بسم الله الرحمن الرحيم
Kalau dinilai semula, banyak je gerakan atau jemaah yang bersungguh-sungguh nak kembalikan semula nama Islam dan seterusnya berharap agar Islam kembali menjadi World Order (UA). Dalam menyertai sesebuah gerakan tu sendiri amat pentinglah untuk kita tahu manhaj yang dibawa, wasilah apa yang digunakan, dan yang paling penting selari dengan alQuran dan sunnah. Bukan kah sunnah yang terbesar yang Rasulullah bawa itu adalah dakwah tu sendiri. Sebab tu la penting untuk kita tahu dakwah yang bagaimana yang paling muntij (effective) untuk dilaksankan pada kurun ke 21 ini.
Ramai je yang merasakan jalan yang mereka bawa itu adalah yang terbaik daripada hasil ijtihad mereka. Tapi sejauh mana perjuangan mereka itu benar-benar mereflek semula cara perjuangan sebenar yang dibawa oleh Rasulullah yang bermula dengan 3 tahun sirr (rahsia) di Mekah dan seterusnya 10 tahun secara jahr (terang). Dan barulah terbentuknya daulah Islamiyah di Yathrib hasil daripada turunnya wahyu Allah untuk berhijrah.
Dan benda ni sangat mereflect balik la situasi-situasi yang berlaku pada zaman sekarang ni. Dah terlalu banyak fitnah ataupun boleh dikatakan dajjal versi moden yang bertaburan kat atas muka bumi ni. Emm, kalau ada masa aku teringin nak hurai dengan lebih panjang tapi disebabkan ada banyak assignment aku kena siapkan. Ngee~
And kat bawah ni salah satu bab dalam buku Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab. :)
"Agama Islam hancur seperti hancurnya agama-agama lain. Keesaan Allah di dalam ajaran Islam telah dibebankan dengan pembiakan berjenis-jenis teori karut dan ajaran salah. Masjid-masjid kosong dan menanti runtuh, dipulau oleh sijahil yang sibuk dengan tangkal azimat, jampi serapah dan tasbih. Mereka lebih memberi perhatian kepada Faqih dan Tok Lebai yang sesat. Mereka menunaikan haji di kubur-kubur 'orang wali' yang disembah sebagai perantaraan atau keramat. Ajaran Qur'an tidak dihiraukan sehingga Mekkah dan Madinah menjadi tempat di asingkan. Boleh dikatakan hidup mereka sudah lari dari ajaran Islam. Jikalaulah Nabi Muhammad balik ke dunia, sudah tentulah baginda akan menganggap mereka sebagai murtad atau penyembah berhala".
Di tengah keadaan yang tidak menggalakkan itu Muhammad bin Abdul Wahab dilahirkan dalam tahun 1703 di tengah sebuah keluarga yang terkenal dengan alim dan mulia di Nejd. Di masa kanak-kanaknya beliau sudah menunjukkan sifat-sifat luar biasa dari orang lain. Apabila Muhammad bin Abdul Wahab meningkat dewasa, beliau sudah dikenali di seluruh Arabia sebagai seorang alim yang bijak. Dia mula dikerumuni oleh ramai murld- murid. Muhammad bin Abdul Wahab masih lagi dahagakan ilmu sehing- gakan dia pergi ke Mekkah, Madinah dan akhirnya ke Iran untuk belajar. Di Iran beliau menuntut ilmu dari beberapa orang ulamak di sana.
Apabila beliau balik ke Nejd, pemerintah kawasan itu merasa bimbang terhadap pengaruhnya yang mungkin akan menghancurkan kuasanya. Kerana kebimbangan inilah salah seorang dari pemimpin Nejd telah mengirim amaran kepada Gabenor di situ:
"Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab melakukan perkara yang bercanggah dengan kehendak dan kesukaan saya. Oleh itu kamu mesti bunuh dia sekarang. Jika tidak kami tidak akan membayar subsidi kepada kamu'".
Mendengar khabar itu, Sheikh Muhammad dengan beraninya mengatakan: "Pendirian yang saya pegang dan risalah yang saya laungkan kepada setiap orang ialah 'La illaha illallah -Tiada Tuhan melainkan Allah' Aku menyeru kepada prinsip asas Islam iaitu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Jikalau kamu memegang teguh risalah ini, InsyaAllah, Allah akan mengalahkan musuh- musuh kamu".
