Tuesday, January 1, 2013

HELLO TWO ZERO ONE THREE

 بسم الله الرحمن الرحيم 

ASSALAMUALAIKUM~ ^^

Tajuk bukan main nak gempak gitu. Haha.

Ok, tak gempak pun sebenarnya. Aku je rasa macam tu~

Anda apa khabar? Errr, rasa kekok pula tetibe menulis dalam blog ni semula. Sumpa, banyak kali padam sebab merasakan ayat yang ditulis itu semacam je bunyinya. =.='' ni pun rasa macam pelik je ayat.

Perasan tak bilangan entri untuk tahun 2012? Waaa, sangat menyedihkan sebenarnya. Sebelum ni, masa exam Sem 3 hari tu, berkobar2 kononnya nak update blog setiap hari time cuti nanti. Ok, itu hiperbola. Takdelah setiap hari, tapi AT LEAST terupdatelah juga blog ni. Malangnya, tahun 2012 dah pergi takkan kembali. Kini Now, say hello to 2013.



Saya sendiri sebenarnya tak faham kenapa bila esok dah nak start henshin (baca: bertukar) menjadi seorang pelajar, barulah jari2 ni semangat nak menari atas papan keyboard QWERTY ni. Padahal, dalam otak ni punyalah banyak idea nak tulis, nak dibincangkan, nak dingomelkan time cuti sebulan ni. Tapi harapan tinggal harapan. Terpaksa tunda seketika disebabkan penyakit M (baca: MALAS) yang melanda. Sedih.

Dan sekarang, entri blog ini diupdate dengan repekan yang tiada makna. Wahaha.

You know what, tahun lepas a.k.a. bulan 12 hari tu, saya balik kampung abah. Nak balik kampung ni bukan peluang yang selalu saya dapat tau, lagi2 bila dah besar ni. Time kecik dulu lainlah~ Ni pun disebabkan sepupu saya kahwin. Excited bila dapat tahu Kak Hanim nak kahwin. Bayangkanlah, dulu Kak Hanim teman sepermainan saya kat kampung, beza umur pun 4 tahun je. Tup tap tup tap, dia dah kahwin. Terkejut gak. Hehe.

CINTA
Nak jadikan kisah, Kak Hanim dengan Abang Munir, her husband, tak pernah bercinta. Diorang tak pernah jumpa dan beza umur diorang 5 tahun. Masa Cik Ida, my aunty, cerita pasal kisah diorang ni, rasa macam tak percaya. Yela, ingatkan dalam novel je benda ni terjadi, tengok2 kena dekat sepupu sendiri. And then, Abang Munir tu dah dua tahun tunggu Kak Hanim, dan dah beberapa kali juga jumpa mak ayah Kak Hanim. Berani bukan?? plus SETIA.

Kagum sebenarnya. Walaupun saya ni naif pasal bab2 ni, tapi dengar cerita diorang pun macam best je. May Allah bless them always~ ;) Semoga berbahagia ke anak cucu. Wink3.

Naif? LOL!

20 TAHUN
Bila kat kampung, ayat yang cliche selalu masuk ke gegendang telinga ni ialah "wah, Ira, dah besar ye anak dara seorang ni." Nak tergelak juga bila dengar ayat tu. Takkan saya nak semakin kecil pula kot. Terkejut pula kang nanti. Adess.

Tapi, ada suatu tu, masa abah tengah sembang dengan tetamu2 tu, ada satu dialog yang saya rasa macam, WOAHH. Mula2 sembang pasal sambung belajar, bla3. Pastu, abah pandang ke arah anak dara dia ni, dan berkata:-

Abah: Ha, yang ni kalau tak sambung mengaji (baca: belajar) dah boleh kahwin dah ni. Dulu mak hang pun kahwin masa umur dia 20 tahun.

Me: Sengih sorang2. Tu la abah, nasib baik akak suka belajar. Tak mau la kahwin awal2.

Abah: Nasib baik. Lepas ni akak kena kahwin after habis belajar. Jangan main2 time belajar. Kalau nak jadi doktor, pastikan jadi doktor yang berguna sampai jadi pakar.

Lepas habis belajar? Memang lambat lagilah jawabnya. Tersengih la saya sorang2 kat situ.

Bercakap pasal angka 20 tu, saya tak sangka saya dah capai angka tu. No more 'teen'~ 

ASRAMA
Ha! Ini satu lagi, hari ni my brother dah balik asrama. Sedih sebenarnya. I'm gonna miss all his cooking. Dia pandai memasak beb. Tak tipu. Kalah kakak dia ni. Sebab tu lah salah satu kriteria my future husband nanti ialah kena pandai memasak like my daddy. Lepas tanganlah tu. Wahaha. Lepas ni mesti rindu nak dengar dia bagi tazkirah, sembang2 dengan dia, buat lawak bodoh yang tak berapa nak menjadi. Sob sob. Cepatkan masa berlalu? Cuti sebulan ni sekejap je. Tahun ni my brother tu akan ambil SPM. Bulan 1 ni dia dapat result SMA. Waaa, dah besar dah dia.

Kalau dia baca part dia ni mesti dia terharu. (?)


KMB
Dan esok, giliran saya pula pulang ke kandang KMB. Pastu dapat result, kena struggle untuk final exam nanti.  Waaa, ni lagi satu perkara yang saya tak sangka. Final exam awal bulan 5 ni. Jadual exam dah keluar. Tanpa disangka, saya bakal berhadapan dengan perkara yang paling saya takuti. FINAL EXAM. Final weh, jangan main2. Duit dah banyak guna. Tak mahu kecewakan mak abah. Please please please, sesiapa terbaca ni, doakan kejayaan saya. Peluh besar.

ADIK-ADIK
This year, semua adik2 saya dah bersekolah. Sekolah tadika dulu tak kiralah sebab berapa jam je pun kelasnya. Tinggallah mak keseorangan di rumah. I know, mak pasti rasa sunyikan. Tapi, inilah pengorbanannya kalau nak lihat anak2 mak berjaya. :(

SETIA HUJUNG NYAWA




Sekarang ni saya layan cerita ni je kat TV. Tak tahu kenapa. Sebab cerita ni comel kot. Haha. Tapi, lepas ni,  no more TV. TONTON lah nampaknya. Itu pun kena cari waktu yang sesuai kalau nak catch up balik. Kesibukan pasti menjadi sahabat yang paling baik time kat KMB nanti. Paksa diri untuk senyum.

Ok. Sampai sini jela nampaknya coretan saya hari ini. Anyway, tadi buang tebiat baca post2 lama2 dulu. Lawak pula rasanya walaupun takde benda yang lawak sebenarnya. =.=''

Tak sangka dah 3 tahun dah~ 

Emm, sebelum mengakhiri post ni, selamat menyambut tahun baru Masihi. Semoga kita dapat menjadi seorang individu yang lebih baik daripada sebelumnya dan sentiasa berusaha untuk perbaiki diri. InsyaAllah. Jaga diri, jaga iman. Ilal liqa'.

p/s: Sayonara TWO ZERO ONE TWO~
2nd p/s: Jangan lupa sentiasa selitkan saudara2 kita di Palestin, Burma, Rohingya, Syiria dan lain2 termasuk Malaysia dalam doa kita. Masing2 ada ujian yang tersendiri. May Allah bless you~

post signature

2 comments:

jangan lupa komen~ ^^