Friday, June 7, 2013

OF LOVE AND CONFUSION

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh~ 

Emm, sedang asyik menonton The Hobbit, tetiba a friend of mine tegur and cerita pasal problem dia. And that problem is about love. Entah. Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu bab2 cinta ni. Err macam geli la pula sebut. Tapi tula, maybe i'm a good listener. Hehe. So, saya la jadi 'mangsa'.

Sepanjang duduk kat KMB, boleh nampaklah sesetengah orang yang bercouple dengan cara masing2. Ada yang dituduh overly attached girlfriend, ada yang dah bertunang, ada yang gf dia memaksa sangat, ada yang bf dia yakin long distance relationship, ada yang setia pada yang satu, means bf dia la, haha, and ada juga yang dah falling in love on someone for about two years, masing2 tak nak mengaku! Saya sendiri dah tak tahu nak tafsir macam mana.

Selalunya bila bercouple, from my observation la, si perempuan akan jadi soft-hearted, sensitive, mudah menangis, nakkan perhatian and sometimes diorang punya sikap pun dah jadi lain. Untuk side lelaki, tak tahu la macam mana. Kadang2 disebabkan benda kecil pun boleh bergaduh even tak text sehari pun boleh jadi issue, and the worst part is kalau reply text lambat pun boleh jadi issue besar. Aiyaa.

Sebenarnya saya sendiri tak faham motif entry ni. =.='' Tapi tetap nak teruskan menaip~


I'm just me. Nothing extraordinary, or special.
Bila tengok, dengar, timbul rasa simpati. And again tak tahu nak describe macam mana. =.='' Emm, yela, bagi saya perasaan untuk sayang dan disayangi tu fitrah. Semua manusia dekat alam ni mesti ada perasaan tu and of course i'm one of them. Kadang2, lack of love from parents and family pun boleh jadi reason kenapa benda ni berlaku. And now, bf/gf dialah tempat mengadu kasih dan share masalah.

Tapi saya punya prinsip yang sendiri pasal love. For me la kan, tak perlu pun couple sebenarnya di mana akhirnya akan menjerumuskan diri kita ke arah penzinaan. Pernah dengar kata2 Hassan al-Banna, dimana beliau berkata "kalau kamu bercouple 20tahun sekalipun, kamu tak akan kenal dia. Yang kamu kenal hanyalah lakonannya."

For sure ke pasangan awak sekarang ni betul2 jujur dengan awak? 

Because sekarang ni susah nak cari manusia yang betul2 jujur. Memanglah wujud je golongan2 ni tapi mungkin satu dalam seratus. Sekarang ni banyak kes2 penipuan dan beware! Jangan mudah percaya dengan sesiapa pun. Orang tu baik sikit, ahhh dah mula dah. Padahal kenal tak sampai satu jam.

Ingat, Allah sentiasa ada. Allah sentiasa ada. Saya selalu remind to myself about this. Apa2 je masalah, share lah dengan Allah. Sesusah mana pun kita nak describe masalah kita tu, sebenarnya Allah faham je apa yang kita rasa waktu tu.

You may have someone in your mind, someone in your heart, someone in your dreams, someone in your life, but remember Allah is there when you have no one!
"O Prophet! Allah is sufficient for you and for the believers who follow you."
                                                                                             [Qur'an 8:64]
Ada hari tu kak Fatimah Syarha yang sangat cantik, lemah lembut and Dr Farhan Hadi datang KMB bagi ceramah pasal Bila Baju Melayu bertemu Baju Kurung. Ya Allah, bila tengok kak Fatimah Syarha, sejuk je mata memandang. Then sempat tangkap gambar and ambil autograph kak Ha. Sukanya time tu. :D

Beliau ada cakap, cara kita nak isi kekosongan dalam hati kita adalah dengan menghadiri majlis ilmu, halaqah, usrah dan isikan jiwa dengan pengisian seperti zikrullah, solat, puasa dsb.

Nak buang perasaan tu memang susah tapi kita ada kuasa untuk kawal perasaan tu. :)


Dan saya suka ayat ni:

Jika cinta dalam diammu itu tak memiliki kesempatan berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam. Kerana Allah punya rencana terbaik untukmu. Jika dia bukan milikmu, maka Allah akan menghapus cinta diammu itu dengan memberi rasa yang lebih indah dengan orang yang lebih tepat. Jadi, biarkan cinta diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu dan menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu, kerana hati kita Allah yang jaga.


And perasaan cinta tu bukan wujud antara manusia dan manusia je. Tapi perasaan cinta tu meluas samaada antara manusia dan haiwan, manusia dan Pencipta tak lupa juga manusia dan ilmu. Perasaan cinta tu sendiri suatu perasaan yang suci.


Saya yakin, perempuan gedik2 macam mana pun, akhirnya dia sendiri nak lelaki yang mampu pimpin dia. So, kalau hari2 kita berdoa nakkan pasangan yang baik, soleh/solehah, yang boleh pimpin kita, yang boleh jadi imam kita, bla3, why not kita sendiri yang berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Susah tu ye, tapi ingat to win without risk is to triumph without glory. Setiap benda ada cabarannya, even nak makan pun kena guna duit. Jadi mulakan perubahan tu daripada sekecil2 benda dan istiqamah. ^^

Dan memetik kata2 kak Fatimah Syarha:
Siapa kata tak couple maka tak kenal? Kami dulu tak bercouple tapi kami saling kenal. Kami tidak berjumpa tapi kami mempunyai biodata masing2 daripada nama, belajar kat mana sampailah ke visi dan misi masing2.
Sweet kan diorang? Best juga kalau ada orang sanggup buat macam ni kat saya. LOL. Mulalah nak berangan. ;p

p/s: Kadang2 pelik gak, perasaan yang sebegitu complex ni lah ramai orang nak and sanggup bunuh diri sebab kecewa dalam percintaan. Nauzubillah min zalik. 

2nd p/s: Has no idea what the future hold, so sentiasalah doakan yang terbaik. Anything can happen and people will change~
post signature

2 comments:

  1. Aikkk, cakap pasal cinta nampak?? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh, bila masa entry ni ada? kena hijack kot. hekhek. ;p

      anyway, ni raudah mana ni? pemilik blog redchaeri tu ke? hee. ke orang lain? =,=

      Delete

jangan lupa komen~ ^^