Dengan sikap hati batu, Gabenor di situ telah mengusir Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab keluar dari daerahnya sehingga beliau terpaksa berjalan kaki menyeberangi padang pasir yang panas menuju ke tempat buangan.
Di dalam perjalanannya, Sheikh telah disambut oleh Amir Muhammad Ibn Saud yang berjanji untuk bekerjasama menjayakan rancangan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sheikh Muhammad bin abdul Wahab tidak berpuas hati dengan hanya berdakwah. Beliau bercita-cita untuk menubuhkah sebuah masyarakat di mana Islam dalam keadaan tulen menjadi perlembagaan hidup. Di bawah pemerintahan Amir Muhammad Ibn Saud, cara hidup, aqidah dan perangai rakyatnya bertukar dengan sepenuhnya. Belum pada itu, sebahagian besar dari penduduk Mekkah dan Madinah hanyalah Islam pada nama sahaja. Mereka tidak mengetahui apa- apa melainkan mengucapkan dua kalimah syahadah. Sekarang mereka diperintah untuk sembahyang berjemaah, puasa bulan Ramadhan dan membayar zakat. Tembakau, sutera dan simbol kemewahan telah dihapuskan sama sekali. Cukai yang tidak berunsur Islam juga dihapuskan. Inilah pertama kali dalam berabad-abad lamanya, orang Badwi dapat hidup dalam aman dan senang lenang. Mereka tidak perlu lagi risau tentang lembu atau harta mereka dicuri orang. Sehinggakan hamba kulit hitam berani membuat pengaduan di hadapan kaum yang terberani serta yang tergagah dan si hamba itu disuruh membilang kesalahannya begitu saja dengan ikhlas hati. Perbalahan mazhab berkurangan apabila ulamak dari setiap mazhab yang diiktiraf bergilir-gilir menjadi imam sembahyang berjemaah di masjid.
Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab terbukti seorang mujaddid yang terkenal yang boleh dianggap sebagai pengganti kepada Imam Ahmad bin Ibn Hanbal dan Ibn Taimiyyah. Seperti mereka ini, Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab menolak fahaman akal Muktazilah. Beliau menekankan supaya isi Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang sahih mestilah diterima dan diikuti menurut makna ayat yang ringkas dengan tidak bersoal. Beliau juga menekankan tentang betapa pentingnya Qur'an itu tidak disertakan dengan tafsir yang berunsur mistik. Beliau juga menentang amalan mewarna Qur'an dengan warna berkilat-kilat. Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab juga merasa kurang senang melihat ramai orang terlalu memberi ketaatan kepada tafsiran isi Qur'an berbanding dengan isi Qur'an itu sendiri serta hadith- hadith Rasulullah. Pada hal, tafsiran ialah karangan manusia, yang berkemungkinan salah. Beliau menjelaskan, jika teks Qur'an dicampur adukkan dan dikucar-kacirkan dengan tafsiran-tafsiran maka kemungkinan Ummat Islam tidak lagi dapat menikmati keaslian teks Qur'an yang asal. Mereka akan terjerumus ke dalam kesesatan yang telah diamalkan olen Yahudi dan Nasrani.
Walaupun dalam perkara Syariah, beliau mengikuti Hanbali, namun begitu, beliau tidak mengikutnya dengan membuta tuli dalam semua perkara. Di dalam tulisannya, dia tidak membangkang sesiapa saja dari orang Islam yang ingin berpegang kepada mazhab Islam yang tiga itu. Dengan pancaran hati yang terang. Sheikh Muhammad berpendapat, mengikut kajiannya, keruntuhan Ummat Islam pada masa itu berpunca dari kaitan mereka dengan mistik dan Tassawuf. Walaupun begitu Sheikh tidak menentang Tassawuf dengan membuta tuli. Pada masa mudanya, beliau telah belajar dengan teliti dan perasaan simpati dengan seluruh cabang ajaran Sufi di Iran. Apabila umurnya meningkat tua, beliau menyedari bahawa penyalahgunaan Tassawuf telah tersebar luas dan dianuti oleh ramai Ummat Islam. Ianya adalah seperti air yang bersih dan halal tetapi terpaksa diharamkan oleh doktor jika ianya membahayakan pesakit. Tassawuf dari segi prinsipnya halal tetapi jika ia boleh membawa bahaya maka ianya hendaklah ditolak ke tepi. 'Warnakanlah tikar sembahyang kamu dengan arak jika ketua Tasawwuf kami memerintahkannya'. Dengan terang, pemikiran seperti ini adalah syirik. Mereka lidak dapat membezakan kepada siapa yang perlu diberi ketaatan, Allah atau ketua Tasawwuf.
