بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh~
Disaat manusia bergembira dengan placement mereka, terdapat sebilangan manusia yang turut bersedih, setia menanti placement mereka. Dimanakah Allah akan meletak kami2 semua student KMB ni? Biarlah masa yang menentukan. Cehh, bajet aku takde placement pula. Apa2pun, saya doakan yang terbaik buat batch UNIVIC 1113 (Unity is Victory). InsyaAllah, satu hari nanti penantian yang menyeksakan ni akan berakhir, dan korang pun dah boleh further study dekat tempat masing2. ^^
Macam biasa bila takde kerja nak buat, saya pi belek2 tengok entri lama2 dulu. Tetibe terbaca satu entri ni, klik sini!
Haha, macam lawak je, angan2 time muda2 dulu. Heh. Entri tu pun masa tahun 2010, empat tahun yang lalu. Rasa macam dah lama sangat2. Kawan yang saya sebut dalam tu, Nik Sakinah pun dah ambil course yang berbeza, yang sangat2 jauh daripada bidang medik, LAWYER. :)
Pastu dulu, masa mula2 ada FB, letak hometown konon tinggal kat Ireland, belajar pula dekat National University of Ireland, Galway (NUIG). Sampaikan ada beberapa orang tegur dekat IM, eh, tengah belajar kat Ireland ke? =,= Padahal time tu SPM pun tak lepas lagi.
Dulu2, selalu follow segmen Salam Perantauan time nak dekat2 raya. Pagi2 abah beli surat khabar, terus buka segmen tu, dah tak hirau news yang lain2. Bacalah depa punya ucapan satu persatu, setiap gambar walaupun ucapan tu tak ditujukan pun kat saya. Then, baca nama tempat depa belajar, ucapan terima kasih bla3. Time tu perasaan nak pi overseas lagi la membuak2 ibarat lava yang keluar daripada gunung berapi gitu.
Pastu dulu2, selalu baca blog2 akak2 dan abang2 yang dah fly. Seperti biasa, ada yang menggalakkan, dan ada pula yang membantah. Ikut orang jugalah sebenarnya.
Sebenarnya, saya jela yang terhegeh2 pi cari semua tu. Sekolah dulu mana pernah sebut tentang fly, kat rumah ni lagi la, siapa je yang tahu pasal nak pi overseas semua tu, lagi2 saya anak sulung, takde siapa pun nak refer. So, pandai2 sendiri cari kat internet, google2 sendiri, pastu feeling motivated nak fly. LOL.
Time minta MARA tu pun nasib baik terbaca kat mana entah, bincang2 dengan abah, then dapat approval, pastu tadaaa, dah jadi student under MARA dah pun sekarang. :D Jimat duit parents~
Lagipun saya sedar, berlatar belakangkan keluarga yang sangat sederhana, angan2 nak pergi overseas tu pandai2 la kena usaha sendiri. Mana mampu weh nak pergi sendiri. Nak jalan2 dalam Malaysia ni pun kadang2 abah fikir sepuluh sebelas kali. Nak beli TV plasma pun tak terdaya, apatah lagi tablet2, phone touch screen, iPod, iPad dan segala anak cucu cicit yang sewaktu dengannya. Nak beli baju pun setahun sekali je dapat. Kalau nak sangat, usaha sendiri, kumpul duit sendiri. Mak selalu cakap;
"Kalau nak sesuatu tu jangan harapkan orang lain, usaha sendiri! Barulah kita rasa nikmat dapat sesuatu tu."
Ha! Teringat time kat KMB dulu, selalu rasa inferior dengan kebanyakan students kat situ. Bayangkanlah, keluarga kaya, rumah pun perghh besar2, mak ayah kerja alhamdulillah, mantap2, educated pula tu. Dahlah speaking pun hebat, agama pun tip top. MasyaAllah. Malah saya pernah jumpa sebilangan mereka yang dapat hadiah kereta sebab cemerlang dalam SPM. Ya Allah, betapa bersyukurnya jika mimpi tu jadi kenyataan kat saya. Haha.
