Tuesday, December 21, 2010

SEBAB MATA LELAKI GEMAR MELIHAT AURAT WANITA

bismillahirrahmanirrahim

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya.
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat,
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri,
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga.


wassalam.



post signature

AKU CINTA! AKU RINDU! PADAMU~

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..=)

Sukar untukku meluahkan apa yg terbuku di dada ku..

Tapi yg satu ini ku yakin bahawa aku sangat MERINDUIMU, aku sangat MENCINTAIMU wahai kekasih hati, pengarang jantungku..

Aku minta maaf, andai ungkapanku ini tidak layak untuk insan sehebat kau, tapi percayalah hati ini tidak menipu..

Dimana terciptanya cinta, distulah rindu bermula..

Kau insan hebat, kau insan istimewa, aku sangat mengagumi keperibadianmu, sangat memikat pada semua manusia..

Wajahmu yg sangat jernih, lebih bersinar dari bulan purnama..

Semangatmu yang kental, kesabaranmu yang tinggi dalam menegakkan kalimah Tauhid di muka bumi ini..

Membuatkan aku terlalu menyanjungi dirimu,.

Subhanallah..

Tapi..

Wahai kekeasih hatiku, aku sangat merasakan sebak di dada, perjuanganmu dalam menegakkan kalimah Tauhid..

Begitu kental kau dalam menyebarkan dakwah-Nya..

Walau dirimu dihina, bersihnya dan mulianya hatimu, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap meyeru walau diusir pergi..

Ketaqwaan dan keimanan yang tinggi,.

Tapi aku sebaliknya..

Aku mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tak memahami, mudah terguris bila dinasihati..

Begitu lemah aku..

Tapi aku yakin..

Kesabaran dan kesyukuran menjadi benteng jiwa..

Untuk berjuang mencipta impian..

Akanku pesan kepada diri ini..

Yang segalanya kepunyaan Allah..

Jangan jadi da'ie yang malang, yang hanya tahu berdakwah tapi tak melaksanakan..

Jangan jadi 'abid yang tertipu, terasa banyak sudah amalan tapi..

Tak sedar pahala itu kuasa Allah..

Semuanya adalah rahmat kasih sayang-Nya..

Jangan jadi 'alim yang tertipu, disangka ilmu telah banyak tapi tiada yang terkesan di jiwa..

Jangan jadi pejuang yang tertipu, disangka perjuangan itu yang terbaik tapi..

Ternyata ISLAM tak memerlukannya..

Tapi diri ini sebenarnya yang memerlukan ISLAM..

Jangan biarkan diri ini tewas bila ISLAM menang, tapi biarkan diri ini menang walau ISLAM tewas..

Percayalah, cahaya agama Allah itu tak pernah padam..

Yakinlah diriku..

Kau mampu ulangi sejarah kebangkitan islam..

Teruskanlah sunnah berjuang dari insan yang ku cintai dan rindui,.

Iaitu si dia INSAN MULIA..


محمد صلي الله عليه وسلم

post signature

Sunday, December 12, 2010

RENUNGKANLAH

bismillahirrahmanirrahim..

Pada suatu masa dahulu, terdapat seorang raja yang sangat bijak. Raja tersebut ingin mengajarkan kepada rakyat jelata suatu perkara yang sangat penting. Mungkin pada waktu itu masyarakat tidak dapat membezakan mana satu golongan alim dan mana satu golongan abid ( yang hanya beribadah tanpa ilmu) .

Maka raja memanggil seorang alim dan seorang abid yang tiada ilmu bagi membuktikan bahawa antara kedua-dua golongan ini pasti terdapat perbezaan yang jelas.

Raja menyuruh kedua-dua orang ini masuk ke dalam bilik yang berbeza. Setiap bilik diletakkan perkara yang sama iaitu diletakkan sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita. Sang Raja juga mengarahkan kepada kedua-dua orang tersebut untuk melaksanakan salah satu daripada tiga perkara iaitu sama ada meminum arak, atau berzina dengan wanita tersebut atau mengambil pisau yang disediakan lalu membunuh wanita tersebut bagi mengelakkan daripada melakukan dosa zina.

Bilamana dimasukkan si alim dan si abid di dalam bilik masing-masing yang sudah tersedia di dalamnya ketiga-tiga perkara tersebut. Maka kedua-duanya sebaik sahaja berhadapan dengan ketiga-tiga perkara yang diarahkan oleh Sang Raja melaksanakan salah satu daripadanya, masing-masing punya pemikiran dan cara penyelesaian yang berbeza.

Bagaimana Sang Alim dan Sang Abid ini menyelesaikannya? Saya akan ceritakan satu persatu mengikut turutan. Kita lihat dahulu apa yang difikirkan oleh Sang Abid dan bagaimana dia menyelesaikan masalah tersebut.

SANG ABID DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja masuk di dalam bilik tersebut, Sang abid melihat ketiga-tiga perkara telah berada di hadapannya. Sebilah pisau, sebotol arak dan seorang wanita cantik. Maka terlintas di dalam fikiran sang abid bahawa ketiga-tiga ini adalah dosa. Mengambil pisau dan menggunakan pisau tersebut untuk membunuh wanita cantik tersebut bagi mengelakkan zina adalah merupakan dosa yang besar. Berzina dengan wanita tersebut juga merupakan dosa yang besar. Perkara yang paling ringan sedikit berbanding membunuh dan berzina adalah minum arak. Maka, sang abid yang yakin dengan jalan penyelesaiannya terus mengambil botol arak dan meneguk isinya.

Apa yang berlaku seterusnya? Sebaik sang abid tersebut selesai minum arak, dia terus mabuk dan di dalam keadaan tersebut, dia menghampiri wanita cantik itu lalu mengajaknya bersetubuh dan akhirnya mereka berzina. Sebaik selesai berzina, sang abid sedar akan kesalahan yang dilakukannya. Bagi mengelakkan si wanita membongkarkan rahsianya, maka dia terus mengambil pisau dan membunuh wanita tersebut.

Maka, secara tidak sedar, Sang Abid telah melakukan ketiga-tiga perkara dosa tersebut secara sekaligus.

Bagaimana pula keadaan Sang Alim di bilik yang lain? Bagaimanakah dia menyelesaikannya?

Kita akan melihat pula bagaimanakah cara penyelesaian dan pemikiran Sang Alim tersebut.

SANG ALIM DAN PENYELESAIANNYA

Sebaik sahaja sang alim tersebut masuk ke dalam bilik itu, beliau tersentak dengan kewujudan ketiga-tiga perkara tersebut. Sang Raja telah mengarahkan agar melaksanakan salah satu daripada tiga perkara itu.

Sang Alim berfikir, "Jika aku mengambil pisau dan membunuh wanita itu maka aku telah melakukan dosa membunuh. Membunuh adalah dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku berzina dengan wanita tersebut juga ianya merupakan dosa yang besar di sisi Allah taala. Jika aku mengambil arak dan meminumnya maka itu juga merupakan dosa yang besar. Jadi bagaimanakah cara yang terbaik untuk aku laksanakan?" 


