Thursday, June 27, 2013

TOO LATE ALREADY?

بسم الله الرحمن الرحيم

That young boy which I always see him under that big-green-leafy tree. Reading a book which me myself doesn't know what kind of book is that. He seems so interesting to me. Looks like there is a kind of attraction that pull me to know more about that boy. The way he acts, the way he spends his time, the way he laughing while reading, the way his expression changing as he keeps on reading the book, caught my eyes on him.

There is a feeling in me revolting to approach that boy. Indeed, the feeling becomes more strong day by day. Sometimes when it is raining, the sorrowful felling visits me as I can't see that boy under the big-green-leafy tree. So sad. Indeed.

But, the rainbow appears after the rain cover my sadness. Nature is so tranquil~


I realize, my disability to walk limiting my intention to know that boy. What can I do is just keep on hoping for my body back to normal even though it seems impossible to happen. Build high trust on something can hurt someone so badly. Yet, it is the only thing I can do.

Now I know the feeling of gratitude when I lost something that I owned before. And now... even that boy seems so interesting to me which I think it would never happen if I'm not in this state.


Eh, ada kerusi ke bawak pokok ni?
[credit]
p/s: Always appreciate what you have. There is always someone out there who wishes that, had what you have.

2nd p/s: Post random di malam hari. LOL. Eh eh, minggu depan dah nak dapat 
result weyh. Cuak. Waaaaaa. T_T
post signature

Tuesday, June 11, 2013

MY CHILDHOOD GAMES (part 1)


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh~ :D

Sekarang ni asyik update blog je. Boleh bayangkan tak tahap kebosanan time cuti ni. :3 

Anyway, semua orang pernah jadi budak2, so saya pasti semua orang mesti akan ada game yang dulu2 selalu main kan? 

Ni beberapa game yang masa dulu2 saya selalu main. Hoho. Cuti ni banyak mengimbau masa lalu je. Cewahh.

1. Patung kertas.


[credit]
[credit]
Dulu selalu main patung ni siap bawa pergi sekolah lagi. Lepas tu, buat rumah dia sendiri, kadang2 guna pencil box untuk buat rumah, pembaris buat tangga, pemadam buat tv, buat bilik air la, bla3. Dulu ada banyak koleksi patung2 ni, baju diorang semua pun cantik. :D Sekarang ni dah tak jumpa dah tempat yang jual benda alah ni. Emm, rasanya budak lelaki pun main benda ni juga, sebab adik saya yang lelaki tu pun suka sangat main patung ni. LOL. Pastu imagine jalan cerita sendiri. Haha. And untuk makluman saya tak main anak patung barbie. Dalam seumur hidup ni, tak pernah ada patung barbie. Heh.

2. Belon tiup (?)


Err, saya tak tahu apa nama mainan ni. And again, dulu selalu main. Suka bau dia. Haha. Picit dekat straw warna kuning tu pastu tiup. Dah besar, pastu pecahkan. Gumpal2, pastu letup kat dahi orang lain. =.=''

3. Lawan pemadam pastu rampas!

[credit]
[credit]
Dulu ada satu pencil box besi untuk simpan pemadam je. Bawa pergi sekolah pastu lawan dengan kawan, pastu main rampas. Tapi actually jarang juga sebenarnya dulu main rampas2 sebab sayang nak bagi kalau kalah. So decide tak payah main rampas2. Lagi pun tak elok kan. ;p Main suka2 je. Semua pemadam versi macam gambar kat atas tu, ada corak, takpun bendera negara atau ABC. Tapi tak pernah nak hafal pun negara2 tu sebenarnya. Haha. Ada juga size pemadam yang besar gila, ok takde la gila, tapi besar gak la.

4. Daun terup

[credit]
Ha! Ni pun dulu selalu main sampai sakit2 tangan. Kumpul banyak2, bengkokkan sikit, pastu tepuk kat atas lantai sampai terbalik. LOL. Tak tahulah apa yang best sangat main ni tapi selalu bazirkan duit beli kad terup.  Aiseh. Zaman jahil dulu. Heh.

5. Ceper
[credit]
Ok, ni terkecuali sebab still main lagi kadang2. =,= Kalau balik rumah, then rasa nak main, mainlah. Timbang, siapa dapat banyak jalan dulu. Pastu setkan nak main sampai berapa. Selalu main sampai 200. 

6. Tamagotchi


Dulu ada satu. Comel main game ni, kita boleh bagi dia makan, kalau sakit kena ubatkan dia, jaga dia sampai besar, kadang2 silap hari bulan kalau dah lama tak bagi dia makan, dia mati. Teringin la nak main benda alah ni balik. :3

7. Tamiya


Ni pun game yang saya rindu nak main. Beli satu kotak, pasang sendiri, pastu lekat stiker. Arghh, rindunya. Kalau dulu2, beli, pastu rosak, beli lagi. Haha. Nampak tak satu pembaziran di situ. Emm, tapi setakat ni tak pernah lagi main kereta control~

8. Crush gear
Emm, crush gear ni lebih kurang macam tamiya gak tapi lagi ringan and ada macam2 bentuk. I mean ada banyak senjata. Err, tak tahu nak cakap macam mana. T.T Crush gear ni muncul from anime Crush Gear.