"Cukuplah abah bagi keperluan2 nak masuk asrama tu hadiah SPM akak." Dapatlah juga merasa ada laptop sendiri walaupun secondhand. ^^
Tapi sekarang, saya patut letak tepi kejap semua
Entahlah, kadang2 rasa dah 110% redha, tapi bila datang time2 macam ni, orang post pasal dapat fly bla2, besties semua dapat fly, insyaAllah~ rasa macam "aik, mana pergi redha aku selama ni?" Mulalah rasa sedih bagai. Aiyaaa. Bila entah nak tetap pendirian pun tak tahu la.
Pastu bila baca post dekat group:
"Kerajaan sebenarnya, waktu nak bina Iskandar Malaysia, time menarik all these international universities, Kerajaan Malaysia da buat perjanjian.. And one of the perjanjian is to allocate students for the universities. Kerajaan Malaysia da janji nak accommodate 50 students every year to all univ, including NUMed. Hence, sebab kita dah ada students yang accept the agree upon entering, u cannot run off or flee from this legal contract. If MARA does not fulfill this deal with NUMed, MARA could be called to court. He also mentioned that before this, ada seorang senior kita da terlepas from this agreement. and because of that, MARA already received a warning from NUMed. So, dalam case ni, jangan lah anggap anda ni semua sebagai pawn dalam percaturan antara MARA dengan NUMed. tapi, anggaplah kerana anda semua, economy Malaysia dapat diselamatkan (since NUMed and other international universities tarik ramai student luar, bla3, bantu economy.)"
So this is it. Interview NUMed pun dah lepas, result IB pun dah lepas, alhamdulillah ^^ unconditional offer letter pun dah dapat, bilik pun dah booked - satu rumah empat orang, siap ada roommate semua budak2 KMB, senang sikit sebab dah rapat, acceptance offer letter pun dah isi, and dah emel dah pun, tunggu jela time 23 sept ni dah boleh daftar masuk. Kalau takde apa2 aral melintang. InsyaAllah~ Tapi banyak je benda yang tak settle lagi sebenarnya. =.=''
Time pergi uskab kat Shah Alam hari tu pun semua akak2 overseas tu bagi semangat. Pastu bual2 sekejap dengan seorang akak ni after solat, "Belajar kat mana2 pun sama je dik. Kadang2 akak lagi prefer nak study kat Malaysia daripada duduk kat Ireland ni, bla3. So, apa2pun, ingat balik niat kita belajar sebab apa, sebab Allah ke sebab glamour ke sebab tempat ke. Allah bukan saja2 je letak awak kat situ."
Allahu. T_T
Dan bila baca post Encik Hatta dekat group, lagilah T_T
Ada student masih belum berhenti @ belum puas mengeluarkan air mata. Berkabung bagai kehilangan segalanya. Ada student yang sentiasa saja berjaya sejak daripada tadika sehingga SPM. Sampai IB, dia collapse.
Tetapi mereka yang telah berkali2 gagal, mengulangi lagi kegagalan, sentiasa terus ceria, menerima hakikat @ takdir dan meneruskan hidupnya dgn gembira spt biasa. Individu spt ini akan menempah kejayaan paling manis jika tiba2 hasil kerjanya meletup (entah bila tapi malam masih panjang), sedangkan orang lain tidak pernah tahu keperitan @ keseronokan beliau menempa kegagalan demi kegagalan semata-mata bagi menyinarkan bintangnya. Anak2ku, kembalilah kepada kesedaran IB/dirimu nan paling tinggi.
Sedang jauh di sana beberapa orang rakanmu berhempas pulas untuk mencapai 37 above semata2 utk ke NUMED Iskandar. Jika air mata mereka gugur seperti kamu, agaknya sudah berbaldi airmata mereka semua sepanjang dua tahun di dalam IB justeru semata2 kertas perjanjian yg ditandatangani saat menjejakkan diri ke KMB. Namun mereka tetap sihat, segar, rakus cita-citanya buat menempah tiket sebuah kerjaya seorang doktor.
