Monday, June 13, 2011

SIAPA SUKA BABY? ANGKAT TANGAN!

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh!
Semoga saudara / saudari semua dalam keadaan sihat sentiasa dan menjalani kehidupan yang diberkati olehNya. =)


Woahh, sebelum tu saya nak sentuh dulu pasal tajuk saya tu. Maaflah, saya tak dapat fikir tajuk selain daripada di atas tu ^ peace no war >.< HAHA


Pergh, comel sangat. Adess, pantang bila tengok budak comel macam ni. =P


BABY ITU BAYI


Ok, actually saya nak cerita pasal baby. Alaa, dah tajuk pun pasal baby kan. Masa hari Khamis hari tu, if i'm not mistaken la. Aishh, pelupa betullah saya ni sejak dah tak sekolah ni. -.- uhukk~. Saya ada tengok satu cerita dekat 8TV tu, seriously tajuk dia saya tak tahu. Al maklumlah, tv saya tu macam tak jelas sangat, so tajuk cerita yang terpampar dekat penjuru tv tu tak berapa jelas sangat. Faham tak apa yang saya membebel ni? LOL.


Kalau nak faham cuba tengok gambar di bawah.



HAHA, skrin dia lebih kurang macam ni lah. Ala, saya bukannya orang kaya macam kome2 kat luar tu. Pakai tv nipis dan ramping. UHUK~ Tapi, gambar skrin tv saya tak adalah seteruk tu. Just kabur2 sikit je bila buka 8TV. Tak faham juga kenapa bila buka 8TV, tv tu jadi macam tu. Kalau gambar kat atas tu memang dah tak nampak batang hidung orang dah pun.~~~


Back to the topic, cerita tersebut mengisahkan sepasang suami isteri yang berebut penjagaan anak mereka. Si isteri ni, dia nak belajar lagi. So, dia buat keputusan untuk hantar anak yang baru berusia 3-4 bulan tu ke rumah penjagaan kanak2. Walau bagaimanapun, si ayah pula still bertegas nak menjaga anak tersebut. Meskipun dia tidak bekerja dan masih menjadi seorang pelajar.


Sejujurnya, saya tengok cerita ni pun masa pertengahan je. So, tak berapa jelas sangat sama ada ini anak HALAL or HARAM. Tetapi, saya taknak fokus pasal bab tersebut. Kita kan dah sedia maklum yang mengandungkan anak luar nikah ni memang salah di sisi agama. Tepuk dada tanya iman.


Sepanjang cerita ini disiarkan, point yang saya dapat kutip ialah
  1. Kesungguhan si ayah untuk menjaga anak tersebut.
  2. Keharmonian keluarga amat penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan.
  3. Pertahankan hak kita!
  4. Jangan buang bayi di merata2 tempat. T_T
  5. Kalau anda rasakan anda benar, teruskan perjuangan anda.
  6. Berani buat berani tanggung. Eh, point ni betul ke? =P
Kenapa saya keluarkan kenyataan seperti berikut? Sebabnya ialah, dalam cerita tu memang kita akan lihat kesungguhan ayah tersebut untuk membuktikan dia mampu menjaga anak mereka. Walaupun pandangan masyarakat sekeliling tidak sehaluan dengan si ayah tersebut, tetapi dia tetap yakin dengan keputusan dia sendiri untuk membesarkan anak tersebut.

Klimaks cerita ni adalah sewaktu di mahkamah. Perbicaraan berlangsung dengan fokus utama terhadap hak penjagaan anak tersebut. Sama ada perlu di hantar ke rumah kebajikan (point yang dikeluarkan oleh si isteri) ataupun si ayah sendiri yang menjaganya. Setelah puas dengan keterangan kedua2 belah pihak, akhirnya HAKIM pun berpihak dengan si suami dengan harapan dia mampu menjaga anak tersebut dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak tersebut. FYI, mereka suami dan isteri sudah tidak tinggal sebumbung.

Penat tak baca? haha. 

OK, point saya untuk post entry ni adalah untuk dikaitkan dengan perkara atau situasi yang sedang berlaku dewasa ini. Cuba bayangkan, dah berapa jumlah bayi dibuang di merata2 sama ada di tong sampah, di baling dari tingkat lima, di biarkan bayi tersebut digongong anjing dsb. Bagi saya isu ini tidak pernah lapuk selagi masalah sosial masih berlaku dalam kalangan remaja. Alaa, bukan remaja je, bapak remaja, ibu remaja pun ada juga kan3? hhe.

Kedua2 contoh yang saya nyatakan di atas adalah untuk membuat anda berfikir. Kenapa perlu buang bayi disaat ada orang yang sudi menjaga mereka? Berbalik kepada si ayah dalam kes pertama, *ececeh dia lebih rela untuk membela dan menjaga anak dia sendiri daripada dibiarkan orang lain yang menjaganya. Sifat kasih sayang yang dicurahkan kepada bayi tersebut menunjukkan betapa dia begitu menghargai zuriatnya. 

Walau bagaimanapun, saya agak pelik dan kehairanan, kenapa ada dalam masyarakat kita yang tegar membuang anak2 mereka? Tidak wujudkah setitik rasa sayang dan kasihan kepada bayi yang tidak ada dosa itu? Walaupun anak2 tersebut bukan ber'status' seperti KITA, salahkah mereka juga diberi peluang untuk hidup? Mungkin suatu hari nanti anak tersebut lebih berjaya daripada KITA. who knows~ 

Saya hanya mencoret pandangan saya agar kita sama2 boleh berfikir kembali. Saya tahu isi saya ni pun tak begitu kukuh. HUAHUAHUA~ Btw, saya harap sangat2 gejala buang bayi tidak lagi berlaku. Kesian dekat mereka tu. Dahlah comel, cute, putih gebu, tak ada dosa. Adess, kalau nak dibandingkan dengan kita ni, aishh~ Anyway, saya memang sukakan baby, sebab tu la saya agak 'menggaru kepala' kenapa bayi2 ini sanggup di buang. Paling tak pun, kalau dah terlan**r tu, dan taknak jaga bayi tu, tolonglah letak bayi tu dekat tempat yang 'lebih' selamat. Bukan saya nak promote buat benda ni. Yela, daripada dibiarkan nyawa mereka ditarik dalam sedemikian rupa, apa salahnya bagi mereka peluang untuk hidup meskipun 'dibela' oleh keluarga lain. Wallahualam~

ANDA SUKA YANG INI



ATAU YANG INI?










p/s : rindu lah dekat budak kat tempat saya kerja hari tu. =')

post signature

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^