Sunday, April 22, 2012

SAYU

ASSALAMUALAIKUM!~~~ ^_^

Emm, tetibe hari ni hati saya jadi sayu. Nak tahu tak sebab apa? 

Emm, sebab, sebab, sebab.... tetibe rasa rindu dekat....

ADIK2..

  • Arif Zakuan
  • Amirul Hakim
  • Aini Hafizah
  • Ahmad Firdaus
  • Athirah Farhana

Tapi kali ni rindu dia lebih daripada biasa. Tetibe hari ni saya banyak terfikir pasal diorang, apa ek diorang buat kat rumah? yang kat asrama lak macam mana? ok tak? kena buli tak? cukup makan tak? diorang apa khabar? diorang sihat tak? bla3. Kalau sebelum2 ni memang la, tapi hari ni semacam sikit. Teremo pula. Huhu.

Rasa macam nak peluk diorang sambil nangis2. Yup, rindu sangat kat diorang. Saya sendiri tak tahu apsal tetibe jadi macam ni. Hurmm.

Kalau cakap telefon lain tau bila berjumpa face-to-face. Emm, padahal minggu lepas baru balik rumah. Tapi rasa macam tak puas je. Lagi pun minggu lepas salah seorang daripada adik saya sakit. Huhu.

Entahlaaaa.

Tapi kan, dapat rasalah, bila duduk asrama, masa bersama keluarga makin sikit, makin berkurang. Kita lebih banyak spend time dengan kawan. Even, masalah2 pun kongsi dengan kawan2. Rindu sangat kenangan masa dulu. Balik sekolah boleh balik rumah. Walaupun kadang2 tu balik malam sebab ada tuisyen. Tapi still balik rumah ok! Boleh makan makanan rumah. Boleh main kejar dengan adik2. Even dah besar macam gajah. Apa aku kesah.

Tengok movie dengan diorang, even dalam laptop je pun =..= , masak dengan diorang, jalan2 beli barang dengan diorang, sembang2 dengan diorang, ajar diorang ngaji, buka puasa dengan diorang, pergi pasar malam dengan diorang, gaduh2 dengan diorang, tidur sama2, jerit2 kat dalam rumah macam orang gilak, pasang musik kuat2, pastu nyanyi sama2, main game sama2, main kad sama2, tengok anime sama2, beli komik sama2, kongsi cerita hantu, pergi taman dengan diorang, jogging dengan diorang, share problem dengan diorang, walaupun diorang semua still kecil, tapi saya tak kesah. Rasa gembira je. Dan banyak lagi. T___T. Sumpah, aku rasa nak nangis.

Memang pahit nak telan kenyataan ni.

Sekarang ni balik rumah, diorang ada kerja sendiri, saya pun sama. Jumaat balik, Ahad kena pulang ke KMB. Itu pun berapa kali je dalam sebulan.

Aisshhh, saya sendiri pun tak tahu la apsal tetibe rasa perasaan yang sangat sedih macam ni sekali. Lepas ni, kita semua akan ada haluan masing2, pastu akan bekeluarga, ada cucu cicit. Memanglah lambat lagi, tapi percayalah kita takkan sedar pun perkara ni  akan berlaku. Tengok2 nanti kita dah jadi nenek dah pun.

Tapi aku kena percaya, inilah lumrah kehidupan kan. Saya just sedih je, bila semuanya dah tak sama macam dulu. Bila dah besar, masing2 ada kepala sendiri. Hmmm.

K la, mengarut pula dah ni. Huhu. Minggu ni ada banyak test, doakan saya ye! Saya harap sangat saya dapat jadi kakak yang terbaik dan suri teladan untuk diorang. 

Hurmmmm... Semoga diorang baik2 je dan dilindungi oleh Allah sentiasa. Amin.

K laa, have a nice day semua!! Wassalam.

p/s: SEDIH.
post signature

3 comments:

  1. tok sah sedih2 la..bebudak K ramai di sini..wahaha..mari bergumbira..lalala~

    [ p/s: sedang meeting SS. :P ]

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa, tapi kawan2 lain sikit dengan adik beradik. hee.
      takpe, thanks aezu!~ :D

      perghh, time meeting pun nak usha blog ke. ;p

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

jangan lupa komen~ ^^