بسم الله الرحمن الرحيم
Hey hey, assalamualaikum. ;p
Cepatkan masa terbang dan sekarang dah masuk tahun 2015! Haha. Aku rasa macam cepat gila habis tahun 2014. And kalaulah tahun ni aku berjaya dengan jayanya dalam exam final stage 2, aku dah boleh jadi stage 3 medical student. Hoho. Benda yang paling aku nak sekarang ni is that aku nak cepat-cepat grad. :3 Aku ada misi yang kena buat. Kuikui.
2015.. Kalau ikut tahun I'm already 22~ Ohoi. Moga pemikiran aku jadi lebih matang, and even perangai aku jugak. Kikiki.
Kalaulah aku imbau balik semua yang terjadi time 2014, mesti aku boleh tetibe gelak sorang-sorang, termenung tetibe, nangis tetibe, senyum tetibe. Aku harap tahun 2015 ni, my life will be blessed and shower with His kindness. Manalah tahu tahun ni tetibe ajal datang, aku harap aku mati syahid dan mati dalam husnul khotimah.
PAHIT MANIS MASAM MASIN UMAMI
Bagi aku tahun 2014 banyak ajar aku erti kehidupan. Erti menjadi seorang muslim sejati. Aku takleh imagine kalau Allah tak campak aku masuk NUMed, mungkin sekarang aku tengah menghabiskan duit MARA pergi bercuti kat tempat-tempat yang memang aku nak sangat pergi dan melihat semua keajaiban dan sejarah yang pernah berlaku kat tempat tu. Mungkin aku melihat semua tu, tapi melihat dengan buta mata hatinya.
Bertebaran kat atas muka bumi, tapi kalau tak didasari dengan niat dan matlamat yang jelas, perkara tu tak menambahkan iman pun. Emm. Walaupun deep down, aku jeles tau huwaa tengok all my besties pergi travel sana sini. Tetibe aku terimbau balik impian aku sejak sekolah menengah, aku nak travel satu dunia ni. Aku nak tahu rahsia yang terselindung kat atas muka bumi ni. Aku nak lihat sendiri sejarah peninggalan kat sesuatu tempat tu. And aku nak buat travelog aku sendiri. Hoho. Time tu aku fikir aku boleh buat semua tu bila dah dapat biasiswa after SPM, ngehe. Dan betullah, kita merancang, Allah juga merancang. Dan sesungguhnya perancangan Allah tulah sebaik-baik perancangan.
Dan aku sangat yakin, memang hidup aku dah ditakdirkan macam ni. Untuk hidup berjuang atas jalanNya. :') Aku panjatkan sejuta kesyukuran atas nikmat yang Allah berikan dalam hidup aku even aku bukanlah seorang hambaMu yang baik, mungkin tak layak pun nak masuk syurga. Tapi kalau tak dapat jumpa dengan Pencipta sendiri, perkara tulah yang akan membuatkan aku sedih. Menangis air mata darah sekalipun takkan boleh dihidupkan kembali ke atas muka bumi ni.
Sob sob...
Hey, dan impian aku nak travel satu dunia tu tak pudar lagi. One day maybe.. One dayy. InsyaAllah. Kalau aku dapat travel sorang-sorang pun takpe. Banyak benda aku nak belajar. Pasal culture, social, environment, life style, politic, faith, food, education. Haha, kadang-kadang aku rasa lah kan aku berminat ke arah sains sosial sebenarnya. Aku nak kaji human behavior, how they perceive a thing, how they make a decision banyak laa. But then, bila belajar medik ni pun memang aku punya interest nak korek rahsia pasal human sendiri.
