Sunday, July 31, 2011

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

1 Ramadhan 1432,
Bermulanya detik buat para muslimin dan muslimat menjalani ibadah puasa. Bermulanya detik buat para muslimin dan muslimat berlumba2 mengumpul seberapa banyak pahala. Bermulanya detik buat para muslimin dan muslimat berusaha untuk menyucikan diri memohon maghfirah Allah daripada sebarang kekhilafan dan noda2 hitam yang selama ini menyelubungi diri. Bermulanya detik untuk kita semua menahan lapar dan dahaga. Bermulanya detik untuk semua umat Islam berlawan dan berjuang menentang nafsu mata, mulut, telinga, tangan, kaki dan hati!


Saat tibanya bulan Ramadhan, pintu Syurga akan dibuka luas, pintu Neraka ditutup rapat, dan syaitan2 dirantai. 


Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa.


PERSOALANNYA
Kenapa masih berlaku perkara2 mazmumah disaat tibanya bulan yang penuh Barokah ini.


"Weyh Adib, jomlah join aku hisap rokok kat toilet. Aku tak tahan la weyh!"


"Eh, ko serious ke Zaim? Kitakan tengah puasa sekarang ni. Ish, taknaklah aku join kau. Tak pasal2 aku kena ganti balik puasa aku ni.''


"Ala, kau ni kecoh la. Hisap rokok ni bukan makan la. Mana ada batal, just hisap je pun. Kau ni tak macho la."


"Betul ke ni tak batal? Serious ke weyh? Kalau macam tu aku nak join la. Tapi sebatang jela ok, seram gak aku buat benda ni masa bulan puasa ni. Rasa macam tak sedap hati je.''


"Releks la bro, aku backup kau lah nanti. Pandai2lah kita cover nanti. Kau ni macam tak biasa pula."


DEFINISI PUASA

  • Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Jika kita hayati semula maksud sebenar puasa, bukan setakat kita hanya menahan nafsu lapar dan dahaga, bahkan kita hendaklah mencegah daripada perbuatan2 yang boleh membatalkan puasa. Ramai yang salah faham dengan konsep puasa. Bila orang kata bab puasa je, perkara yang terbit dalam fikiran mereka hanyalah sekadar menahan lapar dan dahaga. Bagaimana pula dengan lidah, mata, telinga dan anggota badan kita?

BERBETULKAN NIAT
Rasulullah s.a.w. bersabda,
Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh2 itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata2 yang keji”. (Hadis menurut Sahih Muslim)

Nah, ibadah puasa akan menjadi sia2 sekiranya kita sekadar menahan lapar dan dahaga. Kita hanya merasai kelaparan, kedahagaan dan kepenatan. Nikmat puasa itu sendiri tak dapat kita rasai. 

Sewajarnya, kita hendaklah sentiasa mencari inisiatif dalam menyempurnakan ibadah puasa kita. Berbanyakkanlah ibadah2 sunat, mantapkanlah ibadah2 fardhu. Sentiasalah beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Jadikanlah Al-Quran sebagai peneman harian dan basahkanlah lidahmu dengan Zikrullah. Hindarilah diri daripada melakukan perkara2 yang membatalkan ibadah puasa, jagalah mata daripada melihat dosa, jagalah mulut daripada menuturkan perkara2 yang lagho, jagalah telinga daripada mendengar perkara2 kutuk, jagalah anggata2 daripada melakukan maksiat, dan peliharalah hatimu daripada dikotori.

Walaupun syaitan2 digari di Bulan Ramadhan, tetapi penolongnya iaitu nafsu masih lagi berlegar2 bersama kita. Jangan biarkan nafsu mengawal dan mengawasi kita, sebaliknya biarlah kita yang mengawasi nafsu! Memang senang sekadar berkata2, tetapi kalau belum berusaha untuk melawannya, hasilnya juga belum kita tahu. Tetapkan mindset kita yang kita mampu melawan nafsu sepanjang melayari bulan Ramadhan ini.

