Monday, August 1, 2011

DAYA TARIKAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!

Hola, besok hari ni dah start Ramadhan. Seriously, rasa cepat je masa berlalu. Masih terasa lagi nikmat Ramadhan tahun lepas. Dapat pergi solat tarawikh dengan sahabat handai, menikmati udara malam, mendengar dan menghayati alunan suara imam muda di surau. Mengasyikkan!

Sebenarnya coretan saya kali ini sekadar saya nak luahkan apa yang saya rasa! Begitu addictednya saya terhadap Facebook. HUHU. Yela, bila saya ada dekat KMB, mana ada masa saya nak online. Berukband Broadband pun tak ada. Kalau nak online pun manalah ada masa. Kerja sekolah bertimbun, ditambah lagi dengan presentation kelas. Hampir semua subjek ada presentation. -.-''

Kalau nak ikutkan, memang sibuk memanjang jela kat sana. Petang2 ada meeting la, malam pula ada group discussion la, pastu balik tu kena siapkan homework. Perghh, memang penatlah, kadang2 tidur pun pukul 3, pastu bangun pukul 6 lebih. Then, ditambah pula dengan aktiviti ironing-service (akan diceritakan bila berkesempatan) yang memang menguji kekuatan otot untuk mengiron berhelai2 pakaian.

Tetapi,
Bila difikir balik, kehidupan macam tu lagi best. Bagi sayalah. Yela, cuba jela tengok saya sekarang ni, yang sedang berada di rumah. Siang malam, online FB. Apa yang saya buat pun saya pun tak tahu. -.-''. Nak kata chatting dengan kawan2 pun tak juga sebab kebanyakannya sedang study kat U diorang. Nak kata komen2 status pun tak juga, sebab takdelah komen banyak sangat pun. YEKE NI?? Nak kata komen gambar orang lagilah tak masuk akal, sebab setahu saya takde pula saya komen gambar orang. Tapi, bila tengok jam je, ''aik, dah 1 jam aku online, PELIK!''

Dan sekarang ni, sepatutnya tengah buat lab report Bio. Tengah dok mencari gambar2 proses mitosis dalam internet, boleh pula tersesat masuk blog orang. PELIK! Lepas habis baca blog orang, boleh pula baca blog orang lain pula. Bila tengok jam je, "aik, dah 1 jam aku baca blog orang.''

Last2, saya tersesat kat blog sendiri, merepek perkara yang bukan2. PELIK SUNGGUH. Mudah sangat terpedaya. Adessss~~~

Ok lah, sekadar coretan yang tidak membawa manfaat. Dengan alasan sebagai salah satu cara menghilangkan stress selepas membuat latihan MATHEMATICS HIGHER LEVEL! Memang betul kata kakak2 senior, IB stands for Internationally Busy. FUHHHHH~ '____________'

p/s : besok hari ni dah Hari Isnin, dah kena bersiap untuk kembali ke rumah keduaku~


post signature

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^