Sang Alim terfikir lagi , "Jika aku meminum arak, akalku akan hilang dan kemungkinan aku akan laksanakan perkara yang aku tidak fikirkan. Maka jalan yang terbaik pada waktu sekarang adalah dengan aku mengambil pandangan di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah radhiyallahu anhu yang membenarkan seorang wanita tersebut mengahwinkan dirinya sendiri tanpa kewujudan dan persetujuan walinya"

Maka sang alim terus pergi kepada wanita tersebut dan mengatakan kepadanya : "Wahai wanita, sudikah kamu berkahwin denganku? "

Wanita tersebut bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Sang Alim tersebut. Maka sang alim tersebut melafazkan lafaz nikah dan sang wanita bersetuju dan menerimanya. Maka secara hukumnya mereka telah berkahwin mengikut pendapat di dalam Mazhab al-Imam Abu Hanifah rahimahullah.

Secara tidak langsung, sang alim telah menjauhkan dirinya daripada kesemua dosa tersebut. Beliau tidak membunuh, tidak minum arak dan berzina. Malah beliau mendapatkan perkara yang lebih besar daripada itu iaitu dengan berkahwin dengan wanita cantik tersebut.

Selesai perkara tersebut, Sang Raja tersenyum kerana akhirnya beliau dapat membuktikan tetap ilmu itu lebih mulia daripada segalanya. Tanpa ilmu seseorang itu akan tersilap melakukan penilaian yang terbaik.


p/s: berfikirlah sebelum bertindak. ;)


post signature

Thursday, November 25, 2010

SAAT KELAHIRAN DAJJAL

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum..semoga hidup kalian diredhai dan diberkati oleh Allah..=)



baca..hayati..hafal..amalkan..=)

Negeri Samirah adalah negeri kecil di Palestin yang nanti akan menjadi sebuah negara besar. Bahkan menjadi ibu kota kerajaan Bani lsrail warisan Nabi Sulaiman. Ini berdasarkan masa kelahiran Nabi Musa, kira-kira satu abad sebelumnya. Seorang lelaki dan seorang perempuan keturunan Yahudza, setelah 31 tahun berkahwin, lahirlah seorang anak yang paling membahayakan kedua orang tuanya, sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. 'kedua matanya tidur tetapi hatinya tetap terjaga'. Keluarga Dajjal, ayah, ibu dan abang-abangnya adalah penyembah berhala. Dulu, mereka menyembah sebuah berhala berbentuk seperti lembu betina. Sebenarnya berhala itu bukan sekadar patung lembu betina, ia adalah syaitan durjana yang menyerupai dirinya seperti patung lembu betina. itu. Mereka menyembelih binatang untuk dikorbankan kepada berhala. Yang sebenarnya dipersembahkan kepada syaitan, berserta minuman arak yang dihulurkan setiap hari. Disamping itu mereka juga suka melakukan penghambaan atau persembahan dan ketaatan.

Setiap pagi mereka lihat sisa-sisa dan apa yang mereka korbankan di tempat itu. Sangka mereka, itu adalah sebagai tanda bahawa Tuhan mereka merestui apa yang mereka lakukan. Permintaan kedua-dua orang tua Dajjal ialah agar mereka diberi anak lelaki. Akhirnya Allah s.w.t. pun menjadikan kehamilan keatas seorang wanita yang yang dilahirkan dari perbuatan zina antara mahram dengan seorang suami yang juga dilahirkan dan hasil perzinaan antara mahram. Sementara itu syaitan pun turut ikut masuk ke saluran kencing lelaki penyembah berhala setiap kali dia menggauli isterinya. Jadi Syaitan pun turut mencampuri isteri penyembah berhala itu bersama-sama suaminya.

Bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh kedengkian dari jin, sebagaimana yang ditakdirkan oleh Allah. (Dalam buku lhdzaru aI-Maslkh ad¬DajjaI menyatakan Dajjal lahir dari hasil hubungan ketika ibunya sedang menstruasi, lalu terjadilah kehamilan sebagai pengaruh perbuatan Syaitan). Pada malam yang sangat menakutkan, diiringi hembusan angin, ribut salji dan hujan lebat, pasangan suami isteri itu mendengar suara dari patung lembu betina liar yang memberitahu bahawa dia telah meredhai kedua-duanya. Bahkan, katanya dia memerintahkan malaikat untuk mengurniakan kepada mereka seorang anak. Tetapi jika kedua-duanya tidak memperbanyakkan ketaatan dan penyembahan berhala serta tidak banyak menumpahkan darah korban, maka dia akan menggantikan anak lelaki itu dengan anak perempuan.

Apalagi, kedua-duanya pun sujud dan bersimpuh depan patung itu dengan penuh setia sambil menyatakan mereka mahukan sangat anak lelaki. Patung syaitan itu menyuruh mereka menyembelih seekor lembu betina gemuk dan besar. Kemudian menyuruh diletakkan sembelihan itu di hadapan patung, dan selepas itu mereka berdua dilarang untuk masuk ke tempat itu sepanjang malam. Apa yang berlaku sebenarnya syaitan telah mempermainkan mereka berdua untuk melakukan apa saja menurut kehendak dan kemahuan Syaitan. Syaitan dapat melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh manusia biasa. Sebab jin boleh melihat apa yang ada dalam jasad manusia, sama seperti melihat manusia melihat filem X-Ray, sehinggakan dia dapat melihat kandungan perempuan itu sejak awal lagi.

Namun begitu syaitan tidak tahu apa yang akan terjadi, Syaitlan tidak tahu apakah anak itu perempuan atau lelaki tetapi dia tahu betapa besar kemahuan pasangan itu dengan kelahiran anak lelaki. Perempuan itu pun melahirkan anak lelaki tetlapi anak yang baru lahir itu cacat kedua-dua belah matanya sejak lahir. Bayi itu suka tidur malam dan siang serta amat jarang bangun untuk menghisap air susu ibunya yang berbadan besar.

lmam Ahmad meriwayalkan dalam Musnad, iaitu sebagaimana sabda Rasulullah mengenai keluarga Dajjal. “Ayahnya tinggi, gemuk dan hidungnya seperti paruh burung. Sedangkan ibunya fardhakhiyyah, iaitu banyak daging dan berbadan gemuk. Kedua tangannya panjang dan kedua teleknya pun besar. Oleh kerana anaknya tidak disusui oleh ibunya susu, Ia bahkan dapat mengakibatkan keracunan yang berakhir dengan kematian. Jadi anak Ielaki itu sejak awal memang telah mendatangkan sial kepada ibunya. Paling anehnya, anak lelaki itu bertahun-lahun duduk diam dan hanya bergerak beberapa kali, sehinggakan orang tuanya menyangka dia lumpuh atau pun Tuhan mereka sudah murka. Maka mereka pun menyajikan berbagai jenis sajian sebagai tanda taat tetapi anak lelaki itu tetap seperti itu juga, tidak ada sebarang perubahan. Selama empat tahun sebelumnya dia belum pernah berjalan. Padahal orang tuanya telah memberikan air susu kambing serta berusaha untuk menggerak-gerakkan kedudukan anaknya. Anaknya itu hanya minum seteguk dua sahaja, kemudian terus tidur. Melihatkan anaknya dalam keadaan seperti itu, orangnya tidak pernah merasa tenang. Hatinya sentiasa tertanya-tanya apakah anaknyamasih hidup. Mereka sering melelakkan tangan atau melekapkan telinga pada dada anaknya itu. Di dapati anaknya masih hidup.'' 