Sheikh-sheikh di Arabia pun sedar bahawa Ummat Islam telah ketagih dengan Sufi ini. Inilah perkara yang menidurkan mereka dan menahan mereka dari kecergasan dan pergerakan. Itulah sebabnya Sheikh Ahmad bin Abdul Wahab memilih strategi untuk menentang penyelewengan dalam soal mistik yang terang-terang bercanggah dengan prinsip aqidah dan keesaan Allah. Prinsip aqidah dan keesaan Allah amatlah penting dalam Islam. Beliau menentang dengan keras sekali perkara-perkara seperti bidaah, menyembah keramat, menyembah tanda-tanda dan menyembah kubur. Di samping itu, Sheikh juga menentang amalan yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah yang lazim dilakukan pada masa itu seperti mendirikan masjid dan bangunan di atas kubur. Beliau memerintah supaya semua ini diruntuhkan. Walau pun begitu, beliau tidak membantah menziarahi kubur untuk mengingati mati. Perkara seperti menyembah datuk nenek, meminta pertolongan dari orang dalam kubur dan membuat orang mati sebagai perantaraan dengan Allah ditentang hebat oleh Sheikh.
Sudah menjadi sunnatullah, Sheikh mendapai tentangan hebat dari semua penjuru. Musuh-musuhnya cuba untuk meyakinkan orang ramai bahawa apa yang diajar oleh Sheikh itu ialah agama rekaan baru yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Mereka memfitnah bahawa Sheikh Ahmad cuba mereka-reka mazhab baru dan akan melabelkan sesiapa yang enggan menurut mazhabnya sebagai kafir. Fitnah ini tidak mempunyai kebenaran langsung. Musuh-musuhnya mula menamakan pengikut-pengikut Sheikh Ahmad sebagai 'Wahabi'.
TO BE CONTINUED...
And kat bawah ni salah satu bab dalam buku Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab. :)
***************************************************************************
Telah menjadi satu kenyataan, awal abad ke 12 Hijrah merupakan masa di mana keruntuhan akhlak dan aqidah Islam berada pada tahap yang menghinakan di seluruh negara Islam. Keadaan Ummat Islam pada masa itu amat jauh berbeza dengan keadaan Ummat Islam di zaman Rasulullah S.A.W sehingga ia menjadi tandatanya bukan saja kepada orang Islam malah termasuk orang bukan Islam. Seorang penulis Amerika Lothdrop Stoddard telah menggambarkan dengan jelas keadaan keruntuhan Ummat Islam di zaman ini. Mengikut pendapat Amir Shakib Arsalan, ketegasan dan ketepatan gambaran yang diberikannya itu tidak dapat ditandingi oleh cerdik pandai Islam yang lain:"Agama Islam hancur seperti hancurnya agama-agama lain. Keesaan Allah di dalam ajaran Islam telah dibebankan dengan pembiakan berjenis-jenis teori karut dan ajaran salah. Masjid-masjid kosong dan menanti runtuh, dipulau oleh sijahil yang sibuk dengan tangkal azimat, jampi serapah dan tasbih. Mereka lebih memberi perhatian kepada Faqih dan Tok Lebai yang sesat. Mereka menunaikan haji di kubur-kubur 'orang wali' yang disembah sebagai perantaraan atau keramat. Ajaran Qur'an tidak dihiraukan sehingga Mekkah dan Madinah menjadi tempat di asingkan. Boleh dikatakan hidup mereka sudah lari dari ajaran Islam. Jikalaulah Nabi Muhammad balik ke dunia, sudah tentulah baginda akan menganggap mereka sebagai murtad atau penyembah berhala".
