Tuesday, June 11, 2013

MY CHILDHOOD GAMES (part 1)


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh~ :D

Sekarang ni asyik update blog je. Boleh bayangkan tak tahap kebosanan time cuti ni. :3 

Anyway, semua orang pernah jadi budak2, so saya pasti semua orang mesti akan ada game yang dulu2 selalu main kan? 

Ni beberapa game yang masa dulu2 saya selalu main. Hoho. Cuti ni banyak mengimbau masa lalu je. Cewahh.

1. Patung kertas.


[credit]
[credit]
Dulu selalu main patung ni siap bawa pergi sekolah lagi. Lepas tu, buat rumah dia sendiri, kadang2 guna pencil box untuk buat rumah, pembaris buat tangga, pemadam buat tv, buat bilik air la, bla3. Dulu ada banyak koleksi patung2 ni, baju diorang semua pun cantik. :D Sekarang ni dah tak jumpa dah tempat yang jual benda alah ni. Emm, rasanya budak lelaki pun main benda ni juga, sebab adik saya yang lelaki tu pun suka sangat main patung ni. LOL. Pastu imagine jalan cerita sendiri. Haha. And untuk makluman saya tak main anak patung barbie. Dalam seumur hidup ni, tak pernah ada patung barbie. Heh.

2. Belon tiup (?)


Err, saya tak tahu apa nama mainan ni. And again, dulu selalu main. Suka bau dia. Haha. Picit dekat straw warna kuning tu pastu tiup. Dah besar, pastu pecahkan. Gumpal2, pastu letup kat dahi orang lain. =.=''

3. Lawan pemadam pastu rampas!

[credit]
[credit]
Dulu ada satu pencil box besi untuk simpan pemadam je. Bawa pergi sekolah pastu lawan dengan kawan, pastu main rampas. Tapi actually jarang juga sebenarnya dulu main rampas2 sebab sayang nak bagi kalau kalah. So decide tak payah main rampas2. Lagi pun tak elok kan. ;p Main suka2 je. Semua pemadam versi macam gambar kat atas tu, ada corak, takpun bendera negara atau ABC. Tapi tak pernah nak hafal pun negara2 tu sebenarnya. Haha. Ada juga size pemadam yang besar gila, ok takde la gila, tapi besar gak la.

4. Daun terup

[credit]
Ha! Ni pun dulu selalu main sampai sakit2 tangan. Kumpul banyak2, bengkokkan sikit, pastu tepuk kat atas lantai sampai terbalik. LOL. Tak tahulah apa yang best sangat main ni tapi selalu bazirkan duit beli kad terup.  Aiseh. Zaman jahil dulu. Heh.

5. Ceper
[credit]
Ok, ni terkecuali sebab still main lagi kadang2. =,= Kalau balik rumah, then rasa nak main, mainlah. Timbang, siapa dapat banyak jalan dulu. Pastu setkan nak main sampai berapa. Selalu main sampai 200. 

6. Tamagotchi


Dulu ada satu. Comel main game ni, kita boleh bagi dia makan, kalau sakit kena ubatkan dia, jaga dia sampai besar, kadang2 silap hari bulan kalau dah lama tak bagi dia makan, dia mati. Teringin la nak main benda alah ni balik. :3

7. Tamiya


Ni pun game yang saya rindu nak main. Beli satu kotak, pasang sendiri, pastu lekat stiker. Arghh, rindunya. Kalau dulu2, beli, pastu rosak, beli lagi. Haha. Nampak tak satu pembaziran di situ. Emm, tapi setakat ni tak pernah lagi main kereta control~

8. Crush gear
Emm, crush gear ni lebih kurang macam tamiya gak tapi lagi ringan and ada macam2 bentuk. I mean ada banyak senjata. Err, tak tahu nak cakap macam mana. T.T Crush gear ni muncul from anime Crush Gear.

9. Beyblade
[credit]
Hohoho. Beyblade ni dulu ada cerita dia, anime. xD Time kecik2 dulu, saya ada beyblade besi, bila lawan dengan orang and bergesel dengan beyblade pihak lawan, my beyblade akan percikkan api. Cool gila! Saya sayang betul dengan beyblade tu, dulu ada nama saya bagi kat beyblade tu tapi dah lupa. Waa, rindu~

10. Yoyo

Yoyo pun diadaptasi daripada anime gak, tak pun anime tu, Super Yoyo diadaptasi daripada yoyo. (?) Err, tak sure mana satu. Anime tu pun selalu juga tengok dulu2. Haha. Emm, kalau main yoyo ori best sikit daripada main yoyo yang murah tu. Sebab yoyo ori ni kalau main dapat rasa grip dia mantap sikit. Alaa, tapi biasalah, kalau dah takde duit sangat, yoyo kat kedai runcit pun tibai je, sebab nak main sangat~ Teringat dulu paksu ada bawa balik yoyo, cool gila yoyo tu, ada lampu. LOL.

