Monday, May 14, 2012

WARKAH BUATMU~

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!! 

MAY ALLAH BLESS OUR DAY~ INSYAALLAH. ^_^
Suaranya yang lembut,
Mendayu-dayu, tapi tegas,
Masih terngiang-ngiang lagi,
Di corong telingaku.

Bukan sekadar alunan biasa,
Bukan sekadar kata-kata jiwang bualan remaja,
Bukan sekdar cakna yang tiada makna,
Tetapi penuh hikmah dan ibrah.

Sesungguhnya amat mulia sisimu ibu,
Doamu sentiasa didengari Allah,
Kasihmu menjadi penguatku,
Nasihatmu menjadi bekal perjalananku.

Owh, indahnya perasaan cinta itu,
Lagi syok daripada burung-burung yang hangat bercinta,
Ditambah pula dengan pahala,
Sudah tentu terlindung daripada dosa. InsyaAllah~

Tatkala Subuh menjelma,
Suaranya juga yang mengejutkanku,
Walaupun hanya dicorong telefon,
Seolah-olah jasadnya hadir disisiku.

Ah!, mungkin orang labelkan aku bak kanak-kanak ribena,
Yang asyik berkepit di bawah ketiak ibu,
Tapi itu adalah caraku,
Untuk terus bertahan di bumi KMB ini.

Sampai disini sajalah nukilanku,
Maafkan anakmu ini jika tersalah bicara,
Daku akan sentiasa menembak doa,
Agar hidupmu sentiasa dinaungi Allah, wahai mak~

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan bercerai susu dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang tuamu, Hanya kepadaKulah kembalimu”.
                                                                                            [Luqman: 14]
huu~

p/s: thanks mak~
2nd p/s: doakan saya agar berjaya dunia dan akhirat. =) esok dah exam sem 2. wuu~

post signature

2 comments:

jangan lupa komen~ ^^