And yes, human is very complex. Aku study pun macam tak habis-habis. Nanti masuk exam soalan dia putar belit cam hape entah, macam tak pernah study. :3 Soalan bukan main panjang, tapi point yang dia nak kata alahai cenonet je. But still, aku takleh jawab. Haha. Kan best kalau aku ni genius habis. Semua benda aku tahu. Heaven gilaaa. Kan dah guna ayat 'kalau'. Haish. Tapi benda tu tak mustahil pun kan, kalau tengok Ibnu Sina, bukannya mahir dalam bidang perubatan je, tapi geometri, logik, falsafah, fiqah, matematik to name a few. Mantap kan.
Aku ni..entahlah~ Haha.
KUAT
Yeahh, aku perlu jadi kuat. Fizikal mental spiritual. Fizikal penting sebab aku selalu imagine kalau aku lawan penjahat aku berjaya kalahkan dia. Hoho. Tapi malangnya bila balik rumah selalu kalah ngan adik lelaki sendiri. Even masuk taekwondo, macam tak membantu sangat pun. Cumanya kalau aku lawan lengan ngan kawan-kawan kat NUMed mesti aku menang. Sebab tu diorang gelar aku biceps. Haha. Seram tak. Lol. And teringat time sekolah menengah aku pernah join tarik tali, menang wehhhh. Hahaa. Lawak bila teringat balik. Aku tak tahu apsal aku join, bajet nak test kekuatan. Satu team mate semua besar-besar gila, aku je sesat kat situ. Fineee, time tu takde la gem*k cam sekarang. T_T Tapi menang beb, dapat pingat. Haha.
Mental lagilah aku perlu kuat. Especially towards my adik-adik. InsyaAllah.
Spiritual lagi lah. And of course lah hubungan dengan Allah kena jaga. Fikirlah, kekuatan tu nak datang dari mana je? Datang tetibe bergolek kat awak? Camtu? Mintalah kekuatan tu dekat Kekuatan yang paling Atas. Which is Allah. Walaupun satu dunia merancang nak jatuhkan kita, tapi kalau semua perkara tu tak diizinkan Allah, semua tu tak boleh berlaku. Ingat sandarkan kekuatan tu pada Allah. Doa jangan lupa, senjata orang Islam. Banyakka qiam. Banyakkan tadabbur ayat, kaji ayat-ayat cinta Allah untuk kita semua ye. Jangan malas-malas ye nak. ^^
Kalau kita kejar dunia je, akhirat tu pasti berciciran. Kena jelas mana satu matlamat, mana satu alat dalam hidup ni. Jangan mudah dikaburi dengan perhiasan dunia. Kejar lah perkara yang kekal tu sendiri, sediakan bekal yang secukupnyaaaa. Jangan biarkan amalan-amalan kita selama ni last-last jadi debu yang berterbangan. T_T
AZAM
Banyak weh azam aku tahun ni. Tapi selalunya aku akan lanjutkan sampai ke tahun depan...tahun depan lagi...tahun depan lagi yang seterusnya. Ngaha. So malaslah kan nak sebut.
Dan sebenarnya dalam banyak-banyak benda, aku sangat bersyukur dikelilingi dengan kawan-kawan yang sentiasa mengingatkan tujuan hidup kita ni. Ni yang tak sabar nak jumpa semuaaaa. Bermujahadah bersama-sama, menjadi ghuraba' atas dunia yang fana ni, untuk menjalankan sunnah terbesar Rasulullah s.a.w. tu sendiri. Hidup melawan arus dunia yang mungkin kadang kala lemas, tak sedarkan diri, tapi akan ada mereka-mereka yang menyelamatkan seseorang yang tegah lemas. Sebab kitakan bergerak atas satu gerabak. Sayang antunna kerana Allah. ^^
Moga nanti kita semua berjumpa disyurga~! Hoyeahhhh.
p/s: Aku rindu semua kawan-kawan aku. Kawan time sekolah menengah, kat KMB semualahhh.
2nd p/s: Aku selalu tak faham kenapa time nak dekat exam selalu ada mood nak update blog. Huh.
3rd p/s: And sekarang ni aku ada addicted kat satu lagu ni. Wuhuu.