Saturday, February 26, 2011

3 PERKARA YANG SEDANG AKU FIKIRKAN!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!

Merujuk kepada kalendar 2011, hari ni dah 26 FEBRUARI 2011 bersamaan 23 RABIUL AWAL 1432. Pejam celik pejam celik -.- kejap je dah nak masuk bulan 3. Cepat bukan?

Ok2. Memandangkan dah lama saya tak update blog, saya nak post laa pasal
3 PERKARA YANG SEDANG BERMAIN DI KOTAK FIKIRANKU ini. Memang laa post ni takde kaitan dengan kamu semua, KESAHH?? ;p

Siapa nak baca, teruskan la membace ye. Kalau taknak baca, ertinya anda tak suka membaca. ;P

PERKARA PERTAMA~

jeng3..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(◕‿◕)

hehe~
perkara pertama yang sedang bermain kejar2 dalam kotak fikiran saya ni ialah, saya teringin sangat nak jadi HAFIZAH? kalau yang tak faham and maybe ingat saya nak tukar nama that means anda salah. Maksudnya saya teringin sangat2 nak jadi seorang penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran). =)

MUSTAHIL??
Neehhh~ mana ada mustahil, betul tak? cuma saya terfikir, mampukah aku? yela, saya sedar, saya bukannya sehebat orang yang di luar sana. Beruntung bagi mereka yang mempunyai parents seorang alim ulama atau seorang qariah/qari. Macam mana ek saya nak cerita? Hurmm, kadang2 saya nak sangat sekolah yang ada aliran agama. Boleh belajar bahasa Arab, ada ustazah/ustaz yang boleh guide k
ita, ada kawan2 yang boleh bantu kita melancarkan hafazan. Saya tahu tak mustahil untuk pelajar 'sekolah biasa' macam saya ni nak hafal al-Quran, tapi saya perlukan seseorang untuk guide saya. Sebab tu lah saya selalu sangat berangan, bila saya dah ke dunia luar saya nak masuk kelas hafazan. EH? ada ke??????????

Dunia luar? HEE~

Saya harap sangat saya mampu menghafaz 30juzuk Al-Quran. Banyak fadhilat yang boleh kita peroleh kalau kita menghafaz al-Quran..

Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahad.” (Riwayat Bukhari)
Antaranya kita akan mendapat syafaat di akhirat nanti. Malah, penghafaz al-Quran juga akan mendapat bonus berlipat kali ganda. Pengahafaz al-Quran juga merupakan VVIP Allah S.W.T. di dunia. =)

“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan dan orang-orang pilihannya.” (Riwayat Ibnu Majah)

PERKARA KEDUA~


Emm, memandangkan saya ni pelajar lepasan SPM, mesti korang boleh agak en apa yang sedang saya fikirkan? huu~~

dupdapdupdapdupdapdupdap

Wahhh, keputusan SPM dan nak keluar laa!! Ada kawan saya bagi tau yang result SPM keluar 28hb 2 ni. huhu~ tapi, saya tak berapa nak pasti kesahihannya. Yela, ada orang kata 14hb 3. Hurmm, saya ambil pendekatan untuk tunggu dan lihat. Cuak, resah, gelisah, risau, bimbang, gerun. arghh, semua ada laa. HUHU. Tapi saya dah berusaha yang terbaik, so pasni bertawakal dan doa jela. ^^,

usaha + doa + tawakal = kejayaan + keredhaan Allah
PERKARA KETIGA~

Emm, perkara ketiga ni kedengaran agak pelik sikit. HEE~ Perkara ke3 yang sedang saya fikirkan ialah saya nak sangat mendirikan masjid. Bukan masjid tula, tapi masjid yang lagi satu. FAHAM? ngee~

Entah buang tebiat apa la saya selalu fikir macam tu. Tapi perkara ni la yang selalu bermain di fikiran saya selain dua perkara di atas. PELIK BUKAN? Saya rasa ni mesti sebab kerja kat taska. Yela, cuba bayangkan, asyik berkepit dengan budak2 je, mana taknya. Then, tengok mak dan ayah diorang ambil anak diorang. So, dari situ perasaan nak berkeluarga pun wujud sedikit demi sedikit. =P

CHOOPPP!
tapi jangan salah tafsir ye! Biasalah, itukan lumrah manusia untuk berkahwin dan mempunyai zuriat. Hehee. One thing for sure, SAYA SANGAT SUKAKAN BUDAK2!!!!! COMEL LAA!



p/s: Doakan saya agar saya dapat kecapi ketiga2 perkara di atas. Jazakumullah. =)

post signature

Sunday, February 13, 2011

SEJARAH HIDUP HASAN AL-BANNA

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum semua!

