Thursday, January 31, 2013

DOKTRIN?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Aku betul, kau salah. 
Kau bangkang idea aku, kita bukan satu aliran.
Fahaman kau lain, ideologi kita berbeza.
Kau pihak lain, dan aku dipihak yang benar.


Kalau kau tak sesat, mana jalan keluarnya? 
Kalau kau betul, kenapa perlu dibangkang? 
Kalau kau benar, mana kebenarannya?

Kita bergaduh, orang ketiga bergelak ketawa.
Kahkahkah. Berdekah2.
Kita sama bermusuh, berperang bagai nak rak.
Kau bukan lagi teman, kau bukan lagi kawan.
Eh? Pernahkah kita berkawan.

Kita sama2 buntu.
Kering idea, madah berhenti begitu sahaja.
Penyelesaiannya?
Hilang tanpa khabar.
Orang ketiga itu juga yang untung.


p/s: Sekarang saya layan lagu anime. Perlukah? LOL.
post signature

Wednesday, January 30, 2013

IF YOU KNOW WHAT I MEAN

بسم الله الرحمن الرحيم 

The truth is we choose what we love most.
When we love money most, that's what we choose.
When we love people more, they fill our hearts.
We think of them most.
Our life loses center.
We leave the orbit of the Creator and enter the orbit of the creation.
A painful and unstable orbit.
In the orbit of the creation,
we rise and fall with the wave of the creation,
the wave of praise and criticism,
our standards for success and failure,
come from the creation, from society.
- Yasmin Mogahed.

This is the 100th entry for my blog. Enjoy.
Yeayy. Sambil bunyi percikan bom bunga api. Eh!
p/s: Seriously, bosan buat IA Business. Dah kering idea. Cari2 maklumat dekat internet. Baca blog2 orang. On FB. Nampak quote ni. Tetibe, sampai dekat blog sendiri. Maka, terupdatelah entri yang ke 100 ini. Fullstop.
post signature

Tuesday, January 29, 2013

DI SUATU MALAM YANG SEPI

Assalamualaikum warahmatullah~

Senyum.

Fuhh, fuhhh. Sunyi je blok asrama ni memandangkan ramai yang pergi kem Biro TataNegara (BTN). Tinggallah budak2 under scholarship JPA and NUMed students. Kalau tak tahu NUMed tu apa, gi tanya Inche Google. xD

Memandangkan sekarang dah sem 4 yang merupakan final sem dekat sini, semua benda nak kena submit. Pastu kena hantar kat International Baccalaureate Organization (IBO) untuk check ada plagiarism and so on and so forth. Dan sekarang ni saya tengah dalam usaha nak siapkan International Assessment (IA) Business dalam minggu ni juga. Pastu Ahad ni kena buat  presentation Theory of Knowledge (ToK). 

Tarik nafas dalam2. Hembus~
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [2:286] 
Sebenarnya teringin nak buat enrty pasal semua assignment2 yang saya kena buat sepanjang duduk kat KMB ni. Itupun kalau ada banyak masa free bila naik cuti raya Cina ni. Heh. Orang kata, kenangan gitu~ Hahah.

Anyway, sebenarnyakan, perkara yang paling saya suka buat masa malam2 macam ni, ialah, lepak kat luar blok, tengok langit. Heh. Dari sem 1 dulu selalu buat sampailah sekarang.

Lagi2, saya ni jenis orang yang tidur lewat. Time malam2 rabun buta tu, bila keluar bilik and duduk kat tengah2 blok, memang sunyi habis r dan takde siapa yang kisah. Masa ni lah mula mengenang nasib diri. LOL. Sambil ditemani nyanyian cengkerik dan kumbang2 kecil.

