Alhamdulillah saya masih lagi dapat menulis di blog KESAYANGAN saya ni. Alahai, rindu sangat2 dekat blog saya ni. HOHO. XD.
Dah lama betul saya tak update entri terbaru saya ni. Al maklumlah, semenjak saya menjejakkan kaki saya ke Kolej Mara Banting, memang tak menang tangan saya dibuatnya. Kehidupan di sana memang SIBUK! Terutamanya masa orientation week. Sampai ada masa tu kena tidur pukul 2 lebih, then bangun pukul 4 lebih. Waduh2. Tapi, semua tu dah tinggal kenanagan sebab sekarang ni pun dah nak masuk 3 minggu saya duduk di sana. Cepat betulkan masa berlalu? '__'
Sebenarnya saya nak cerita SATU PERSATU perihal di KMB. Tapi, apakan daya, petang ni saya kena bertolak ke KMB semula. Yela, Isnin ada kelas. Mana boleh ponteng2. Saya kan budak baik. HOHO =P.
Overall, kehidupan kat sana banyak melatih saya untuk berdikari. Dan perkara yang paling saya suka adalah suasana ISLAMIK yang sangat2 mantap. Saya bersyukur sangat dapat ditempatkan di tempat tersebut. ALHAMDULILLAH. Setiap selepas Maghrib pasti ada usrah. Cayalah, sekolah lama saya dulu pun takde benda2 yang macam ni. Sob3. Akhirnya, impian saya untuk merasai semua pengalaman ni termakbul.
Tapi korang nak tahu satu benda tak?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
HOHO~Masa minggu pertama kat sana, saya memang homesick
TAPI, Alhamdulillah, dari semasa ke semasa saya dapat sesuaikan diri saya. Tiada lagi tangisan seperti bayi. HAHAHA. Dan baru saya sedar, di sana ramai lagi yang sayang dekat saya, terutamanya roommate, rakan2 baru yang teramatlah baik dan tidak lupa juga SENIORS2 yang memang caring ya amat. First time saya jumpa senior yang betul2 ambil berat perihal junior2 mereka. Tak tahu la macam mana nak balas jasa mereka. May Allah bless them always. =)
Dan ingatlah, Allah kan ada. Dia akan sentiasa bersama kita. Walau apa pun kerja yang kita lakukan yakinlah bahawa Allah sentiasa melihat dan bersama kita.
La Tahzan wa la Takhaf. Innalaha ma'ana.
FYI, dekat sana saya join 5 kelab. HOHO. Nak jadi aktif sikit. Hope semua aktiviti2 ni tak menganggu kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Nak tahu tak kelab apa yang saya join? Tunggu entri yang seterusnya ok. HIKHIK. Saya kena berkemas untuk pulang semula ke rumah kedua saya tu. YUHUUUUU~
Ilal liqa'. Wassalam~
p/s: Selemah2 manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari. [Saidina Ali]
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^