Tuesday, October 12, 2010

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم




Akibat daripada orang Islam tidak memahami akidah Islam yang sebenar, kadangkala mereka melakukan perkara2 yang boleh membatalkan Islam mereka, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak faham ataupun mereka tidak tahu.

Maka kita dapati dalam masyarakat kita, sekalipun ramai orang yang mengetahui apa itu perkara yang membatlkan wudhu', apa itu perkara membatalkan solat, yang membatalkan haji, yang membatalkan puasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah yang telah mereka ucapkan ataupun membatlkan Islam itu sendiri.

Jika dilihat dari segi aturan- haji, zakat, puasa, solat, semuanya itu berada selepas daripada ucapan syahadah. Bagaimana mungkin seorang muslim memahami perkara2 yang membatalkan solatnya, membatalkan zakatnya atau membatalkan puasanya atau hajinya, tetapi dalam masa yang sama dia tidak mempelajari apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadahnya yang sekali gus boleh meyebabkan terbatal kesuluruhan Islamnya.

Inilah penjajahan pemikiran yang diterima oleh kita. Di masjid dan surau, guru2 lebih menumpukan kepada soal fiqah, soal2 batalnya solat, soal2 batalnya puasa sehingga kadangkala mereka terlupa untuk mengajar murid2 mereka ataupun orang ramai apakah perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang.

Dan kesan batalnya Islam itu lebih besar daripada batalnya sembahyang ataupun batalnya puasa kerana batalnya sembahyang atau puasa boleh diganti tetapi batalnya Islam menyebabkan seseorang itu murtad dan terkeluar daripada Islam!

Ramai para pemikir Islam memikirkan hal ini, sehingga maulana Abul Hasan 'Ali An-Nadwi menulis sebuah buku atau risalah yang mengigatkan orang Islam, sehingga beliau menamakan risalah itu sebagai Riddah la Abu Bakrin laha (''Murtad yang tidak ada Abu Bakar menghadapinya'').

Pada zaman dahulu, apabila berlakunya murtad, Allah SWT telah membangkitakan Abu Bakar as-Siddiq yang merupakan khalifah Rasulullah s.a.w. yang bertanggungjawab menghadapi golongan murtad. Pada zaman in ramai orang Islam yang murtad dan tiada siapa pun yang peduli. Bahkan murtad itu dilakukan secara terang2an.

Apabila kita menyedari hal itu, maka semua para ulama dan semua kita yang sedar hendaklah berusaha memahami aqidah Islam. Saya begitu tertarik dengan apa yang dilakukan oleh bekas mufti Arab Saudi iaitu Sheikh Abd Aziz Abdillah bin Baz (rahimuhullah) yang sudahpun meninggal.

Apabila mereka mengeluarkan risalah untuk jemaah haji dan umrah yang datang menunaikan haji dan umrah yang dinamakan sebagai Dalilul Hajjiwal-mu'tamir (''Panduan Haji dan Umrah''), beliau memasukkan didalamnya terlebih dahulu perkara2 yang membatalkan Islam kerana menyedari bahawasanya seseorang apabila menunaikan haji, sedangkan Islamnya batal, hajinya tidak memberi sebarang manfaat kepadanya kerana syarat kepada kesahihan amal ataupun syarat diterimanya sesuatu amal soleh yang pertama hendaklah betul aqidahnya. Kedua ikhlas kepada Allah SWT dan ketiga menepati apa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Saya akan menyebut sepintas lalu perkara2 yang menjadi penyebab utama di zaman ini yang disenaraikan didalam risalah tersebut yang menyebabkan batal Islamnya, yang dinamakan sebagai nawaiqidul Islam (perkara2 yang membatalkan Islam).

1. SYIRIK
2. PERANTARA
3. ENGGAN MENGKAFIRKAN
4. YAKIN YANG LAIN
5. MEMBENCI SYARIAT
6. MEMPERSENDA ISLAM
7. SIHIR
8. BANTU KAFIR MUSUHI ISLAM
9. KECUALIKAN DARI SYARIAT
10. BERPALING DARI AGAMA
 

(Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 10 Perkara Batal Islam & Apa Itu Syirik) 


Berdasarkan penerangan diatas, saya tidak pasti poin no 3, huhu. Apakah maksudnya? Enggan mengkafirkan?

Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam tidak boleh memandang enteng terhadap 10 perkara di atas.


Perkara2 tersebutlah yang menjadi asas kepada pembatalan Islam seseorang itu.

Wallahua'alam.

p/s: Perkara2 yang membatalkan iman pernah belajar kat sekolah time F4 tahun lepas. Hee.
post signature

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^