Sunday, April 24, 2011

KEPENATAN MELANDA!~

assalamualaikum semua! =D


Huarghhhhhhh~~ Tengah menguap ni, kikiki~

Melihat jam di skrin laptop saya, sekarang ni dah menunjukkan pukul 3:09 a.m. What?! Lambatnya tidur. Huh! Itu normal bagi saya yang suka bersengkang mata sejak dulu lagi. Kalau dulu2, tidur lewat sebab study and so on. Now, tidur lewat sebab online. Kantoi~ Aarggghh, i miss those moments :)

But now, i am still working on my essay. ESEI APA???
> esei untuk temuduga MARA nanti la. Lagi 3 hari je, barulah terhegeh2 nak buat sekarang. Sekali kena marah dengan abah barulah terkontang kanting nak cari idea untuk esei tu. Yela, mana taknya, hari Jumaat hari tu baru saya tahu yang temuduga MARA ni kena buat esei. Nasib baik laa kawan saya, Nik Sakinah bagi tahu. Kalau tak, memang tak terbuat la esei tu. Then, check balik laman web MARA tu, sign in. Pastu, tengok2 ada kena buat esei dan kena isi beberapa borang tertentu. Time tu Allah jela yang tahu perasaan saya. Mana taknya, saya baru tahu kot(!). Dah laa satu idea pun takde, lagi2 sekarang ni sibuk pula dengan kerja. Mana cukup masa, kerja pun dalam sehari dah 12 jam, kalau kerja tu ringan2 je, ok gak. Tapi, kerja ni bukanlah ringan mana, berat kot. Tambah2 lagi dengan perkara2 yang tak dijangka berlaku kat tempat kerja saya tu.



Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.


Actually, sekarang ni tengah bosan tak tahu nak buat apa. Ingat lepas ni nak buat solat Tahajud. InsyaAllah. Esei tu baru berapa perenggan je siap, takde idea la~ Maybe otak dah berkarat kot. Bayangkanlah, dah masuk empat bulan dah tak perah idea untuk buat karangan macam ni. Lain la waktu sekolah dulu, setiap minggu ada je karangan yang hendak di siapkan dan semestinya saya siapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Ngee~

----------------------------------------------------------------------------------------
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Tadi, lepas habis solat dan ngaji, saya tengok topup yang tinggal. Owhh, tinggal lagi RM5++. So, apa lagi, saya ambil kesempatan itu untuk menelefon sahabat saya di Kota Bharu. HOHO. Bulan ni je dah 3 kali rasanya saya call dia. Kredit melayang usah cakap la. Banyak kot..ngee~ Semangnya dia merupakan sahabat baik saya. Selalu bagi support terutamanya time2 macam ni la. I really appreciate that, my fren. Pastu dia suruh speaking dengan dia. Tapi saya? Malu2 kucing pulak..meowww~ Entahla, tak tahu nak gambarkan macam mana. Seolah2 saya ni tak ada keyakinan diri nak speaking. Ni baru dengan kawan je, macam mana lah dengan interviewer nanti. Can you imagine it? HUH!


Then, cop pengesahan sekolah tak ambil lagi. huu~ Tak tahu la bilanya saya free. Besok dah la kerja. Abah kata minta permohonan untuk keluar kejap bila waktu rehat saya. Emm, tengok lah nanti. Sebenarnya, banyak lagi benda yang saya tak settlekan lagi. Yela, sabtu pun saya kena kerja. Ahad jela saya ada masa terluang. Sempat ke nak siapkan semua ni? 

Sigh~


Ok2, mata pun dah berat ni. Esei pula dah tertunda sebab asyik baca blog orang je. Kikiki~ TENGOK! buang masa kat situ je. Haishh, Alyani2. Hari ni je macam2 blog saya dah baca. Ah, tarikan blog ni begitu kuat, =__=''


Sebelum mengundur diri, saya doakan buat mereka yang bakal hadiri temuduga dengan pihak MARA pada hari ni. All the best! Be confident about yourself, just be yourself. >Pesanan untuk diriku ini juga. T__T. Ingat, interviewer tu pun manusia juga. Kalau kita tak dapat tawaran tu, just bear in your mind bahawa itu bukan rezeki awak. 


Have confidence that if you have done a little thing well, you can do a bigger thing well too.


I got to go. Doakan saya agar saya dapat buat yang terbaik. Memang banyak sedikit perasaan kecewa yang sedang menyelubungi hati saya ni. Ada lah sebab2 tertentu yang tidak dapat saya luahkan di sini. =(


Till then, selamat malam. Assalamualaikum. Mudah2an hidup kita sentiasa diberkati Allah =)


p/s: Mengantuknya!~ @_@


sekadar renungan~~~
Perkara paling penting 
apabila berhadapan dengan keadaan 
yang kurang menyenangkan 
adalah dengan memberikan perhatian 
terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,
bukannya mencari-cari-apa silapnya.
^^
post signature

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^