Monday, July 1, 2013

1 JULAI 2013

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh~ :D

As you get older, you will meet many types of people with different backgrounds or some of them are in the same shoes as yours~


Then, sometimes, you feel that this world is way too small. But, somehow you still feel that this world is too big for you as in there are so many places that you never set foot yet.

Then, you demand a true happiness in your life. But, you even did not realize the true meaning of happiness itself. You really want a happy family. but you are not working for it~ Pfffft.

As time goes by, you learn the true meaning of friendship. You even know which one are the fake friends that you have and this create awareness in you to build trust on them~

Then, you learn the meaning of love. That is our fitrah to be loved and love someone. But, sometimes the love itself can betray you. That's why the greatest love story is between you and our Creator, Allah.

Then, sometimes, you become so paranoid to face your own future. Because you have no idea what it would be~ You even confused whether it is the best for you or not. Should you make people happy, or see yourself happy?

All these things make you become more mature + confuse, heh =,=, and understand how should you live your life~ ^^

------------------------------------------------------------------

Hari ni dah bermulanya bulan Julai. Pejam celik pejam celik, dah sebulan lebih dah habis belajar kat KMB. Dan semestinya perasaan rindu kat tempat saya belajar dulu berputik. Cehh. =,=

Dulu bukan main nak cepat habis belajar, nak duduk rumah, enjoy puas2, bangun tidur ikut suka je, tak payah fikir esok ada kelas, tak payah fikir nak iron baju apa, tak payah fikir pasal apa2 presentation kena buat, tak payah fikir nak kena reka speech untuk buat presentation maths kat depan kelas or kena marah dengan any cikgu. 

Eh tak la, still amusing apa. Boleh tengok anime for almost everyday~ Hee.
Bila dah betul2 cuti, hampeh. Dah masuk sebulan cuti, lagilah, banyak betul benda lagho menyelimuti diri. 

Ni lah manusia, dah dapat apa yang dia nak tak pandai nak bersyukur. Bila dah hilang semua nikmat ni, barulah terhegeh2 nak semula. 

Emm, tulah, takut juga lepas ni kalau diberi peluang untuk sambung belajar 5 TAHUN dalam bidang perubatan, insyaAllah kalau ada rezeki, dah tak boleh main2 dah. So, paling takpun gunalah cuti ni sebaik2 yang mungkin. Bacalah apa yang patut dibaca, buatlah any preparations yang dirasakan berguna untuk diri, pastikan physical, mental, spiritual and emotion betul2 dah bersedia. This gonna be a really tough work for us soon~!

Dan ada something yang saya buat dekat KMB and saya tak nak ulanginya semula bila dah sambung belajar nanti. Pengalaman tu sendiri mendewasakan kita. Mengajar kita erti sebenar kehidupan dan cara untuk terus hidup. Hidup ini sendiri merupakan suatu perjuangan. Setiap tindakan pasti akan ada kesan, setiap kebaikan pasti ada kejahatan, setiap kemenangan pasti ada kekalahan~

Tapi ingat di sebalik kegelapan, pasti akan ada cahaya yang menanti di penghujungnya. ^^

Jadi, diri kita sendiri yang kena bijak untuk susun strategi dan plan. Teringat saya dekat chapter survival of the fittest. Natural selection will select the best organisms that can fit in with the environment in order for them to keep survive. Kalau kita boleh adapt and ubah suai diri kita dengan suasana sekeliling, insyaAllah, kita still boleh survive.


MIX BUT DON'T BLEND
Ayat ni akak2 senior KMB pernah sebut. Dan sampai sekarang saya still berpegang dengan prinsip tu.

Dan paling penting, kena bijak cari kawan. Seriously! Kadang2 tertanya2 juga, "aku ni salah pilih kawan ke?" Tapi kena ingat, menunding jari dekat orang lain dan meletakkan kesalahan kita ke atas mereka takkan menjadikan diri kita lebih baik. So, apa2 pun semua ni salah saya daripada awal lagi. Huh. Entahlah, saya sendiri percaya tiada kebetulan dalam hidup ni. 

Saya still ingat lagi, bukan seorang dua tanya dekat saya, "eh, macam mana awak boleh masuk dengan diorang?"

