Sunday, January 25, 2015

WAHHAABI? BIAR BETUL (part 2)

بسم الله الرحمن الرحيم

Selepas Amir Abdul Aziz meninggal dunia, anaknya menggantikannya. Amat malang sekali, anaknya itu tidak mempunyai banyak ilmu dalam soal kenegaraan dan diplomasi. Beliau telah mengapi- apikan pengikut Wahabi supaya melawan kerajaan Islam Turki yang wujud pada masa itu. Kalaulah dia seorang yang bijaksana, dia patutlah mengelakkan diri dari menumpahkan darah sesama Islam. Semua ini berlaku kerana sifat mementingkan diri sendiri di mana mereka ini ingin menjadi pemerintah. Di mata Turki, nama Wahabi amatlah dibenci.

Kesilapan ini telah mencetuskan peristiwa malang di mana Mesir telah menyerang Arabia untuk menghancurkan pergerakan Wahabi. Muhammad Ali ialah pemerintah Mesir yang berbangsa Albania. Selepas peperangan sengit di Taif, Muhammad Ali menyerang dan mengalahkan Wahabi. Lebih dari 50,000 pengikut Wahabi dibunuh. Mayat-mayat bergelimpangan di seluruh bandar. Selepas kekalahan ini, orang-orang Wahabi sekali lagi dizalimi. Semua ketua-ketua Wahabi dikumpul dan dibunuh di khalayak ramai. Mayat-mayat mereka diberi makan kepada anjing. Bandar-bandar yang berdekatan telah diceroboh, pohon kurma ditebang, tanaman dan binatang ternakan dibunuh serta rumah-rumah di bakar hangus. Orang- orang tua, orang sakit, perempuan dan kanak-kanak di bunuh tanpa kasihan belas. Mendengar berita tersebut kerajaan British yang takut kepada kebangkitan Islam itu amatlah gembira sekali dengan perbuatan Muhammad Ali dan anaknya Ibrahim. Kerajaan British telah menghantar satu delegasi khas dari India untuk mengucapkan syabas kepada Muhammad Ali dan anaknya Ibrahim. Rombongan itu diketuai oleh Captain George Forester Sadlier.

Dalam tahun 1900, seorang padri Kristian Samuel Zwemer menulis: "Pergerakan Wahabi telah dapat dihapuskan. Kesan politik akibat dari pergerakan Wahabi hanyalah kejutan sementara. Kekuatan bangsa Saudi hanya tinggal dalam sejarah sekarang".

Ramalan ini didapati salah kerana kurang daripada suku abad selepas itu, Sultan Abdul Aziz telah menakluki seluruh Semenanjung Tanah Arab melalui usahanya sendiri. Pada peringkat awalnya, bukan saja orang-orang di Tanah Arab malah seluruh Ummat Islam di merata dunia tidak sabar-sabar lagi ingin melihat kebangkitan Islam se dunia di bawah pimpinannya.

Malang sekali, harapan ini jatuh berkecai. Apabila beliau mengistiharkan bahawa beliau akan menegakkan sistem beraja, teranglah bahawa Raja Ibn Saud menggunakan Wahabi sebagai alat untuk mencari kuasa bagi dirinya.

"Di sepanjang hidupnya, Ibn Saud suka bercakap tentang Islam sebagai tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya tetapi menjadi jelas sekarang bahawa kepentingan dirinya untuk menjadi raja mengatasi kesungguhannya untuk memperjuangkan Islam. Kata-katanya- yang manis telah dapat menipu ramai orang termasuk dirinya sendiri. Dia seorang sederhana, bersopan santun tetapi dia membiarkan dirinya menyertai orang yang di sekelilingnya dalam hidup membazir dan kemewahan yang berlebihan. Dia kuat beragama tetapi jarang sekali dia memikirkan tentang tujuan upacara-upacara ibadat. Beliau menunaikan sembahyang lima kali sehari dengan sempurna dan menghabiskan masa berjam-jam beribadat di malan hari tapi dia tidak mengetahui bahawa sembahyang hanyalah jalan bukannya matlamat. Beliau bercakap tentang kebesaran cara hidup Islam tetapi beliau tidak membuat apa-apa usaha untuk membentuk sebuah masyarakat maju yang berlandaskan cara hidup Islam. Beliau tidak pernah cuba untuk mencari kesilapan dirinya sendiri tetapi menggunakan segala helah akal untuk menganggap apa yang dibuatnya semuanya betul, walaupun terang-terang salah. Pcngampu-pengampu di kelilingnya tidak membuat apa-apa untuk memperbaiki kelemahannya. Masing-masing merebut-rebut untuk mencari harta pemberian."

Yang sebenarnya, Ibn Saudlah yang menghancurkan harakah Islam di Arabia dengan mengizinkan carigali minyak oleh syarikat syarikat minyak Amerika pada tahun 1932. Kalaulah beliau masih berpegang teguh kepada prinsip perjuangan Islam sudah tentulah beliau menolak syarikat itu. Dengan cara ini, ianya dapat menahan atau melambatkan untuk beberapa kurun pengaruh kebudayaan barat dari bertapak di Saudi Arabia. Akhirnya, perjuangan untuk menegakkan masyarakat Islam tertimbus dalam ketamakan harta dunia.

"Semangat perjuangan Islam Wahabi mati di hari Amerika menemui minyak dengan banyak di Saudi Arabia. Semenjak 1912, berterusan selama 30 tahun seluruh hidup dan aktiviti negara dikawal oleh prinsip-primip Islam. Tepat masuk waktu sembahyang, semua perniagaan dihentikan, pintu kota ditutup dari keluar masuk dan sekian penduduk lelaki berduyun-duyun ke masjid. Sekarang semuanya sudah bertukar. Minyak memberi kesan kepada sosial ekonomi rakyat berkali ganda. Kekayaan yang melimpah telah menyebabkan anak-anak raja dan orang kaya bersenang lenang mengikut cara hidup Barat. Mereka mula biasa dengan perlancungan keluar negeri, pakaian rekaan asing dan kemewahan cara asing yang berbagai rupa. Minyak jugalah yang menyebabkan berlakunva proses perpindahan dari negara menyebabkan masyarakt Saudi Arabia bertukar dari yang asal. Pendatang-pendatang terdiri dari Pegawai-pegawai dan buruh-buruh yang memburu kerja, peniaga- peniaga yang mencari keuntungan cepat dan pengilang-pengilang yang ingin melabur. Yang membimbangkan sekali, terdapat guru-guru dan ahli teknikal yang memberi sumbangan yang besar dalam mmbaratkan generasi muda. Mereka berpakaian seperti orang Eropah dan berkelakuan tidak berbeza dan orang barat. Adalah tidak lama masanya di mana Saudi Arabia akan di baratkan seperti yang berlaku pada negara jirannya".

Walaupun pergerakan Wahabi dari segi politiknya berpusat di Saudi Arabia, tapi semangatnya telah memberi kesan yang menyegarkan ke stiap penjuru dunia Islam. Perjuangannyalah yang akhirnya menjadi inspirasi kepada pergerakan al-Ikhwan al-Muslimin. Dengan pertolongan mujaddid- mujaddid seperti Ahmad bin Abdul Wahab inilah, Islam dapat dihidupkan kembali dan diselamatkan dari mala petaka.

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^