Monday, August 29, 2011

SYAITAN DAH TERLEPAS!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA~


Alhamdulillah, dapat juga lah saya menulis menaip entri yang kedua untuk bulan ini. Sekurang2nya saya masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi.


Gambar hiasan.
Sebelum tu, cuba tengok tajuk tu dulu, korang mesti dah tahukan yang saya nak cerita pasal berakhirnya bulan Ramadhan. Sobx3. Sedih sangat sebenarnya bila kita terpaksa berpisah dengan bulan Ramadhan. Lepas ni, kita kena hidup dengan bulan2 yang lain pula dan sudah tentu cabarannya lagi banyak dan HEBAT!


Sebenarnya, entri kali ni merupakan muhasabah untuk diri saya sepanjang saya berada di madrasah Ramadhan kali ini atau nak lagi hebat? University of Ramadhan! =)


Emm, sebenarnya Ramadhan kali ini agak berlainan dengan sebelum2nya sebab saya berpuasa, bersahur dan berbuka diKMB yang sudah tentu membawa suasana yang cukup berbeza bagi saya. First time saya dapat berbuka dengan rakan2. 


PERASAAN.
Of course la happy sangat2. Sebab secara tidak langsung, iftar bersama rakan2 ni dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Dan perkara yang tak boleh saya lupakan bila saya dapat iftar dengan kakak2 senior dan makan dalam dulang bersama mereka! Wahh, first time kot! Nampak je makanan dalam dulang tu sikit, macam tak cukup untuk TUJUH orang, tapi bila makan, alhamdulillah, rasa cukup je makanan tu. Sifat berkongsi pun wujud, takdelah gelojoh nak perhabiskan makanan tu sorang2.


Masa berbuka dengan kawan2 muslimat pun best sangat! Tak sangka pula gempak sampai macam tu sekali. Cuma apa yang saya kesalkan, ktorang macam banyak sangat gelak time berbuka kat bilik tu. Tapi tak boleh nak tahan, sebab benda tu kelakar sangat. HUHU. Sorry la kalau korang tak faham apa yang saya tengah merapu ni. hehe =P


Dan yang paling bestnya bila kelas M11K buat iftar. Bersungguh2 betul diorang makan. HAHA. Ktorang berbuka dulu dekat belakang surau, lepas tu solat Maghrib then baru berbuka dengan diorang. Lepas tu, perut dah penuh segala bagai, barulah pergi tarawikh. Tapi sebelum tu, kaum muslimin ada bagi tazkirah pendek.


BAZAR
PESTA MAKANAN KOT! Macam2 jenis makanan terjual. Kata je nak apa, pasti ada. Chewahh! 
Dekat KMB ni, kalau nak pergi bazar Ramadhan, makan masa juga sebenarnya sebab jarak bazar tu dengan KMB jauh gak la. Kena ambil masa 15 minit baru sampai. Kena lalu ladang kelapa sawit la, lalu kat titi lah, then lalu dekat kawasan perkampungan. Baru sampai. Letih gak sebenarnya~ Tapi once dah sampai bazar tu, terus rambang mata. HAHA. Manusia2. Bila fikir2 balik, banyak gak lah saya belanja masa bulan Ramadhan hari tu. HUKHUK. Banyak jenis makanan saya beli, hoho. TAPI, ni bukan untuk saya sorang je, makanan tu tentulah saya kongsi dengan kawan2 saya yang lain. Seronok bila tengok diorang makan makanan yang kita beli. HEE~


Tak lupa juga, kat KMB lah first time saya jaga bazar. Best gak lah. Sebab dapat experience jadi peniaga sekejap. HOHO. Masa kat sana saya berpeluang jaga bazar dekat kedai Sehati Serumpun dan HOPE. Dekat gerai SS tu saya berpeluang menjual tau fu fah, manakala dekat gerai HOPE pula jual burger. Sebenarnya macam2 gak lah perkara yang berlaku, tapi rasanya tak penting pun untuk diceritakan. Ngee~


TARAWIKH
Seperti biasa, alhamdulillah saya dapat menunaikan solat sunat Tarawikh untuk Ramadhan kali ini. Cuma tempat je yang berbeza dan surau tersebut dilengkapi dengan air-cond. Fuu~ 