Haha. Lawak juga lah sebenarnya. Saya sendiri pun takde jawapan yang kukuh nak bagi. Tapi my another friend pernah cakap, "Allah letak Lani bersama diorang mesti ada sebab. Cuba kalau takde Lani, what will gonna happen?"

For sure ramai orang tak faham saya tengah merepek apa kat atas ni. Huahuahua. Takpelah, lupakan jela~

But frankly speaking, i love them very much. Merekalah sahabat saya, merekalah yang sentiasa berikan saya semangat, merekalah yang sentiasa bersama2 berjuang sepanjang dua tahun di KMB, merekalah yang sentiasa menceriakan hidup saya, merekalah yang banyak membuka mata saya untuk lihat dunia ni and the truth is, sangat menakutkan. =.=''

Sebenarnya banyak je perkara yang terjadi sepanjang dua tahun dekat KMB. Saya join usrah, daurah, kulsem, bulatan gembira, jadi naqibah, jadi akak iftar, bagi tazkirah kat orang dsb. Inilah kemanisan duduk dekat KMB, dimana banyak mengingatkan diri kita kepada yang Maha Pencipta.

Mungkinlah, saya amat percaya yang saya belum cukup bagus untuk semua ni. Tapi insyaAllah, peluang untuk perbaiki diri sentiasa ada. ^^

Dan semalam my geng dekat sekolah menengah ada buat reunion. Ya Allah, lama betul tak jumpa. Nak nak lagi dua orang daripada kawan saya dah masuk MRSM masa form 4 dan ada lagi sorang kena belajar dekat Kelantan. Bayangkan dah berapa tahun tak bersua. T_T 

Alhamdulillah, semalam diorang free, and kawan saya daripada Johor pula ada jaulah dekat KL, so dapat la jumpa. Cuma, one of my friends ada yang tak dapat ikut sebab ada hal. Uhuk.

And you know what, semua orang dah nampak matang. Hoho. Tak sangka. =,= Cuma perangai budak2 tu for sure la ada lagi. ;p

------------------------------------------------------------------

Ok, enough for this. Ehem, sebenarnyakan lagi 5 HARI result nak keluar. Waaa, takut~!!!! Setiap hari dok fikir pasal result. Sebelum tidur asyik terbayang, bangun tidur tu pun perkara pertama yang terlintas, tengah update blog ni pun asyik runsing je pasal result, tengah makan pun sama. Ala2 orang tengah bercinta gitu. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena, asyik teringat je pada si dia~ Heh. =.=''

Result lepas ni dah lah penentu saya akan kemana lepas ni. Siapa tak runsing wehh. Rasa macam dah buat yang terbaik, tapi macam2 benda boleh terjadi. Yela, macam hari tu masa nak ambil ujian berkomputer untuk lesen L, bagai nak rak study buku warna kuning tu. Semua 500 soalan dah jawab. But still, markah yang dapat hanyalah 42. Haha. Itupun nasib baik lulus. Bila tengok result terpampang dekat monitor komputer tu, ya Allah terus tergelak tak ingat dunia. Nasib baik cepat2 sedar bahawasanya saya berada dalam 'exam hall' ketika itu. Cewahh.

Alhamdulillah, lulus~ ^^ Itu pun dah menggembirakan hati saya. Wohoo~

Itu baru lesen L, kalau tak lulus boleh repeat balik, just kena bayar sikit la. Tapi ni result IB~


Apa2 pun, dah usaha dan sekarang tinggal doa dan tawakkal. Sekarang ni kena perbanyakkan berdoa, solat hajat, dan tawakkal! Harap2lah saya redha dengan keputusan tu nanti. Entahlah, cakap senang la~ Waa, seriously, saya takut sangat. T___T

Ini dah bukan macam SPM dulu. Time trial pun result tu dah mencerminkan result SPM yang saya bakal dapat. Bukan nak mendabik dada, tapi keyakinan tu dah ada. Tapi bila dekat KMB, saya dah tak nampak rentak saya. Time mock exam pun masih banyak benda saya tak tahu! Dah lah time mock exam tu saya kena denggi. Malam2 memang tak boleh fokus belajar, sebab menggigil and sakit sendi semua. Gusi berdarah, cirit birit, mata berair, nak jalan pun lambat je. 

