Before that, Happy New Hijri year 1433 to all muslims. May it be a blessed, happy and joyful year for you all~!
credit |
Allah tak pandang pada hasil, tapi usaha.
Walaupun dalam realiti kehidupan kita sekarang, mentaliti manusia akan tengok pada result sesuatu tu. Eventhough, korang dah berusaha sedaya mampu korang~ sigh
Actually, takde apa2 sangat pun kat post kali ni. Gatal lak tangan ni nak menaip. Al maklumlah, dah lama kot blog ni dah tak terupdate. Jari2 ni pula dah kebas asyik menaip lab report, takpun assignment yang teacher bagi.
Nak mula menaip balik macam ni memang susah. Ambil masa beberapa
............................. tengah stuck
emmm, apa ek......... |
Prapppp~ bunyi tulang patah. betulkan postur badan. Start menaip.
Alkisah bermula pada suatu pagi yang hening, seorang hamba Allah ni sedang berjalan2 kat dalam hutan. Udara masa tu sungguh nyaman. Sedang hamba Allah ni menghirup udara yang nyaman tu, dia terdengar ada satu bunyi yang datang daripada arah timur.
click here!
apa pandang2? rawrrrr~ |
Rezeki pun dah terhidang kat depan mata. Harimau tu pun apalagi, dia pun kejarlah untuk mengenyangkan dirinya.
Kejarrr, kejar dan terus berkejaran.
Sifat seorang manusia, yang sentiasa takut apabila ada yang lagi kuat cuba untuk menentang. Hamba Allah tu pun lari tanpa arah tujuan. Dalam hatinya, dia berdoa memohon keselamatan daripada Allah. Hinggalah satu tempat tu, dia ternampak sebuah perigi. Dia ambil keputusan untuk menyorok dalam perigi tersebut. Kebetulan pula, dalam perigi tu terdapat
Hamba Allah ni pun bergayutlah kat tali pendek tu.
Dengan kuasa Allah, harimau tu dapat tahu yang hamba Allah tu menyorok dalam perigi. Harimau tu pun pergi ke mulut perigi tu dengan hasrat untuk membaham hamba Allah tu.
Malang sememangnya takde bau.
Tengah hamba Allah tu fikir macam mana nak selamatkan dirinya, tetibe dia terdengar air berkocak kat bawah. Rupa2nya ada dua ekor buaya yang sedang menanti mangsanya. apa buaya tu buat dalam perigi?
gambar hiasan |
Hamba Allah tu tersekat antara kedua2 pemangsa tu. Kat atas ada harimau, kat bawah pula ada buaya. Apalah nasib~
Jadi, hamba Allah ni pun perahlah otaknya untuk cari jalan keluar daripada masalah ni. Sedang dia dok fikir, tetibe keluar seekor tikus putih dari celahan lubang perigi tu. Tikus tu pun bergayut la atas tali tu. Sampai kat atas, tikus tu pun gigit tali tu pula.
gambar hiasan |
Buzzz, buzzzzz, buzzzzzz.
Hamba Allah tu terdengar satu bunyi yang datang dari atas mulut perigi tu. Rupa2nya itu adalah bunyi sekawan lebah! Yup, diorang tengah bawa madu. Hamba Allah tu pun mendongak ke atas untuk melihat lebah tu. Ditakdirkan Allah, waktu tu madu tu terjatuh lalu masuk ke dalam mulut hamba Allah tu. Punyalah nikmat yang tak terkata. Sehingga menjilat jarilah katakan.
Akibatnya, hamba Allah ni lupa yang dia sedang berada dalam saat getir. Kerana setitik madu tu, dia lupa bahawa harimau sedang lepak kat mulut perigi tu dan buaya sedang mandi dalam perigi tu.
THE END????
Tamatlah sudah kisah tersebut. So, dapat tak apa2 pengajaran daripada kisah tu??? ^___^
Emm, kalau korang nak tahu, hamba Allah tu sebenarnya
Tali tu pula adalah jangka hayat hidup kita. Kalau panjang tali tu, panjanglah jangka hayat kita ni. Tikus hitam dan putih tu pula bak siang dan malam yang silih berganti yang akan mengahakis umur kita sehari demi sehari. Madu, ibarat nikmat dunia sekarang. Bila kita dah dapat nikmat tu je, terus kita lupa pada Pencipta kita, terus kita lupa yang kita ni hanyalah hamba Allah yang kerdil. Waktu susah je baru terhegeh2 nak ingat kat Allah. Bila dah dapat nikmat segala bagai, kita lupa nak bersyukur. Kita jadi lalai, lagho, lupa diri. Padahal kita ni hanyalah hambaNya yang lemah. Yang sentiasa memerlukanNya dalam menjalani kehidupan.
Astaghfirullah~
Renung2kanlah~
p/s : kutiplah hikmahnya. Semoga bermanfaat. xD
assalamualaikum~
ReplyDeleteanalogi yang best! :)
Waalaikumussalam~
ReplyDeleteowhh, yeahhh~ tenkiu2! xD kte hanya menyampaikannye je. ^___^