9. Beyblade
[credit]
Hohoho. Beyblade ni dulu ada cerita dia, anime. xD Time kecik2 dulu, saya ada beyblade besi, bila lawan dengan orang and bergesel dengan beyblade pihak lawan, my beyblade akan percikkan api. Cool gila! Saya sayang betul dengan beyblade tu, dulu ada nama saya bagi kat beyblade tu tapi dah lupa. Waa, rindu~

10. Yoyo

Yoyo pun diadaptasi daripada anime gak, tak pun anime tu, Super Yoyo diadaptasi daripada yoyo. (?) Err, tak sure mana satu. Anime tu pun selalu juga tengok dulu2. Haha. Emm, kalau main yoyo ori best sikit daripada main yoyo yang murah tu. Sebab yoyo ori ni kalau main dapat rasa grip dia mantap sikit. Alaa, tapi biasalah, kalau dah takde duit sangat, yoyo kat kedai runcit pun tibai je, sebab nak main sangat~ Teringat dulu paksu ada bawa balik yoyo, cool gila yoyo tu, ada lampu. LOL.

Ok, sampai sini dulu la kot. Esok2, saya sambung. 

post signature
p/s: Kesian budak2 zaman sekarang~ 

Monday, June 10, 2013

L DAN P

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh~ :D

Hola!

Hari ni, 10hb 6 secara rasminya saya dah daftar nak ambil lesen kereta. Hoyeahh. Tadi pergi kat centre dia untuk tanya apa2 yang patut. Lepas tu, abah bayar dulu yuran pendahuluan. Hari Rabu nanti dah boleh start, pukul 8.30 pagi dah kena gerak untuk belajar undang2. =,=

Cuak pun ada sebab rasa macam dah lama tak bergaul dengan orang luar. Haha. Yela, asyik dok rumah je, jadi suri rumah sepenuh masa, tengok movie, online, baca novel, makan, minum semua di tambah pula dengan geng2 dekat sini mostly tak cuti lagi, nak keluar dengan siapa je. Takkan la tetibe nak keluar, tercongok sorang2, sengih2 tanpa arah tujuan.

Total payment lebih kurang 1000 plus minus sebab saya langsung tak tahu apa2 pasal kereta so kena ambil kelas yang lama sikit untuk belajar betul2 pasal cara nak bawa kereta. WAHAHA. Mahal gila. T.T 

Emm, abah pernah ajar sikit2 dulu tapi tu auto lain dengan manual. Seriously, tak pernah try pun drive kereta sebab abah tak kasi cuz takde lesen. Bab2 lesen ni jangan main2, my dad pantang kalau anak dia takde lesen, pastu terhegeh2 nak bawa kenderaan. Even for my brother yang dah form 5 tu nak bawa motor pusing2 rumah ni je pun abah tak kasi, padahal my brother tu pandai je bawa motor. 

Sebenarnya kan saya teringin nak ambil lesen motor juga. Senang sikit nak gerak pergi mana2. Tapi abah tak kasi. Abah kata "alaa, tak payahlah, perempuan tak elok bawa motor." 

Waa, agak sedih gak la sebab saya rasa bawa motor lagi cool daripada bawa kereta. Bajet je lebih ni.

Lagipun dulu masa sekolah menengah, kadang2 pergi sekolah tumpang motor kawan je. Naik skuter. Rasa syok sangat sebab boleh lalu celah2 kereta je, tak payah nak tunggu lama sangat. LOL. Sambil angin meniup tudung, pakai helmet yang ada yang cermin tu (?), pastu bila berhenti kat lampu merah, tengok sebelah ada kawan, tetibe gelak sama2, dok bertegur macam tak pernah jumpa setahun. Padahal baru je balik sekolah.

Yosh!, doakan semuanya berjalan dengan lancar. Tak nak kena repeat or tak pass, nanti kena guna duit lagi. Sob sob. 

Last but not least, jangan lupa, sentiasalah berhati2 di jalan raya. Pandu cermat jiwa selamat. Sayangi keluarga anda. Ingatlah orang tersayang.

Pesanan khidmat masyarakat from me~


Safety first. :)
[credit]
p/s: "Allahuma bariklana fi Rajab wa Syaaban wa ballighna Ramadan"

Maksudnya: "Ya Allah ya tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan)." ^^

post signature

Friday, June 7, 2013

OF LOVE AND CONFUSION

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh~ 

Emm, sedang asyik menonton The Hobbit, tetiba a friend of mine tegur and cerita pasal problem dia. And that problem is about love. Entah. Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu bab2 cinta ni. Err macam geli la pula sebut. Tapi tula, maybe i'm a good listener. Hehe. So, saya la jadi 'mangsa'.

Sepanjang duduk kat KMB, boleh nampaklah sesetengah orang yang bercouple dengan cara masing2. Ada yang dituduh overly attached girlfriend, ada yang dah bertunang, ada yang gf dia memaksa sangat, ada yang bf dia yakin long distance relationship, ada yang setia pada yang satu, means bf dia la, haha, and ada juga yang dah falling in love on someone for about two years, masing2 tak nak mengaku! Saya sendiri dah tak tahu nak tafsir macam mana.

