assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh =)
wahh, dah berhabuk aku punya blog nie.
setebal 1 inci kalau boleh di ukur. hihi
selamat datang tahun baru 2011. baru nak wish..ngee~~. Apa2 pun saya harap azam tahun baru ni akan terlaksana. Malah, azam tu sepatutnya dah di lestarikan sejak awal muharam hari tu lagi, betul tak?. Ok2, saya tak nak cakap pasal azam tahun baru, biarlah azam tu terus hidup dalam diri saya. eceh,cakap je lebih..nanti lupa azam2 tu..-.-. Takpe2, jangan risau. Azam2 tahun ni selamat dalam buku diari. hehe
CARI DUIT?
Tahun ni saya mulakan hidup bukan lagi dengan ke sekolah memakai seragam kuning, menjalankan tugas sebagai pelajar, menyiapkan kerja sekolah, menyusun buku di library, gosip2 dengan kawan, kena puji ngan kawan. EH? xD
Emm, semuanya hanya tinggal kenangan je. One thing for sure, kenangan tu takkan pernah terkubur, terdelete!. Rindu sangat ngan diorang. huhu~~
So, apa yang saya buat pada awal tahun ni??. Of course la pergi kerja..hehe. Now, saya kerja sebagai cikgu. ustazah pun boleh laa cuz kena pakai tudung labuh. =D. Selain daripada kerja sebagai cikgu, saya gak kerja sebagai baby sitter. So, 2 in 1 la ni en. hoho(!)
Permulaan kerja, not bad laa. Ramai kawan2 baru yang saya dapat. Kat sana, saya lah yang paling muda, pelajar lepasan SPM. Yang lain kebanyakannya dah berumur 20-an, dah bertunang, dah berkahwin, yang bunting pun ada. semoga selamat melahirkan anak..=). Emm, nasib baik lah kat sana ada kak akma, satu kepala. HEHE. Lagi pun dia muda lagi, kak akma banyak bagi tunjuk ajar, tengs akak! Ustaz zul pun baik gak, dia tu muda lagi. hihi. Suka buat lawak. Tapi, dia dah bertunang ngan kak hana, memang secocok lah. Ibarat pinang dibelah dua. xD
Banyak yang saya belajar kat sana. Cara2 nak layan budak terutamanya. Yela, kena pandai tarik minat mereka untuk belajar. Kat sini, saya sedar bukan mudah tugas seorang guru. Kat taska pula, kena mandikan budak, buatkan susu, ajar budak2 solat. Emm, ibarat persediaan untuk melangkah ke alam perkahwinan la ni ek?? hehe. =P. Kerja kat sini memang menguji kesabaran. So, saya pegang prinsip ni bahawa SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN dan saya laksanakan kerja ini dengan ikhlas. =)
GAJI?
Persoalan ni mesti tak lari dari kotak fikiran kita. Yela, mana ada yang percuma kat dunia ni. Kadang2 kita kerja pun semata2 nak duit sehingga lupa apa tujuan dan niat kita untuk bekerja.
“Bekerjalah kamu di siang hari seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya, dan beribadatlah kamu di malam hari seolah-olah kamu akan mati di esok hari..”So, soal gaji ni saya tak tahu sangat. Time saya pergi cari kerja hari tu tak tanya pula berapa gaji yang ditawarkan. Yang saya tahu, saya betul2 nak kerja cuz bosan duk kat rumah. KANTOI!~hihi. Dalam keempat2 kawan saya yang pergi temu duga hari tu, tak sangka pula saya yang dapat. Alhamdulillah. =)
Ha!cakap pasal duit. Perghh, adik saya form 3 tu siap demand lagi.
"akak, kalau akak dah dapat gaji nanti jangan lupa bagi RM50 kat abang. Janji tau!" dia bahaskan diri dia abang.
perghh, yang saya pula pergi angguk je..haha..=___=''
*terima kasih kepada ustazah maimunah merangkap guru besar kafa integrasi as-Syakirin kerana memberi kepercayaan kepada saya..syukran!~
CINTA?
Erk. No komen! haha. Saya baru je umur 18 tahun, soal cinta saya tak nak fikir lagi. Lama lagi lah, lagi pun saya ni muda lagi. Hoho. =P
"Tidak salah untuk bercinta dan berkahwin kerana itu fitrah manusia untuk menyayangi dan disayangi"Emm, saya ada suka seseorang ke?