12 Februari 1949 merupakan tarikh pemergian as-syahid Imam Hasan al-Banna. Jadi, atas kesempatan itu, hari ni saya nak postkan serba sedikit mengenai sejarah hidup beliau. Jika d
iteliti sejarah hidup beliau, pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh beliau. Subhanallah. Beliau tamatkan riwayat hidup beliau dengan satu peluru menembusi dada beliau. Syahidnya beliau di ratapi oleh pelbagai pejuang Islam.

Artikel ni saya jumpa masa tengah google2 tadi. Bahasanya dalam bahasa Indon, gee~ Memandangkan saya ada banyak masa terbuang, HEE. Jadi, saja2 jela tukar kepada bahasa Melayu. Yuk kita baca! =P

Hasan Al Banna dilahirkan di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir tahun 1906 M. Ayahnya, Syeikh Ahmad al-Banna adalah seorang ulama fiqh dan hadis. Sejak masa kecilnya, Hasan al Banna sudah menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan otaknya. Pada usia 12 tahun, atas anugerah Allah, Hasan kecil telah menghafal separuh isi Al-Qur'an. Sang ayah terus menerus memotivasi Hasan agar melengkapi hafalannya. Siang hari dipergunakannya untuk belajar di sekolah. 


Kemudian beliau belajar membuat dan memperbaiki jam dengan or
ang tuanya hingga petang. Waktu petang hingga menjelang tidur digunakannya untuk mengulangkaji pelajaran sekolah. Sementara membaca dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur'an beliau lakukan selesai solat Subuh. Maka tak menghairankan apabila Hasan al Banna mencetak pelbagai prestasi gemilang di kemudian hari. Pada usia 14 tahun Hasan al Banna telah menghafal seluruh Al-Quran. Hasan Al Banna lulus dari sekolahnya dengan predikat terbaik di sekolahnya dan nombor lima terbaik di seluruh Mesir. Pada usia 16 tahun, beliau telah menjadi mahasiswa di perguruan tinggi Darul Ulum.

Demikianlah sederet prestasi Hasan semasa kecil. Selain prestasinya di bidang akademik, baliau juga memiliki bakat 'leadership' yang cemerlang. Semenjak masa mudanya Hasan Al-Banna se
lalu terpilih untuk menjadi ketua organisasi siswa di sekolahnya. Bahkan pada waktu masih berada di jenjang pendidikan i'dadiyah (semacam SMP), beliau telah mampu menyelesaikan masalah secara dewasa, kisahnya begini:

Suatu siang, usai belajar di sekolah, sejumlah besar siswa berjalan melewati mushalla (surau) kampung. Hasan berada di antara mereka. Tatkala mereka berada di samping mushalla, maka azan pun berkumandang. Saat itu, murid-murid segera menyerbu kolam air tempat berwudhu'. Namun tiba-tiba saja datang sang imam dan mengusir murid-murid madrasah yang dianggap masih kanak-kanak itu. Rupanya, ia khawatir kalau-kalau mereka menghabiskan jatah air wudhu. Sebahagian besar murid-murid itu berlarian menyingkir kerana bentakan sang imam, sementara sebahagian kecil bertahan di tempatnya. Mengalami peristiwa tersebut, al Banna lalu mengambil secarik kertas dan menulis uraian kalim
at yang ditutup dengan satu ayat Al Qur'an, "Dan janganlah kamu mengusir orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedang mereka menghendaki keredhaan-Nya."(Q. S. Al-An'aam: 52).

Kertas itu dengan penuh hormat ia berikan kepada Syeikh Muhammad Sa'id, imam mushalla yang mengherdik kawan-kawannya. Membaca surat Hasan al Banna hati sang imam tersentuh, hingga pada hari selanjutnya sikapnya berubah terhadap "rombongan anak-anak kecil" tersebut. Sementara para murid pun sepakat untuk mengisi kembali kolam tempat wudhu setiap mereka selesai solat di mushalla. Bahkan para murid itu berinisiatif untuk mengumpulkan dana untuk membeli tikar mushalla!

