بسم الله الرحمن الرحيم
Sangat menakutkan bila tahu macam ini lah realiti kehidupan yang sebenar. Semua bukan seindah apa yang disangka. Manusia pun bukannya sebaik yang disangka. Bila keluar daripada zon yang selama ini begitu selesa, sememangnya menakutkan. Tak pernah disangka macam ni keadaan sebenarnya. Tak pernah ada sikit pun preparation nak hadapi semua kenyataan ini.
Kadang2 rasa pelik kenapa semua ni terjadi. Untuk apa benda tu berlaku yang sudah pastinya bukan sesuatu yang baik dan sangat tak indah. Menyakitkan hati dan mata yang melihat adalah. Dan manusia masih meneruskannya tanpa sikit rasa bersalah pun di hati.
Emm, mungkin perasaan bersalah tu wujud sekelumit rasa jauh nun di sana tapi biasalah.. buat tak di endahnya perasaan tu. Mungkin manusia rasa perasaan untuk menunjukkan mereka hebat dan mempertahankan apa yang 'hak' bagi mereka itu sendiri lagi utama. Sehingga lupa cara yang sebenar yang perlu dilakukan.
Mungkin tanpa sedar, manusia2 ini diperhati. Di nilai daripada setiap sudut. Ibrahnya diambil dan disemai. Keruhnya di buang jauh2 semoga tidak diulangi. Setiap perbuatan dan ucapan menjadi tafsiran untuk menilai manusia itu. Pemerhati terus menjadi pemerhati yang setia. Dan akhirnya manusia itu terus dengan sikapnya tanpa sedar akan kesilapan mereka.
Sebab? Emm, mungkin pemerhati itu tahu tiada guna untuk menasihati manusia itu. Sudah masak sangat dengan perangai mereka ibarat orang2 tua cakap ibarat mencurah air ke daun keladi.
Tapi..
Pemerhati itu lupa, fitrah manusia itu sendiri baik dan senang melihat kebaikan. Nampak macam waterproof tapi sebenarnya manusia ni serap je semua air yang dicurahkan tu lagi2 bila dahaga. Cuma mengambil sedikit masa. Dan mungkin banyak juga masa yang diperlukan bergantung kepada tahap keperluan.
Ada juga manusia yang jadi lalang. Bak kata Matluthfi, lalang tu walau mudah ditiup angin, tapi berakar dia. Tumbuhnya dengan menyedut mineral dan menatang matahari. Lalang semakin hari semakin confuse dengan diri dia sendiri. Tapi dia sedar ada satu prinsip yang masih dia pegang dan amalkan. Walaupun manusia tak sedar akan prinsip hidupnya sebagai lalang, dia tetap mempertahankan prinsip hidupnya itu kerana itulah yang dirasakan yang terbaik buatnya untuk terus hidup di sebuah kehidupan yang penuh dengan manusia.
Lumrah, lalang juga musykil dengan segala tindak tanduknya. Kadang2 perasaan nakalnya memberontak, kadang2 sifatnya yang naif muncul semula. Apa yang dia inginkan adalah sebuah kehidupan yang damai yang baginya sendiri agak mustahil.
Setiap hari perkara ini bermain di fikirannya. Seolah2 mengharapkan dirinya masih sebiji benih. Mengharapkan si penabur baja seolah2 tiada guna kerana mereka juga hanya pandai berkata2, mahukan lalang tumbuh menjadi sebuah pohon yang indah, mahukan lalang disegani oleh sekalian manusia walaupun atas nama lalang itu sendiri, mahukan ini, mahukan itu.. tapi mereka lupa satu perkara yang sangat penting yang kini semakin luntur di telan zaman.
Sebuah kebahagian itu sendiri.
Why must Golden? |
p/s: Ignorance is bliss? Neehh. I don't think so.
2nd p/s: Teringat lagu katak oh katak.
2nd p/s: Teringat lagu katak oh katak.