Subhanallah, bulan malam ni tersangatlah cantik. Walaupun, sebenarnya setiap hari cantik je bulan tu tapi mungkinlah beberapa minggu ni, luar biasa sikit kecantikan bulan tu. And, yup, ciptaan Allah tiada siapa yang dapat tandingi. :')


Sekadar bulan hiasan~
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? [55:13]
And guess what, bila dapat mesej goodluck wishes daripada junior sangatlah terharu sebenarnya. Dupdapdupdap. Takut pun ada gak sebab lagi beberapa hari je nak final. Teringat memori time nak dekat SPM dulu. LOL.
Akak, don't forget that, we just have to do our very best because Allah will do the rest.
I wish akak all the best for sem 4. May Allah bless us always. :)
All the best kak, semoga Allah berkati masa. Take care! :)
Terharu. Sob sob. Domo Arigatou sebab sentiasa doakan. Jazakumullah. :D

p/s: Bosan juga sebenarnya bila depa semua pergi BTN. Sunyi sangat blok ni. 
2nd p/s: Time masa2 penting nak kena guna Internet ni la, time tu juga broadband selalu meragam. T_T
3rd p/s: Semakin nak dekat dengan exam final, semakin rajin saya mengupdate blog.
4th p/s: Hypothesis accepted. Peluh besar.
post signature

Monday, January 28, 2013

WASURETA KA?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Everyone wants to be a leader,
So that people will obey your words,
But then, who wants to be the followers?
That will ensure your words are fulfilled,
To take the orders and follow the commands.

Everyone wants to voice out their opinions,
Because you want to be heard,
But then, who wants to be the listeners?
That will listen and evaluate on every single of your words,
To give feedback and provide supports.

Everyone wants to be famous,
So that people will acknowledge your works,
But then, sometimes this will make you go astray,
You become riak and ujub,
Now, money becomes your ultimate aim.

Everyone wants to have a good wife/husband,
So that you will live happily ever after,
But then you forget to become a good son/daughter,
That will ensure your parents get the love from you,
To appreciate them and spend time with them.

Everyone wants to enter Jannah,
It shows that you have a happy ending,
But then, you disobeying Allah's commands!
You indulge yourself in a life full of sins,
You forget Akhirah and too obsessed in Dunya!

And yeahh,
Everyone wants to be perfect,
Even though you know that nobody is perfect,
But then, practice makes perfect,
So why must give up?
When you know that Allah is All Merciful.


Dear Alyani Nazirah, don't ever lose hope in the Mercy of Allah.

p/s: KMB here i'm coming. To Final IB exams, please be nice to me, okay. 94 days more, i guess. Pray for my success~ Arghhhhh.
2nd p/s: Rabbi yassir wala tu'assir, ya Kareem. ^^
3rd p/s: Saya tahu, tajuk entry ni pelik. Malas nak fikir pasal tajuk entry ni. LOL. Any ideas? Heh.
post signature

Saturday, January 26, 2013

MUSTAHIL TAHAP DEWA

Assalamualaikum warahmatullah~

Kalaulah doraemon betul2 wujud, saya nak dia bagi saya PINTU KEMANA2 SAJA. So that, saya boleh pergi kemana2 yang saya nak dan jumpa orang yang betul2 saya nak jumpa sekarang. 

[credit]

p/s: Aku tahu ni mustahil sangat2. HAHAHAHA. T_T
post signature

Sunday, January 20, 2013

SHIFT YOUR PARADIGM

بسم الله الرحمن الرحيم 

ASSALAMUALAIKUM~ ^^

Hello readers! :D

Me, can't wait for next week as I can go back home, spend my 'ample' time there and eat tempoyak as many as I want. HAHA. So, buckle up guys with full of beneficial activities during this time. Don't let time flies without you really use it and you end up regretting it. Huh.

Anyway, I came across a nice quotation by Thomas Jefferson which is a US President. He said that:
"The man who reads nothing at all is better educated than the man who reads nothing but newspapers."
So, what is your opinions about this quote? Ok, this is my short entry about it.

For me, to some extend I do not really agree with that statement as for me newspaper has its own ways to educate people. Listen, this  is my personal point of view regarding this.

By reading newspapers, we will be updated with the current issues as for now the issue about striking on Gaza by Israellians keep on playing. From newspapers, we actually know what really happens around the globe. Especially, students like me where you have no time to watch Buletin or anything related to it from the idiot box. Plus, newspaper is one of the effective sources to get any information as it is easily to access. 

Next, man who reads newspapers is broaden-minded compared to man who reads nothing at all. In a way, reading newspapers will shape you to think critically and teach you to read between the line. As for me, not all newspaper's sections always provoke on the issues of artists or political matters. This is where you need to evaluate every sentences and statements of the news to ensure the reliability. Sort out any information that is bias-based. Hence, this will teach you to master in summarization and thus, you are able to prioritize the priority.