Pada usia 21 tahun, beliau menamatkan pembelajarannya di Darul 'Ulum dan ditunjuk menjadi guru di Isma'iliyah. Hasan Al Banna sangat prihatin dengan kelakuan Inggris yang memperbudak bangsanya. Masa itu adalah sebuah masa di mana umat Islam sedang mengalami kegoncangan hebat. Kekhalifahan Uthmaniyah (di Turki), sebagai pengayom umat Islam di seluruh dunia mengalami k
eruntuhan. Umat Islam mengalami kebingungan. Sementara kaum penjajah mempermainkan dunia Islam dengan seenaknya. Bahkan di Turki sendiri, Kemal Attaturk memhina ajaran Islam di negaranya. Puluhan ulama Turki dimasukkan ke penjara. Demikianlah keadaan dunia Islam ketika al Banna berusia muda. Satu di antara penyebab kemunduran umat Islam adalah bahawa umat ini jahil (bodoh) terhadap ajaran Islam.

Maka mulailah Hasan al Banna dengan dakwahnya. Dakwah mengajak manusia kepada Allah, mengajak manusia untuk membanteras kejahiliyahan (kebodohan). Dakwah beliau dimul
ai dengan beberapa muridnya. Kemudian beliau berdakwah di kedai-kedai kopi. Hal ini beliau lakukan teratur dua minggu sekali. Beliau dengan perkumpulan yang didirikannya "Al-Ikhwanul Muslimun," bekerja keras siang malam menulis pidato, mengadakan pembinaan, mengadakan pertemuan, dll. Dakwahnya mendapat sambutan luas dalam kalangan umat Islam Mesir. Tercatat kaum muslimin mulai dari golongan buruh/petani, usahawan, ilmuwan, ulama, doktor mendukung dakwah beliau.

Pada masa peperangan antara Arab dan Yahudi (sekitar tahun 45-an), beliau menggerakkan mujahid-mujahid binaannya. Dari seluruh Pasukan Gabungan Arab, hanya ada satu kelompok yang sangat ditakuti Yahudi, iaitu pasukan sukarela Ikhwan. Mujahidin sukarela itu terus bergerak maju, sampai akhirnya terjadilah aib besar yang mengoncang pemerintah Mesir. Amerika Syarikat, sahabat kental Yahudi mengancam akan mengebom Mesir jika tidak menarik mujahidin Ikhwanul Muslimin. Maka terjadilah sebuah tragedi yang membuktikan betapa pengecutnya manusia. Ribuan mujahid Mesir ditarik ke belakang, kemu
dian dilucuti. Oleh siapa? Oleh pasukan pemerintah Mesir! Bahkan tidak itu saja, para mujahidin yang ikhlas ini lalu dimasukkan ke penjara-penjara militer. Bahkan beberapa waktu setelah itu Hasan al Banna, selaku pimpinan Ikhwanul Muslimin menemui syahidnya dalam sebuah peristiwa yang dirancang oleh musuh-musuh Allah.

Syahidnya Hasan Al-Banna tidak bererti surutnya dakwah beliau. Sudah menjadi kehendak Allah, bahawa kapan pun dan di mana pun dakwah Islam tidak akan pernah berhenti, meskipun musuh-musuh Islam sekuat tenaga berusaha memadamkannya.

Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci. (Q. S. Ash-Shaff: 8)

Masa-masa sepeninggal Hasan Al-Banna, adalah masa-masa penuh cubaan unt
uk umat Islam di Mesir. Banyak murid-murid beliau yang diseksa, dimasukkan ke penjara, bahkan dihukum mati, terutama ketika Mesir di perintah oleh Jamal Abdul Naseer, seorang diktator yang condong ke Soviet. Banyak pula murid beliau yang terpaksa berhijrah ke luar negeri, bahkan ke Eropah. Penghijrahan bagi mereka bukanlah suatu yang disesali. Bagi mereka di mana pun adalah bumi Allah, di mana pun adalah dakwah. Demikianlah, seksaan, tekanan, pembunuhan tidak akan memadamkan cahaya Allah. Bahkan semuanya seakan-akan menjadi penyubur dakwah itu sendiri, sehingga dakwah Islam makin tersebar luas.