Imam al-Ghazali pernah mengumpamakan nafsu sebagai binatang liar, bermakna ia sesuatu yang sukar dikawal. Jika nafsu dapat dididik dan dikawal, ia akan menjadi jinak dan tunduk menurut segala kemahuan manusia.

BUAT SEKALIAN KALINYA
Saya berpuasa dan berbuka tanpa kehadiran keluarga saya. Tahun ni saya berpeluang untuk berpuasa di asrama dan pastinya akan menjanjikan seribu satu kenangan. Malah, kakak2 senior juga rajin membuat iftar bersama adik2 angkatnya. Macam tak sabar pula rasanya. Hoho.

Sebelum mengakhiri kata, saya ingin memohon maaf buat semua terutamanya sahabat2 saya sekiranya terkasar bahasa dan terkhilaf sepanjang persahabatan ini. Lebih2 lagi buat kawan2 saya di KMB. =P.

Dan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga kita semua akan memperoleh rahmat dan maghfirahNya sepanjang bulan ini. Mudah2an ibadah kita tidak hangat2 tahi ayam dan berusaha untuk melatih diri mendekatkan diri dengan Allah. Semoga kita akan memperoleh manfaat dan keberkatan daripada Allah. May this Ramadhan be a month of blessing, a month full of forgiveness, and guidances for YOU! =)


p/s : jangan ponteng puasa ye! ^^,

post signature

Saturday, July 30, 2011

AKU MASIH TERCARI-CARI

Assalamualaikum~ =)

Bismillahhirrahmanirrahim,
Sebenarnya tak banyak pun kata2 yang aku ingin ucapkan,
sekadar luahan perasaan di blog kesayangan aku ini,
aku mahu meluahkan apa yang aku rasa,
ya, itulah tujuannya,
aku sendiri pun masih tercari2,
siapakah aku yang sebenarnya?

Sejujurnya, kehidupan di KMB banyak mengajar aku,
ya, terlalu banyak,
terutamanya niat aku ketika aku di KMB,

NIAT?
inna a'malu binniat,
acap kali aku diperingatkan tentang niat ketika aku disana,
niatlah yang menentukan tahap sesuatu ibadah itu,
boleh jadi sesuatu amalan kecil itu menjadi besar kerana niat,
dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat.

Aku sedar tentang tu,
niat aku ke sana adalah kerana Allah,
untuk mencapai mardhatillah Allah,
untuk menuntut ilmu Allah,
agar aku dapat berbakti buat agamaku.

Tapi,
seringkali aku lagho,
seringkali aku menjadi lalai,
seringkali aku menjadi alpa,
seringkali aku tersungkur.

Aku lupa akan niat asalku disini,
aku lupa tujuan aku disini,
aku lalai untuk menyempurnakan tugasan aku disini,
acapkali aku hanyut ditolak arus.

Ya Allah,
masih adakah peluang untuk aku mengubah diri aku?

Ya Allah,
aku terasa amat lemah dan kerdil bila mana aku bersama mereka,
bagi aku mereka terlalu hebat berbanding aku,
aku dikerumuni sebilangan besar makhlukMu yang betul2 berbakat,
mereka terlalu pandai, 
banyak ilmu didada mereka,
aku hanyalah seperti semut dalam kalangan mereka,
yang kecil, kerdil dan tidak berdaya.

Ya Allah,
kadang2 aku lupa akan cinta aku kepadaMU,
cinta aku kepada RasulMu,
cinta aku kepada AgamaMu,
aku menjadi lalai,
kadang2 terlalu asyik akan cinta kepada makhlukMu,
sehingga lupa cinta teragungku.

Ya Allah,
aku akan cuba perbaiki diri aku,
dari semasa ke semasa,
mungkin ini akan memakan masa,
tapi aku tahu,
Engkau akan melihat kepada usaha aku,
bukan hasilnya.

Aku akan cuba menjadi umat yang terbaik buatMu,
aku kepingin untuk bertemu dengan kekasihMu.

