Wednesday, April 4, 2012

INDAHNYA NIKMAT SIHAT ITU

Assalamualaikum kawan2 ^_^


Sejak kebelakangan ni, mood untuk mengupdate blog langsung tak ada. Tak tahu kemana ia menghilang.  Walaupun, sudah penat memujuk untuk ia kembali semula, namun, amat susah sekali. Maklumlah, banyak lagi kerja lain yang perlu diselesaikan. Hidup sebagai seorang pelajar di KMB ini banyak mengajar saya erti kehidupan. Bukan mudah kita nak jadi seperti apa yang kita cita2kan. Dan pengurusan masa itu amatlah penting!


Emm, hari ni merupakan kali kedua saya tak ke kelas untuk sem 2 ni. Pernah juga sebelum ni tidak hadir ke kelas kerana demam. Tapi, harini demam + selsema + batuk + sakit kepala menghalang saya untu ke kelas. Sedih gak sebenarnya. Padahal, sem yang lepas kehadiran saya penuh. Tapi berbeza untuk sem kali ini. Nasib baiklah, hari ni tak ada yang penting sangat. Cuma bila rumet cerita pasal kelas English hari ni, macam best je. Rugi tak datang. T.T


Tapi, InsyaAllah, semua ada hikmahnya.


Tadi ada orang ketuk pintu bilik ajak turun padang, tapi sorrylah geng tak dapat ikut sebab tak larat. Kalau update blog ni senang je, jari je yang menari. Ngee~ Actually saya pun salah satu peserta untuk perlawanan volleyball, uhuk.


Bila sakit macam ni, elok juga sebenarnya. Dapat muhasabah diri dan menghapuskan dosa2 kecil. Sesungguhnya sihat itu nikmat. Tak tipu! Betullah kata orang, bila sesuatu tu pergi meninggalkan kita, barulah kita belajar untuk menghargainya.


Pernah dengar tak doa Rasullulah untuk memohon kesihatan yang sempurna?


Jom kita amalkan sama2; 

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaanMu." [Imam Muslim]


So, korang janganlah lupa untuk mensyukuri segala nikmat Allah ni. Bukan setakat nikmat sihat je. Sepanjang hidup kita ni, Allah tak pernah lupa untuk memberi nikmat kepada hamba2Nya. Malah, oxygen yang kita sedut, air yang kita minum, mata yang korang guna untuk lihat blog ni pun, semuanya nikmat Allah. Tengok tu, betapa Allah sangat sayangkan hamba2Nya. Sebab tu lah, dalam hidup ni kita tak boleh nak kedekut, sebab kita kena ingat, ini bukan kita punya!

Contohnya, kalau kita pandai dalam Math, apa salahnya kalau kita kongsi ilmu tu dengan rakan2 kita yang lain. Tak kurang mana pun ilmu kita tu, makin bertambah lagi adalah. Mata yang Allah kurniakan pun hendaklah kita gunakan ke arah kebaikan. Bila2 masa je Allah boleh tarik, betul tak? Tengok2, pagi esok, kita dah tak dapat melihat ciptaan Allah yang indah2 itu. Masa tu barulah kita mengenang semula betapa nikmatnya bila dapat melihat.

Bila cakap pasal bab mata ni, teringat pula masa hari tu pergi outing dengan kawan. Masa tu kawan nak check silau mata dia, sebab sejak kebelakangan ni dia asyik pening kepala dan silau dalam kelas. So, alang2 tu saya nak check lah gak. Jeng3, orang tu kata saya punya rabun hampir 200++. WOAAHHHH! Banyak kot.

TAPI..... rasanya alat tu menipu je la. Sebab saya punya penglihatan tak kabur pun. Huhu. Nauzubillah. Tak nak pakai spec. Huu~

Berbalik kepada topik asal, saya nak ingatkan masa sihatlah kita gunakan masa tu untuk beribadat kepada Allah. Yela, kadang2 tima sakit, kita ambil peluang beribadat sambil lewa atas alasan tak larat sebab sakit. At the same time, berdoa untuk kembali sihat supaya dapat melaksanakan ibadat dengan lebih sempurna bila sihat nanti. Semasa sihat inilah juga kita ambil peluang untuk sentiasa membasahkan bibir kita dengan alunan2 zikir dan ayat2 al-Quran. Bukannya bila susah je nak ingat Allah!

Yup, memang betul manusia itu mudah lupa. Sebab tula kita kena saling mengingati dan menasihati. Jangan mudah mengalah untuk berubah, walaupun pelbagai mehnah dan rintangan yang terpaksa kita lalui.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tapi ianya datang dari semangat yang tidak mudah mengalah.

So, bersabarlah ye! Hargailah hidup anda!!!~


“Allah menyukai orang-orang yang sabar.”  [3:146]

p/s: bosan gak kalau asyik dok terperap dalam bilik je.
post signature

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^