Di antara karya penerus perjuangan beliau yang terkenal adalah Fi Dzilaalil Qur'an (di bawah lindungan Al-Qur'an) karya Sayyid Quthb. Sebuah kitab tafsir Al-Qur'an yang sangat popular di zaman ini. Ulama-ulama kita pun menjadikannya sebagai rujukan terjemahan Al-Qur'an. Mengenal diri beliau akanlah terasa complete apabila kita mengetahui prinsip dan keyakinan beliau.

Berikut ini adalah prinsip-prinsip yang senantiasa beliau pegang teguh dalam dakwahnya:

Saya meyakini: "Sesungguhnya segala urusan bagi Allah. Nabi Muhammad SAW junjungan kita, penutup para Rasul yang diutus untuk seluruh umat manusia. Sesungguhnya hari pembalasan itu haq (akan datang). Al-Qur’an itu Kitabullah. Islam itu perundang-undangan yang lengkap untuk mengatur kehidupan dunia akhirat."

Saya berjanji: "Akan mengarahkan diri saya sesuai dengan Al-Qur’an dan berpegang teguh dengan sunah suci. Saya akan mempelajari Sirah Nabi dan para sahabat yang mulia."

Saya meyakini: "Sesungguhnya istiqomah, kemuliaan dan ilmu bahagian dari sendi Is
lam."

Saya berjanji: "Akan menjadi orang yang istiqomah yang menunaikan ibadah serta menjauhi segala kemungkaran. Menghiasi diri dengan akhlak-akhlak mulia dan meninggalkan akhlak-akhlak yang buruk. Memilih dan membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan islami semampu saya. Mengutamakan kekeluargaan dan kasih sayang dalam berhukum dan di pengadilan. Tidak akan pergi ke pengadilan kecuali jika terpaksa, akan selalu mengumandangkan syiar-syiar islam dan bahasanya. Berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk seluruh lapisan umat ini."

Saya meyakini: "Seorang muslim dituntut untuk bekerja dan mencari nafkah, di dalam hartanya yang diusahakan itu ada haq dan wajib dikeluarkan untuk orang yang memerlukan.

Saya berjanji: "Akan berusaha untuk penghidupan saya dan berhemat untuk masa depan saya. Akan menunaikan zakat harta dan menyisihkan sebahagian dari usaha itu untuk k
egiatan-kegiatan kebajikan. Akan menyokong semua projek ekonomi yang islami, dan bermanfaat serta mengutamakan hasil-hasil produksi dalam negeri dan negara Islam lainnya. Tidak akan melakukan transaksi riba dalam semua urusan dan tidak melibatkan diri dalam kemewahan yang diatas kemampuan saya."

Saya meyakini: "Seorang muslim bertanggungjawab terhadap keluarganya, diantara kewajibannya menjaga kesihatan, aqidah dan akhlak mereka."

Saya berjanji: "Akan bekerja untuk itu dengan segala upaya. Akan menyiarkan ajaran-ajaran islam pada seluruh keluarga saya, dengan pelajaran-pelajaran islami. Tidak akan memasukkan anak-anak saya ke sekolah yang tidak dapat menjaga aqidah dan akhlak mereka. Akan menolak seluruh media massa, buletin-buletin dan buku-buku serta tidak berhubungan dengan perkumpulan-perkumpulan yang tidak berorientasi pada ajaran Islam."

Saya meyakini: "Di antara kewajipan seorang muslim menghidupkan kembali kejayaan
Islam dengan membangkitkan bangsanya dan mengembalikan syariatnya, panji-panji islam harus menjadi pautan umat manusia. Tugas seorang muslim mendidik masyarakat dunia menurut prinsip-prinsip Islam."

Saya berjanji: "Akan bersungguh-sungguh dalam menjalankan risalah ini selama hidupku dan mengorbankan segala yang saya miliki demi terlaksananya misi (risalah) tersebut."

Saya meyakini: "Bahawa kaum muslim adalah umat yang satu, yang diikat dalam satu aqidah islam, bahawa islam yang memerintahkan umatnya untuk berbuat baik (ihsan) kepada seluruh manusia."

Saya berjanji: "Akan mengerahkan segenap upaya untuk menguatkan ikatan persaudaraan antara kaum muslimin dan mengikis perpecahan dan sengketa di antara golongan-golongan
mereka."