CUMA~ kadang kala, bila jadi pelajar ni, banyak sangat homework dan kerja2 yang berkaitan dengan akademik. Ada sampai satu hari tu, tak pergi tarawikh sebab banyak sangat hw. HURMM~ Harap2 tahun depan boleh diperbaiki lagi. InsyaAllah~


TAZKIRAH
Dan apa yang membuatkan saya teruja adalah bila habis je 4 rakaat Tarawikh tu, ada tazkirah yang bakal disampaikan oleh budak2 kat KMB tu. Dan yang paling best sekali bila AIMAN AZLAN datang bagi tazkirah dekat surau An-Nur tu. Dia ni lah vlogger Malaysia yang terkenal dekat Youtube tu melalui penyampaiannya yang berunsurkan dakwah khusus untuk para remaja sekarang. Terkejut gak bila ada orang kata dia nak datang. Excited gle kot! xD


CUMA~ kadang2, mengantuk tu tak dapat nak di elakkan. Al, maklumlah, dari pagi sampai petang tak diberi peluang untuk merehatkan mata ni, masa tazkirah tu juga lah mata ni nak terlelap. Tapi, bergantung kepada tazkirah tu jugalah, kalau yang isi dia padat dan mantap, segar je mata ni macam time Aiman Azlan bagi talk hari tu. HEE =P


TADARUS, TADABUR
Lega juga bila dengar ada lagi majlis tadarus macam ni. Cuma kali ni first time masa tadarus tu buat sekali dengan tadabur. Tadabur ni lebih kurang kita cuba untuk tafsirkan ayat2 al-Quran yang telah kita baca tu. So, cara ni dapatlah kita tambah lagi pengetahuan kita tentang ayat yang dibaca. Takdelah kita just baca je tanpa mengetahui makna atau maksud yang cuba Allah sampaikan melalui ayat2 cinta tersebut.


CUMA~ ada waktu saya terpaksa uruskan bazar, so, tak dapatlah nak join. Dan kadang2 tu tertidur sampai petang, so, tak dapatlah nak join juga. HURMM~ Harap2 tahun depan boleh diperbaiki lagi. InsyaAllah~


LAIN2~
Emm, yang lain2 tu biarlah rahsia. Boleh pula macam ni. HEHEH~






HARI KEMENANGAN
Umum sedia maklum, esok, 30 Ogos bersamaan 1 Syawal bersamaan Hari Jadi adik bongsu saya bersamaan juga dengan hari2 yang kita nantikan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sejujurnya, mood raya tahun ni langsung tak ada! HUHU. Kemana menghilang pun saya tak tahu. Cuma yang pasti, saya belum bersedia nak berpisah dengan bulan Ramadhan, rasanya masih banyak lagi amalan yang belum sempurna. Mungkin salah saya juga kerana terlalu sibuk dengan hal2 duniawi, ditambah pula dengan test2 yang dilaksanakan oleh pihak KMB. Kadang2 stay up malam2 sebab nak study, tapi lupa untuk beribadah kepadaNya.


Dan tahun ni, abah pula tak dapat cuti. Raya dekat rumah jela nampaknya~ Ah, rindulah nak balik kampung. T_____T  


AMANAT TERAKHIR
di atas kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat blogger2 di seluruh Malaysia, tak lupa juga kepada rakan2 saya di seluruh Malaysia bajet famous lak dia ni, dan tidak lupa juga kepada anda yang sedang membaca blog saya yang tak seberapa ini! HEHE. Ampun maaf dipinta andai terkasar bahasa atau tersilap bicara. Sekian saja daripada saya. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Taqaballahu minna wa minkum~ =)

p/s : teringinlah nak main bunga api!!!!
2nd p/s : rindulah dekat atuk yang selalu bagi pengumuman raya tu. Tapi dia dah bersara~ Tinggal kenangan jela. HUU~


post signature

2 comments:

  1. hee :p
    saye suke entry ni.

    iftar dengan kawan, makan dalam talam, jaga gerai for bazaar dan banyak lagi, semua ni pun new things for myself :)

    p/s: saye pergi bazaar luar sekali je. jauh la. haha :D

    ReplyDelete
  2. RAWDA, hehe. tak sangka plak awk sanggup baca entri yg panjang berjela ni. hee!

    yup, same goes with me. banyak benda baru, mantapx3 xD

    p/s : yeke? haha, sy dah 3 kali pg. LOL.

    ReplyDelete

jangan lupa komen~ ^^