Saturday, February 5, 2011

AKU HANYA WANITA BIASA

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh..

Aku hanya wanita biasa? Huh? Apasal tetibe je ni?

Emm, actually artikel ni saya jumpa kat facebook. Then saya salin balik. Bukan copy and paste tau!

Penat gila taip, huhu~


Artikel ni pasal seorang isteri yang betul2 inginkan kasih sayang dan perhatian suaminya. Bukan untuk dipandang sebelah mata. Bahkan, si isteri ni mahu si suami sentiasa berada di sampingnya.

Kenapa saya post entri ni??

Actually, saya pun tak tahu, tapi setiap ayat dan kata2 yang ditulis oleh penulis asal tak pasti siapa betul2 terkesan dalam jiwa. Padahal saya sendiri pun belum berumah tangga
ahh, pelik kot. Teringin sangat nak berumah tangga ke cik Alyani oii..huh!

Baca jangan tak baca. ^^

-------------------------------------------------------------


Kepadamu yang akan menjadi pedampingku kelak, terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih. Padahal kau begitu tahu, aku hanyalah wanita biasa yang sangat jauh dari sempurna. Karenanya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku banyak kekurangan. Maka ketahuilah..

Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda Khadijah, kerananya ku ingin kau tahu. Aku bisa saja berbuat salah dan begitu menyebalkan. Maka ku puhon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku, nasihati aku dengan hikmah kerana bagiku kaulah pemimpinku, tak akan berani ku membangkang padamu.

Duhai kau yang telah memilihku kelak. Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu. Ada kalanya aku akan begitu kesan dan jelek. Mungkin kerana aku begitu sibuk di dapur, menyiapkan makan untuk kau dan malaikat2 kita nanti. InsyaAllah. Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap atau kerana seharian ku harus membersihkan istana kecil kita, agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat. Maka mungkin aku tak sempat bardandan untuk menyambutmu sepulang bekerja ataukah kau akan menemukanku terkantuk2 saat mendengar keluhan dan ceritamu. 


Bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu, tapi kerana semalam saat kau tertidur dengan nyenyak, aku tak sedetik pun kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang sedang rewel, dan ku tahu kau letih mengais rezeki untuk kami, maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu. Jadi, jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku, maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatanku.

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah aku tak sesabar Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah, menangis, dan tak terkontrol.



Bukan kerana ku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa, aku juga butuh tempat untuk menumpahkan beban dihatiku, tempat untuk melepaskan penatku dan mungkin saat itu aku tak memerlukanmu atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu. Maka bersabarlah, yang ku butuhkan hanya pelukan dan belaianmu kerana bagiku kau adalah titisan embun yang memadamkan segala resahku.

Ataukah ada kalanya tanganku akan menyubit dan memukul pelan si kecil kerana lelah dan penatku di tambah rengekannya yang tak habis2nya. Sungguh bukan kerana aku ingin menyakitinya, tapi kadang2 aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya. Maka jangan membentakku kerana telah menyakiti buah hati kuta, tapi cukup kau usap kepalaku dan bisikkan kata sayang di telingaku kerana dengan itu ku tahu kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita, dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi.

Padamu yang menjadi imam dalam hiduku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Aisyah. Maka jangan pernah bosan mengajariku, membimbingku ke arahNya, walau kadang2 aku begitu bebal dan bodoh, tapi jangan pernah letih mengajariku. Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih. Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan2 sunah. Bimbing tanganku ke JannahnNya, agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman hidupku..

Seiring berjalannya waktu, kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah akan menipis dan memutih. Kulitku yang bersih akan mulai keriput. Tanganku yang halus akan menjadi kasar dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu. Bukan wanita muda yang selalu menyenagkan matamu. Maka jangan pernah berpaling dariku kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah iaitu rasa cintaku padamu.

Ketahuilah. Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu. Maka cintailah aku, dengan apa adanya aku. Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna. Maafkan aku kerana aku bukan putri. AKU HANYA WANITA BIASA


post signaturep/s: =_=''

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^