Saya meyakini: "Sesungguhnya rahasia kemunduran umat Islam, kerana jauhnya mereka dari "din" (agama) mereka, dan hal yang mendasar dari perbaikan itu adalah kembali kepada pengajaran Islam dan hukum-hukumnya, itu semua mungkin apabila setiap kaum muslimin bekerja untuk itu."


p/s : berikutlah serba sedikit mengenai imam Hasan al-Banna. =D


post signature

DIANTARA KEAJAIBAN2 DI PALESTIN SEWAKTU PERANG GAZA

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum..


Hari ni tergerak di hati saya untuk post tentang keajaiban yang berlaku semasa perang gaza. Semua keajaiban yang berlaku pada waktu itu adalah pertolongan daripada Allah kepada hamba2nya yang tidak pernah berputus asa berdoa memohon pertolongan dari yang Maha Esa. Walaupun saya tidak menyertai saudara2ku berjuang di medan perang, namun ketahuilah, doaku sentiasa mengiringi perjuangan mereka. Saya juga mahu menyertai mereka jika di beri peluang tapi saya disini, masih terikat dengan keluarga. Hanya yang mampu saya lakukan adalah dengan belajar bersungguh2 supaya suatu hari nanti akan saya gunakan segala ilmu yang ada untuk melawan mereka, Israel LAKNATULLAH!!


ALLAHUAKBAR!!


Sejumlah mujahidin yang berada di medan jihad di Gaza menceritakan peristiwa-peristiwa yang terjadi kepada mereka yang membuatkan hati mereka tenang.

1. Karamah pertama adalah keteguhan para mujahidin di medan perang yang digempur habis-habisan oleh pesawat tempur di atas kepala mereka dan kereta-kereta kebal di sekeliling mereka. Namun mereka tetap berperang tanpa rasa gentar. Orang-orang yang menyaksikannya memiliki prasangka yang bermacam-macam terhadap Allah SWT dan hati mereka seakan tergoncang oleh gempa bumi yang dahsyat. Faktor-faktor pertolongan di muka bumi sudah habis dan hanya ada pertolongan dari Allah swt. Maka Allah swt melimpahkan karamah kepada mereka. Dalam peperangan sebelum ini yang pernah dialami oleh kaum muslimin sepanjang sejarah, banyak kisah-kisah yang dicatatkan tentang karamah ini.

2. Salah satu karamah terjadi di desa Mighraqah di mana sejumlah mujahidin melihat dengan mata kepala mereka sendiri sebuah rumah yang dihancurkan oleh tentera Zionis Israel dengan bom yang besar sehingga mereka khuatir akan mengena rumah di sebelahnya. Dalam kebakaran yang hebat itu, mereka melihat seorang mujahid berdoa kepada Allah swt dengan menangis: “Wahai Allah yang menjadikan api, dingin dan keselamatan bagi Ibrahim, padamkan api dengan kehendak-Mu” di mana hanya selang tiga minit sahaja selepas itu api itu padam. Maka para mujahidin yang turut menyaksikan itu menangis semuanya kerana mereka merasakan Allah SWT menolong dan mengabulkan doa mereka.

3. Masih pada pertempuran di Mighraqah, di mana pesawat-pesawat tempur Israel menggempur dan mengepung mujahidin dari atas kepala mereka yang menyebabkan mereka tidak dapat bergerak. Tiba-tiba datang awan mendung yang memayungi mereka dan menutupi pesawat tempur Israel untuk melihat ke bumi. Maka para mujahidin pun bergerak bagi menghindarkan diri mereka dari tempat itu.

4. Ada juga cerita seorang mujahid yang mengalami sendiri bersama rakan-rakannya yang sedang berada di sebuah rumah. Bom dan peluru berpandu dari pesawat dan kereta kebal Israel menggempur mereka habis-habisan, namun tidak seorangpun yang terkena serangan itu. "Sebahagian dari kami merasa takut. Namun, tiba-tiba dia mengajak kami menghalang kereta-kerata kebal Israel yang menyerang kami sehingga Allah memberikan pertolongan untuk meledakkan beberapa kereta kebal yang ada".

5. Seorang mujahid menceritakan kepada penulis bahawa mereka melihat dua kereta kebal meletup dan terbakar di tempat mereka memasang bom tepi jalan. Ketika kami menghampiri dua kereta kebal Israel yang meletup itu, ternyata bom tepi jalan yang kami pasang belum meletup.