Ya Muhammad,
begitu mendalam rinduku kepadamu,
mendegar kisah2mu sudah cukup membuat aku mengalirkan air mata,
begitu besar pengorbananmu untuk Agama Allah,
aku berjanji, aku takkan membiarkan usahamu menjadi sia2,
aku berjanji, aku akan berusaha untuk menjadi doktor yang baik suatu hari nanti.

Ya Allah,
tolonglah makbulkan doaku,
niatku hanya satu,
semuanya ikhlas keranaMu,
maafkan aku akan kekhilafan aku,
semoga Ramadhan yang akan datang ini,
membawa sinar kepadaku.

p/s : cinta pada bunga kan layu, cinta pada manusia kan mati, cinta pada Allah kan kekal selamanya.

Engkau satu cinta
Yang selamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan

post signature

MY NEW LIFE : KMB (part 2)

ASSALAMUALAIKUM YA AKHI, YA UKHTI! =D


Alhamdulillah, dapat juga saya menjejakkan kaki ke rumah buat kedua kalinya setelah hampir sebulan 'hidup' di KMB. Betapa rindunya saya dengan suasana rumah. ='). Tak banyak perubahan yang berlaku kat rumah. It seems like nothing changes! -.- whatsoever~


Ok, entri kali ni merupakan kesinambungan daripada entri yang sebelum ni. Ingat lagi tak saya nak cerita pasal kelab yang saya join dekat KMB tu? Kalau ingat lagi  teruskanlah membaca untuk mengetahui sambungannya. AYAT SKEMA, HAHA. Sesiapa yang belum baca entri yang sebelum ni, dinasihatkan untuk membacanya terlebih dahulu sebelum anda meneruskan pembacaan entri kali ini. =P


KELAB?
Alaa, macam dekat sekolah la ada banyak kelab macam kelab taekwando, kelab catur dsb. Macam tu juga lah kelab2 tu ada di KMB. Cuma kelab2 kat sini diterajui oleh senior2 dan pelajar2 dinasihatkan untuk join at least one club.


HOW ABOUT ME?
Saya sebenarnya tak tahu nak join kelab apa pada mulanya sebab terlalu BANYAK kelab yang wujud di KMB. HUH! Tapi saya dah senarai pendekkan kelab2 yang saya nak join. Tapi, sebelum tu saya nak bagi tahu ni, kelab2 ni akan ada interview session untuk diorang pilih anak2 buah mereka. So, sesiapa nak masuk kelab2 ni kenalah bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi sebab terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dalam satu2 masa. Jadi, kena pandai2lah pilih kelab yang betul2 kita rasa sesuai dengan diri kita supaya satu hari nanti kita tak akan rasa terbeban.


Kat sana saya mencuba nasib dengan menyertai kelab Humanity for Palestine (HOPE), Taska Adikku Sayang, Sehati Serumpun (SS), Interactive Peers (IP), GEM, dan kelab Frisbee. Nampak memang macam banyak, tapi memang banyak pun. HAHA. -.-


Tapi tak kesemua kelab kat atas tu saya sempat join sesi interview yang dijalankan. Contohnya macam IP dan GEM. IP tu merupakan sebuah kelab yang akan menjalankan servis kaunseling dengan pelajar2 di KMB. Lebih kurang macam Pembimbing Rakan Sebaya la. Tujuan saya nak join kelab ini adalah untuk saya melatih skill komunikasi dan cara saya membimbing rakan2 saya. Tapi, masa interview IP dijalankan, pada waktu yang sama, perjumpaan SS juga telah diadakan. Disini saya mengalami dilema dalam membuat pilihan. =3


THE ROAD NOT TAKEN
Jadi saya membuat pilihan untuk menghadiri perjumpaan SS. Ini disebabkan oleh sebab2 tertentu. Yeke ni? HAHA. Entahlah, saya pun tak berapa nak tahu, tapi inilah yang dinamakan intuition. Hati saya lebih terarah untuk menghadiri perjumpaan SS. Mungkin juga Allah nak bagitahu something kat saya. Yela, ramai senior2 kata kalau masuk IP ni memang sibuk dan lagi sibuk daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). So, manalah tahu kalau saya dapat jadi ahli IP dan pada waktu tu saya tak pandai nak uruskan masa. Tak ke berserabut nanti. Study kemana, kelab pun kemana. Last2 saya tak kemana2. =.= Tapi, SS pun sibuk juga, tapi takde lah sesibuk IP. Perhaps~


