Sunday, February 13, 2011

SEJARAH HIDUP HASAN AL-BANNA

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum semua!

12 Februari 1949 merupakan tarikh pemergian as-syahid Imam Hasan al-Banna. Jadi, atas kesempatan itu, hari ni saya nak postkan serba sedikit mengenai sejarah hidup beliau. Jika d
iteliti sejarah hidup beliau, pelbagai cabaran yang telah ditempuhi oleh beliau. Subhanallah. Beliau tamatkan riwayat hidup beliau dengan satu peluru menembusi dada beliau. Syahidnya beliau di ratapi oleh pelbagai pejuang Islam.

Artikel ni saya jumpa masa tengah google2 tadi. Bahasanya dalam bahasa Indon, gee~ Memandangkan saya ada banyak masa terbuang, HEE. Jadi, saja2 jela tukar kepada bahasa Melayu. Yuk kita baca! =P

Hasan Al Banna dilahirkan di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir tahun 1906 M. Ayahnya, Syeikh Ahmad al-Banna adalah seorang ulama fiqh dan hadis. Sejak masa kecilnya, Hasan al Banna sudah menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan otaknya. Pada usia 12 tahun, atas anugerah Allah, Hasan kecil telah menghafal separuh isi Al-Qur'an. Sang ayah terus menerus memotivasi Hasan agar melengkapi hafalannya. Siang hari dipergunakannya untuk belajar di sekolah. 


Kemudian beliau belajar membuat dan memperbaiki jam dengan or
ang tuanya hingga petang. Waktu petang hingga menjelang tidur digunakannya untuk mengulangkaji pelajaran sekolah. Sementara membaca dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur'an beliau lakukan selesai solat Subuh. Maka tak menghairankan apabila Hasan al Banna mencetak pelbagai prestasi gemilang di kemudian hari. Pada usia 14 tahun Hasan al Banna telah menghafal seluruh Al-Quran. Hasan Al Banna lulus dari sekolahnya dengan predikat terbaik di sekolahnya dan nombor lima terbaik di seluruh Mesir. Pada usia 16 tahun, beliau telah menjadi mahasiswa di perguruan tinggi Darul Ulum.

Demikianlah sederet prestasi Hasan semasa kecil. Selain prestasinya di bidang akademik, baliau juga memiliki bakat 'leadership' yang cemerlang. Semenjak masa mudanya Hasan Al-Banna se
lalu terpilih untuk menjadi ketua organisasi siswa di sekolahnya. Bahkan pada waktu masih berada di jenjang pendidikan i'dadiyah (semacam SMP), beliau telah mampu menyelesaikan masalah secara dewasa, kisahnya begini:

Suatu siang, usai belajar di sekolah, sejumlah besar siswa berjalan melewati mushalla (surau) kampung. Hasan berada di antara mereka. Tatkala mereka berada di samping mushalla, maka azan pun berkumandang. Saat itu, murid-murid segera menyerbu kolam air tempat berwudhu'. Namun tiba-tiba saja datang sang imam dan mengusir murid-murid madrasah yang dianggap masih kanak-kanak itu. Rupanya, ia khawatir kalau-kalau mereka menghabiskan jatah air wudhu. Sebahagian besar murid-murid itu berlarian menyingkir kerana bentakan sang imam, sementara sebahagian kecil bertahan di tempatnya. Mengalami peristiwa tersebut, al Banna lalu mengambil secarik kertas dan menulis uraian kalim
at yang ditutup dengan satu ayat Al Qur'an, "Dan janganlah kamu mengusir orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan di petang hari, sedang mereka menghendaki keredhaan-Nya."(Q. S. Al-An'aam: 52).

Kertas itu dengan penuh hormat ia berikan kepada Syeikh Muhammad Sa'id, imam mushalla yang mengherdik kawan-kawannya. Membaca surat Hasan al Banna hati sang imam tersentuh, hingga pada hari selanjutnya sikapnya berubah terhadap "rombongan anak-anak kecil" tersebut. Sementara para murid pun sepakat untuk mengisi kembali kolam tempat wudhu setiap mereka selesai solat di mushalla. Bahkan para murid itu berinisiatif untuk mengumpulkan dana untuk membeli tikar mushalla!

