Tuesday, February 10, 2015

DETIK DETIK TERAKHIR

Assalamualaikum warahmatullah.

This is a quick update. Ngehee.

Detik-detik terakhir lah sangat. *rolling eyes* Pfft.

Actually what I wanted to say is I'm almost done with my assignment! Ohoi. Terimbau kembali masa dekat KMB zaman buat Extended Essay (EE) kalau nak tahu EE tu apa sila gunakan khidmat Inche Google. Tapi untuk assignment ni lagi lebih struggle dia compared to EE. Bila aku fikir-fikir balik, lahai EE tu takde la susah mana pun. Woops. EE tu pun aku buat last minute sebab asyik kena reject je mula-mula, from Bio tukar ke English literature sebab Bio tu sama tajuk ngan orang lain so proposal aku ditolak. Sobs. Then from English literature tukar lagi kepada English linguistic sebab aku tak tahan baca novel yang aku nak kaji tu which is Two on a Tower. Aku sendiri pilih novel tu but then aku sendiri yang give up. Haha. Sebab English yang Thomas Hardy tu guna high level sangat sampai boleh nangis aku baca tu. Dah lah masa limited nak kena hantar and at the same time kena baca novel tu dari kulit ke kulit untuk ulas mana-mana aspect under literary canon. Makk aii, boleh gila time tu.

Ada banyak version cover dia ni haa.
Pastu bila hasrat aku nak tukar Reseach Question last-last minute, apa lagi kena marahlah dengan advisor EE aku sebab cam dah last minute sangat tetibe nak tukar. Huwaa. Aku fikir aku boleh habiskan baca novel tu, but then buku tu mampu teman aku time waktu tidur je and membawa aku melayari mimpi-mimpi berlatar belakangkan zaman Eropah dulu. Buku tu best tapi tulah, bahasa klasik sangat sampai aku penat asyik nak check kamus je. Haha.  

But then Alhamdulillah berbaloilah tukar jadi English linguistic dimana aku kena buat survey lah, pastu buat data lah and at the end dapat result yang memuaskan.Walaupun aku rasa aku merapu je dalam tu. Heh.

And now bila sambung degree ni, takyah cakaplah, lagi advance dia punya assignment. Kalau aku punya ni ikut UK lah, tak tahu la camne uni-uni lain, mungkin lagi mencabar. Dah lah assignment ni campur sekali ngan final mark. Huhu.

STAGE ONE
Masa first year kena buat Family Study dimana each partner akan diberi satu pregnant mom and kena buat report pasal development semua benda alah tu malas lak nak ulas. Aku suka gila time tu especially bila my Family Study pregnant mom melahirkan anak perempuan. Wahhh, aku visit rumah dia sambil bagi hadiah gituu mudah-mudahan dapat jadi seorang mujahid yang berguna untuk ummah. InsyaAllah amin. Dan ada lagi assignment-assignment lain yang boleh tahan kritikal juga lah contoh macam critical appraisal dan banyak lagi. Macam untuk assignment critical appraisal tu sendiri aku rasa mencabar lah sebab kena kritik journal orang lain and at the same time appraise that journal. Fuhh.

STAGE TWO
And untuk this second stage medical student kena buat Patient Study in which you and your partner are given a patient with a chronic disease. So kena buat report on how that chronic disease could give impact on the patient by integrating biological, social and psychological factors on the patient bla bla bla.

And Alhamdulillah tak sabar nak tunggu Jumaat ni untuk submit benda ni and meneruskan perjuangan menyiapakan assignment yang lain pulak *sarcasm intended*.

Cuba bayangkan kalau macam ni lah cycle kita setiap hari, bangun pagi pergi kelas, malam buat assignment and benda ni berulang-ulang until you forgot to live your life as hamba Allah tu sendiri. Bukan ke lagi sedih? Apa je kebaikan yang aku dah buat hari ni? Apa je contribution untuk ummah pada hari ni? Tilawah berapa page hari ni? Mathurat baca tak?

This is what we call as vicious cycle. And i'm afraid that if i'm the one who indulging myself in that cycle. 

Dan akhirnya kita dihanyutkan dengan kesibukan dunia tanpa menyedari hari-hari kita berlalu tanpa meletakkan ingatan kita padaNya. Sampai kita lupa apa tanggungjawab kita yang sebenarnya. Kita merasakan kita sudah cukup sibuk dan hanya memberi sisa-sisa masa kita untuk mengabdikan diri kita kepada Allah.

Inilah reality hidup student. Mungkin tak valid untuk semua dan valid untuk aku je. ;')

A self reminder for today.

Wallahualam.

SABR! Keyword yang manusia selalu miss.
p/s: bilamana aku disibukkan dengan benda-benda duniawi, aku rindu untuk diberi kelapangan masa kononnya agar dapat mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu akhirat macam baca Al Quran satu juzu', baca buku-buku fikrah ke. Tapi bila kelapangan masa diberi, dimanakah janji-janji itu pergi? Kbai.

2nd p/s: Imma still in ma uni yaw from this morning yaw. I am so tired yawww. Plus lapar yawww. Haha lapo je kejo ko ni haa. Ngantuksss. *menguap sampai keluar air mata*

No comments:

Post a Comment

jangan lupa komen~ ^^