Sebagaimana kala Rasulullah s.a.w.. “Kedua matanya tidur, tetapi hati tetap terjaga." Pada satu malam tiba-tiba anaknya itu bergerak bangun, sementara orang tuanya sedang tidur. Dia cuba merangkak kemudian berdiri untuk berjalan dengan kedua kakinya. Kemudian dia berjalan perlahan-lahan tanpa diketahui oleh kedua orang tuanya, seakan-akan ada roh lain yang menyusup ke dalam rohnya sambil memberitahu dan membantunya untuk berdiri dan berjalan. Sudah tentulah roh lain itu ialah Jin Syaitan (Jinni Mutasyaithan). Kedua-dua mata anak lelaki itu cacat dan dia telah dirasuk oleh syaitan yang bersemayam dalam patung lembu. Syaitan itu memimpin kanak-kanak itu menghala ke patung lembu betina. 

Kemudian dia ditinggalkan tidur di sisi patung tersebut. Apabila ayahnya bangun dia terus mendapatkan anaknya yang tertidur dipangkuan tuhan-tuhan patung lembu betina itu. Ayahnya cuba mencari apakah makna peristiwa yang terjadi itu tetapi tidak berjaya menafsirkannya. Lalu ayahnya itu tadi pun memanggil jiran-jiran tetapi jiran tidak mempercayai dengan peristwia itu, mereka menuduh ayahnya sendiri yang membawa anaknya itu dan meletakkannya dipangkuan tuhan-tuhan tersebut. Jiran-jiran itu tahu anaknya itu lumpuh dan hanya boleh duduk sahaja. 

Walaubagaimana pun berita mengenai hal itu tetap tersebar. Bagi sesetengah orang yang mempercayainya datang berduyun-duyun ke rumahnya untuk melihat dari dekat akan kejadian aneh yang terjadi kepada budak lelaki itu. Dalam masa yang sama ada yang cuba mencari berkat dari budak itu. Namun, hakim-hakim yang ada di kawasan itu berasa tidak senang hati untuk menerima kebenaran kejadian itu dengan begitu saja. Lalu mereka pun membawa ayah anak itu ke hadapan hakim besar di kota yang kemudian memaksa ayahnya memberitahu apakah sebenarnya yang terjadi. Ayah menceritakan perkara sebenar telapi hakim-hakim tidak mahu menerima kenyataannya, lalu ayahnya itu diperintah masuk penjara dan didera. 

Ketika di dalam penjara dia dipaksa membuat kenyataan bahawa tidak ada sesiapa yang harus dipatuhi kecuali hakim agung yang menguasai negeri tersebut. Setelah puas kena seksa maka dia pun terpaksa mengaku dan membuat pengumunan di hadapan hakim dan penduduk negeri bahawa tiada tuhan selain hakim dan bahawa tidak ada yang dapat memberi pertolongan atau mendatangkan bencana selain hakim. Dengan pengakuan yang dia buat itu maka dia pun dikeluarkan dari penjara tetapi anaknya itu terpaksa dijaga di dalam istana dengan penuh perhatian dan tidak dibenarkan keluar dari istana hakim. 

Berita tentang keajaiban anak lelaki itu semakin tersebar luas sehinggakan heboh dan peristiwa itu disebut sebagai A’jubah as Samirah yang bermakna (Keajaiban Samirah) Hakim amat marah dengan peristiwa itu, dia tidak mahu menerima kenyataannya. Menurut hakim lagi, anak lelaki yang ajaib itu sebenarnya telah dirasuk syaitan. Berita itu pun disebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Hakim tidak berdiam diri, dia pergi mencari dukun untuk mengeluarkan syaitan dari badan budak itu. Hampir semua tempat ke pelusuk negeri dan benua dicarinya bomoh, dukun serta tukang sihir untuk mengeluarkan rasukan syaitan dari anak lelaki itu. Kerana menurut hakim syaitan itu akan menggoncangkan singgahsana atau ‘Arsy Tuhan. 

Apabila berita itu tersebar, suasana masyarakat pun menjadi kacau bilau dan kelam kabut. Tiba-tiba ada seorang yang berpura-pura sebagai ahli falsafah dari Samirah pun membuat pengumuman. Anak itu memang betul-betul keturunan Samiri. Dua huruf ra dan ha’ (dua huruf terakhir dari kata Samirah). Dulu ia membawa makna satu negeri iaitu negeri Syam kerana Sam bin Nuh as., adalah pendiri gerakan Samirah setelah terjadinya banjir besar. Ketika Sam masih kecil, dia tidak banyak bergerak sehingga datang malaikat yang kemudian mengajarnya bagaimana cara menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Syam. Telapi tidak ada seorang pun yang mahu percaya dengan kata-kata ahli falsafah itu. Sebaliknya dia pula dituduh orang gila. 

Hakim pula telah memberi arahan supaya kenyataan ahli falsafah itu tidak diperbualkan lagi oleh sesiapa pun. Barangsiapa yang cuba hendak bercakap tentang hal itu akan dihukum. Hakim pun membuat pengumunan anak itu diberi gelaran as-Samiri kerana berdasarkan negeri kelahirannya dan bukannya sebab-sebab lain. Ayah budak lelaki (Dajjal) itu pula kemudiannya mati kerana terlalu menderita, kematiannya itu dipanggil adz-dzabhah ash-shadriyyal al¬mutakarrarah yang bermakna (tekanan batin berlanjutan). Ayahnya mati kerana watak anaknya itu sangat ganjil. Anak ajaib itu pun ditinggalkan dalam penjagaan dan pemeliharaan hakim diistananya. 

Setahun kemudian, iaiitu kelika berumur lima tahun, anak itu pun mula berupaya bangun dan tidurnya, setelah bangun dia cuba berbual-bual dengan orang-orang di sekeliling istana itu, tetapi perbualannya tengagap-gagap dan terputus-putus. Orang-orang istana pun cuba hendak mengubati penyakit buta di matanya tetapi doktor-doktor istana membuat kesimpulan bahawa penyakit atau cacat itu tidak akan dapat disembuhkan secara perubatan biasa kerana cacat itu nampaknya diciptakan oleh Yang Maha Kuasa. 

