Sekarang ni aku bagai nak rak nak kena siapkan assignment. Deadline 13hb ni, lub dup lub dup. Doakan sayaaa ye. ^^
Haa, sebenarnya nak cerita, aku baru tahu yang Harper Lee penulis buku To Kill a Mocking Bird nak releasekan buku kedua dia yang berjudul Go Set a Watchman. And of course laa aku antara orang yang teruja nak baca buku tu after soo long ago aku habiskan baca buku To Kill a Mocking Bird tu. Quite surprising gak laa tetibe ada keluar sequel buku tu which I'm not really expected pun la. And I'm really looking forward to read that book.
Dengar cerita buku tu bakal keluar bulan July ni. Ehem ehem, ada sesape nak bagi free tak? Koff kofff.
Go Set A Watchman
Yang menarik pasal benda ni is that buku ni ditulis dulu before buku To Kill a Mocking Bird ditulis, Dan setelah hampir 50 tahun berlalu, barulah editor buku ni memberi pengesahan untuk menerbitkan buku yang kedua ni dimana simpanan original buku ni masih wujud lagi.
Since buku ini adalah continuation daripada buku yang pertama tu, so basically buku tu pasal Scout Finch anak perempuan kepada Atticus ni melawat ayah dia dekat Maycomb, Alabama and sama-sama berjuang dengan ayah dia dan sepanjang tu akan muncul lah pelbagai konflik dan adegan-adegan that will make you getting an adrenaline rush. Haha. Mungkin.
Dan I'm quite sure Harper Lee's style of writing will be the same. Kalau betul-betul baca To Kill a Mocking Bird tu banyak la mempersoalkan keadilan dan kesamarataan antara penduduk masyarakat dekat kota tu. And benda tu kalau lihat banyak je terjadi kat negara kita sendiri ni in which social inequality tu sendiri. Tak kisah lah dari segi warna kulit mahupun social status tu sendiri. Yang lemah ditindas, yang berkuasa semakin dahagakan kekuasaan tu. Maka dengan ini plan-plan musuh makin mencapai matlmatnya.
Bayangkanlah, even zaman sekarang ni projek perumahan berjuta-juta, tapi hakikatnya kos pembinaan tu tak sama pun dengan modal yang telah ditetapkan pada dasarnya. So kemana duit tu semua pergi? Zappp, laju je duit tu masuk perut kroni-kroni sekepala yang mengikut langkah-langkah syaitan. Bukan ke dah tak jadi halal sumber duit tu sendiri. Dan duit itu yang akan digunakan untuk menyara keluarga, bagi anak-anak sekolah akhirnya hilang keberkatan tu sendiri. Secara tak langsung, perkara yang nampak kecil ni sebenarnya boleh menyebabkan keruntuhan akhlak moral dalam kalangan masyarakat kita.
Bila baca paper lagilah aku pening tak tahu mana satu yang hak atau batil. Tak kisahlah dari kes mahkamah bertahun yang lepas punya until lah kes mahkamah yang terbaru. Bila rasa ihsan tu dah hilang dalam diri, manusia tak takut pun nak buat salah and worse, berusaha untuk menegakkan yang batil tu. In which this make me realize, mahkamah dan neraca Allah lah yang Maha Adil. Dan akan tiba suatu hari nanti, penyaksian yang adil dan saksama akan terlaksana. Dan orang-orang yang dizalimi, ditindas mahupun didiskriminasikan pasti akan mendapat pembelaan yang seadil-adilnya. Best kan? :)
Tulah nak katanya undang-undang manusia dengan undang-undang Allah ni takkan sama. Adil itu sendiri bermakna meletakkan sesuatu ditempatnya. Tapi sejauh mana manusia tu sendiri boleh berlaku adil?
Dalam buku To Kill a Mocking Bird tu aku suka la kat satu character ni, Scout. Even though dia ni masih kecil, cara dia berfikir tak macam kanak-kanak sebaya dia, bilamana her perspective on life, humanity aspect etc sangat berbeza dan banyak mempersoalkan tindakan-tindakan 'lucu' sesetengah pihak. Kalau nak tahu lebih lanjut kenalah baca sendiri.
Tetibe aku teringat, sewaktu Islam mula diturunkan melalui wahyu dan disaat Islam memulakan dakwahnya secara terang-terangan, kenapa kebanyakan golongan hamba-hamba sanggup masuk Islam dan mengabdikan dirinya hanya kepada agama Tauhid ni?
Jawapan dia mudah je which is agama Islam ni adalah agama yang adil.
Islam Kaffah?
Disaat golongan wanita memperjuangkan hak menuntut agar hak wanita diberi sama rata seperti mana hak lelaki, disaat golongan LGBT memperjuangkan kesamarataan hak asasi seperti mana golongan yang secara azali mengikut fitrahnya, disaat terdapatnya golongan yang mensekularkan agama daripada kehidupan, disaat terdapat suara-suara sumbang menuntut hak kebebasan bersuara tanpa mengetahui the real meaning of freedom and so on and so forth, disitulah akan ada pejuang-pejuang hak yang mempertahankan kesucian Islam tu sendiri.
Jatuhnya moral dan akhlak manusia apabila manusia tidak lagi mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar berpaksikan alQuran dan asSunnah tu sendiri. Apabila hati-hati manusia makin jauh daripada Sang Penciptanya, lalu muncullah bintik-bintik hitam dan akhirnya terbentuklah satu hati yang gelap lagi keras. Itulah yang terjadi bilamana sistem khalifah jatuh dan perkara ni terreflect dalam gaya hidup masyarakat kita sekarang ni.
Entahlahh. Emm, bagi aku Islam tu everything. And I'm really sad bilamana ada pihak-pihak yang mempermainkan agama kita ni. And sebab apa benda ni berlaku? Sebab umat Islam tu sendiri nampak lemah, mudah dipijak, sebab tu lah senang je musuh buat macam-macam yang kadang-kadang kita sendiri tak sedar agama Islam ni dipersendakan.
T_T
Ok lah, back on track. Uhuk uhuk. Pape pon aku menanti buku ni keluar and macam aku cakap tadi, kalau ada sesape sudi nak bagi free buku ni kat aku, aku sangatlah appreciate gila-gila punya ah. Ahaa.
Gurau je.
Last but not least, doakan aku in everything that I do. ^^
Hanya redha Allah yang kudamba. InsyaAllah.
Ilal liqo'
What I really do is updating my blog. Wahahaa. *sigh* |
2nd p/s: Sekarang ni aku sebenarnya teringin nak baca buku-buku karya Karen Armstrong bilamana aku terbaca dekat blog saifulislam tu. Hehe. Cam best. But I have no time. Banyak buku yang beratur dekat reading list tu merayu untuk dibaca. Hampehhh.
3rd p/s: Sebenarnya aku bosan buat assignmentt. Whyyyy?? T_T Aku lebih suka menelaah buku tebal daripada menaip assignment. Ngehe. Teruk betul perangai.
4th p/s: Sebenarnyaa kannnn, aku rindu someone. T_T Emo pulak kaannn. Kbai.
No comments:
Post a Comment
jangan lupa komen~ ^^