Pada usia 21 tahun, beliau menamatkan pembelajarannya di Darul 'Ulum dan ditunjuk menjadi guru di Isma'iliyah. Hasan Al Banna sangat prihatin dengan kelakuan Inggris yang memperbudak bangsanya. Masa itu adalah sebuah masa di mana umat Islam sedang mengalami kegoncangan hebat. Kekhalifahan Uthmaniyah (di Turki), sebagai pengayom umat Islam di seluruh dunia mengalami k
eruntuhan. Umat Islam mengalami kebingungan. Sementara kaum penjajah mempermainkan dunia Islam dengan seenaknya. Bahkan di Turki sendiri, Kemal Attaturk memhina ajaran Islam di negaranya. Puluhan ulama Turki dimasukkan ke penjara. Demikianlah keadaan dunia Islam ketika al Banna berusia muda. Satu di antara penyebab kemunduran umat Islam adalah bahawa umat ini jahil (bodoh) terhadap ajaran Islam.

Maka mulailah Hasan al Banna dengan dakwahnya. Dakwah mengajak manusia kepada Allah, mengajak manusia untuk membanteras kejahiliyahan (kebodohan). Dakwah beliau dimul
ai dengan beberapa muridnya. Kemudian beliau berdakwah di kedai-kedai kopi. Hal ini beliau lakukan teratur dua minggu sekali. Beliau dengan perkumpulan yang didirikannya "Al-Ikhwanul Muslimun," bekerja keras siang malam menulis pidato, mengadakan pembinaan, mengadakan pertemuan, dll. Dakwahnya mendapat sambutan luas dalam kalangan umat Islam Mesir. Tercatat kaum muslimin mulai dari golongan buruh/petani, usahawan, ilmuwan, ulama, doktor mendukung dakwah beliau.

Pada masa peperangan antara Arab dan Yahudi (sekitar tahun 45-an), beliau menggerakkan mujahid-mujahid binaannya. Dari seluruh Pasukan Gabungan Arab, hanya ada satu kelompok yang sangat ditakuti Yahudi, iaitu pasukan sukarela Ikhwan. Mujahidin sukarela itu terus bergerak maju, sampai akhirnya terjadilah aib besar yang mengoncang pemerintah Mesir. Amerika Syarikat, sahabat kental Yahudi mengancam akan mengebom Mesir jika tidak menarik mujahidin Ikhwanul Muslimin. Maka terjadilah sebuah tragedi yang membuktikan betapa pengecutnya manusia. Ribuan mujahid Mesir ditarik ke belakang, kemu
dian dilucuti. Oleh siapa? Oleh pasukan pemerintah Mesir! Bahkan tidak itu saja, para mujahidin yang ikhlas ini lalu dimasukkan ke penjara-penjara militer. Bahkan beberapa waktu setelah itu Hasan al Banna, selaku pimpinan Ikhwanul Muslimin menemui syahidnya dalam sebuah peristiwa yang dirancang oleh musuh-musuh Allah.

Syahidnya Hasan Al-Banna tidak bererti surutnya dakwah beliau. Sudah menjadi kehendak Allah, bahawa kapan pun dan di mana pun dakwah Islam tidak akan pernah berhenti, meskipun musuh-musuh Islam sekuat tenaga berusaha memadamkannya.

Mereka ingin memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, dan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir benci. (Q. S. Ash-Shaff: 8)

Masa-masa sepeninggal Hasan Al-Banna, adalah masa-masa penuh cubaan unt
uk umat Islam di Mesir. Banyak murid-murid beliau yang diseksa, dimasukkan ke penjara, bahkan dihukum mati, terutama ketika Mesir di perintah oleh Jamal Abdul Naseer, seorang diktator yang condong ke Soviet. Banyak pula murid beliau yang terpaksa berhijrah ke luar negeri, bahkan ke Eropah. Penghijrahan bagi mereka bukanlah suatu yang disesali. Bagi mereka di mana pun adalah bumi Allah, di mana pun adalah dakwah. Demikianlah, seksaan, tekanan, pembunuhan tidak akan memadamkan cahaya Allah. Bahkan semuanya seakan-akan menjadi penyubur dakwah itu sendiri, sehingga dakwah Islam makin tersebar luas.

Di antara karya penerus perjuangan beliau yang terkenal adalah Fi Dzilaalil Qur'an (di bawah lindungan Al-Qur'an) karya Sayyid Quthb. Sebuah kitab tafsir Al-Qur'an yang sangat popular di zaman ini. Ulama-ulama kita pun menjadikannya sebagai rujukan terjemahan Al-Qur'an. Mengenal diri beliau akanlah terasa complete apabila kita mengetahui prinsip dan keyakinan beliau.