Sebulan kemudian, ketika penduduk negeri itu sedang nyenyak tidur, tiba-tiba datang peringatan dari Tuhan. Peringatan dari Tuhan itu datang kerana penduduk negeri itu melakukan zina dan homoseksual, sebagai orang-orang Sadum dan Amurah. Siksaan yang Tuhan turunkan itu secara tiba-tiba tanpa diduga sama sekali. Allah telah memerintahkan malaikat Jibril untuk memasukkan penduduk negeri itu ke dalam bumi, sama seperti yang dilakukan kepada penduduk Sadum dan Amurah. Yang terselamat tinggal hanyalah seorang anak kecil (Dajjal) yang berada di istana itu. Jibril telah ditugaskan membawa anak itu ke suatu pulau yang terletak di suatu lautan luas yang disebut Laut Yaman. Laut ini mempunyai peranan penting di masa akan datang. (Dari Laut Yaman inilah nanti terbentang jalan yang akan dilalui seorang saleh yang mempunyai peranan penting dalam memerangi Dajjal. 

Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi makan dan minum oleh malaikat itu tadi. Anak itu kembali seperti biasa, iaitu banyak tidur dan sedikit bergerak. Sementara itu Jibril kembali menghancurkan negeri yang penuh dengan kemaksiatan itu dan menebalikkan negeri itu sehinggakan bahagian atas negeri itu menjadi bawah. Maka selesailah seksaan Allah ke atas orang-orang kafir itu. Kemudian Jibril kembali membawa makanan untuk anak itu dari rezeki Allah dan demi menjalankan perintah Allah tanpa sebarang persoalan. Allah menyayangi anak itu dan berfirman kepada Jibril, ”Hai Jibril, anak itu adalah hambaKu. Tetapi di akhir zaman dia mengaku sebagai tuhan yang disembah di muka bumi. Aku akan mengutus orang yang akan menyiksanya dengan seksaan yang pedih dan akan membunuhnya pada suatu masa tertentu yang tidak akan diingkari oleh hambaKu. Orang tersebut adalah seorang nabi yang diutus pada suatu masa dan dia menjadi wali, tanpa wahyu pada menjelang akhir zaman.'' (Riwayat ini didapati dari seorang alim di negeri Yaman. Dia dikenali dengan nama Haidar bin Anif Billah Abdullah bin Salem bin Syari. Dia mempunyai banyak manuskrip mengerikan yang menurut katanya telah berusia ratusan tahun. Bahkan ada skripnya yang mempunyai asal-usul sejak 700 tahun sebelum Masehi. 0rang alim ini masih hidup dan berusia 110 tahun. Dia sendiri tidak mahu hidup di kota moden. Segenap hidupnya dihabiskan dikhemah-khemah di padang pasir sahara bersama-sama empat orang isterinya. Isteri-isterinya jauh Iebih muda dari dia, iaitu sekitar dua puluh hingga tiga puluh tahun. Dia masih kelihatan gagah. Ketika ditanya kepadanya tentang rahsia kegagahannya, dia menjawab bahawa dia tidak pernah meninggaikkan sembahyang malam, tidak pernah meninggaikan sembahyang dan waktu yang ditentukan dan jarang memakan daging dan garam. Makanan yang paling banyak dimakannya iaiah madu, kurma, susu dan air putih.) 

Pulau yang didiami oleh anak itu dikenali dengan nama jazirah ats-tsu ‘ban ar-rahib we ad-dabbah al-halba yang bermakna pulau ular yang mengerikan dan haiwan berbulu tebal. Sebab menurut cerita tentang pulau itu, setiap orang yang hampir dan singgah di pulau itu pasti akan mati disengat oleh ular yang panjangnya beratus-ratus meter. Sementara haiwan berbulu tebal itu mempunyai lidah yang dapat bercakap-cakap dengan berbagai-bagai bahasa di muka bumi ini dan ia menguasai“Buatlah seperti begini supaya kami menjadi begini,” kala bisikan malaikat Jibril kepada anak itu. 

Anak kecil itu pun berjalan-jalan mengelilingi sekilar pulau yang dia tinggal itu, dia rasa kagum dan terasing serta sentiasa berwaspada. Dia berjalan sambil bersembunyi dengan penuh hati-hati. Pulau itu dipenuhi dengan berbagai jenis burung dan binatang.Tidak ada satu binatang buas dan ganas di pulau itu selain dari beberapa ekor ular yang merayap dari Iautan yang menuju ke sana. Satu hari ketika sedang merayau-rayau itu dia dikejutkan oleh seekor binatang yang sangat besar, berbulu tebal dan mempunyai dua mata yang menonjol seperti mata lembu. Tiba-tiba binatang itu bercakap dengan bahasa yang dia boleh faham. Binatang itu berkata, " Engkau adalah seorang anak yang diselamatkan oleh Allah dari gempa bumi yang dahsyat ketika negeri Samirah dilanda malapetaka. Engkau dibawa oleh malaikat Jibril ke sini. Malaikat itulah yang menjaga makan dan minum engkau. Oleh itu janganlah engkau mengkhianati janji mu dengan Allah. Sebab pada hati setiap anak Adam telah tertanam ketaatan kepada Allah dan beriman kepada Nya selama mereka masih berada dalam fitrah kesuciannya. Kerananya engkau menjadi Muslim dan Mukim yang yakin dan taat kepada Tuhan Pencipta alam ini. Dialah Tuhan yang Maha Esa." 

Kemudian binatang besar itu pun memberi isyarat kepadanya supaya mengikutnya ke arah sebuah batu. Di batu itu tertera tulisan dalam bahasa Arab. Binatang itu mengajarnya huruf demi huruf dan dia pun mengikutnya. Kemudian binatang itu pun memberi isyarat kepadanya untuk mengikutnya kepada berbagai permukaan batu lagi. Di batu-batu itu tertulis kata-kata: 

Batu pertama: La ilaha illallah (Tiada luhan selain Allah) 

Batu kedua: Allahu Wahid La Syarika lahu (Allah Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya) 

Batu ketiga: Engkau dijaga dan diurus oleh Jibril. OIeh itu janganlah kamu mengkhianati janjimu dengan Allah. 

Batu keempat: Hanya engkau saja di pulau ini. 

Batu kelima: Makanlah den nikmatilah makanan dari rezeki Allah ini yang sesuai dengan keperluan dan kehendakmu. Tidurlah sesukamu. Sembahlah Allah dalam berbagai keadaanmu dengan tasbih-tasbih keesaan kepada Nya, yakni solat yang diwajibkan kepadamu. Allahlah raja, Allahlah Maha Esa. Dia tidak berayah dan tidak pula mempunyai anak. Allah lah Tuhan yang Maha Besar. Allah lah yang Maha Agung. Dan Allah lah yang Maha Rja. 

Batu Keenam: Jadilah engkau anak masa kini, wahai anak kecil. Janganlah engkau menjadi anak masa lalu di pulau ini pada zaman apa pun. 

