Monday, February 24, 2014

SEBUAH PENGHARAPAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Betapa aku inginkan kehidupan sebegitu,
Hanya mampu melihat mereka dari jauh,
Disebalik tabir sebuah kehidupan,
Membuatkan hati ku sebak,
Sebutir mutiara jatuh,
Betapa peritnya menelan perasaan itu.

Mendengar mereka bercerita,
Berkongsi rencah kehidupan,
Ah, mana mungkin itu terjadi,
Dalam kamus hidupku,
Kerana aku lebih mengerti,
Diari hidupku sendiri.

Selama mana aku melihat,
Selama itu juga hatiku terbuai,
Keindahan perasaan yang dialami,
Hanya Allah yang tahu,
Tentang apa yang terbuku di hati hambaNya.

Sejauh mana kehidupan ini masih hidup,
Selagi mana aku masih bernafas,
Mungkin selama itu juga,
Aku menjadi saksi,
Atas setiap perkara yang berlaku.

Ya,
Kekuatan yang aku perlu,
Disandarkan pada yang Maha Berkuasa,
TanpaNya mungkin aku sudah mengalah.

Walau setiap hari aku berdoa,
Masih belum termakbul,
Mungkin Allah masih kepingin mendegar rintihan,
Ikhlas dari seorang hambaNya,
Yang tak pernah kenal erti putus asa.

Kerna itu juga,
Aku tak boleh mengalah,
Untuk mengukir senyuman,
Buat mak dan abah,
Semoga dirahmati Allah.



Before sambung buat kerja, nak share something. Lol. Ada tiga fungsi Allah ciptakan bintang di langit:

1) Untuk melempar setan-setan yang akan mencuri berita langit.
"Dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar setan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala." [Al Mulk: 5]

2) Sebagai penunjuk arah seperti rasi bintang yang menjadi penunjuk bagi nelayan di laut.
"Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk.'' [An Nahl: 16]


3) Sebagai penerang dan penghias langit dunia.
"Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang." [Al Mulk: 5]


p/s: Now that I have met you. InsyaAllah, till we meet again. 

3 comments:

  1. Alop, salam Ira. Sowie komen ni takda kaitan dengan entry.

    Cuma nak inpom, saya ada baiki line-art dekat lukisan header & sekaligus terus jadikan header ikut size header yang Ira guna sekarang ni. Aha. Kalau berkenan salah satu dari 3 variasi color ni, gunakanlah ye. Kalau tak berkenan takpa XD Aha~

    Header 1
    Header 2
    Header 3

    & sebagai tambahan, ni file RAW kalau-kalau ira nak buat own customization again :D Aha~. Btw you'll notice what has changed bila compare file RAW ni dengan yang dulu tu. Aha XD

    RAW File

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam, apis!!!

    Haha, ya Allah rajinnya apis buat. =,= insyaAllah i'll use one of them. arigatou gozaimass! Tak sangka dapat header baruuu~ Hihi. Thankksss~! :))

    ReplyDelete

jangan lupa komen~ ^^