Monday, December 26, 2011

BILA DAH BERPISAH

Assalamualaikum~


Haishh, bila dah berpisah macam ni lah jadinya. Susah nak jumpa even masing2 dah cuti sem. Kalau dulu, hampir setiap hari jumpa! Tapi sekarang, payah bebenor~


Emm, mula2 nak taip entri ni, takde tajuk yang sesuai. Last2, tajuk yang terpampang kat atas tula yang saya rasakan sesuai. Ahaks! xD


Rasanya korang semua pernah alami situasi yang macam saya hadapi sekarang ni. Tak pun, korang BAKAL hadapinya nanti! Tapi, kalau tak hadapi rasanya lebih baik. Tapi selalunya benda macam ni akan hadapi juga suatu hari nanti. Tunggu masa je. Tapi, kalau korang tak hadapinya juga, memang cayalah!~ WINK, =P


Ok, let me get straight to the point k~ ^_^




Macam ni, yela, bila dah cuti sem macam ni mesti nak jumpa kengkawan lama kan? Dah berbulan gak la tak jumpa diorang. Of course lah rindu. Sejak masing2 dah ada haluan masing2, belajar pun dah jauh2 hingga ke hujung benua nun jauh di sana. Ok tu maksudnya Johor. Heh. = =, And lagi satu cuti sem pun dah tak sama. So, susahlah nak jumpa.


Then, tetibe baca status diorang yang diorang tengah cuti Krismas sekarang ni, apa lagi, bak kata aforisma Melayu, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, sesuai ke ni? teruslah text diorang ajak jumpa.


Dalam TUJUH orang yang saya text, DUA orang je yang boleh join. Huaaa. Mula2, agak sedih dan kecewa la. Tapi, kenalah terima hakikat. Betul tak? Masing2 ada alasan sendiri, yang sorang tu ada kat kampung, yang sorang tu still kat Penang, tak dapat balik sebab cuti just 3 hari je, yang sorang tu still dekat Melaka, alasan sama macam tadi, yang sorang tu dah pokai -.-, and lagi sorang tak reply. Saya beranggapan dia tengah sibuk, takpun takde kredit. Positive thinking huh?
[credit]
So, total up TIGA orang kesemuanya. ^_^


Kitorang pun tunggu bas kat tempat biasa untuk pergi ke destinasi yang dinanti2. Bayangkan, pukul 11 kitorang tunggu, kitorang sampai kat destinasi tu pukul 1 lebih!


#kitorang = kami.


AKTIVITI MENUNGGU
*Pembacaan ini memerlukan daya kefahaman yang tinggi~


Akhirnya, kenderaan yang kitorang nanti2kan tu dah tiba. Then, masa kitorang nak bayar duit kat uncle bas tu, uncle tu suruh turun, naik bas yang datang dari arah sana. Katanya, lagi cepat dik, tak payah nak tukar2 bas. So, kitorang pun tunggulah kat seberang sana. Tunggu punya tunggu, bas lain pula datang dari arah asal yang kitorang tunggu tadi. Tak sempat nak tahan bas tu,  bas tu pun blah macam tu je. T_T. Tunggu punya tunggu lagi, kitorang dah nak give up. Macam dah takde bas je yang lalu lalang kat situ. Last2, kitorang tunggu kat tempat asal balik. Lama gakla lepas tu, barulah ada bas sampai. Dan nak tahu tak, nombor siri bas tu sama je macam bas mula2 tu. Kitorang tetap gak kena tukar bas untuk sampai ke destinasi tu gak. Aishh~ =.=''


Tak faham? Ehe. Buat2 faham jela ye. ^^,


Alhamdulillah~


DESTINASI TERSEBUT
Akhirnya, kitorang pun sampai. Anyway, kitorang dah pernah pergi dah tempat tu. Tapi en, bas yang kitorang naik tu berhenti kat tempat yang agak jauh dengan tempat tu. Terpaksalah kitorang lintas jalan raya. Then, kitorang sesat tak jumpa pintu masuk! HAHA. Pusing punya pusing, barulah jumpa, itu pun hasil pertolongan sorang pakcik tu. LOL. Sepanjang perjalanan tu kitorang sembang and luahkan macam2 perkara. What a relief!


PERANCANGAN
Mula2, kitorang booking ticket wayang. Then, g makan. Perut dah mendendangkan macam2 lagu dah time tu. Emm, pasal makanan yang kitorang makan tu, takdelah sedap mana. KFC juga yang lagi sedap~ Pastu solat Zohor. Pusing2, kejap tingkat 5, then turun tingkat 3, naik pulak tingkat 4, naik lagi ke tingkat 7 and so on. =P


SHERLOCK HOLMES
Dr. Watson and Holmes. What a cute couple!
Part ni lawak. LOL!
Best kot! Suka sangat2 bila cerita yang berkaitan dengan penyiasatan macam ni. Tak jadi nak tidur time tu. Hee. Tapi, yang kitorang frust sangat tu sebab kitorang terlewat 20 minit! Ada beberapa perkara yang tak dapat nak dielakkan.


*****************************************************************************************
Saya taknak lah cerita semua perkara yang saya buat kat sana. Actually, malas nak taip. Lalala~ Perkara yang paling saya puas hati ialah dapat berjumpa dengan diorang. Memang borak habislah. Macam2lah kisah baru yang saya dengar. Alhamdulillah, diorang still macam dulu dan persahabatan ni pun insyaAllah akan sentiasa erat walaupun jarang berjumpa lepas ni. Masing2 luahakan pasal pelajaran masing2. Lagi pun diorang punya result exam dah keluar. Not bad laa. Yang saya punya je tak tahu lagi. Dupdapdupdap.


HADIAH
Memandangkan adik saya dah dapat result yang cemerlang dalam PMR baru2 ni, so saya belikanlah dia hadiah. Dia pun nampak happy je dengan hadiah tu. Baguslaa~ Kalau nak ikutkan perancangan saya, saya nak suruh dia tukar sekolah, dari SAMTEN ke KISAS. Hihi. Tu memang saya dah plan lama dah memandangkan saya memang tak layak masuk situ. :3


UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA~
Saya cuma nak bagitahu, yang saya rindu korang sangat2! Saya doakan setiap daripada korang akan berjaya dalam bidang yang korang ceburi. Mudah2an korang akan berjaya duniawi dan ukhrawi. Yang penting, kita sebagai umat Islam jangan lupa akan tugas kita sebagai khalifah dan hamba Allah. Mudah2an kita semua dapat mencapai mardhatillah Allah di atas muka bumi ini dan dimatikan sebagai orang yang beriman. InsyaAllah.



Rasanya tu jela kot. Gembira dapat jumpa korang. Harap2 bila ada masa free lain kali, boleh buat reunion and make sure semua orang kena hadir!


Ilalliqa'

p/s: pecah perut bila gelak2. xD
2nd p/s: kat dalam cinema tu kitorang je yang lebih2 gelak and gelabah. Semua yang lain bajet hot nak serious lak. 

post signature

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^