Bismillahhirrahmanirrahim,
Sebenarnya tak banyak pun kata2 yang aku ingin ucapkan,
sekadar luahan perasaan di blog kesayangan aku ini,
aku mahu meluahkan apa yang aku rasa,
ya, itulah tujuannya,
aku sendiri pun masih tercari2,
siapakah aku yang sebenarnya?
Sejujurnya, kehidupan di KMB banyak mengajar aku,
ya, terlalu banyak,
terutamanya niat aku ketika aku di KMB,
NIAT?
inna a'malu binniat,
acap kali aku diperingatkan tentang niat ketika aku disana,
niatlah yang menentukan tahap sesuatu ibadah itu,
boleh jadi sesuatu amalan kecil itu menjadi besar kerana niat,
dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.
Aku sedar tentang tu,
niat aku ke sana adalah kerana Allah,
untuk mencapai mardhatillah Allah,
untuk menuntut ilmu Allah,
agar aku dapat berbakti buat agamaku.
Tapi,
seringkali aku lagho,
seringkali aku menjadi lalai,
seringkali aku menjadi alpa,
seringkali aku tersungkur.
Aku lupa akan niat asalku disini,
aku lupa tujuan aku disini,
aku lalai untuk menyempurnakan tugasan aku disini,
acapkali aku hanyut ditolak arus.
Ya Allah,
masih adakah peluang untuk aku mengubah diri aku?
Ya Allah,
aku terasa amat lemah dan kerdil bila mana aku bersama mereka,
bagi aku mereka terlalu hebat berbanding aku,
aku dikerumuni sebilangan besar makhlukMu yang betul2 berbakat,
mereka terlalu pandai,
banyak ilmu didada mereka,
aku hanyalah seperti semut dalam kalangan mereka,
yang kecil, kerdil dan tidak berdaya.
Ya Allah,
kadang2 aku lupa akan cinta aku kepadaMU,
cinta aku kepada RasulMu,
cinta aku kepada AgamaMu,
aku menjadi lalai,
kadang2 terlalu asyik akan cinta kepada makhlukMu,
sehingga lupa cinta teragungku.
Ya Allah,
aku akan cuba perbaiki diri aku,
dari semasa ke semasa,
mungkin ini akan memakan masa,
tapi aku tahu,
Engkau akan melihat kepada usaha aku,
bukan hasilnya.
Aku akan cuba menjadi umat yang terbaik buatMu,
aku kepingin untuk bertemu dengan kekasihMu.
Ya Muhammad,
begitu mendalam rinduku kepadamu,
mendegar kisah2mu sudah cukup membuat aku mengalirkan air mata,
begitu besar pengorbananmu untuk Agama Allah,
aku berjanji, aku takkan membiarkan usahamu menjadi sia2,
aku berjanji, aku akan berusaha untuk menjadi doktor yang baik suatu hari nanti.
Ya Allah,
tolonglah makbulkan doaku,
niatku hanya satu,
semuanya ikhlas keranaMu,
maafkan aku akan kekhilafan aku,
semoga Ramadhan yang akan datang ini,
membawa sinar kepadaku.
Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan
Assalamualaikum ira,
ReplyDeleteJika kita fikir kembali kan, diri kita ini sebenarnya tak ada apa pun..maksud ana, tangan kita yang menaip ini, mata kita yang melihat, akal kita yang berfikir, perasaan suka duka kita ini..
Semuanya milik Allah, kita hanya meminjam daripadaNya..
Kita ini tak ada apa-apa pun, hatta roh kita pun milik Allah..membuatkan kita terfikir perihal ini pun datang daripada Allah..
Huuu..betapa kerdilnya kita ini kan?
Kita ini tak ada apa, diselam tak jejak ke dasar, ditimba tak luak setitis, tak ada apa..
hanyalah seorang hamba...
Seorang hamba yang bermusafir dalam mencari jalan pulang, menuju negeri asal kita, negeri yang menjadi langkah terhentinya kita buat selamanya..sambil membawa peta panduan al Quran dan Sunnah, serta hikmah lantera penerang jalan..insyaAllah..
29:69. insyaAllah.
ReplyDeletep/s:cm knal je lirik last tu. haha
SHIROU >
ReplyDeletewaalaikumussalam, yup, betul tu. Bila kita fikir2 balik, sebenarnya semua ini hanyalah milik Allah, segala nikmatnya sekadar pinjaman semata2. Tapi kadang2tu ana rasa macam lemah je, tak tahu sebab apa. huu.
btw, tengs 4 remind me. InsyaAllah ^^
DR. ACAD>
ReplyDeleteowh, tengs bg ayat tu. insyaAllah. =)
p/s : err, mmg lah. itu lagu kat blog ~sky is the limit~ haha. =P. best kot lagu tu, first time dengar dah jatuh hati. hoho.