Di tengah keadaan yang tidak menggalakkan itu Muhammad bin Abdul Wahab dilahirkan dalam tahun 1703 di tengah sebuah keluarga yang terkenal dengan alim dan mulia di Nejd. Di masa kanak-kanaknya beliau sudah menunjukkan sifat-sifat luar biasa dari orang lain. Apabila Muhammad bin Abdul Wahab meningkat dewasa, beliau sudah dikenali di seluruh Arabia sebagai seorang alim yang bijak. Dia mula dikerumuni oleh ramai murld- murid. Muhammad bin Abdul Wahab masih lagi dahagakan ilmu sehing- gakan dia pergi ke Mekkah, Madinah dan akhirnya ke Iran untuk belajar. Di Iran beliau menuntut ilmu dari beberapa orang ulamak di sana.
Apabila beliau balik ke Nejd, pemerintah kawasan itu merasa bimbang terhadap pengaruhnya yang mungkin akan menghancurkan kuasanya. Kerana kebimbangan inilah salah seorang dari pemimpin Nejd telah mengirim amaran kepada Gabenor di situ:
"Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab melakukan perkara yang bercanggah dengan kehendak dan kesukaan saya. Oleh itu kamu mesti bunuh dia sekarang. Jika tidak kami tidak akan membayar subsidi kepada kamu'".
Mendengar khabar itu, Sheikh Muhammad dengan beraninya mengatakan: "Pendirian yang saya pegang dan risalah yang saya laungkan kepada setiap orang ialah 'La illaha illallah -Tiada Tuhan melainkan Allah' Aku menyeru kepada prinsip asas Islam iaitu menyuruh kepada kebaikan dan melarang kemungkaran. Jikalau kamu memegang teguh risalah ini, InsyaAllah, Allah akan mengalahkan musuh- musuh kamu".
Dengan sikap hati batu, Gabenor di situ telah mengusir Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab keluar dari daerahnya sehingga beliau terpaksa berjalan kaki menyeberangi padang pasir yang panas menuju ke tempat buangan.
Di dalam perjalanannya, Sheikh telah disambut oleh Amir Muhammad Ibn Saud yang berjanji untuk bekerjasama menjayakan rancangan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sheikh Muhammad bin abdul Wahab tidak berpuas hati dengan hanya berdakwah. Beliau bercita-cita untuk menubuhkah sebuah masyarakat di mana Islam dalam keadaan tulen menjadi perlembagaan hidup. Di bawah pemerintahan Amir Muhammad Ibn Saud, cara hidup, aqidah dan perangai rakyatnya bertukar dengan sepenuhnya. Belum pada itu, sebahagian besar dari penduduk Mekkah dan Madinah hanyalah Islam pada nama sahaja. Mereka tidak mengetahui apa- apa melainkan mengucapkan dua kalimah syahadah. Sekarang mereka diperintah untuk sembahyang berjemaah, puasa bulan Ramadhan dan membayar zakat. Tembakau, sutera dan simbol kemewahan telah dihapuskan sama sekali. Cukai yang tidak berunsur Islam juga dihapuskan. Inilah pertama kali dalam berabad-abad lamanya, orang Badwi dapat hidup dalam aman dan senang lenang. Mereka tidak perlu lagi risau tentang lembu atau harta mereka dicuri orang. Sehinggakan hamba kulit hitam berani membuat pengaduan di hadapan kaum yang terberani serta yang tergagah dan si hamba itu disuruh membilang kesalahannya begitu saja dengan ikhlas hati. Perbalahan mazhab berkurangan apabila ulamak dari setiap mazhab yang diiktiraf bergilir-gilir menjadi imam sembahyang berjemaah di masjid.
Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab terbukti seorang mujaddid yang terkenal yang boleh dianggap sebagai pengganti kepada Imam Ahmad bin Ibn Hanbal dan Ibn Taimiyyah. Seperti mereka ini, Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab menolak fahaman akal Muktazilah. Beliau menekankan supaya isi Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang sahih mestilah diterima dan diikuti menurut makna ayat yang ringkas dengan tidak bersoal. Beliau juga menekankan tentang betapa pentingnya Qur'an itu tidak disertakan dengan tafsir yang berunsur mistik. Beliau juga menentang amalan mewarna Qur'an dengan warna berkilat-kilat. Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab juga merasa kurang senang melihat ramai orang terlalu memberi ketaatan kepada tafsiran isi Qur'an berbanding dengan isi Qur'an itu sendiri serta hadith- hadith Rasulullah. Pada hal, tafsiran ialah karangan manusia, yang berkemungkinan salah. Beliau menjelaskan, jika teks Qur'an dicampur adukkan dan dikucar-kacirkan dengan tafsiran-tafsiran maka kemungkinan Ummat Islam tidak lagi dapat menikmati keaslian teks Qur'an yang asal. Mereka akan terjerumus ke dalam kesesatan yang telah diamalkan olen Yahudi dan Nasrani.