Batu Ketujuh: Tidak ada kitab bagimu kecuali apa yang dibawa kepadamu oleh seorang Nabi terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. yang datang menjelang akhir zaman. Jika engkau beriman kepadanya maka engkau adalah manusia masa depan yang beriman dan mempunyai keyakinan kepada Allah. Tetapi jika engkau engkar kepadaNya maka engkau adalah manusia depan yang dijanjikan akan mendapat seksaan Allah. Sesungguhnya engkau berada di antara dua nabi yang berserah diri kepada Allah dan sebenarnya semua nabi berserah kepada Allah. Jika engkau beriman dan yakin kepada apa yang kami imani dan yakini, maka Allah akan memudahkan kamu untuk mengimani penutup para nabi yang terdahulu dan pengganti nabi yang telah wafat. Dia bernama Muhammad Al Amin. Dia akan lahir sebagai Nabi dan Rasul di tengah-tengah kaum yang buta huruf. Dia berhijrah ke tempat yang banyak ditumbuhi pokok kurma dan yang banyak mata air dan perigi dengan tanah yang subur. Jika engkau mendustakan nabi yang mendahului Muhammad maka Allah akan menutup hatimu dengan tabir kain yang hitam. Hatimu menjadi hitam terkena sedikit warna putih dan condong kepada keburukan bagaikan kendi yang penuh dengan lumpur di atas cermin terang. Akibatnya, hatimu tidak dapat melihat cahaya dan akalmu hanya melihat dirimu sendiri saja seperti lblis. Semoga Iaknat Allah ditimpakan atasnya, yang mendiami Segitiga Bermuda yang lama itu dan engkau pun menjadi teman karibnya. Betapa buruk seseorang yang ditemani makhluk terkutuk dan dijauhkan dari rahmat Allah s.w.t. yang dibiarkan saja sampai suatu masa di suatu negeri, iaitu di suatu lautan yang penuh hembusan angin kelak ketika Allah tidak lagi menyayangi orang-orang yang terusir dari rahmat Nya. Jadilah engkau, wahai anak istimewa yang dijagai dan dibimbing malaikat agung sebagai Mukmin yang mempercayai kewujudan Allah dan malaikatNya, serta RasulNya. Jika tidak, engkau berada di dalam bahaya dan dimasukkan kedalam penjara seribu tahun lamanya. Yang memperingatkan mu dan menggembirakanmu di dalam penjara adalah seorang Arab Mekah yang mendustakan Nabi yang jujur itu. Tempat hijrahnya adalah tanah-tanah subur yang banyak ditumbuhi pokok kurma. Engkau akan berjasa pada hari ketika tiba musimnya memetik kurma di negeri tempat diisra’ dan dimi’rajkan Nabi dari bangsa Arab itu. Ada banyak air melimpah yang mengalir dan meresap ke dalam tanah di dataran tinggi dan di tanah Thabaniyyah. Haram atas dirimu memasuki kota Mekah yang dimuliakan Allah, Tuhan semesta alam. Engkau tidak boleh memasuki tanah mana pun yang subur kecuali tanah Uhud. Uhud adalah gunung yang mencintai Allah dan Allah pun mencintainya. Engkau juga tidak boleh masuk negeri Quds tempat isra’ dan mi’raj, Nabi yang paling akhir. Ini adalah ilmu Allah untukmu yang ditulis oleh Jibril, pembawa wahyu (amin al wahi) dan dia meninggalkan tulisan ini untukmu, disamping batu besar berupa cincin dari Jibril utusan Allah Tuhan semesta alam!. 

Anak itu kemudian melihat di tepi batu besar ketujuh yang paling besar di antara batu-batu besar lainnya yang menjadi batu tulis. Di situ, dia terjumpa sepotong batu yang indah warnanya. Tanah berwarna seperti dakwah emas berkilat yang digunakan Jibril untuk menulis. Pada potongan batu itu tendapat peringatan Allah s.w.t. yang berbunyi. "Dan tidaklah Kami menyeksa sehingga Kami mengutus seorang rasul (Al Isra 17:15)" lni adalah sebuah tanda dan isyarat bahawa tanah tersebut bukan berasal dari pulau itu bahkan tanah itu bukan dari bumi manapun. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Dakwat itu berbaki kira-kira sebanyak sebelah tapak tangan anak itu. Meskipun begitu ukurannya tidak sama walau dengan tiga tapak tangan lelaki biasa kita. 

Haiwan besar itu mula menerangkan makna tulisan itu dan diberitahu juga bahawa anak itu diberi kebebasan untuk memiIih haluan masa depannya. Apakah di masa akan datang dia mahu menjadi orang baik atau orang jahat. Jika dia menjadi orang baik, maka dia akan menjadi seorang lelaki biasa dan raja yang beruntung. Tetapi jika dia memilih menjadi orang jahat, maka dia akan menjadi seorang yang mengaku AKU SEBAGAI TUHAN yang berkuasa dengan kerajaan atau kekuasaan atas alam jin kafir dan syaitan dan mereka adalah makhluk ciptaan Allah. Dia akan menjadi raja yang menguasai alam manusia, sedang engkau termasuk salah salu di antara mereka.Dia akan memerintah tetapi hanya menjadi raja dalam waktu yang singkat sahaja. Apa akan terjadi kesudahannya hanya Allah saja yang tahu sebab segala sesuatu itu ditentukan olehnya. Dan tidak ada yang mengetahui kesudahan segala sesuatu kecuali Allah s.w.t. 

Seterusnya anak itu bertanya kepada binatang besar itu. “Kalau begitu siapakah engkau sebenarnya? Apakah motif yang mendorongmu datang ke sini? Dan siapakah yang mengajarmu bercakap dan menjelaskan sehingga engkau mampu bercakap seperti manusia?” 

Binatang itu menjawab, "Aku memang seekor binatang yang diciptakan dan diperintahkan untuk berbuat demikian dan sentiasa berada di sini bersamamu. Jibril, malaikat itu akan membawamu dari hutan di penghujung dunia nanti. Hanya engkau saja satu-satunya orang hidup dari suatu keturunan subur yang telah hancur. Aku juga bertugas menjaga dan memeliharamu ketika Jibril tidak ada. Aku diperintahkan untuk tinggal di pulau ini bersamamu sehingga engkau menentukan pilihan hidupmu. Ajalku di sini bersama dengan keluarnya engkau menuju pilihanmu." 

