Thursday, June 17, 2010

ALLAH BANTULAH PELIHARA MASJID AL-AQSA


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.

Bangunan kubah batu atau Kubbatul Syakhrah (Dome of the Rock) dijadikan pembohongan besar pihak Yahudi yang mahu menipu dunia bahawa kononnya bangunan itu merupakan Masjid al-Aqsa.

Gambar bangunan Kubah Batu itu disebar meluas bertujuan menunjukkan itu 'Masjid al-Aqsa' masih utuh.
Hakikatnya, masjid itu kini dalam keadaan terancam yang boleh melenyapkan terus masjid ketiga paling suci kepada umat Islam itu dari muka bumi ini. Masjid al-Aqsa kini berada dalam cengkaman Yahudi dan rejim Zionis itu kini sedang giat melakukan kerja2 penggalian terowong, dikhuatiri kerja2 itu akan menyebabkan masjid itu akhirnya roboh, runtuh, musnah dan terus didirikan sebuah kuil di atasnya satu hari nanti. Apabila saat itu tiba, sudah terlewat untuk umat Islam menyelamatkan masjid suci tersebut.

Masjid al-Aqsa bermaksud masjid yang jauh (jauh dari Mekah) tetapi kita tidak mahu ia semakin jauh daripada hati umat Islam walaupun ia diingat setiap tahun dalam peristiwa Israk Mikraj.


Propaganda Yahudi untuk kuasai al-Aqsa.

Ekoran penguasaan mereka ke atas Baitulmaqdis, Israel mengambil kesempatan mengelirukan masyarakat dunia kononnya bangunan Kubah Baru adalah Masjid al-Aqsa sebab itu mereka menggambarkan gambar Dome of the Rock sebagai Masjid al-Aqsa.

Apabila umat Islam keliru dan sukar membezakan mana satu Masjid al-Aqsa maka semakin mudahlah mereka melaksanakan perancangan jahat untuk melenyapkan masjid suci itu. Matlamat rejim Zionis tersebut ialah untuk menguasai masjid berkenaan lantas merobohkannya apabila umat Islam tidak mengetahui Masjid al-Aqsa yang sebenar. Apabila Masjid al-Aqsa tidak lagi dalam ingatan umat Islam maka Yahudi akan dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti!

Tujuan utama media Yahudi melakukan penyamaran bangunan Kubah Batu sebagai Masjid al-Aqsa adalah agenda untuk menghancurkan al-Aqsa dan membangunkan Solomaon Temple (Kuil Sulaiman) pada bekas tapak runtuhan itu.

Sebabnya, kaum itu meyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahawa akan datang diakhir zaman seorang yang mereka anggap dewa penolong Yahudi yang dinamakan Messiah (Al-Masih, dlam bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di Solomon Temple itu. Nauzubillah min zalik, betapa kejamnya Israel!

Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan umat Islam. Adakah kita sedar??Tepuk dada tanya iman!~
p/s: dipetik dan diubah suai daripada akhbar mega, khamis 17 JUN 2010

post signature

Friday, June 11, 2010

Open Your Eyes - ماهر زين






Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside..
NO......

"*"
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise

Take us in the best way
(Allah)

Guide us every single day...
(Allah)

Keep us close to you
Until the end of time...

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
The push it all aside
NO..........

Repeat "*"

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

Repeat "*"

Allah...

You created everything
We belong to you
YA RAB we raise our hands
Forever we thank you

.....Alhamdulillah......



p/s: Hati tenang je ^^
post signature

DOA QUNUT NAZILAH




post signature

HOLOCAUST IN PROGRESS! ACT NOW TO SAVE GAZA AND PALESTINE

Assalamualaikum..

Semoga hidup kita hari ini diberkati dan diredhai oleh Allah..

Apa yang saya cuba sampaikan hari ni adalah berkaitan gambar di atas..

Aagh! Usah berdiam sahaja, kita sesama Islam jangan biarkan saudara kita ditindas sama sekali..

