Saturday, September 3, 2011

PERSOALAN

Assalamualaikum~


Kali ni saya nak share sedikit satu story ni yang saya dapat daripada adik saya. Jangan ingat seorang kakak tak boleh belajar daripada adik. Hee~ Enjoy!


(Kisah ni diubah sedikit mengikut kesesuaian saya)


Al kisah bermula di sebuah surau yang hening, masa tu ada seorang Pak Imam yang baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu. Tiba2, Pak Imam tersebut disapa oleh seorang pemuda. Lalu, jadilah perbualan seperti berikut :


"Pak Imam, asif jiddan. Saya nak tanya ni, 3 soalan yang sering membuatkan saya tertanya2"


"Silakan nak, insyaAllah saya boleh menjawabnya."


"Pak Imam yakin? Padahal banyak professor dan orang2 pintar yang saya jumpa tidak mampu menjawabnya. Malah, membuatkan saya makin bingung adalah"


"Saya akan cuba sebaik yang mungkin. InsyaAllah"


"Emm, pertama, kenapa ek Allah nak humban syaitan masuk ke neraka? Walhal, syaitan juga dicipta daripada unsur yang sama iaitu api. Tentulah tidak menyakitkan buat syaitan. Adakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?"


"Soalan kedua pula, kalau betul Tuhan tu ada, bolehkah Pak Imam tunjukkan kewujudan Tuhan itu kepada saya?''


"And last but not least, apakah yang dinamakan takdir?"


Pak Imam tu pun tarik nafas panjang2. Kemudian mendiamkan diri untuk seketika.


Tetibe, PANGGGGGG!~


Satu tamparan hebat dilontarkan oleh Pak Imam tersebut kepipi pemuda itu.


"Aduhhh, sakitlah. Huuuu~"


"Ha! Tahupun sakit, padahal tangan saya ni pun kan kulit juga. Pipi kamu tu pun kulit juga. Tapi, kamu still rasa sakit jugakan? Macam tulah syaitan bila masuk kedalam api neraka. Syaitan tu pun rasa sakit juga walaupun mereka juga diciptakan daripada api! Itulah kuasa Allah."


"Lepastu saya nak kamu fikir, kamu mesti rasa sakitkan akibat penampar saya tu? Jadi kamu percaya bahawa sakit itu ada?"


"Sudah semestinya!!!"


"Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu dan bagaimana rupa sakit itu."


"Mana boleh Pak Imam"


"Ha! Macam tulah juga Tuhan. Kamu sentiasa rasa yang Dia senantiasa bersama kita, memerhatikan hamba2Nya. Kita semua tetap tak nampak Dia. Tapi, itu bukan bermakna Dia tak wujud. Kita mampu merasakan kewujudan Tuhan itu sendiri tanpa melihat kewujudanNya"


"Dan untuk soalan yang terakhir tu, saya nak tanya. Kamu tahu tak saya nak tampar kamu lepas kamu tanya soalan2 tu"


"Tak!" sambil memegang pipinya yang kemerahan itu.


"Ha! Macam tu jugalah. Kita tak boleh nak duga apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Itulah dinamakan sebagai takdir!"


"Allahuakbar!!!"


Pak Imam tu pun tersenyum.


-THE END-

p/s : semoga mendapat manfaat. =)
post signature

2 comments:

  1. bagusnya cerita ni~

    senang nak faham. dari penampar je, semua soalan terjawab :) HAHA

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.

    yup, tahu xpe. sbb setiap persoalan pasti ada jawapan. =)

    ReplyDelete

jangan lupa komen~ ^^