Binatang itu memberitahu bahawa ia diperintah untuk bercakap memberitahunya. Kemudian setelah itu Ia akan diam membisu dan hanya mengeluarkan suara binatang sebagaimana lazimnya. Dia tidak akan bencakap untuk kali kedua kecuali jika masa keluarnya anak itu dari pulau tersebut sewaktu akhir zaman hampir dekat. Mungkin pada masa di antara itu, hanya terpulang kepada Allah untuk menentukannya. Mungkin aku mampu bercakap denganmu lagi. Sesuatu yang ghaib tidak dapat diketahui oleh semua makhlukh. Ketahuilah bahawa apa yang dikatakan sekarang ini adalah wasiat-wasiat dari malaikata Jibril itu. Selepas itu lidah binatang itu pun terdiam dan kembali seperti binatang semula. Ia bernama Jassasah yang bererti terus menerus memerhati untuk mencari maklumat dan memberitahukannya kepada anak itu.


p/s :  Penat membaca??? Nie mesti jarang membaca ni. Haha!!

post signature

Wednesday, November 24, 2010

SPM?

Assalamualaikum~
Nak tahu something?


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
AAACHOOOOMMM..=P
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Saya dah start SPM laa. Lalalaa. Sempat lagi update blog. Muahahahaha~


Dah laa da seminggu saya sakit [demam+batuk+selsema+sakittekak
+peningpale+mutah2*bukanmengandungoke!]

Emm, esok SEJARAH!
BM n BI dah TAMAT. Ada orang suruh bakar buku. KEJAM(!) sayang lorh sama buku2 saya.

Rasanya kena sambung study sejarah laa.


Sebelum tu, nie tajuk2 spot untuk SEJARAH SPM2010. Ngeee~ bukan soalan bocor yaw!

TINGKATAN 4:
-tamadun indus-
-hwang ho-
-peperangan dalam islam-
-teori kedatangan islam ke AT-
-kedatangan buruh china n india-
-dasar british terhadap pertanian-
-dasar terhadap pekebun kecil-


TINGKATAN 5:
-nasionalisme d MALAYSIA-
-birokrasi barat-
-gerakan islah-
-isu akhbar/majalah/novel-
-persatuan melayu-
-pembentukan malaysia-
-YDPA-
-perang dunia 1-
-globalisasi-
-ICT-
Salin jangan tak salin. Hehe.


CREDIT TO WANIE.
Tengs syg!!=D


~OUT(!). Nak g study ke stado??. LALALALA~


p/s : Good luck to all SPM candidates! Do ur best!!


bismillahirrahmanirrahim..
ya Allah..
ampunkanlah dosa2 kami..
kedua ibu bapa kami..
guru2 kami..
serta..
kaum muslimin n muslimat..
sama ada yang hidup mahupun yang telah meniggal dunia..
Kau berilah kami peluang..
untuk berusaha sehabis daya..
kau berkati n permudahkan..
segala urusan kami..
Kau lembutkanlah hati penanda kertas jawapan kami..
Kau berikanlah kami keputusan yang cemerlang..
dalam peperiksaan SPM 2010..
tentukanlah sebaik2 kesudahan kepada kami..
AMIN YARABBAL ALAMIN..

=D


post signatureText Color

Sunday, November 14, 2010

KEBESARAN AYAT KURSI

bismillahirrahmanirrahim..




Allah,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,
Yang Tetap hidup,
Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.



p/s : Itulah kebesaran Allah =D. Emm, baru je lepas solat maghrib tadi cerita kat adik2 pasal story nih~

post signature

Sunday, November 7, 2010

SAYA MINTA MAAF

bismillahirrahmanirrahim~
ASSALAMUALAIKUM..




Hurmm, sejak kebelakangan ni ada je yang tak kena. Masalah dari diri sendiri, masalah keluarga, masalah dari kawan2. Semua laa ada.

Seriously, saya tak tahu apa yang sebenarnya berlaku.
Ya Allah, kuatkanlah semangat aku dan kawan2ku. Kami nak buat yang terbaik dalam SPM ni.

Entahlaa, satu2 masalah datang sejak nak SPM ni. Inilah ujian dari Allah untuk hamba2Nya.

Actually, saya pun tak tahu apa yang sebenarnya saya nak cakapkan.

Saya faham perasaan kawan2 saya terutamanya NIK, SYAZA, WANI.

NIK~
Kalau masalah awak tu, saya fahamlah. Dengan situasi yang baru, kawan2 yang baru, yess!! i really understand ur feeling syg!~ Tapi, sabarlah. Itu je yang mampu saya cakap. Huu~ Lagi pun saya pernah experience apa yang awak sedang lalui sekarang. Dan saya nak awak tahu, saya sentiasa rindukan awak. Kitorang semua kat sini sentiasa ambil berat pasal awak. Kawan2 kita semua puji awak sebab awak dah berubah menjadi lebih baik berbanding dulu.

SYAZA~
Emm, apa sebenrnya yang berlaku kat awak?malam tu awak kol saya, awak nanges. Ye, saya tau, awak dalam masalah bukan?? Kenapa diam je malam tu, huhu. Saya tau awak baru je lepas nanges, dengar suara pun dah tau laaa.~ Saya dah baca blog awak. Siapa yang awak tujukan?? Kalau itu saya, saya minta maaf sangat2. Kalo saya chat ngan dia je, konfem saya tanya pasal awak tau! Saya buat semua ni sebab saya ambik berat pasal kawan2 saya. Emm, saya tak tahulah kalo awak tujukan benda tu kat kawan kita yang lain. Saya bukan tuhan yang boleh tahu isi hati orang lain. Saya pun hanyalah manusia biasa yang tak terlepas daripada melakukan kekhilafan. Kalo awak nak berkongsi apa2 pun, saya sedia mendengar.

WANI~
Awak!!!! Saya tau awak betul2 down sekarang ni. Saya faham sangat2 sebab saya pun tahu betapa sakitnya perasaan kita waktu tu. Yess, benda tu dah berlalu. Lupakan lah perkara tu. Walaupun perit, kita perlu teruskan kehidupan kita macam biasa. Pasal si 'S' tu pula, saya tak tahulaa nak komen apa. Awak dah buat keputusan awak n awak kena yakin dengan keputusan awak. Dan perasaan yang awak rasa sekarang ni. Semua ni saya dah rasa.

NADIA~
Awak, saya tahu awak mampu buat. Saya tabik dengan semangat awak untuk berubah. Awak tak patut kata diri awak tu BO**H. SAYA TAK SUKA DENGAT AYAT TU!huhu~ Awak rajin n saya tahu awak mampu maju kehadapan. Saya tahu family awak macam mana. So, buktikan pada mereka terutamanya ayah awak tu yang awak mampu berjaya. Jangan mengalah lagi, fokus2 n fokus! Kalau awak nak tanya apa2 je, silakan. Saya sudi menjawabnya.

HURIN~
Awak patut bersyukur sebab ada family yang betul2 amik berat pasal anak2nya. Saya tahu apa yang awak tengah alami sekarang ni. Saya bersyukur sebab awak dah semakin sembuh. Anggaplah semua tu ujian dari Allah untuk awak. Doa banyak2. Solat hajat. Saya akan sentiasa doakan kesejahteraan awak n family awak.

