Monday, December 26, 2011

BILA DAH BERPISAH

Assalamualaikum~


Haishh, bila dah berpisah macam ni lah jadinya. Susah nak jumpa even masing2 dah cuti sem. Kalau dulu, hampir setiap hari jumpa! Tapi sekarang, payah bebenor~


Emm, mula2 nak taip entri ni, takde tajuk yang sesuai. Last2, tajuk yang terpampang kat atas tula yang saya rasakan sesuai. Ahaks! xD


Rasanya korang semua pernah alami situasi yang macam saya hadapi sekarang ni. Tak pun, korang BAKAL hadapinya nanti! Tapi, kalau tak hadapi rasanya lebih baik. Tapi selalunya benda macam ni akan hadapi juga suatu hari nanti. Tunggu masa je. Tapi, kalau korang tak hadapinya juga, memang cayalah!~ WINK, =P


Ok, let me get straight to the point k~ ^_^




Macam ni, yela, bila dah cuti sem macam ni mesti nak jumpa kengkawan lama kan? Dah berbulan gak la tak jumpa diorang. Of course lah rindu. Sejak masing2 dah ada haluan masing2, belajar pun dah jauh2 hingga ke hujung benua nun jauh di sana. Ok tu maksudnya Johor. Heh. = =, And lagi satu cuti sem pun dah tak sama. So, susahlah nak jumpa.


Then, tetibe baca status diorang yang diorang tengah cuti Krismas sekarang ni, apa lagi, bak kata aforisma Melayu, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, sesuai ke ni? teruslah text diorang ajak jumpa.


Dalam TUJUH orang yang saya text, DUA orang je yang boleh join. Huaaa. Mula2, agak sedih dan kecewa la. Tapi, kenalah terima hakikat. Betul tak? Masing2 ada alasan sendiri, yang sorang tu ada kat kampung, yang sorang tu still kat Penang, tak dapat balik sebab cuti just 3 hari je, yang sorang tu still dekat Melaka, alasan sama macam tadi, yang sorang tu dah pokai -.-, and lagi sorang tak reply. Saya beranggapan dia tengah sibuk, takpun takde kredit. Positive thinking huh?
[credit]
So, total up TIGA orang kesemuanya. ^_^


Kitorang pun tunggu bas kat tempat biasa untuk pergi ke destinasi yang dinanti2. Bayangkan, pukul 11 kitorang tunggu, kitorang sampai kat destinasi tu pukul 1 lebih!


#kitorang = kami.


AKTIVITI MENUNGGU
*Pembacaan ini memerlukan daya kefahaman yang tinggi~


Akhirnya, kenderaan yang kitorang nanti2kan tu dah tiba. Then, masa kitorang nak bayar duit kat uncle bas tu, uncle tu suruh turun, naik bas yang datang dari arah sana. Katanya, lagi cepat dik, tak payah nak tukar2 bas. So, kitorang pun tunggulah kat seberang sana. Tunggu punya tunggu, bas lain pula datang dari arah asal yang kitorang tunggu tadi. Tak sempat nak tahan bas tu,  bas tu pun blah macam tu je. T_T. Tunggu punya tunggu lagi, kitorang dah nak give up. Macam dah takde bas je yang lalu lalang kat situ. Last2, kitorang tunggu kat tempat asal balik. Lama gakla lepas tu, barulah ada bas sampai. Dan nak tahu tak, nombor siri bas tu sama je macam bas mula2 tu. Kitorang tetap gak kena tukar bas untuk sampai ke destinasi tu gak. Aishh~ =.=''


Tak faham? Ehe. Buat2 faham jela ye. ^^,


Alhamdulillah~


DESTINASI TERSEBUT
Akhirnya, kitorang pun sampai. Anyway, kitorang dah pernah pergi dah tempat tu. Tapi en, bas yang kitorang naik tu berhenti kat tempat yang agak jauh dengan tempat tu. Terpaksalah kitorang lintas jalan raya. Then, kitorang sesat tak jumpa pintu masuk! HAHA. Pusing punya pusing, barulah jumpa, itu pun hasil pertolongan sorang pakcik tu. LOL. Sepanjang perjalanan tu kitorang sembang and luahkan macam2 perkara. What a relief!


PERANCANGAN
Mula2, kitorang booking ticket wayang. Then, g makan. Perut dah mendendangkan macam2 lagu dah time tu. Emm, pasal makanan yang kitorang makan tu, takdelah sedap mana. KFC juga yang lagi sedap~ Pastu solat Zohor. Pusing2, kejap tingkat 5, then turun tingkat 3, naik pulak tingkat 4, naik lagi ke tingkat 7 and so on. =P


SHERLOCK HOLMES
Dr. Watson and Holmes. What a cute couple!
Part ni lawak. LOL!
Best kot! Suka sangat2 bila cerita yang berkaitan dengan penyiasatan macam ni. Tak jadi nak tidur time tu. Hee. Tapi, yang kitorang frust sangat tu sebab kitorang terlewat 20 minit! Ada beberapa perkara yang tak dapat nak dielakkan.


