm, nasib baik lah kat sana ada kak akma, satu kepala. HEHE. Lagi pun dia muda lagi, kak akma banyak bagi tunjuk ajar, tengs akak! Ustaz zul pun baik gak, dia tu muda lagi. hihi. Suka buat lawak. Tapi, dia dah bertunang ngan kak hana, memang secocok lah. Ibarat pinang dibelah dua. xD

Banyak yang saya belajar kat sana. Cara2 nak layan budak terutamanya. Yela, kena pandai tarik minat mereka untuk belajar. Kat sini, saya sedar bukan mudah tugas seorang guru. Kat taska pula, kena mandikan budak, buatkan susu, ajar budak2 solat. Emm, ibarat persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan la ni ek?? hehe. =P. Kerja kat sini memang menguji kesabaran. So, saya pegang prinsip ni bahawa SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN dan saya laksanakan kerja ini dengan ikhlas. =)

GAJI?
Persoalan ni mesti tak lari dari kotak fikiran kita. Yela, mana ada yang percuma kat dunia ni. Kadang2 kita kerja pun semata2 nak duit sehingga lupa apa tujuan dan niat kita untuk bekerja.

“Bekerjalah kamu di siang hari seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beribadatlah kamu di malam hari seolah-olah kamu akan mati di esok hari..”
So, soal gaji ni saya tak tahu sangat. Time saya pergi cari kerja hari tu tak tanya pula berapa gaji yang ditawarkan. Yang saya tahu, saya betul2 nak kerja cuz bosan duk kat rumah. KANTOI!~hihi. Dalam keempat2 kawan saya yang pergi temu duga hari tu, tak sangka pula saya yang dapat. Alhamdulillah. =)

Ha!cakap pasal duit. Perghh, adik saya form 3 tu siap demand lagi.
"akak, kalau akak dah dapat gaji nanti jangan lupa bagi RM50 kat abang. Janji tau!" 
dia bahaskan diri dia abang.
perghh, yang saya pula pergi angguk je..haha..=___=''

*terima kasih kepada ustazah maimunah merangkap guru besar kafa integrasi as-Syakirin kerana memberi kepercayaan kepada saya..syukran!~

CINTA?
Erk. No komen! haha. Saya baru je umur 18 tahun, soal cinta saya tak nak fikir lagi. Lama lagi lah, lagi pun saya ni muda lagi. Hoho. =P

"Tidak salah untuk bercinta dan berkahwin kerana itu fitrah manusia untuk menyayangi dan disayangi"
Emm, saya ada suka seseorang ke?

NOVEL =D

Baru2 ni saya jumpa Akid, my best fren yang juga merupakan jiran saya. Dia ada bagi pinjam novel. Tajuk dia CINTA KE SYURGA. novel islamik Perghh, memang tak lepas dari tanganlah bila baca novel tu. Dalam masa beberapa jam je saya habiskan. Teringin sangat nak tahu ending dia. hehe sedih kot novel tu..T__T


Time baca, saya tertanya2, dapat ke aku jumpa cinta yang macam tu?? Wujud ke orang yang macam Yusuf kat dunia ni. watak utama dalam novel tu..
"Jika kamu cinta kepada bunga, bunga akan layu. Jika kamu cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cintalah kepada Allah swt, Allah swt akan mencintai kamu selama-lamanya. Tidakah kamu terfikir bahawa dunia ini hanyalah sementara. Di mana tak satu tempat atau apapun yang kamu boleh gantungkan harapan. Sengaja Allah swt menjadikan ini semua sebagai petunjuk, untuk menunjukkan kepada manusia, hanya Dialah tempat kita bergantung harap kerana Dialah yang kekal abadi"
Tapi, saya tetap percaya laki2 yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.

dan..
perkara yang sentiasa saya idamkan ialah bila dah dapat gaji nanti, nsyaAllah, saya nak beli novel banyak2. hoho

EH?sejak bila aku minat baca novel ni.

RESULT SPM..(!)

hari ni dah 23hb Jan. huhu~ Result SPM lak keluar bulan 3 ni. aku menanti dengan penuh harapan. Target saya tentulah 9A+. Sebab tu laa setiap hari saya tak pernah miss berdoa agar impian itu dikabulkan. Amin.

"Jika cepat doamu Allah makbulkan, maka Dia sayangkanmu. Jika lambat, maka dia ingin mengujimu. Jika doamu tidak dimakbulkan, maka sesungguhnya Dia sedang merancang sesuatu yg lebih baik buatmu" dan ingatlah Allah rindu suara rintihan hamba2Nya. InsyaAllah. =D
Sekarang ni, apa yang mampu saya lakukan adalah berdoa dan bertawakal. Segala usaha telah saya tumpahkan masa SPM hari tu.


kadang2 aku terfikir..betul ke aku ni dah tamat SPM?

akhirulkalam,
saya mahu jadi yang terbaik. Tahun ni mungkin lagi besar cabarannya. Saya akan lebih terdedah dengan persekitaran orang2 dewasa. Then, jika diizinkan oleh Allah saya akan masuk U, menjadi seorang pelajar yang takkan pernah jemu2 menerokai ilmuNYA. InsyaAllah. Dan, paling penting semua ni untuk mak dan abah yang telah membesarkan saya. Tengs mak, abah! Bahkan, untuk mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat..!


dunia kan berputar..
kadang2 di atas..
kadang2 di bawah..
ibarat roda yang sedang berpusing..
semua terasa ringan jika kita ikhlas melaluinya..
berputar mendaki bukit impian tuk menggapai cita2..
juga menuruni lembah syukur..
tanpaMU kami lemah..
Ya Allah..
ya tuhan kami..
janganlah Engkau pikulkan apa yang tak sanggup kami pikulnya..

wassalam.


p/s: mudah2an cita2ku untuk menjadi doktor tercapai. AMIN YA RABBAL ALAMIN..=)

post signature