SEHATI SERUMPUT SERUMPUN
Kelab ini merupakan salah satu kelab kemanusiaan yang ada di KMB. Apa yang membuatkan saya nak join kelab ni adalah disebabkan saya suka tolong orang dan saya teringin sangat menyumbangkan tenaga dan khidmat saya kepada orang yang memerlukan. Lagi pun saya nak cuba latih saya agar lebih tabah dan mantap. Maaflah atas jawapan saya yang nampak cliche tu. Sejujurnya, itulah matlamat saya.


GEM
Kelab ni sebenarnya macam satu sumber untuk kita mendapatkan DUIT. Sebab kelab ni menumpukan terhadap penjualan barang dan keperluan budak2 KMB. Kelab ini lebih kurang melatih kita agar menjadi seorang businessman yang berjaya. Chewahh. Actually nama saya dah disenaraikan untuk menghadiri temuduga bersama mereka. Tapi apakan daya, masa hari ahad tu, keluarga saya datang melawat saya. Dan dalam masa yang sama petang tu saya ada temuduga dengan pihak GEM. Disebabkan terlalu penat, saya tertidur sampai pukul 5 lebih. Padahal interview tu mula pukul 4 lebih. HUH. Tapi saya takdelah rasa menyesal atau kecewa sebab saya tahu Allah pasti ada perancangan yang lebih baik buat saya. Lagipun kalau masuk kelab ni saya tak akan dapat markah untuk CAS (macam ko-ko). So, mostly mereka yang join kelab ni diorang nak CASH. Haha, selamba je buat kesimpulan sendiri. =P


HOPE
Rasanya bila sebut pasal Palestine mesti kita dah dapat bayangkan suasana PALESTINE walaupun kita berada di Malaysia. So, kelab ni lebih memfokuskan terhadap isu2 Palestin. Tapi ini tidaklah bermakna negara2 Islam yang lain dilupakan. Tidak sama sekali.


Emm, hari Rabu yang lepas, sesi temuduga dengan pihak HOPE telah dijalankan. Pergh, macam2 soalan diorang tanya dan soalan2 tu menguji minda kita dan membuatkan kita berfikir kembali apakah alasan kita untuk join kelab tersebut. Overall, sesi tu berjalan dengan lancar dan kakak2 senior pun memang sporting habis. =D


TASKA ADIKKU SAYANG
Alaa, tempat kanak2 la, apa lagi. Hehe~ Tapi sesi temuduga untuk kelab ni dijalankan dalam bentuk explorace. Kitorang dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan dikehendaki untuk pergi kesetiap station yang telah ditetapkan dan hendaklah menyelesaikan task yang diberikan. Memang enjoy habis la. Kumpulan saya mula2 kena menari la, pastu kena berlakon, pastu kena melukis, pastu kena buat kad raya dan akhir sekali barulah ditemuduga face-to-face by group. Penat tu memanglah penat tapi memuaskan!


FRISBEE???
Tahu tak apa itu frisbee? 


Cara baling disc Frisbee.




Frisbee discs
So, korang dah boleh bayangkan tak apa itu frisbee? To make it simpler, frisbee ni macam yang konsep 'permainan anjing' yang bila mana seseorang membaling sesuatu kearah anjjing tersebut, anjing tersebut akan cuba untuk menyambutnya semula. Konsep yang sama je.

CAS
Actually, dengan menyertai kelab2 ini kita akan dapat kumpul mata untuk Creative, Action, Service (CAS) di mana sebanyak 180jam diperlukan untuk mendapat markah penuh. Tapi, tak digalakkan untuk menyertai terlalu banyak kelab sebab jika kita join banyak sangat kelab, berkemungkinan besar kita  tak dapat nak fokus terhadap kelab2 yang telah kita join. Nauzubillah. 

