Woahh~ This is my first entry for this month. Muahaha. Gelak bangga ke gelak sedih ni? Uhuk~
Back to the topic.
Pertama sekali, izinkan saya gelak sebentar. HAHAHAHAHAHA! Opss, terOVERlah pula. -.- syaitan mana pulalah yang geletek ni.
Ehem~ entri kali ni just nak bagi tahu pandangan orang lain terhadap saya sepanjang dekat KMB! Banyak gak gelaran yang saya dapat. Pelik gak sebenarnya, sebab selama ni tak pernah pula digelar dengan gelaran2 yang sedemikian. *sigh~
Actually, saya tak kisah pun dengan semua ni sebab saya tahu ini adalah
Mengimbau masa lalu~
Time sekolah menengah dulu, ramai kawan saya kata saya ni baik, peramah, happy-go-lucky, alim padahal takdelah warak mana, mungkin sebab dulu saya sekolah harian biasa, faham2 jela ok ^^, rajin, pernah dapat anugerah dalam kelas tau, BUDAK PALING RAJIN, ngee~, suka nasihatkan orang, pendengar yang baik, skema, yup, skema. haha. tapi ni skema lain, bukan sebarangan skema ok. Ini mungkin disebabkan group saya dulu suka sangat study, stay back kat sekolah sampai petang, study dalam library, sampai cikgu pun kenal muka2 ktorang yang selalu WUJUD di library. hee~ Emm, nak lagi ke? Ada lagi, ada lagi. Then, diorang cakap saya ni macam budak2 tapi matang. Pelik tak? HAHA.
Sudah2 lah dengan pujian tu Alyani oii~ Astaghfirullah~
Tapi bila ada dekat KMB, lain pula jadinya, diorang kata saya PENDING. Tu ayat yang tak boleh blah sekali. Nak gelak balik. HAHA. Actually, pelik gak sebenarnya. Tak pernah pun saya pending seteruk tu. Serious, tak tipu ni. MUNGKIN INI DIKATAKAN SEBAGAI KEJUTAN BUDAYA. Masuk akal tak? hee. Dan dekat sana, saya baru perasan yang ada certain word bila saya cakap laju2, bunyi dia jadi lain. Saya sedar bila kawan2 terbaik saya kat sana tegur. Pergh, baru sedar. Tak perasan pula selama ni. Tapi saya rasa benda ni baru jadi. *Termenung~
Lain2 gelaran yang saya dapat ialah budak pelik. Padahal diorang pun pelik. -.-' Yela, bila saya cerita saya suka baca novel, baca blog orang, baca apa2 jenis buku, diorang rasa saya ni lain. Nak gelak lagi. HAHA. Bagi saya ni normal, dah saya suka membaca. Nak buat macam mana. Tapi, diorang kata first time diorang jumpa orang macam saya.
Dan yang paling tak tahannya, boleh pula ktorang budak perempuan bagi gelaran dekat kelas M11K (kelas ktorang) BABUS N CO. Kalau mengikut Kamus Dewan, babu tu maksudnya orang yang bekerja sebagai pembantu rumah atau orang gaji. Ini mungkin disebabkan, dekat KMB tu banyak servis yang ktorang buat. Yeke ni?
Tak ketinggalan, diorang pun kata saya ni macam budak2. Tapi rasanya ini saya setuju! HOHO.
And lagi satu, diorang kata saya ni Along Muslimah. Korang mesti kenal kan dengan along yang selalu minta hutang tu. So, faham2 jela. Hik hik~
KONKLUSINYA~
WAH, entri ni pun ada kesimplannya ea. Ok, sebenarnya saya nak tekankan kat sini, pandangan manusia berbeza2 terhadap kita. Tak semua orang akan berpuas hati dengan apa yang kita cuba tampilkan. Pasti akan ada kedengaran suara2 orang yang memuji dan tak juga suara2 sinis yang mengkritik. Lumrah kehidupan, tiada siapa yang boleh lari. Kadang2, sebaik atau sebagus atau semantap mana pun anda rasa mengenai diri anda, tapi sedarlah, ada lagi manusia yang lagi baik, lagi bagus, lagi mantap daripada anda. Dan cuba renung2kan balik, manusia ni selalu berusaha untuk menjadi sempurna di hadapan makhluk Allah yang lain. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk nampak PERFECT! Sebab tu sekarang ni ada orang yang berani ambil botox, kadang2 tu boleh pula diorang gunakan ilmu hitam untuk tundukkan pesaing2 mereka semata2 untuk dapatkan nama dan pangkat. Bukankah perkara2 ni dah sinonim dengan masyarakat kita? Kadang2 tu ada kawan yang sanggup tikam kawan mereka sendiri demi kepentingan diri dan sering saja bersikap nafsi2. Inilah yang dikatakan kawan makan kawan~
Tapi, kita sedarkah pandangan Allah terhadap kita???
Pernahkah kita terdetik bagaimana penilaian Allah terhadap kita. Walhal, Dialah ketua segala ketua bagi kita, yang akan menentukan taraf dan pangkat kita nanti. Akhirulkalam, utamakanlah pandangan Allah terhadap kita. Cukuplah hanya Allah yang berhak menilai kerja2 kita di atas bumi yang fana ini. Fikir2kanlah. Wallahualam~
Syeikh Ali al-Khawas berkata:
"Jika engkau sedang berada di jalan istiqamah,
lalu seseorang memujimu,
maka itu satu peringatan atas kekurangan dalam diri.
Maka periksalah dirimu,
carilah sebabnya kenapa manusia memujimu?
Boleh jadi Allah melihat hatimu menyukai pujian,
maka Allah memberikan pujian itu untuk mu
sebagai satu2 nya balasan atas ibadah tersebut .
Seperti seorang ayah yang menggembirakan anak nya
dengan gelang dan kalung tiruan."
p/s : pengakuan jujur daripada saya, saya sayang sangat kawan2 saya di kelas M11K. saya datang ke KMB seorang diri dan alhamdulillah dapat bertemu dengan rakan2 sebaik mereka dan semoga mereka dapat membimbing saya. saya harapkan agar berhubungan ini berlandaskan jalan Allah. Ukhuwah fillah abadan abada~
terima kasih kerana menyayangi saya, haha. =D
ReplyDeleteHAHA. sama2, jgn lupa sampaikan kpd kengkawan yg lain juga! hee
ReplyDelete