Selalunya bila bercouple, from my observation la, si perempuan akan jadi soft-hearted, sensitive, mudah menangis, nakkan perhatian and sometimes diorang punya sikap pun dah jadi lain. Untuk side lelaki, tak tahu la macam mana. Kadang2 disebabkan benda kecil pun boleh bergaduh even tak text sehari pun boleh jadi issue, and the worst part is kalau reply text lambat pun boleh jadi issue besar. Aiyaa.

Sebenarnya saya sendiri tak faham motif entry ni. =.='' Tapi tetap nak teruskan menaip~


I'm just me. Nothing extraordinary, or special.
Bila tengok, dengar, timbul rasa simpati. And again tak tahu nak describe macam mana. =.='' Emm, yela, bagi saya perasaan untuk sayang dan disayangi tu fitrah. Semua manusia dekat alam ni mesti ada perasaan tu and of course i'm one of them. Kadang2, lack of love from parents and family pun boleh jadi reason kenapa benda ni berlaku. And now, bf/gf dialah tempat mengadu kasih dan share masalah.

Tapi saya punya prinsip yang sendiri pasal love. For me la kan, tak perlu pun couple sebenarnya di mana akhirnya akan menjerumuskan diri kita ke arah penzinaan. Pernah dengar kata2 Hassan al-Banna, dimana beliau berkata "kalau kamu bercouple 20tahun sekalipun, kamu tak akan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya."

For sure ke pasangan awak sekarang ni betul2 jujur dengan awak? 

Because sekarang ni susah nak cari manusia yang betul2 jujur. Memanglah wujud je golongan2 ni tapi mungkin satu dalam seratus. Sekarang ni banyak kes2 penipuan dan beware! Jangan mudah percaya dengan sesiapa pun. Orang tu baik sikit, ahhh dah mula dah. Padahal kenal tak sampai satu jam.

Ingat, Allah sentiasa ada. Allah sentiasa ada. Saya selalu remind to myself about this. Apa2 je masalah, share lah dengan Allah. Sesusah mana pun kita nak describe masalah kita tu, sebenarnya Allah faham je apa yang kita rasa waktu tu.

You may have someone in your mind, someone in your heart, someone in your dreams, someone in your life, but remember Allah is there when you have no one!
"O Prophet! Allah is sufficient for you and for the believers who follow you."
                                                                                             [Qur'an 8:64]
Ada hari tu kak Fatimah Syarha yang sangat cantik, lemah lembut and Dr Farhan Hadi datang KMB bagi ceramah pasal Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung. Ya Allah, bila tengok kak Fatimah Syarha, sejuk je mata memandang. Then sempat tangkap gambar and ambil autograph kak Ha. Sukanya time tu. :D

Beliau ada cakap, cara kita nak isi kekosongan dalam hati kita adalah dengan menghadiri majlis ilmu, halaqah, usrah dan isikan jiwa dengan pengisian seperti zikrullah, solat, puasa dsb.

Nak buang perasaan tu memang susah tapi kita ada kuasa untuk kawal perasaan tu. :)


Dan saya suka ayat ni:

Jika cinta dalam diammu itu tak memiliki kesempatan berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam. Kerana Allah punya rencana terbaik untukmu. Jika dia bukan milikmu, maka Allah akan menghapus cinta diammu itu dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang lebih tepat. Jadi, biarkan cinta diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu dan menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu, kerana hati kita Allah yang jaga.


And perasaan cinta tu bukan wujud antara manusia dan manusia je. Tapi perasaan cinta tu meluas samaada antara manusia dan haiwan, manusia dan Pencipta tak lupa juga manusia dan ilmu. Perasaan cinta tu sendiri suatu perasaan yang suci.


Saya yakin, perempuan gedik2 macam mana pun, akhirnya dia sendiri nak lelaki yang mampu pimpin dia. So, kalau hari2 kita berdoa nakkan pasangan yang baik, soleh/solehah, yang boleh pimpin kita, yang boleh jadi imam kita, bla3, why not kita sendiri yang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Susah tu ye, tapi ingat to win without risk is to triumph without glory. Setiap benda ada cabarannya, even nak makan pun kena guna duit. Jadi mulakan perubahan tu daripada sekecil2 benda dan istiqamah. ^^

Dan memetik kata2 kak Fatimah Syarha:
Siapa kata tak couple maka tak kenal? Kami dulu tak bercouple tapi kami saling kenal. Kami tidak berjumpa tapi kami mempunyai biodata masing2 daripada nama, belajar kat mana sampailah ke visi dan misi masing2.
Sweet kan diorang? Best juga kalau ada orang sanggup buat macam ni kat saya. LOL. Mulalah nak berangan. ;p

p/s: Kadang2 pelik gak, perasaan yang sebegitu complex ni lah ramai orang nak and sanggup bunuh diri sebab kecewa dalam percintaan. Nauzubillah min zalik. 

2nd p/s: Has no idea what the future hold, so sentiasalah doakan yang terbaik. Anything can happen and people will change~
post signature