Hyep2. Dah lama betul tak update blog sejak mid year exam hari tu. Serious, memang busy betul time exam tu. Terpaksa stay up sampai lewat malam. Tu laa, study last minute lagi. Memang laa macam tu jadinya.
Ok2, lupakan pasal exam kejap. Hehe. Sekarang ni musim cuti sekolah!. Hoho. Tapi tak boleh laa nak enjoy2 sangat. Kena belajar gak. Nanti dah SPM baru nak menyesal. TIme tu nasi dah jadi bubur dah pun. Huhu.
Emm, hari isnin hari tu dapat gak laa balik kampung setelah bertahun2 tak balik kampung. Rindu ouh. Kebetulan masa tu atuk belah mak dan atuk belah abah ada kat TROLAK SELATAN. So, jumpa dua2 atuk sekali gus. 2 in 1. Hehe.
So, first day kitorang sampai, terus pak tam plan nak pegi CAMERON HIGHLAND!
Bagai dicita ulam mendatang, memang kitorang adik beradik pun ngah bosan masa tu. Bila pak tam pun dah ajak, apa lagi, pujuk lah abah ikut sekali. Hoho. Akhirnya, dapat gak laa jejak ke cameron. Tapi, satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, pasal jalan nak menuju ke cameron. Perghh, macam ular kena palu je. Bukan main lagi bengkang bengkok jalan dia. Huhu. Time tu tahan je muntah dari keluar. =_=''
Pastu dalam sejam pastu ktorang sampailah kat mana ntah, lupa laa nama tempat dia. Huhu. Kitorang makan ramai2. Then teruskan perjalanan ke cameron.
Bila dah sampai, ingatkan cameron ni best laa sangat. Opss. Tapi, biasa2 je. Ada pokok, ada salad, strawberi, macam biasa je. Saya pun just perhatikan pemandangan dari atas bukit jelah. MasyaAllah, indah sekali kejadian Allah. Angin sepoi2 menhidupkan suasana. Time tu saya teringatkan penduduk Palestin. Allah hu akbar. Damainya negara kita. Dari sini hanya doa dapat saya utuskan.
Sebelum pulang, sempat gak laa beli buah strawberi yang dah diawet. Sedap tau. Kalau yang segar punya masam je. Huhu. -_-''
Pastu bila dah sampai kat rumah pak ngah, malam tu ktorang wat BARBEKU! Sedap ouh. Semua perbelanjaan di tanggung oleh pak tam. Macam2 dia beli. Memang boleh meletup perut kalau makan banyak2. Huhu.
Malam tu, kitorang sekeluarga tidur kat rumah pak ngah. Zzzzzzzz. -_-!
Hari kedua lak, hari perpisahan. Kena balik KL balik. Lagi pun besok (rabu), ada seminar menjawab sejarah, mana boleh ketinggalan. So, lepas solat Zohor pun ktorang bertolak.
Akhirnya, kami semua selamat sampai kat rumah. Alhamdulillah. =)
p/s: Rugi laa mak tak ikut balik kampung. Semua orang kirim salam. ^^
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^