Bila jawab exam dekat tempat yang ber'air-cond', mak aii, lagilah. Banyak betul air mineral saya minum. Time tu saya betul2 ingat saya demam biasa. Makan je padanol. Nak pergi klinik takde masa. Exam sampai petang, malam kena study. Tak bagi tahu kat warden pun. Maybe ni pun perangai saya sendiri, malas nak susahkan orang lain. 

So, lepas habis mock exam tu, saya ingat lagi hari Sabtu ada majlis restu ilmu. Nasib baik abah tak kerja dan sanggup datang. Gembiranya saya hari tu. Saya terbaring je dekat peha kawan saya time tu, dah betul2 tak larat. Mata asyik berair je. Saya gagahkan diri untuk habiskan majlis tu before jumpa dengan abah. Bila dah jumpa, abah terkejut tengok saya. Saya kata nak pergi klinik. And you know what, doktor kat klinik tu cakap saya kena demam biasa je. Nah! Betullah jangkaan saya, saya kena demam biasa je. 

Tak lama kemudian, demam still tak kebah. Bintik2 merah mula timbul. Kawan2 semua risau and suruh pergi check darah. Nak tak nak, saya pergi klinik, dibawa oleh van KMB. Bila dah dapat result darah tu, betullah saya positive denggi. Platelet saya tersangatlah sikit. Sejak hari tu saya dah tak datang IRP session kat kolej. Saya ambil MC for the first time ever!!! Time sekolah dulu, kalau saya demam, saya tetap nak pergi sekolah. Lantaklah jadi apa pun~ Bila doktor tu tahu itu merupakan kali pertama saya ambil MC, doktor tu terkejut gila. Haha.

Akhirnya, untuk seminggu saya tak datang IRP session. Sedih pun ada sebab time IRP session tu la saya nak latih diri buat latihan banyak2, buat soalan banyak2, tanya cikgu banyak2, tahu apa yang saya tak tahu. Aiyaa, tak sangka pula jadi macam ni.

Tapi, alhamdulillah, time exam final sebenar saya dalam keadaan yang sihat walafiat. Bersyukur sangat2~! 

Then sekarang, tengah nak tunggu result. Cepat je kan masa berlalu. Saya sendiri kadang2 kagum dengan diri saya sendiri sebab berjaya tamatkan IB di KMB. Berjaya menyiapkan berpuluh2 lab reports untuk Biology and Chemistry, dapat siapkan kerja kursus Agama, buat folio Warisan, dapat siapkan EE sebanyak 4000 words tu, dapat kumpul CAS hours sebanyak mungkin, dapat siapkan semua presentations yang cikgu kasi, dapat siapkan Malay punya word literature, English pun sama. Bayangkan, setiap seorang kena buat satu tajuk yang berbeze daripada semua orang. Punyalah payah kena fikir something yang unique form the others. 

Pastu, kena siapkan dua portfolio maths. Dah lah guna komputer, buat Maths kot! Dan jujur, ada je benda yang saya tak faham saya main tulis je.  LOL. Berjaya siapakan internal assessment(IA) Bussiness. Dah lah pernah satu hari tu laptop rosak. Habis IA Business tu hilang and kena buat balik. Dan, berjaya menghabiskan ToK essay yang boleh buat kepala pecah tu dan juga berjaya lulus dalam ToK presentation yang kena repeat banyak kali under Ms Loh. Jangan pandang sebelah mata cikgu tu. Perfection is a must for her~

Dan banyak lagi~ Phewwww~

Fuhh, kadang2 bukan kita tak berusaha~ Sebaliknya kita dah buat yang terbaik dan yang termampu. Tapi, ingat, Allah is the best planner. So, yakin Allah akan berikan yang terbaik buat kita. Yakin dan terus yakin. 

Allah will give what you need, not what you want. ^^ 

Sob sob... Doakan saya ye~~~~!!!! Jazakumullah~ 

Ilal liqa'~

p/s: Eh eh, nak dekat bulan Ramadhan la. Sugoi~!!! xD

2nd p/s:


Klik pic ni untuk tumbesaran~
post signature

2 comments:

  1. 2nd p/s tuu.. kite pun malam tadi ade login. cuak gile.. hahaha

    ReplyDelete
  2. hahah. cuak gile kaaannnn. arghhh~ nasib baik tak hilang password tu. =,=

    ReplyDelete

jangan lupa komen~ ^^