AKID~
Tengs sangat2 sebab selalu amik berat pasal saya. Saya hargai sangat2. Awak betul2 macam kembar saya. Saya minta maaf selalu marah awak kalau mood saya tak baik, huhu. Tapi saya tenang je lepas buat semua tu kat awak, ngee~  Kadang2 saya rasa rimas pun ada sebab awak asyik2 nak tau apa yang berlaku kat saya. Rimas sangat2! huhu~ Tapi saya sedar, itulah pentingnya ada kawan yang baik disisi. Kita kena saling mengambil berat antara satu sama lain.

ABANG F~
Saya pun nak minta maaf kalau saya ada buat salah kat abang, huhu. Rasa macam banyak je salah saya kat abang. Entahlaa, banyak kot, huhu~ Tapi saya dapat rasakan kita dah tak rapat macam dulu. But, its ok. Saya faham. Masing2 bz. Saya dah anggap abang macam kawan baik saya sendiri. So, saya harap kita akan kekal jadi kawan karib ye.

AKU?
Saya harap diorang pun amik berat kat saya macam saya amik berat kat diorang. Saya harap sangat2 PERSAHABATAN kita takkan putus. Kita semua dah bertahun2 kenal. Saya tak nak laa pas SPM ni kita buat macam tak kenal pula. Walaupun lepas ni masing2 buat hal sendiri. Tapi, saya harap korang hargailah sisa2 yang masih ada ni. SPM lagi dua minggu je sepatutnya sekarang ni kena study. Bukannya update blog, haishhh -_-' Saya sentiasa doakan korang. Sha n Nisa yang ada kat mrsm pun saya tak pernah lupa. Kawan2 saya yang lain pun saya tak pernah lupa terutamanya budak2 5AMANAH. Sayang korang sangat2.

Kalau korang nak tahu, saya lagi ada banyak masalah daripada korang. Juz korang je tak sedar. Saya bukannya perfect pun seperti yang korang fikir. Kat dalam hati ni tiada siapa pun yang tahu kecuali Allah. Dia lah tempat aku mengadu semua ni. Tapi saya tak kisah sebab saya mampu handle semua tu.


friendship..
is not how you forget..
but how you forgive..
not how you listen..
but how you understand..
not how you see..
but how you feel..
not how you let go..
but how you hold on..

p/s: persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan kecuali dengan kematian. =)


post signature

KISAH SI KECIL ITA

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM.. Ini sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya copy dari FACEBOOK, nggee. *copy je, pastu paste, hihi.. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupun manusia memang sering melakukan kesilapan mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan, sesal selamanya.

Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya, kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, ''Siapa punya kerja ni?'' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ''Tak tahu... !Saya tak tahu Tuan..! ''

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?'' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata ''Ita buat ayahhh.. cantik kan !'' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. ''Sapukan minyak gamat tu!'' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ''Ita demam... '' jawap pembantunya ringkas. ''Bagi minum panadol tu.'balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. ''Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap'' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

''Tiada pilihan.."katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

''Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah'' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihat kedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.

''Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.'' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

''Ita juga sayang Kak Narti..'' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... ''Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi!'' katanya bertalu-talu.



Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..






"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram dan marah anda." (,")(",)



p/s : Marah merupakan musuh utama akal. So, berfikirlah sebelum bertindak. Janganlah sewenang2nya melepaskan amarah kita. Kelak, pasti ada akibatnya. =)



post signature

Sunday, October 24, 2010

IRELAND?

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM =)

HALO!=D
Emm, IRELAND? HUH? ADA APA DENGAN IRELAND? NAK WAT MEDIK KE?


Kuikuikui

Angan2 je lebih. Huu, tapi saya harap sangat angan2 tu jadi realiti. Itu impian saya ok. Saya nak belajar luar negara. Ngeee~

Firstly, dulu saya teringin nak belajar kat RUSIA. Terikut sangat dengan 'abg leokid'. Tapi, atas nasihat kawan saya, dia cakap nak kena belajar bahasa dia lagi. Macam susah je. Basic satu pun tarak. =(

So, ingat nak g ireland. Lagipun diorang guna bahasa inggeris je. Yeke? H
urmmm.

Entahlaa. Excited sangat dok citer pasal ni. Padahal SPM pun tak mula lagi.

Saya suka sangat tengok ruangan SALAM PERANTAUAN kat dalam akhbar utusan time bulan ramadhan hari tu. Bestnya diorang. Mana taknya, dapat peluang belajar kat luar negara.

Tapi, ni bukan bermakna saya merendah2kan universiti di MALAYSIA ye!

Saya rasa belajar kat luar negara ada banyak pengalaman yang dapat kita peroleh. Then kat sana kita dapat belajar macam2 lagi. Budaya diorang, makanan diorang dan persekitaran diorang. Weeee~!

Culture shock?
Normal lah tu, mula2 je tu. Lama dah ok la tu.
cakap senang laaa -.-

Saya juz doa banyak2, usaha banyak2. =) Saya pun nak jadi seorang manusia yang berjaya, yang berguna untuk AGAMA, NEGARA DAN BANGSA!! Yeahhh!!! Hohoho~

Saya dah rancang with my best friend iaitu NIK SAKINAH BINTI NIK AHMAD FARIS yang sekarang ada kat Kelantan. i miss u lahh sayang. =D Kitorang ingat nak g sama2. Hope macam tula. Ingat tau!!

Kita kan dah janji nak kawan sampai bila2. Jadi doktor sama2, dapat kerja sama2, suami yang sama?? No laa! Itu tak mungkin, hee.

Tak lupa juga kawan2 saya yang lain. 
SYAZA, WANI, NADIA, HURIN, SHA. Hope u always success in urlife. Best dapat kawan macam korang. =)

Ha!! Nak tau tak?????

RESULT TRIAL DAH KELUAR. Waaa! Apa yang saya dapat??? Huuu. Apasal lak tetibe sedih ni -_-''

Alhamdulillah. Saya dapat semua A! SYUKUR SANGAT2!!!!!!

Tak tau nak cakap macam mana tapi itu menunjukkan usaha saya tak sia2. Dalam SPM ni, saya nak dapatkan 9A+!!!!  Doakan untuk saya ye!