Contoh: saudara Syakir, Pres ALUMNI (AKRABS). Malah beliau bekerja keras menghidupkan ALUMNI KMB serta sumbangannya masih berterusan buat Kolej tempat beliau belajar ini. So, please.. Let's face the reality. Bravo brother2 kat NUMED Iskandar... Beberapa tahun lagi pasti kamu akan bercakerawala ke merata dunia tanpa komitmen untuk lulus tetapi untuk menikmati nikmat berbulan madu bagi mengenal/meneroka dunia yang sebiji ini. Salam sayang daripada kami warga KMB.
So, kena kuatkan semangat. Betulkan balik niat. Hidup ni bukan untuk mengeluh, merintih semua benda tak kena. Benda yang berlaku pun kadang2 terjadi disebabkan perangai kita sendiri. Nak berjaya bukannya senang. Tapi cuba fikir balik, apa makna kejayaan untuk diri kita? Adakah kita sudah berjaya bila kita dah fly? Adakah kita dah berjaya bila dah jadi doktor *insert your own dream job*? Adakah kita dah berjaya bila semua yang kita nak, kita dapat? Hidup ni cuma sementara. Cuba fikir2 balik kenapa Allah ciptakan manusia. So, apa kata kita jadikan pencarian nak kutip ilmu ni pun salah satu daripada ibadah kita. :)
"It does not matter where you go and what you study, what matters most is what you share with yourself and the world."
Ilal liqa'~! Dan selamat berpuasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia ni. ^^
------------------------------------------------------------------------------------
THE END
p/s: Jom perbanyakkan ibadah time bulan puasa ni dan jadikan bulan puasa tahun ni adalah lebih baik daripada yang sebelumnya. Mutabaah amal jangan lupa. ;)
2nd p/s: Semoga dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah. ^^
Assalamualaikum~ :)
ReplyDeleteEhehehe. Dah lama tak jenguk blogger ni.
Tahniah, sebab berjaya mengharungi IB, dan alhamdulillah, ke Newcastle (wah) University.
Honestly, I hv my utmost respect utk kawankawan yg akan ke NUMed, sebab walau pun takde nak merasa naik kapal terbang utk first degree, tapi masih tetap sama2 berhempas pulas untuk ke NUMed.
Tabik. Sangat. Seryesly. :)
Mungkin kalau offer kte sama dgn awak, kte mungkin takkan sahut cabaran semacam IB, dan terus lari pergi UIA sambil hentak2 kaki merengek. Ahaha.
Tahniah, sebab awak pass ujian IB dan segala mehnah tok nenek dia, and successfully proven that you're worth getting that place; insya-Allah towards an MBBS, graduating from Newcastle University.
Semoga Allah permudahkan urusan awak lepas ni, insya-Allah.
Much love. :)
waalaikumussalam warahmatullah. ^^
Deleteheheh.
alhamdulillah and segulung tahniah juga untuk awak! berjaya mengahbiskan IB dengan cemerlang gemilang dan terbilang. proud of u sis. ;))
itulah, tak sangka saya akhirnya pi sahut cabaran IB tu. lol. last2 dah tamat dah pun.
insyaAllah. amin, thanks azlyn!
semoga Allah permudahkan urusan awak juga lepas ni. jaga diri elok2 kat negara orang. tqvm. ^^
Hamboih spam gambau~!!! XD
ReplyDeleteJelly tengok gambo ceria ni semua~ Sangat happening okes! Wahaha.
Btw, first time tengok owang guna rice cooker untuk rebus pasta!!! LOLOLOL!!!!
And btw again, Ramadhan kareem Ira~
hehehe. apis tu semua gambar2 lama. cewah. dalam gambar je ceria, luar gambar semua orang stress nak siapkan kerja. hahah.
Deleteowh yang tu. lol. darurat sangat demi sesuap makan. lagi pun time tu kat negara orang, susah betul nak cari makanan halal. last2 masak sendiri, kan senang. heh.
eh, selamat menjalani ibadah puasa jugakk~!!! ;D