As what Thomas Jefferson said, I want to emphasis on the man who reads nothing but newspapers. So, here, the importance of not to depend on one source only, for instance, newspaper itself. You actually have to refer from a myriad of sources in order to get the most reliable and accurate info.

So, it is actually the matter of yourself. Some people may compare the newspapers as a piece of junk paper that provides unnecessary issues. To some extend, it does. However, in this millennium era, it is a paramount for you to master the skill of analyzing and evaluating any information provided. Because all things have its pros and cons. Only you have the power to control yourself. 



Anyway, don't too fast to believe in rumors. But, at the same time, don't hastily put it aside. Find the source first and ensure the reliability of the information.

Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang~ 

p/s: ~ ini angin.
2nd p/s: better to read something than nothing.
3rd p/s: I got a nice reminder from my best friend this morning. To make a long story short, procrastination is the thief of time. Yes, that's it! Thank you~ ^^

post signature



Tuesday, January 1, 2013

HELLO TWO ZERO ONE THREE

 بسم الله الرحمن الرحيم 

ASSALAMUALAIKUM~ ^^

Tajuk bukan main nak gempak gitu. Haha.

Ok, tak gempak pun sebenarnya. Aku je rasa macam tu~

Anda apa khabar? Errr, rasa kekok pula tetibe menulis dalam blog ni semula. Sumpa, banyak kali padam sebab merasakan ayat yang ditulis itu semacam je bunyinya. =.='' ni pun rasa macam pelik je ayat.

Perasan tak bilangan entri untuk tahun 2012? Waaa, sangat menyedihkan sebenarnya. Sebelum ni, masa exam Sem 3 hari tu, berkobar2 kononnya nak update blog setiap hari time cuti nanti. Ok, itu hiperbola. Takdelah setiap hari, tapi AT LEAST terupdatelah juga blog ni. Malangnya, tahun 2012 dah pergi takkan kembali. Kini Now, say hello to 2013.



Saya sendiri sebenarnya tak faham kenapa bila esok dah nak start henshin (baca: bertukar) menjadi seorang pelajar, barulah jari2 ni semangat nak menari atas papan keyboard QWERTY ni. Padahal, dalam otak ni punyalah banyak idea nak tulis, nak dibincangkan, nak dingomelkan time cuti sebulan ni. Tapi harapan tinggal harapan. Terpaksa tunda seketika disebabkan penyakit M (baca: MALAS) yang melanda. Sedih.

Dan sekarang, entri blog ini diupdate dengan repekan yang tiada makna. Wahaha.

You know what, tahun lepas a.k.a. bulan 12 hari tu, saya balik kampung abah. Nak balik kampung ni bukan peluang yang selalu saya dapat tau, lagi2 bila dah besar ni. Time kecik dulu lainlah~ Ni pun disebabkan sepupu saya kahwin. Excited bila dapat tahu Kak Hanim nak kahwin. Bayangkanlah, dulu Kak Hanim teman sepermainan saya kat kampung, beza umur pun 4 tahun je. Tup tap tup tap, dia dah kahwin. Terkejut gak. Hehe.

CINTA
Nak jadikan kisah, Kak Hanim dengan Abang Munir, her husband, tak pernah bercinta. Diorang tak pernah jumpa dan beza umur diorang 5 tahun. Masa Cik Ida, my aunty, cerita pasal kisah diorang ni, rasa macam tak percaya. Yela, ingatkan dalam novel je benda ni terjadi, tengok2 kena dekat sepupu sendiri. And then, Abang Munir tu dah dua tahun tunggu Kak Hanim, dan dah beberapa kali juga jumpa mak ayah Kak Hanim. Berani bukan?? plus SETIA.

Kagum sebenarnya. Walaupun saya ni naif pasal bab2 ni, tapi dengar cerita diorang pun macam best je. May Allah bless them always~ ;) Semoga berbahagia ke anak cucu. Wink3.

Naif? LOL!

20 TAHUN
Bila kat kampung, ayat yang cliche selalu masuk ke gegendang telinga ni ialah "wah, Ira, dah besar ye anak dara seorang ni." Nak tergelak juga bila dengar ayat tu. Takkan saya nak semakin kecil pula kot. Terkejut pula kang nanti. Adess.