Ok, sampai sini dulu la kot. Esok2, saya sambung. 

post signature
p/s: Kesian budak2 zaman sekarang~ 

8 comments:

  1. Semua pernah main kecuali yang first!

    Wah, rindulah!

    Especially Kereta Mini 4wd (Tamiya itu jenama dialah. Kan ada Tamiya, Auldey, Gokey)

    Beyblade, Crush Gear ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa, tipu la yang first tu time pernah main~ kakak anta mesti ada main kan? takkan tak curi2 main kot. hehe.

      owhh laa, ingatkan nama kereta tu memang kereta tamiya. =.=''

      beyblade best!!! :DD

      Delete
  2. OMG serious mengimbau kenangan!

    Aku pun main semua benda kat atas ni! Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn. sangat! kehidupan kanak2 kita sangat warna warni~ haha.

      Delete
  3. Wahahahaha!! Pemadam bendera!! Dah 10 tahun lebih tak tengok kot. Nostalgia sungguh~

    Gambau kereta tamiya tu sebijik sebijon dengan kepunyaan abang saya dolu! Haha XD

    Zaman kekanak (sekolah rendah) saya dolu lebih lama dok dekat Jepun, masa darjah 4 (dah akhir tahun dah) baru balik Malaysia, jadi kurang sama kot dengan yang Ira punya XD... Tapi semua tu recognize lah~ Selalu tengok owang lain dok main~ Cuma nak main sendiri tak berapa reti (termasuk lawan pemadam), almaklum tak berapa pure Malaysian lah katakan...... #oops (poyo je nih ye XD).

    Dan ada sesetengah yang atas ni (like Bayblade, tamagochi) tu mula boom lepas 'zaman saya', jadi saya sempat tengok adik saya je lah yang main XD. Hekhek.

    E'eh baru pasan. Yoyo tu pon sebijik kot dengan yang adik saya punyaa~ (Bila saya kata "e'eeeh, sama~" gini, biasanya ada sowang kawan saya dulu tu, beliau akan balas, "Kilang bukan buat satu" gitu. LOL)

    ReplyDelete
    Replies
    1. entri ni penuh dengan nostalgia. cewahh. hahah. mestilah yoyo and tamiya tu sebijik sama, sebab kilang bukan buat satu. haha. ;p

      wahhh, kenapa Apis duk jepun eh? mesti hebat kecek bahasa Jepun ni. aha.

      alaa, lawan pemadam tu setakat tekan2 kat bucu pemadam tu so that pemadam tu bergolek kat depan. alaa, senang je. pure Malaysian la katakan. hahah.

      owhh, memang lah. sebab game ni kan zaman saya. xD so kiranya adik Apis lebih kurang sebaya saya la kan? agak2 zaman Apis dulu main apa eh? :O

      Delete
    2. Ahha. Adik saya yang mabuk tamagochi dulu tu, sekarang umur 23 sorang dan lagi sorang 20. Dan yang mabuk yoyo tu 17 sekarang. XD

      Zaman saya dulu skipping pon pernah jadi boom jugak kot kejap. Lagi........... Urmm........ Lagi apa ek... Tak berapa ingat dah XD

      Lawan pemadam tu, praktis tidak semudah teori kott??? Ehek *Masih paranoid, LOL*

      Oh dok Jepun dulu tu, sebab ayahanda dok buat Master + PhD dekat sana je. Hekhek. Speaking japanese memang macam native speaker, tapi reti guna bahasa seharian je; bahasa akademik hancus sebab sempat dok sampai darjah 4 je. Aha XD

      Delete
    3. owhh, hahaa. ada gak sorang sebaya dengan saya. xD

      skipping? dah lama tak main~ :3

      perghhh, bestnyaa. speaking macam native speaker kot. woahhh. eee, kalau besar nanti, saya ada duit banyak, teringin nak gi jepun juga. haha. tak sabar~

      Delete

jangan lupa komen~ ^^