NOVEL =D
Baru2 ni saya jumpa Akid, my best fren yang juga merupakan jiran saya. Dia ada bagi pinjam novel. Tajuk dia CINTA KE SYURGA. novel islamik Perghh, memang tak lepas dari tanganlah bila baca novel tu. Dalam masa beberapa jam je saya habiskan. Teringin sangat nak tahu ending dia. hehe sedih kot novel tu..T__T
Time baca, saya tertanya2, dapat ke aku jumpa cinta yang macam tu?? Wujud ke orang yang macam Yusuf kat dunia ni. watak utama dalam novel tu..
"Jika kamu cinta kepada bunga, bunga akan layu. Jika kamu cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cintalah kepada Allah swt, Allah swt akan mencintai kamu selama-lamanya. Tidakah kamu terfikir bahawa dunia ini hanyalah sementara. Di mana tak satu tempat atau apapun yang kamu boleh gantungkan harapan. Sengaja Allah swt menjadikan ini semua sebagai petunjuk, untuk menunjukkan kepada manusia, hanya Dialah tempat kita bergantung harap kerana Dialah yang kekal abadi"Tapi, saya tetap percaya laki2 yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya.
dan..
perkara yang sentiasa saya idamkan ialah bila dah dapat gaji nanti, nsyaAllah, saya nak beli novel banyak2. hoho
EH?sejak bila aku minat baca novel ni.
RESULT SPM..(!)
hari ni dah 23hb Jan. huhu~ Result SPM lak keluar bulan 3 ni. aku menanti dengan penuh harapan. Target saya tentulah 9A+. Sebab tu laa setiap hari saya tak pernah miss berdoa agar impian itu dikabulkan. Amin.
"Jika cepat doamu Allah makbulkan, maka Dia sayangkanmu. Jika lambat, maka dia ingin mengujimu. Jika doamu tidak dimakbulkan, maka sesungguhnya Dia sedang merancang sesuatu yg lebih baik buatmu" dan ingatlah Allah rindu suara rintihan hamba2Nya. InsyaAllah. =DSekarang ni, apa yang mampu saya lakukan adalah berdoa dan bertawakal. Segala usaha telah saya tumpahkan masa SPM hari tu.
kadang2 aku terfikir..betul ke aku ni dah tamat SPM?
akhirulkalam,
saya mahu jadi yang terbaik. Tahun ni mungkin lagi besar cabarannya. Saya akan lebih terdedah dengan persekitaran orang2 dewasa. Then, jika diizinkan oleh Allah saya akan masuk U, menjadi seorang pelajar yang takkan pernah jemu2 menerokai ilmuNYA. InsyaAllah. Dan, paling penting semua ni untuk mak dan abah yang telah membesarkan saya. Tengs mak, abah! Bahkan, untuk mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat..!
wassalam.
p/s: mudah2an cita2ku untuk menjadi doktor tercapai. AMIN YA RABBAL ALAMIN..=)
akhirulkalam,
saya mahu jadi yang terbaik. Tahun ni mungkin lagi besar cabarannya. Saya akan lebih terdedah dengan persekitaran orang2 dewasa. Then, jika diizinkan oleh Allah saya akan masuk U, menjadi seorang pelajar yang takkan pernah jemu2 menerokai ilmuNYA. InsyaAllah. Dan, paling penting semua ni untuk mak dan abah yang telah membesarkan saya. Tengs mak, abah! Bahkan, untuk mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat..!
dunia kan berputar..
kadang2 di atas..
kadang2 di bawah..
ibarat roda yang sedang berpusing..
semua terasa ringan jika kita ikhlas melaluinya..
berputar mendaki bukit impian tuk menggapai cita2..
juga menuruni lembah syukur..
tanpaMU kami lemah..
Ya Allah..
ya tuhan kami..
janganlah Engkau pikulkan apa yang tak sanggup kami pikulnya..
kadang2 di atas..
kadang2 di bawah..
ibarat roda yang sedang berpusing..
semua terasa ringan jika kita ikhlas melaluinya..
berputar mendaki bukit impian tuk menggapai cita2..
juga menuruni lembah syukur..
tanpaMU kami lemah..
Ya Allah..
ya tuhan kami..
janganlah Engkau pikulkan apa yang tak sanggup kami pikulnya..
wassalam.
p/s: mudah2an cita2ku untuk menjadi doktor tercapai. AMIN YA RABBAL ALAMIN..=)
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^