Berikut ini adalah prinsip-prinsip yang senantiasa beliau pegang teguh dalam dakwahnya:

Saya meyakini: "Sesungguhnya segala urusan bagi Allah. Nabi Muhammad SAW junjungan kita, penutup para Rasul yang diutus untuk seluruh umat manusia. Sesungguhnya hari pembalasan itu haq (akan datang). Al-Qur’an itu Kitabullah. Islam itu perundang-undangan yang lengkap untuk mengatur kehidupan dunia akhirat."

Saya berjanji: "Akan mengarahkan diri saya sesuai dengan Al-Qur’an dan berpegang teguh dengan sunah suci. Saya akan mempelajari Sirah Nabi dan para sahabat yang mulia."

Saya meyakini: "Sesungguhnya istiqomah, kemuliaan dan ilmu bahagian dari sendi Is
lam."

Saya berjanji: "Akan menjadi orang yang istiqomah yang menunaikan ibadah serta menjauhi segala kemungkaran. Menghiasi diri dengan akhlak-akhlak mulia dan meninggalkan akhlak-akhlak yang buruk. Memilih dan membiasakan diri dengan kebiasaan-kebiasaan islami semampu saya. Mengutamakan kekeluargaan dan kasih sayang dalam berhukum dan di pengadilan. Tidak akan pergi ke pengadilan kecuali jika terpaksa, akan selalu mengumandangkan syiar-syiar islam dan bahasanya. Berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk seluruh lapisan umat ini."

Saya meyakini: "Seorang muslim dituntut untuk bekerja dan mencari nafkah, di dalam hartanya yang diusahakan itu ada haq dan wajib dikeluarkan untuk orang yang memerlukan.

Saya berjanji: "Akan berusaha untuk penghidupan saya dan berhemat untuk masa depan saya. Akan menunaikan zakat harta dan menyisihkan sebahagian dari usaha itu untuk k
egiatan-kegiatan kebajikan. Akan menyokong semua projek ekonomi yang islami, dan bermanfaat serta mengutamakan hasil-hasil produksi dalam negeri dan negara Islam lainnya. Tidak akan melakukan transaksi riba dalam semua urusan dan tidak melibatkan diri dalam kemewahan yang diatas kemampuan saya."

Saya meyakini: "Seorang muslim bertanggungjawab terhadap keluarganya, diantara kewajibannya menjaga kesihatan, aqidah dan akhlak mereka."

Saya berjanji: "Akan bekerja untuk itu dengan segala upaya. Akan menyiarkan ajaran-ajaran islam pada seluruh keluarga saya, dengan pelajaran-pelajaran islami. Tidak akan memasukkan anak-anak saya ke sekolah yang tidak dapat menjaga aqidah dan akhlak mereka. Akan menolak seluruh media massa, buletin-buletin dan buku-buku serta tidak berhubungan dengan perkumpulan-perkumpulan yang tidak berorientasi pada ajaran Islam."

Saya meyakini: "Di antara kewajipan seorang muslim menghidupkan kembali kejayaan
Islam dengan membangkitkan bangsanya dan mengembalikan syariatnya, panji-panji islam harus menjadi pautan umat manusia. Tugas seorang muslim mendidik masyarakat dunia menurut prinsip-prinsip Islam."

Saya berjanji: "Akan bersungguh-sungguh dalam menjalankan risalah ini selama hidupku dan mengorbankan segala yang saya miliki demi terlaksananya misi (risalah) tersebut."

Saya meyakini: "Bahawa kaum muslim adalah umat yang satu, yang diikat dalam satu aqidah islam, bahawa islam yang memerintahkan umatnya untuk berbuat baik (ihsan) kepada seluruh manusia."

Saya berjanji: "Akan mengerahkan segenap upaya untuk menguatkan ikatan persaudaraan antara kaum muslimin dan mengikis perpecahan dan sengketa di antara golongan-golongan
mereka."

Saya meyakini: "Sesungguhnya rahasia kemunduran umat Islam, kerana jauhnya mereka dari "din" (agama) mereka, dan hal yang mendasar dari perbaikan itu adalah kembali kepada pengajaran Islam dan hukum-hukumnya, itu semua mungkin apabila setiap kaum muslimin bekerja untuk itu."


p/s : berikutlah serba sedikit mengenai imam Hasan al-Banna. =D


post signature

2 comments:

  1. assalamualaikum,ana nak mintak izin untuk copy blh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam warahmatullah.

      tafadhol. silakan, ilmu ni bukan untuk ana seorang. ok, semoga bermanfaat. :)

      Delete

jangan lupa komen~ ^^