6. Seorang mujahid lain menceritakan bahawa ia bersendirian ketika memasang bom di tepi jalan. Beberapa saat kemudian ia sudah dikepung oleh kereta-kereta kebal Israel. Dalam keadaan yang cemas itu, ia berbisik dalam dirinya, “carilah tempat yang lebih aman”. Namun ia mendengar satu suara tanpa diketahui dari mana datangnya; “tetaplah berada di tempatmu”. Maka dia tetap berdiri di tempatnya dan tiba-tiba ketenangan merasuk dalam hatinya dan Allah memberikan pertolongan dengan meletupnya kereta-kereta kebal Israel itu.

7. Seorang mujahid lain menceritakan bahawa ketika dia hendak melepaskan roket, ia merasa ada “orang” yang membetulkan sasarannya ke kanan dan ke kiri sedikit.

8. Tercium mencium bau wangian yang keluar dari poket baju jasad seorang mujahid yang Syahid bernama Abdullah As-Shanik padahal ia sudah 20 hari terbungkus. Bau wangian yang sama juga dicium dari jasad Syahid Musa Hasan Abu Nar yang terbunuh dan darahnya meluncur keluar membasahi lantai masjid. Meskipun darah itu dibersihkan namun baunya itu masih wangi.

9. Bahkan kesaksian-kesaksian dari askar-askar Yahudi yang disiarkan oleh Channel 10 televisyen Israel bahawa mereka menyaksikan lembaga aneh yang mereka yakini sebagai hantu yang keluar dari bumi dan memerangi mereka.

10. Ada juga kesaksian dari seorang askar Israel yang buta matanya akibat dilempar dengan pasir oleh seorang laki-laki yang berpakaian putih. Bahkan ketakutan yang dicampakkan ke dalam hati-hati orang Yahudi menjadikan mereka yang memiliki senjata jauh lebih canggih dari senjata kaum mujahidin Palestin takut untuk membuat serangan dan hanya menyerang kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang awam yang tidak membawa senjata.

post signature
p/s: Jangan berasa gentar dengan pihak lawan!

Saturday, February 5, 2011

AKU HANYA WANITA BIASA

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh..

Aku hanya wanita biasa? Huh? Apasal tetibe je ni?

Emm, actually artikel ni saya jumpa kat facebook. Then saya salin balik. Bukan copy and paste tau!

Penat gila taip, huhu~


Artikel ni pasal seorang isteri yang betul2 inginkan kasih sayang dan perhatian suaminya. Bukan untuk dipandang sebelah mata. Bahkan, si isteri ni mahu si suami sentiasa berada di sampingnya.

Kenapa saya post entri ni??

Actually, saya pun tak tahu, tapi setiap ayat dan kata2 yang ditulis oleh penulis asal tak pasti siapa betul2 terkesan dalam jiwa. Padahal saya sendiri pun belum berumah tangga
ahh, pelik kot. Teringin sangat nak berumah tangga ke cik Alyani oii..huh!

Baca jangan tak baca. ^^

-------------------------------------------------------------


Kepadamu yang akan menjadi pedampingku kelak, terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih. Padahal kau begitu tahu, aku hanyalah wanita biasa yang sangat jauh dari sempurna. Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu. Aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku puhon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.

Duhai kau yang telah memilihku kelak. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu. Ada kalanya aku akan begitu kesan dan jelek. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat2 kita nanti. InsyaAllah. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap atau kerana seharian ku harus membersihkan istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat bardandan untuk menyambutmu sepulang bekerja ataukah kau akan menemukanku terkantuk2 saat mendengar keluhan dan ceritamu. 


Bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami, maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu. Jadi, jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, dan tak terkontrol.



Bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban dihatiku, tempat untuk melepaskan penatku dan mungkin saat itu aku tak memerlukanmu atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu. Maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya pelukan dan belaianmu kerana bagiku kau adalah titisan embun yang memadamkan segala resahku.

Ataukah ada kalanya tanganku akan menyubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis2nya. Sungguh bukan kerana aku ingin menyakitinya, tapi kadang2 aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kuta, tapi cukup kau usap kepalaku dan bisikkan kata sayang di telingaku kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.

Padamu yang menjadi imam dalam hiduku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNya, walau kadang2 aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan2 sunah. Bimbing tanganku ke JannahnNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu. Bukan wanita muda yang selalu menyenagkan matamu. Maka jangan pernah berpaling dariku kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah iaitu rasa cintaku padamu.

