Tuesday, December 6, 2011

ADA APA DENGAN HARI NI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh~ =D


Kita mulakan dulu pembacaan kita dengan ummul kitab Al-Furqan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Amin~

Ehem3, ada apa dengan cinta hari ni? Ce teka, ce teka~
Nak kata hari ni hari Selasa, yup semestinya. Nak kata hari ni ada movie baru keluar, entahlah. Nak kata hari ni tarikh cantik, emm, takdelah cantik sangat. 6/12/2011 je pun. Rasa macam biasa je. Nak diikutkan tarikh 7/12/2011 lagi cantik. HAHA! =P. Nak kata hari ni saya kahwin, lagilah mustahil.


Ok, udah2 la tu ye. Cuba kita check balik kat kalendar Hijrah. Semalam dah 9 Muharram yang juga dikenali dengan Hari Tasu'a dan hari ni merupakan 10 Muharram. GOTCHA! Actually hari ni merupakan hari 'Asyura. Apa itu 'Asyura?

Hari Asyura itu ialah hari kesepuluh setiap kali selepas menjelang tahun baru dalam kelendar Hijriah. 




Rasulullah S.A.W. menggalakkan kita untuk berpuasa pada hari tersebut.


Daripada 'Aisyah r.a berkata yang bermaksud: 
“Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari 'Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari 'Asyura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari 'Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya".  
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
CHOOPPP, perasan tak dalam hadis kat atas tu ada dinyatakan bahawa ini merupakan amalan orang2 Quraish yang berpuasa pada 10 Muharram. So, adakah kita dikira sebagai meniru mereka?


Ibn 'Abbas meriwayatkan yang bermaksud: 
“Apabila Nabi S.A.W. datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. 
(Riwayat al-Bukhari)
So, kita SEBAIKNYA berpuasa didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu'a (9 Muharram) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura sahaja.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharram dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” 
(Riwayat Al Baihaqi)
Rasulullah S.A.W. juga bersabda yang bermaksud:
“Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan berbezalah dengan orang-orang Yahudi iaitu puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.” 
(Riwayat Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
Jadi, kita juga disunatkan untuk berpuasa sebelum pada hari 'Asyura, iaitu pada hari Tasu'a iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata yang bermaksud: 
"Dahulu, ketika Rasulullah S.A.W. berpuasa pada hari 'Asyura dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Ya Rasulullah! Bukankah hari Asyura itu hari yang di agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan" Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah pun wafat." 
(Hadis riwayat Muslim)
Pada hakikatnya, Rasulullah berniat untuk berpuasa dua hari, iaitu hari kesepuluh ('Asyura) dan kesembilan (Tasu'a). Akan tetapi, belum sempat melakukan, Baginda sudah wafat. Menurut Imam al-Nawawi, Imam al-Syafii, Ahmad, Ishak, disunnahkan berpuasa pada tanggal ke-sembilan dan sepuluh, sebagaimana keterangan hadis diatas. Pada tanggal sepuluh, bererti sunnah fi’liyah (perbuatan), dan pada tanggal Sembilan termasuk sunnah kauliyah (niat).

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: 
"Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". 
(Riwayat Muslim).
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a itu daripada pelbagai aspek: diambil dari SINI. Syukran, jazakallah~ =)


1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: 
"Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura dan buatlah perbezaan padanya dari orang Yahudi dengan berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya”. 
(Hadits riwayat Ahmad)
2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.


3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah S.A.W. berpuasa satu hari sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja padahari 'Asyura. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301)


Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura tanpa berpuasa pada hari Tasu'a, supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafie menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a), kesepuluh ('Asyura) dan kesebelas bulan Muharram.


*********************************************************************
credit
Kalau kat atas tadi kita bincang pasal hari Tasu'a, bagaimana pula dengan hari 'Asyura? Setiap perbuatan yang Rasulullah S.A.W. galakkan mestilah ada fadhilatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan hari 'Asyura ni. Antaranya ialah apa yang telah diriwayatkan oleh Qatadah, maksudnya: 
“Bahawasanya Rasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari 'Asyura, lalu Baginda S.A.W. menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". 
(Riwayat Muslim).

Malah, perkara ini juga telah disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari 'Asyura ini, lalu beliau berkata yang bermaksud: 
“Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah S.A.W. berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini (10 Muharram), dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”
(Riwayat Imam Muslim)
So apalagi, jom grab peluang ni! Yoshhh~ Walaupun post ni nampak macam dah lewat sepatutnya kena post hari Ahad hari tu, tapi takpelah, kita berazamlah untuk berpuasa pada kedua2 hari ni tahun depan. InsyaAllah kalau kita masih celik~


Sebelum saya mengakhiri post kali ni, meh saya nak bagi lagi satu hadis dengan sanad yang sahih yang telah diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: 
"Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram"
(Hadis riwayat Imam al-Nasa'ie)
ilalliqa'~


makanan hiasan
p/s: bubur 'Asyura sedap kotttt~ YUMMY. xD
post signature

4 comments:

  1. Assalamualaikum~

    wahhhh... Alyani, penuh informasi betul entry ni. Dapat kite tambah ilmu lagi. Thank You!!! :)

    ReplyDelete
  2. Raudah> Waalaikumussalam~

    Owhh, alhamdulillah. my pleasure~ =)

    p/s: thanks juga kpd encik google~

    Acad> ^__^

    ReplyDelete

jangan lupa komen~ ^^