Saturday, June 4, 2011

2:216


بسم الله الرحمن الرحيم


Redhalah wahai Alyani Nazirah,
Segala2nya sudah tertulis,
Usah kau pertikaikan lagi,
Tentang keputusan yang engkau perolehi itu.

Percayalah wahai Alyani Nazirah,
Allah itu Maha Besar,
Dia lebih mengetahui tentang segala2nya,
Dia lebih mengerti yang mana TERBAIK buatmu!

Usahlah kau mengeluh wahai Alyani Nazirah,
Bukan pandangan manusia yang engkau cari,
Tetapi pandangan Allah adalah lebih utama,
Redha Allah itulah yang engkau cari!

Berhentilah bersedih wahai Alyani Nazirah,
Tangisan matamu itu tidak akan merubah apa yang telah tertulis,
Kenapa perlu bazirkan air matamu itu?
Sedangkan ujianmu ini hanya sekecil zarah jikalau dibandingkan dengan saudaramu di Palestin!

Tak usahlah engkau berputus asa wahai Alyani Nazirah,
Masa depanmu masih cerah,
Adakah dengan perkataan itu sahaja sudah melunturkan semangatmu?
Oh, tidak sama sekali!

Bangkitlah wahai Alyani Nazirah,
Engkau patut bersyukur atas nikmat kurnianNya,
Engkau patut menghargai apa yang engkau telah perolehi,
Gunakanlah dengan sebaik mungkin.

Berusahalah wahai Alyani Nazirah,
Jadikan itu sebagai batu loncatan buatmu,
Buktikan engkau juga boleh,
Kerana engkau juga salah seorang seperti mereka!

Ingatlah wahai Alyani Nazirah,
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
Padahal ia amat buruk bagimu.


La Tahzan,
Innallaha ma'ana.

                                                                                Yang benar,
post signature
(ALYANI NAZIRAH BT JUNAIDI)






p/s : saya cipta sajak ke ni? err -.-
2nd p/s : pesanan di atas di tujukan KHAS untuk SAYA. Harap maklum~ =)

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^