wah, tajuk saja je bagi gempak sikit. HEE. Hari ni saya nak post pasal borang kemasukan U untuk fasa ke 2 khusus untuk pelajar lepasan SPM 2010. saya lah tu. Buat pengetahuan kamu semua, borang tu boleh di isi secara online. Tetapi, sebelum di benarkan untuk mengisi borang tersebut, hendaklah terlebih dahulu membeli kod unik ID BSN. Saya beli kat sekolah je. ngee~
sila klik sini untuk isi borang tersebut.
buatlah pilihan yang bijak. =D
Actually saya nak cerita time saya nak isi borang tu. Fasa 1 memang lah saya dah isi time last year lagi but, for this second phase, we need to choose carefully the Universities to further our studies. Kat sekolah dulu memang dah bincang ngan kawan2 yang lain nak pilih course apa. Semuanya ada 8 pilihan U je. So, fokus utama saya mestilah dalam bidang perubatan. So, kat rumah saya bincang balik dengan mak tentang kemasukan U tu, kebetulan time tu abah pergi kerja. So, abah tak dapat laa join ktorang. huhu~
Matlamat U saya ialah UIA. Tapi kalau boleh, saya nak sangat sambung belajar kat luar negara. Yup! SANGAT3 teringin. Itu pun kalau diizinkan Allah, result SPM pun tak dapat lagi. Bulan 3 ni dapat lah.
Emm, nak sangat2 dapat 9A++++!
NOW, apa yang boleh saya lakukan ialah berdoa dan bertawakkal. Usaha telah saya curahkan sepenuh2nya masa SPM hari tu, tidur pun tak cukup tapi, harap2 semuanya berbaloi. Saya tak nak kecewakan mak dan abah. huhu~. Saya tahu mereka telah berkorban segala2nya untuk anak2 mereka. Duit tuition, duit buku, yuran sekolah, duit baju. Belum campur lagi dengan pencil case, pensil tekan, pemadam. Arghh(!), banyak lagi laa. Walhal, dah masuk tingkatan 5 pun still nak benda2 tu kelihatan baru. HEE. Duit bas, duit poket. Macam2 la. All about MONEY! Kalaulah dapat totalkan semua ni, belum tentu kita dapat membayar semuanya balik. Betul tak?
So, saya taknak hampakan mak dan abah. Saya betul2 nak bila saya dapat slip keputusan peperiksaan tu SEMUANYA A+(!). Nampak tak tu, SEMUANYA A+. ahh, aku terlalu obses dengan A+.
"Tapi aku serahkan semuanya kepada Yang Maha Esa. Dia yang mengatur segala2nya. Aku hanya hambaNya yang lemah. Aku dah usaha sehabis daya aku tak perlu dipertikaikan lagi usaha aku. Sekiranya ada yang aku tak dapat jawab, itu memang salah aku sendiri. Mungkin kerana aku tidak terlalu fokus tentang bab2 tersebut"
Cepat atau lambat itu atas usaha kita dan ketetapan yang Allah SWT turunkan kepada kita. Adakalanya sesetengah manusia itu hanya berusaha sedikit sahaja tetapi cepat mendapat hasilnya, dan ada pula yang selalu berusaha tetapi agak panjang masa untuk memperolehi kejayaan.
Tidak mengapa, yang lambat itu bukan dizalimi tetapi kerana diuji. Disebalik ujian itu pula ada hikmah dan pahala tersirat. Kedua-duanya punya kelebihan. Namun, yang pastinya biarlah usaha itu bersama sejambak keberkatan dan keredhaan Allah SWT. Demi Allah, itu lebih berharga dari alam seisinya!
bila engkau letih dan hilang semangat..
Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya..
bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka..
Allah telah mengira titis air matamu..
bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu..
Allah tetap bersamamu..
bila engkau kebuntuan akal..
maka Allah adalah penunjuk jalan..
apabila engkau telah berazam..
maka bertawakallah kepada Allah..
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^