بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum.
Bangunan kubah batu atau Kubbatul Syakhrah (Dome of the Rock) dijadikan pembohongan besar pihak Yahudi yang mahu menipu dunia bahawa kononnya bangunan itu merupakan Masjid al-Aqsa.
Gambar bangunan Kubah Batu itu disebar meluas bertujuan menunjukkan itu 'Masjid al-Aqsa' masih utuh.
Hakikatnya, masjid itu kini dalam keadaan terancam yang boleh melenyapkan terus masjid ketiga paling suci kepada umat Islam itu dari muka bumi ini. Masjid al-Aqsa kini berada dalam cengkaman Yahudi dan rejim Zionis itu kini sedang giat melakukan kerja2 penggalian terowong, dikhuatiri kerja2 itu akan menyebabkan masjid itu akhirnya roboh, runtuh, musnah dan terus didirikan sebuah kuil di atasnya satu hari nanti. Apabila saat itu tiba, sudah terlewat untuk umat Islam menyelamatkan masjid suci tersebut.
Masjid al-Aqsa bermaksud masjid yang jauh (jauh dari Mekah) tetapi kita tidak mahu ia semakin jauh daripada hati umat Islam walaupun ia diingat setiap tahun dalam peristiwa Israk Mikraj.
Propaganda Yahudi untuk kuasai al-Aqsa.
Ekoran penguasaan mereka ke atas Baitulmaqdis, Israel mengambil kesempatan mengelirukan masyarakat dunia kononnya bangunan Kubah Baru adalah Masjid al-Aqsa sebab itu mereka menggambarkan gambar Dome of the Rock sebagai Masjid al-Aqsa.
Apabila umat Islam keliru dan sukar membezakan mana satu Masjid al-Aqsa maka semakin mudahlah mereka melaksanakan perancangan jahat untuk melenyapkan masjid suci itu. Matlamat rejim Zionis tersebut ialah untuk menguasai masjid berkenaan lantas merobohkannya apabila umat Islam tidak mengetahui Masjid al-Aqsa yang sebenar. Apabila Masjid al-Aqsa tidak lagi dalam ingatan umat Islam maka Yahudi akan dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti!
Tujuan utama media Yahudi melakukan penyamaran bangunan Kubah Batu sebagai Masjid al-Aqsa adalah agenda untuk menghancurkan al-Aqsa dan membangunkan Solomaon Temple (Kuil Sulaiman) pada bekas tapak runtuhan itu.
Sebabnya, kaum itu meyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahawa akan datang diakhir zaman seorang yang mereka anggap dewa penolong Yahudi yang dinamakan Messiah (Al-Masih, dlam bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di Solomon Temple itu. Nauzubillah min zalik, betapa kejamnya Israel!
Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan umat Islam. Adakah kita sedar??Tepuk dada tanya iman!~
p/s: dipetik dan diubah suai daripada akhbar mega, khamis 17 JUN 2010
p/s: dipetik dan diubah suai daripada akhbar mega, khamis 17 JUN 2010
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^