Apa2pun, saya just mencuba nasib untuk menyertai kelab2 tersebut. Belum tentu saya dapat menjadi salah seorang ahli dalam kelab2 tersebut. InsyaAllah, mudah2an akan bejalan dengan lancar dan semuanya adalah yang terbaik Allah bagi dalam hidup kita,
Wallahualam~

p/s : Kelab Taekwando tak dapat nak join sebab kelab tu kena bayat monthly sebagai upah untuk coach diorang. Manalah aku nak korek duit untuk bayar semua tu. Sebab tula saya tak nak join~~~
post signature

Sunday, July 10, 2011

MY NEW LIFE : KMB (part 1)

Assalamualaikum =)


Alhamdulillah saya masih lagi dapat menulis di blog KESAYANGAN saya ni. Alahai, rindu sangat2 dekat blog saya ni. HOHO. XD.


Dah lama betul saya tak update entri terbaru saya ni. Al maklumlah, semenjak saya menjejakkan kaki saya ke Kolej Mara Banting, memang tak menang tangan saya dibuatnya. Kehidupan di sana memang SIBUK! Terutamanya masa orientation week. Sampai ada masa tu kena tidur pukul 2 lebih, then bangun pukul 4 lebih. Waduh2. Tapi, semua tu dah tinggal kenanagan sebab sekarang ni pun dah nak masuk 3 minggu saya duduk di sana. Cepat betulkan masa berlalu? '__'


Sebenarnya saya nak cerita SATU PERSATU perihal di KMB. Tapi, apakan daya, petang ni saya kena bertolak ke KMB semula. Yela, Isnin ada kelas. Mana boleh ponteng2. Saya kan budak baik. HOHO =P.


Overall, kehidupan kat sana banyak melatih saya untuk berdikari. Dan perkara yang paling saya suka adalah suasana ISLAMIK yang sangat2 mantap. Saya bersyukur sangat dapat ditempatkan di tempat tersebut. ALHAMDULILLAH. Setiap selepas Maghrib pasti ada usrah. Cayalah, sekolah lama saya dulu pun takde benda2 yang macam ni. Sob3. Akhirnya, impian saya untuk merasai semua pengalaman ni termakbul.


Tapi korang nak tahu satu benda tak? 


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
HOHO~
Masa minggu pertama kat sana, saya memang homesick gila la. Asyik terfikir nak balik rumah je. LOL. Sampai ada satu hari tu, saya menangis sepuas2nya. HUHU~ T_T. Alhamdulillah, masa tu ada roommate saya iaitu Afiqah, menenangkan emosi saya yang ketika itu sangat bercelaru. Sementelah pula, dekat sana saya sorang je pun. Kawan yang betul2 rapat pun masih belum ditemui lagi.


TAPI, Alhamdulillah, dari semasa ke semasa saya dapat sesuaikan diri saya. Tiada lagi tangisan seperti bayi. HAHAHA. Dan baru saya sedar, di sana ramai lagi yang sayang dekat saya, terutamanya roommate, rakan2 baru yang teramatlah baik dan tidak lupa juga SENIORS2 yang memang caring ya amat. First time saya jumpa senior yang betul2 ambil berat perihal junior2 mereka. Tak tahu la macam mana nak balas jasa mereka. May Allah bless them always. =)


Dan ingatlah, Allah kan ada. Dia akan sentiasa bersama kita. Walau apa pun kerja yang kita lakukan yakinlah bahawa Allah sentiasa melihat dan bersama kita.


La Tahzan wa la Takhaf. Innalaha ma'ana.


FYI, dekat sana saya join 5 kelab. HOHO. Nak jadi aktif sikit. Hope semua aktiviti2 ni tak menganggu kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Nak tahu tak kelab apa yang saya join? Tunggu entri yang seterusnya ok. HIKHIK. Saya kena berkemas untuk pulang semula ke rumah kedua saya tu. YUHUUUUU~


Ilal liqa'. Wassalam~


p/s: Selemah2 manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah dicari. [Saidina Ali]

post signature