Walaupun dalam perkara Syariah, beliau mengikuti Hanbali, namun begitu, beliau tidak mengikutnya dengan membuta tuli dalam semua perkara. Di dalam tulisannya, dia tidak membangkang sesiapa saja dari orang Islam yang ingin berpegang kepada mazhab Islam yang tiga itu. Dengan pancaran hati yang terang. Sheikh Muhammad berpendapat, mengikut kajiannya, keruntuhan Ummat Islam pada masa itu berpunca dari kaitan mereka dengan mistik dan Tassawuf. Walaupun begitu Sheikh tidak menentang Tassawuf dengan membuta tuli. Pada masa mudanya, beliau telah belajar dengan teliti dan perasaan simpati dengan seluruh cabang ajaran Sufi di Iran. Apabila umurnya meningkat tua, beliau menyedari bahawa penyalahgunaan Tassawuf telah tersebar luas dan dianuti oleh ramai Ummat Islam. Ianya adalah seperti air yang bersih dan halal tetapi terpaksa diharamkan oleh doktor jika ianya membahayakan pesakit. Tassawuf dari segi prinsipnya halal tetapi jika ia boleh membawa bahaya maka ianya hendaklah ditolak ke tepi. 'Warnakanlah tikar sembahyang kamu dengan arak jika ketua Tasawwuf kami memerintahkannya'. Dengan terang, pemikiran seperti ini adalah syirik. Mereka lidak dapat membezakan kepada siapa yang perlu diberi ketaatan, Allah atau ketua Tasawwuf.
Sheikh-sheikh di Arabia pun sedar bahawa Ummat Islam telah ketagih dengan Sufi ini. Inilah perkara yang menidurkan mereka dan menahan mereka dari kecergasan dan pergerakan. Itulah sebabnya Sheikh Ahmad bin Abdul Wahab memilih strategi untuk menentang penyelewengan dalam soal mistik yang terang-terang bercanggah dengan prinsip aqidah dan keesaan Allah. Prinsip aqidah dan keesaan Allah amatlah penting dalam Islam. Beliau menentang dengan keras sekali perkara-perkara seperti bidaah, menyembah keramat, menyembah tanda-tanda dan menyembah kubur. Di samping itu, Sheikh juga menentang amalan yang bercanggah dengan Sunnah Rasulullah yang lazim dilakukan pada masa itu seperti mendirikan masjid dan bangunan di atas kubur. Beliau memerintah supaya semua ini diruntuhkan. Walau pun begitu, beliau tidak membantah menziarahi kubur untuk mengingati mati. Perkara seperti menyembah datuk nenek, meminta pertolongan dari orang dalam kubur dan membuat orang mati sebagai perantaraan dengan Allah ditentang hebat oleh Sheikh.
Sudah menjadi sunnatullah, Sheikh mendapai tentangan hebat dari semua penjuru. Musuh-musuhnya cuba untuk meyakinkan orang ramai bahawa apa yang diajar oleh Sheikh itu ialah agama rekaan baru yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam. Mereka memfitnah bahawa Sheikh Ahmad cuba mereka-reka mazhab baru dan akan melabelkan sesiapa yang enggan menurut mazhabnya sebagai kafir. Fitnah ini tidak mempunyai kebenaran langsung. Musuh-musuhnya mula menamakan pengikut-pengikut Sheikh Ahmad sebagai 'Wahabi'.
TO BE CONTINUED...
p/s: Bila ada 1000 mujahid, akulah 1 diantaranya. Bila ada 100 mujahid, akulah 1 diantaranya. Bila ada 10 mujahid, akulah 1 diantaranya. Bila ada seorang mujahid, akulah yang menggenggamnya...
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^