Tapi, ada suatu tu, masa abah tengah sembang dengan tetamu2 tu, ada satu dialog yang saya rasa macam, WOAHH. Mula2 sembang pasal sambung belajar, bla3. Pastu, abah pandang ke arah anak dara dia ni, dan berkata:-

Abah: Ha, yang ni kalau tak sambung mengaji (baca: belajar) dah boleh kahwin dah ni. Dulu mak hang pun kahwin masa umur dia 20 tahun.

Me: Sengih sorang2. Tu la abah, nasib baik akak suka belajar. Tak mau la kahwin awal2.

Abah: Nasib baik. Lepas ni akak kena kahwin after habis belajar. Jangan main2 time belajar. Kalau nak jadi doktor, pastikan jadi doktor yang berguna sampai jadi pakar.

Lepas habis belajar? Memang lambat lagilah jawabnya. Tersengih la saya sorang2 kat situ.

Bercakap pasal angka 20 tu, saya tak sangka saya dah capai angka tu. No more 'teen'~ 

ASRAMA
Ha! Ini satu lagi, hari ni my brother dah balik asrama. Sedih sebenarnya. I'm gonna miss all his cooking. Dia pandai memasak beb. Tak tipu. Kalah kakak dia ni. Sebab tu lah salah satu kriteria my future husband nanti ialah kena pandai memasak like my daddy. Lepas tanganlah tu. Wahaha. Lepas ni mesti rindu nak dengar dia bagi tazkirah, sembang2 dengan dia, buat lawak bodoh yang tak berapa nak menjadi. Sob sob. Cepatkan masa berlalu? Cuti sebulan ni sekejap je. Tahun ni my brother tu akan ambil SPM. Bulan 1 ni dia dapat result SMA. Waaa, dah besar dah dia.

Kalau dia baca part dia ni mesti dia terharu. (?)


KMB
Dan esok, giliran saya pula pulang ke kandang KMB. Pastu dapat result, kena struggle untuk final exam nanti.  Waaa, ni lagi satu perkara yang saya tak sangka. Final exam awal bulan 5 ni. Jadual exam dah keluar. Tanpa disangka, saya bakal berhadapan dengan perkara yang paling saya takuti. FINAL EXAM. Final weh, jangan main2. Duit dah banyak guna. Tak mahu kecewakan mak abah. Please please please, sesiapa terbaca ni, doakan kejayaan saya. Peluh besar.

ADIK-ADIK
This year, semua adik2 saya dah bersekolah. Sekolah tadika dulu tak kiralah sebab berapa jam je pun kelasnya. Tinggallah mak keseorangan di rumah. I know, mak pasti rasa sunyikan. Tapi, inilah pengorbanannya kalau nak lihat anak2 mak berjaya. :(

SETIA HUJUNG NYAWA




Sekarang ni saya layan cerita ni je kat TV. Tak tahu kenapa. Sebab cerita ni comel kot. Haha. Tapi, lepas ni,  no more TV. TONTON lah nampaknya. Itu pun kena cari waktu yang sesuai kalau nak catch up balik. Kesibukan pasti menjadi sahabat yang paling baik time kat KMB nanti. Paksa diri untuk senyum.

Ok. Sampai sini jela nampaknya coretan saya hari ini. Anyway, tadi buang tebiat baca post2 lama2 dulu. Lawak pula rasanya walaupun takde benda yang lawak sebenarnya. =.=''

Tak sangka dah 3 tahun dah~ 

Emm, sebelum mengakhiri post ni, selamat menyambut tahun baru Masihi. Semoga kita dapat menjadi seorang individu yang lebih baik daripada sebelumnya dan sentiasa berusaha untuk perbaiki diri. InsyaAllah. Jaga diri, jaga iman. Ilal liqa'.

p/s: Sayonara TWO ZERO ONE TWO~
2nd p/s: Jangan lupa sentiasa selitkan saudara2 kita di Palestin, Burma, Rohingya, Syiria dan lain2 termasuk Malaysia dalam doa kita. Masing2 ada ujian yang tersendiri. May Allah bless you~

post signature