Berusaha lah untuk lakukan apa yang terdaya, walaupun kita tidak dapat bersama2 di medan perang, ada satu lagi senjata yang paling kuat kita ada..

Iaitu DOA..

Doalah demi keamanan mereka..

Doalah demi kesejahteraan mereka..

Doalah demi kemenangan mereka..

Doalah kerana Allah..

InsyaAllah, akan dimakbulkan..

Jangan sekadar lantang bersuara, tapi hakikatnya, tiada apa yang disumbangkan..

Bangkitlah wahat umat Islam!!

Jangan biarkan saudara kita ditindas!!

Kita tinggal di Malaysia sepatutnya bersyukur kerana tidak dijajah melalui peperangan untuk generasi masa kini..

Tapi, ingatlah! Kita sebenarnya telah dijajah melalui pemikiran. Malangnya, tiada siapa yang sedar akan bahananya..

Nauzubillah..


p/s: Sama2 mendoakan.

post signature

RINDU TERUBAT!

Assalamualaikum.

Hyep2. Dah lama betul tak update blog sejak mid year exam hari tu. Serious, memang busy betul time exam tu. Terpaksa stay up sampai lewat malam. Tu laa, study last minute lagi. Memang laa macam tu jadinya.

Ok2, lupakan pasal exam kejap. Hehe. Sekarang ni musim cuti sekolah!. Hoho. Tapi tak boleh laa nak enjoy2 sangat. Kena belajar gak. Nanti dah SPM baru nak menyesal. TIme tu nasi dah jadi bubur dah pun. Huhu.

Emm, hari isnin hari tu dapat gak laa balik kampung setelah bertahun2 tak balik kampung. Rindu ouh. Kebetulan masa tu atuk belah mak dan atuk belah abah ada kat TROLAK SELATAN. So, jumpa dua2 atuk sekali gus. 2 in 1. Hehe.

So, first day kitorang sampai, terus pak tam plan nak pegi CAMERON HIGHLAND!

Bagai dicita ulam mendatang, memang kitorang adik beradik pun ngah bosan masa tu. Bila pak tam pun dah ajak, apa lagi, pujuk lah abah ikut sekali. Hoho. Akhirnya, dapat gak laa jejak ke cameron. Tapi, satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, pasal jalan nak menuju ke cameron. Perghh, macam ular kena palu je. Bukan main lagi bengkang bengkok jalan dia. Huhu. Time tu tahan je muntah dari keluar. =_=''

Pastu dalam sejam pastu ktorang sampailah kat mana ntah, lupa laa nama tempat dia. Huhu. Kitorang makan ramai2. Then teruskan perjalanan ke cameron.

Bila dah sampai, ingatkan cameron ni best laa sangat. Opss. Tapi, biasa2 je. Ada pokok, ada salad, strawberi, macam biasa je. Saya pun just perhatikan pemandangan dari atas bukit jelah. MasyaAllah, indah sekali kejadian Allah. Angin sepoi2 menhidupkan suasana. Time tu saya teringatkan penduduk Palestin. Allah hu akbar. Damainya negara kita. Dari sini hanya doa dapat saya utuskan.

Sebelum pulang, sempat gak laa beli buah strawberi yang dah diawet. Sedap tau. Kalau yang segar punya masam je. Huhu. -_-''



Pastu bila dah sampai kat rumah pak ngah, malam tu ktorang wat BARBEKU! Sedap ouh. Semua perbelanjaan di tanggung oleh pak tam. Macam2 dia beli. Memang boleh meletup perut kalau makan banyak2. Huhu.

Malam tu, kitorang sekeluarga tidur kat rumah pak ngah. Zzzzzzzz. -_-!

Hari kedua lak, hari perpisahan. Kena balik KL balik. Lagi pun besok (rabu), ada seminar menjawab sejarah, mana boleh ketinggalan. So, lepas solat Zohor pun ktorang bertolak.

Akhirnya, kami semua selamat sampai kat rumah. Alhamdulillah. =)


p/s: Rugi laa mak tak ikut balik kampung. Semua orang kirim salam. ^^


post signature