Ketahuilah. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu. Maka cintailah aku, dengan apa adanya aku. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna. Maafkan aku kerana aku bukan putri. AKU HANYA WANITA BIASA


post signaturep/s: =_=''

Friday, February 4, 2011

BACA NI DEMI MASA DEPAN KAMU

Assalamualaikum semua~ ^^
wah, tajuk saja je bagi gempak sikit. HEE. Hari ni saya nak post pasal borang kemasukan U untuk fasa ke 2 khusus untuk pelajar lepasan SPM 2010. saya lah tu. Buat pengetahuan kamu semua, borang tu boleh di isi secara online. Tetapi, sebelum di benarkan untuk mengisi borang tersebut, hendaklah terlebih dahulu membeli kod unik ID BSN. Saya beli kat sekolah je. ngee~

sila klik sini untuk isi borang tersebut.

buatlah pilihan yang bijak. =D

Actually saya nak cerita time saya nak isi borang tu. Fasa 1 memang lah saya dah isi time last year lagi but, for this second phase, we need to choose carefully the Universities to further our studies. Kat sekolah dulu memang dah bincang ngan kawan2 yang lain nak pilih course apa. Semuanya ada 8 pilihan U je. So, fokus utama saya mestilah dalam bidang perubatan. So, kat rumah saya bincang balik dengan mak tentang kemasukan U tu, kebetulan time tu abah pergi kerja. So, abah tak dapat laa join ktorang. huhu~

Matlamat U saya ialah UIA. Tapi kalau boleh, saya nak sangat sambung belajar kat luar negara. Yup! SANGAT3 teringin. Itu pun kalau diizinkan Allah, result SPM pun tak dapat lagi. Bulan 3 ni dapat lah.

Emm, nak sangat2 dapat 9A++++!

NOW, apa yang boleh saya lakukan ialah berdoa dan bertawakkal. Usaha telah saya curahkan sepenuh2nya masa SPM hari tu, tidur pun tak cukup tapi, harap2 semuanya berbaloi. Saya tak nak kecewakan mak dan abah. huhu~. Saya tahu mereka telah berkorban segala2nya untuk anak2 mereka. Duit tuition, duit buku, yuran sekolah, duit baju. Belum campur lagi dengan pencil case, pensil tekan, pemadam. Arghh(!), banyak lagi laa. Walhal, dah masuk tingkatan 5 pun still nak benda2 tu kelihatan baru. HEE. Duit bas, duit poket. Macam2 la. All about MONEY! Kalaulah dapat totalkan semua ni, belum tentu kita dapat membayar semuanya balik. Betul tak?

So, saya taknak hampakan mak dan abah. Saya betul2 nak bila saya dapat slip keputusan peperiksaan tu SEMUANYA A+(!). Nampak tak tu, SEMUANYA A+. ahh, aku terlalu obses dengan A+.

"Tapi aku serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa. Dia yang mengatur segala2nya. Aku hanya hambaNya yang lemah. Aku dah usaha sehabis daya aku tak perlu dipertikaikan lagi usaha aku. Sekiranya ada yang aku tak dapat jawab, itu memang salah aku sendiri. Mungkin kerana aku tidak terlalu fokus tentang bab2 tersebut"

Cepat atau lambat itu atas usaha kita dan ketetapan yang Allah SWT turunkan kepada kita. Adakalanya sesetengah manusia itu hanya berusaha sedikit sahaja tetapi cepat mendapat hasilnya, dan ada pula yang selalu berusaha tetapi agak panjang masa untuk memperolehi kejayaan.

Tidak mengapa, yang lambat itu bukan dizalimi tetapi kerana diuji. Disebalik ujian itu pula ada hikmah dan pahala tersirat. Kedua-duanya punya kelebihan. Namun, yang pastinya biarlah usaha itu bersama sejambak keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Demi Allah, itu lebih berharga dari alam seisinya!

bila engkau letih dan hilang semangat..

Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya..
bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka..
Allah telah mengira titis air matamu..
bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu..
Allah tetap bersamamu..
bila engkau kebuntuan akal..
maka Allah adalah penunjuk jalan..
apabila engkau telah berazam..
maka bertawakallah kepada Allah..


post signaturep/s: Sesiapa pun yang terbaca mahupun memang nak baca entri ni, doakan lah saya dapat mengecapi impianku itu. Jazakumullah..=)