Assalamualaikum! Cak cak cakkkk! :D
Sekarang jam menunjukkan pukul 3:15 pagi. Dah sah saya ni macam burung hantu. Malam berjaga bukan main lagi ye. Ni penangan hidup di KMB la ni. Heh.
Tapi kannnnn, BETTER LATE THAN NEVER. Heheh. Kata cuti. Otak pun kena cuti la bro. :D ajaran sesat~
Lepas ni, masuk je sem 3, bulan 7, junior2 bakal masuk. Hampa gak la sebenarnya sebab takde seorang pun budak SMKBDP dalam list2 junior tahun ni. Takpelah, mungkin diorang ada tempat yang lagi bagus Allah letak. ^_^
Sebenarnya entri ni just saya nak simpulkan kehidupan saya dekat KMB sepanjang setahun. Betullah kata kakak2 senior, dekat sini la bumi tarbiyyah. Banyak benda saya belajar. Bersyukur sangat2. Masa mula2 masuk, Ya Allah, sedih tak terkata. Bayangkan anda hanya KESEORANGAN dalam kalangan student2 yang boleh dilabelkan sebagai creme de la creme. Mak aii, cuak bebenor time tu. And dengan sikap humblenya ditambah bila saya ni just student from daily school. Nak kemana2 je asyik berkepit dengan roommate. Itu jela orang yang boleh dikatakan rapat time tu. Itupun, still dia ada kawan dari sekolah yang sama dengan dia. Akibatnya, termangu2 la saya bila diorang bersembang. So, menyebabkan saya jadi seorang yang sangat pendiam. Orang putih kata cutlure shock gitu.
Lepas tu, ditambah pula dengan minggu orientasi lagi. Perghh, memang tak cukup tidurlah time tu. Then, boleh pula budak2 tu buat hal dan timbulkan beberapa kes yang menyebabkan kitorang semua tak boleh balik bilik untuk tidur. Haissh. Overall, minggu orientasi boleh la. Time tu jumpa kawan2 yang dah kenal dekat FB before masuk KMB. Ini semua hasil group KMB tula.
Alhamdulillah, lama kelamaan saya makin selesa duduk dekat KMB. Merasa jugalah suasana di asrama. Mostly budak2 kat sana cakap suasana tu sama je masa diorang dekat MRSM and SBP dulu. Bayangkan, nak keluar asrama pun kena touch out and ada limit waktu pula tu. Sebijik macam sekolah. Siap dengan assembly bagai. Kemudahan pun takde lah tip top sangat. Tapi saya tak kisah pun semua tu.
Kehidupan di KMB diceriakan lagi dengan rakan2 sekelas. Time tu kelas M11K. Memang syok habis. Ukhuwah yang terjalin masih berkekalan sampai sekarang walaupun dah berlainan kelas. Ingat lagi masa tu budak laki 7 orang sebaris dihadapan. Lagi 11 orang perempuan isi tempat duduk kat belakang dan saya jadi paksi kelas tu. duduk tengah2. And you know what, saya and roommate ialah classmate. Hehe.
Kemudian bermulalah hectic yang sebenar2nya. Masa tu ambil 4 HL > Chemistry HL, Biology HL, Maths HL and Eng HL. Yang selebihnya saya ambil Business and Management SL, Malay A1. Ditambah lagi dengan subject hardcore iaitu Theory of Knowledge. Pastu Warisan lagi lebih kurang macam Sejarah, plus Pendidikan Islam. Emm, dengas Creative, Action and Service nya ditambah pula dengan kawad kaki dari JPAM lagi. Mak aiii, kadang2 rasa macam nak quit je IB ni.
Then, masa sem 1 ni jugalah satu kejadian hitam berlaku. Boleh pula GDC yang berharga RM 400++ hilang. Waduh2. Menangis2 time tu. Mana nak cari duit sebanyak tu nak beli yang baru. Kalau kaya takpe gak. Hurmm. Saya pun ambillah inisiatif tampal pengumuman dekat board. Siap lukis GDC tu lagi. Alhamdulillah, tak lama selepas tu ada orang pass dekat my classmate. Katanya saya tertinggal dekat Lecturer Theater (LT). Lega ya amat!
Cikgu kata boleh main game guna GDC. |
Emm, nak stop laa. Nanti sambung balik kalau berkesempatan dalam entri seterusnya. InsyaAllah.
p/s: rasa mengantuk la pula. TIDAKKKK!!!! Kena siapkan sikit je lagi, baru boleh tidur. Hukhuk.
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^