Dalam post saya pasal 'TRIAL SPM IS AROUND THE CORNER' Saya ada senaraikan saya punya target. Hurmmm, ada target yang kena, ada yang sipi2 je. Huhuhu.
Ni saya punya result:-
BM : 89
BI : 84
SEJARAH : 85
MATEMATIK : 98 waaaaaa ='(
PAI : 89
CHEMISTRY : 77 menurun!!! huhuu
PHYSICS : 87
BIOLOGY : 91 =D
ADDMATHS : 70 T_T
Hurmmmm. No komen pasal result saya tu, tapi sekarang ni banyak betul latihan addmaths saya buat. Huu

Apa2pun, result tu jadi pemangkin untuk saya tingkatkan lagi. Kalau boleh saya nak lebih daripada ni. Saya nak buat betul2. Saya tak nak kecewakan mak n abah. Saya nak mak n abah menangis sebab saya berjaya bukan sebaliknya. InsyaAllah. =)

Terima kasih Allah kerana sentiasa bersama saya.



i asked for strength..
and Allah gave me difficulties to make me strong..

i asked for wisdom..
and Allah gave me problems to solve..

i asked for courage..
and Allah gave me obstacles to overcome..

i asked for love..
and Allah gave me troubled people to help..

i asked for favors..
and Allah gave me opportunities..

maybe i received nothing i wanted..
but i received everything i needed..

thank you Allah..=)

Btw, tak lupa juga untuk cikgu2ku yang ajar saya and istimewa buat sir freddy. Tengs a lot! Saya bersyukur dapat teacher macam sir. Hehe Wahh, syaza baca ni mesti jelez. Sorry kawan. Hee


p/s: U must never give up. Don't be discouraged. Motivation comes from within. Only u hold the keys to ur destiny!!! =)
post signature

Tuesday, October 19, 2010

CINTA ALLAH YANG ABADI

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~


Ya ALLAH..
Jika aku jatuh cinta..
cintalah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu..
agar bertambah kekuasaanku untuk menyintaiMu..

Ya MUHAIMIN..
Jika aku jatuh hati..
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang tertaut padaMu..
agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu..

Ya RABBANA..
Jika aku jatuh hati..
jagalah hatiku padannya..
agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya RABBUL IZATI..
Jika aku rindu..
rindukanlah aku pada seseorang..
yang merindui syahid di jalanMu..

Ya ALLAH..
Jika aku menikmati cinta kekasihMu..
janganlah kenikmatan itu melebihi..
kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya ALLAH..
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu..
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh..
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..

p/s: Kuatkan imanku Ya Allah..
post signature

Tuesday, October 12, 2010

10 PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM

بسم الله الرحمن الرحيم




Akibat daripada orang Islam tidak memahami akidah Islam yang sebenar, kadangkala mereka melakukan perkara2 yang boleh membatalkan Islam mereka, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak faham ataupun mereka tidak tahu.

Maka kita dapati dalam masyarakat kita, sekalipun ramai orang yang mengetahui apa itu perkara yang membatlkan wudhu', apa itu perkara membatalkan solat, yang membatalkan haji, yang membatalkan puasa, tetapi malangnya mereka tidak tahu apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadah yang telah mereka ucapkan ataupun membatlkan Islam itu sendiri.

Jika dilihat dari segi aturan- haji, zakat, puasa, solat, semuanya itu berada selepas daripada ucapan syahadah. Bagaimana mungkin seorang muslim memahami perkara2 yang membatalkan solatnya, membatalkan zakatnya atau membatalkan puasanya atau hajinya, tetapi dalam masa yang sama dia tidak mempelajari apakah perkara yang membatalkan dua kalimah syahadahnya yang sekali gus boleh meyebabkan terbatal kesuluruhan Islamnya.

Inilah penjajahan pemikiran yang diterima oleh kita. Di masjid dan surau, guru2 lebih menumpukan kepada soal fiqah, soal2 batalnya solat, soal2 batalnya puasa sehingga kadangkala mereka terlupa untuk mengajar murid2 mereka ataupun orang ramai apakah perkara yang boleh membatalkan Islam seseorang.

Dan kesan batalnya Islam itu lebih besar daripada batalnya sembahyang ataupun batalnya puasa kerana batalnya sembahyang atau puasa boleh diganti tetapi batalnya Islam menyebabkan seseorang itu murtad dan terkeluar daripada Islam!

Ramai para pemikir Islam memikirkan hal ini, sehingga maulana Abul Hasan 'Ali An-Nadwi menulis sebuah buku atau risalah yang mengigatkan orang Islam, sehingga beliau menamakan risalah itu sebagai Riddah la Abu Bakrin laha (''Murtad yang tidak ada Abu Bakar menghadapinya'').

Pada zaman dahulu, apabila berlakunya murtad, Allah SWT telah membangkitakan Abu Bakar as-Siddiq yang merupakan khalifah Rasulullah s.a.w. yang bertanggungjawab menghadapi golongan murtad. Pada zaman in ramai orang Islam yang murtad dan tiada siapa pun yang peduli. Bahkan murtad itu dilakukan secara terang2an.

Apabila kita menyedari hal itu, maka semua para ulama dan semua kita yang sedar hendaklah berusaha memahami aqidah Islam. Saya begitu tertarik dengan apa yang dilakukan oleh bekas mufti Arab Saudi iaitu Sheikh Abd Aziz Abdillah bin Baz (rahimuhullah) yang sudahpun meninggal.

Apabila mereka mengeluarkan risalah untuk jemaah haji dan umrah yang datang menunaikan haji dan umrah yang dinamakan sebagai Dalilul Hajjiwal-mu'tamir (''Panduan Haji dan Umrah''), beliau memasukkan didalamnya terlebih dahulu perkara2 yang membatalkan Islam kerana menyedari bahawasanya seseorang apabila menunaikan haji, sedangkan Islamnya batal, hajinya tidak memberi sebarang manfaat kepadanya kerana syarat kepada kesahihan amal ataupun syarat diterimanya sesuatu amal soleh yang pertama hendaklah betul aqidahnya. Kedua ikhlas kepada Allah SWT dan ketiga menepati apa yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Saya akan menyebut sepintas lalu perkara2 yang menjadi penyebab utama di zaman ini yang disenaraikan didalam risalah tersebut yang menyebabkan batal Islamnya, yang dinamakan sebagai nawaiqidul Islam (perkara2 yang membatalkan Islam).

1. SYIRIK
2. PERANTARA
3. ENGGAN MENGKAFIRKAN
4. YAKIN YANG LAIN
5. MEMBENCI SYARIAT
6. MEMPERSENDA ISLAM
7. SIHIR
8. BANTU KAFIR MUSUHI ISLAM
9. KECUALIKAN DARI SYARIAT
10. BERPALING DARI AGAMA
 

(Dr Mohd Asri Zainul Abidin, 10 Perkara Batal Islam & Apa Itu Syirik) 


Berdasarkan penerangan diatas, saya tidak pasti poin no 3, huhu. Apakah maksudnya? Enggan mengkafirkan?

Walau bagaimanapun, kita sebagai umat Islam tidak boleh memandang enteng terhadap 10 perkara di atas.


Perkara2 tersebutlah yang menjadi asas kepada pembatalan Islam seseorang itu.

Wallahua'alam.

p/s: Perkara2 yang membatalkan iman pernah belajar kat sekolah time F4 tahun lepas. Hee.
post signature

RINDU BLOG

بسم الله الرحمن الرحيم

ASSALAMUALAIKUM..


Rindu blog.
Dah lama tak update cuz busy sangat, huhu.

Bulan sembilan langsung tak update apa2. Hrrmmmm.
Tak apalah. Tumpukan dulu kat SPM tu.
Pasni nak update tiap2 hari pun takpe. Hoho.

post signaturep/s: Post apa ni? Huh. =_=''