Sunday, July 31, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

1 Ramadhan 1432,
Bermulanya detik buat para muslimin dan muslimat menjalani ibadah puasa. Bermulanya detik buat para muslimin dan muslimat berlumba2 mengumpul seberapa banyak pahala. Bermulanya detik buat para muslimin dan muslimat berusaha untuk menyucikan diri memohon maghfirah Allah daripada sebarang kekhilafan dan noda2 hitam yang selama ini menyelubungi diri. Bermulanya detik untuk kita semua menahan lapar dan dahaga. Bermulanya detik untuk semua umat Islam berlawan dan berjuang menentang nafsu mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan hati!


Saat tibanya bulan Ramadhan, pintu Syurga akan dibuka luas, pintu Neraka ditutup rapat, dan syaitan2 dirantai. 


Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.


PERSOALANNYA
Kenapa masih berlaku perkara2 mazmumah disaat tibanya bulan yang penuh Barokah ini.


"Weyh Adib, jomlah join aku hisap rokok kat toilet. Aku tak tahan la weyh!"


"Eh, ko serious ke Zaim? Kitakan tengah puasa sekarang ni. Ish, taknaklah aku join kau. Tak pasal2 aku kena ganti balik puasa aku ni.''


"Ala, kau ni kecoh la. Hisap rokok ni bukan makan la. Mana ada batal, just hisap je pun. Kau ni tak macho la."


"Betul ke ni tak batal? Serious ke weyh? Kalau macam tu aku nak join la. Tapi sebatang jela ok, seram gak aku buat benda ni masa bulan puasa ni. Rasa macam tak sedap hati je.''


"Releks la bro, aku backup kau lah nanti. Pandai2lah kita cover nanti. Kau ni macam tak biasa pula."


DEFINISI PUASA

  • Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Jika kita hayati semula maksud sebenar puasa, bukan setakat kita hanya menahan nafsu lapar dan dahaga, bahkan kita hendaklah mencegah daripada perbuatan2 yang boleh membatalkan puasa. Ramai yang salah faham dengan konsep puasa. Bila orang kata bab puasa je, perkara yang terbit dalam fikiran mereka hanyalah sekadar menahan lapar dan dahaga. Bagaimana pula dengan lidah, mata, telinga dan anggota badan kita?

BERBETULKAN NIAT
Rasulullah s.a.w. bersabda,
Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh2 itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata2 yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)

Nah, ibadah puasa akan menjadi sia2 sekiranya kita sekadar menahan lapar dan dahaga. Kita hanya merasai kelaparan, kedahagaan dan kepenatan. Nikmat puasa itu sendiri tak dapat kita rasai. 

Sewajarnya, kita hendaklah sentiasa mencari inisiatif dalam menyempurnakan ibadah puasa kita. Berbanyakkanlah ibadah2 sunat, mantapkanlah ibadah2 fardhu. Sentiasalah beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Jadikanlah Al-Quran sebagai peneman harian dan basahkanlah lidahmu dengan Zikrullah. Hindarilah diri daripada melakukan perkara2 yang membatalkan ibadah puasa, jagalah mata daripada melihat dosa, jagalah mulut daripada menuturkan perkara2 yang lagho, jagalah telinga daripada mendengar perkara2 kutuk, jagalah anggata2 daripada melakukan maksiat, dan peliharalah hatimu daripada dikotori.

Walaupun syaitan2 digari di Bulan Ramadhan, tetapi penolongnya iaitu nafsu masih lagi berlegar2 bersama kita. Jangan biarkan nafsu mengawal dan mengawasi kita, sebaliknya biarlah kita yang mengawasi nafsu! Memang senang sekadar berkata2, tetapi kalau belum berusaha untuk melawannya, hasilnya juga belum kita tahu. Tetapkan mindset kita yang kita mampu melawan nafsu sepanjang melayari bulan Ramadhan ini.

Imam al-Ghazali pernah mengumpamakan nafsu sebagai binatang liar, bermakna ia sesuatu yang sukar dikawal. Jika nafsu dapat dididik dan dikawal, ia akan menjadi jinak dan tunduk menurut segala kemahuan manusia.

BUAT SEKALIAN KALINYA
Saya berpuasa dan berbuka tanpa kehadiran keluarga saya. Tahun ni saya berpeluang untuk berpuasa di asrama dan pastinya akan menjanjikan seribu satu kenangan. Malah, kakak2 senior juga rajin membuat iftar bersama adik2 angkatnya. Macam tak sabar pula rasanya. Hoho.

Sebelum mengakhiri kata, saya ingin memohon maaf buat semua terutamanya sahabat2 saya sekiranya terkasar bahasa dan terkhilaf sepanjang persahabatan ini. Lebih2 lagi buat kawan2 saya di KMB. =P.

Dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga kita semua akan memperoleh rahmat dan maghfirahNya sepanjang bulan ini. Mudah2an ibadah kita tidak hangat2 tahi ayam dan berusaha untuk melatih diri mendekatkan diri dengan Allah. Semoga kita akan memperoleh manfaat dan keberkatan daripada Allah. May this Ramadhan be a month of blessing, a month full of forgiveness, and guidances for YOU! =)


p/s : jangan ponteng puasa ye! ^^,

post signature

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^