*****************************************************************************************
Saya taknak lah cerita semua perkara yang saya buat kat sana. Actually, malas nak taip. Lalala~ Perkara yang paling saya puas hati ialah dapat berjumpa dengan diorang. Memang borak habislah. Macam2lah kisah baru yang saya dengar. Alhamdulillah, diorang still macam dulu dan persahabatan ni pun insyaAllah akan sentiasa erat walaupun jarang berjumpa lepas ni. Masing2 luahakan pasal pelajaran masing2. Lagi pun diorang punya result exam dah keluar. Not bad laa. Yang saya punya je tak tahu lagi. Dupdapdupdap.


HADIAH
Memandangkan adik saya dah dapat result yang cemerlang dalam PMR baru2 ni, so saya belikanlah dia hadiah. Dia pun nampak happy je dengan hadiah tu. Baguslaa~ Kalau nak ikutkan perancangan saya, saya nak suruh dia tukar sekolah, dari SAMTEN ke KISAS. Hihi. Tu memang saya dah plan lama dah memandangkan saya memang tak layak masuk situ. :3


UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA~
Saya cuma nak bagitahu, yang saya rindu korang sangat2! Saya doakan setiap daripada korang akan berjaya dalam bidang yang korang ceburi. Mudah2an korang akan berjaya duniawi dan ukhrawi. Yang penting, kita sebagai umat Islam jangan lupa akan tugas kita sebagai khalifah dan hamba Allah. Mudah2an kita semua dapat mencapai mardhatillah Allah di atas muka bumi ini dan dimatikan sebagai orang yang beriman. InsyaAllah.



Rasanya tu jela kot. Gembira dapat jumpa korang. Harap2 bila ada masa free lain kali, boleh buat reunion and make sure semua orang kena hadir!


Ilalliqa'

p/s: pecah perut bila gelak2. xD
2nd p/s: kat dalam cinema tu kitorang je yang lebih2 gelak and gelabah. Semua yang lain bajet hot nak serious lak. 

post signature

Saturday, December 24, 2011

PHASES OF STUDY

ASSALAMUALAIKUM! ^_^
p/s: okey, itu yang aku hadapi sekarang. fufufu :3
2nd p/s: nasib baik lah dah habis baca novel yang cikgu bagi tu walaupun agak memeningkan. @_@
post signature

Wednesday, December 21, 2011

^_^

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada seorang pemuda yang sifatnya sangat pemarah.

Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. 


Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.

Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.


Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatanmu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal."

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakkanmu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.
[c&p]

"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda." 


p/s: asif~ ^_^
post signature

Tuesday, December 6, 2011

ADA APA DENGAN HARI NI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarokatuh~ =D


Kita mulakan dulu pembacaan kita dengan ummul kitab Al-Furqan.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Amin~

Ehem3, ada apa dengan cinta hari ni? Ce teka, ce teka~
Nak kata hari ni hari Selasa, yup semestinya. Nak kata hari ni ada movie baru keluar, entahlah. Nak kata hari ni tarikh cantik, emm, takdelah cantik sangat. 6/12/2011 je pun. Rasa macam biasa je. Nak diikutkan tarikh 7/12/2011 lagi cantik. HAHA! =P. Nak kata hari ni saya kahwin, lagilah mustahil.


Ok, udah2 la tu ye. Cuba kita check balik kat kalendar Hijrah. Semalam dah 9 Muharram yang juga dikenali dengan Hari Tasu'a dan hari ni merupakan 10 Muharram. GOTCHA! Actually hari ni merupakan hari 'Asyura. Apa itu 'Asyura?

Hari Asyura itu ialah hari kesepuluh setiap kali selepas menjelang tahun baru dalam kelendar Hijriah. 




Rasulullah S.A.W. menggalakkan kita untuk berpuasa pada hari tersebut.


Daripada 'Aisyah r.a berkata yang bermaksud: 
“Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari 'Asyura, dan Rasulullah SAW juga berpuasa pada hari 'Asyura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari 'Asyura lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya".  
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
CHOOPPP, perasan tak dalam hadis kat atas tu ada dinyatakan bahawa ini merupakan amalan orang2 Quraish yang berpuasa pada 10 Muharram. So, adakah kita dikira sebagai meniru mereka?


Ibn 'Abbas meriwayatkan yang bermaksud: 
“Apabila Nabi S.A.W. datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura, lalu Baginda bertanya: "Apakah ini?". Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda SAW bersabda: "Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu," maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa”. 
(Riwayat al-Bukhari)
So, kita SEBAIKNYA berpuasa didahului dengan berpuasa pada Hari Tasu'a (9 Muharram) agar tidak menyerupai amalan orang Yahudi, yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura sahaja.


Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharram dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” 
(Riwayat Al Baihaqi)
Rasulullah S.A.W. juga bersabda yang bermaksud:
“Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan berbezalah dengan orang-orang Yahudi iaitu puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.” 
(Riwayat Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)
Jadi, kita juga disunatkan untuk berpuasa sebelum pada hari 'Asyura, iaitu pada hari Tasu'a iaitu hari yang kesembilan bulan Muharram berdasarkan riwayat daripada Abdullah bin Abbas r.a. berkata yang bermaksud: 
"Dahulu, ketika Rasulullah S.A.W. berpuasa pada hari 'Asyura dan Baginda memerintahkan (para sahabatnya) untuk melakukan puasa itu, mereka berkata: "Ya Rasulullah! Bukankah hari Asyura itu hari yang di agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani?" Maka Rasulullah S.A.W. bersabda: "Apabila pada tahun yang akan datang, InsyaAllah kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan" Berkata Abdullah bin Abbas: "Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah s.a.w. telah pun wafat." 
(Hadis riwayat Muslim)
Pada hakikatnya, Rasulullah berniat untuk berpuasa dua hari, iaitu hari kesepuluh ('Asyura) dan kesembilan (Tasu'a). Akan tetapi, belum sempat melakukan, Baginda sudah wafat. Menurut Imam al-Nawawi, Imam al-Syafii, Ahmad, Ishak, disunnahkan berpuasa pada tanggal ke-sembilan dan sepuluh, sebagaimana keterangan hadis diatas. Pada tanggal sepuluh, bererti sunnah fi’liyah (perbuatan), dan pada tanggal Sembilan termasuk sunnah kauliyah (niat).

Daripada Ibn Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: 
"Sekiranya aku masih hidup hingga tahun hadapan, nescaya aku pasti akan berpuasa pada hari ke-9". 
(Riwayat Muslim).
Para ulama menyebutkan bahawa hikmat disunatkan berpuasa pada hari Tasu'a itu daripada pelbagai aspek: diambil dari SINI. Syukran, jazakallah~ =)


1. Bagi menyalahi atau membezakan amalam orang-orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari 'Asyura (Sepuluh Muharram) sahaja. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: 
"Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura dan buatlah perbezaan padanya dari orang Yahudi dengan berpuasa sehari sebelumnya atau sehari selepasnya”. 
(Hadits riwayat Ahmad)
2. Bagi maksud berhati-hati berpuasa pada hari 'Asyura kerana kemungkinan berlaku kesilapan kekurangan dalam pengiraan anak bulan. Maka dengan itu hari kesembilan Muharram itu dalam pengiraan adalah hari yang kesepuluh Muharram yang sebenarnya.


3. Bagi maksud menyambung puasa hari 'Asyura dengan satu hari puasa yang lain kerana tegahan Rasulullah S.A.W. berpuasa satu hari sahaja seperti berpuasa pada hari Jumaat. Walaupun begitu, tidaklah menjadi apa-apa jika hanya berpuasa sehari sahaja padahari 'Asyura. (lihat I`anah Ath-Thalibin 2/301)


Oleh kerana itu disunatkan juga, jika berpuasa pada hari 'Asyura tanpa berpuasa pada hari Tasu'a, supaya berpuasa pada hari kesebelas Muharram. Bahkan Imam Syafie menyebutkan di dalam Kitab Al-Umm dan Al-Imla' disunatkan berpuasa tiga hari tersebut iaitu hari kesembilan (Tasu'a), kesepuluh ('Asyura) dan kesebelas bulan Muharram.


*********************************************************************
credit
Kalau kat atas tadi kita bincang pasal hari Tasu'a, bagaimana pula dengan hari 'Asyura? Setiap perbuatan yang Rasulullah S.A.W. galakkan mestilah ada fadhilatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan hari 'Asyura ni. Antaranya ialah apa yang telah diriwayatkan oleh Qatadah, maksudnya: 
“Bahawasanya Rasulullah S.A.W. ditanya tentang puasa hari 'Asyura, lalu Baginda S.A.W. menjawab: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu". 
(Riwayat Muslim).

Malah, perkara ini juga telah disebut oleh Ibn Abbas bahawa beliau pernah ditanya tentang puasa pada hari 'Asyura ini, lalu beliau berkata yang bermaksud: 
“Aku tidak pernah ketahui bahawa Rasulullah S.A.W. berpuasa sehari kerana mencari kelebihannya di atas hari-hari yang lain kecuali pada hari ini (10 Muharram), dan Baginda tidak berpuasa sebulan kerana mencari kelebihan ke atas bulan-bulan yang lain kecuali bulan ini, iaitu: Ramadhan”
(Riwayat Imam Muslim)
So apalagi, jom grab peluang ni! Yoshhh~ Walaupun post ni nampak macam dah lewat sepatutnya kena post hari Ahad hari tu, tapi takpelah, kita berazamlah untuk berpuasa pada kedua2 hari ni tahun depan. InsyaAllah kalau kita masih celik~


Sebelum saya mengakhiri post kali ni, meh saya nak bagi lagi satu hadis dengan sanad yang sahih yang telah diriwayatkan oleh Jundub bin Sufian bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya: 
"Sesungguhnya solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat pada waktu tengah malam dan puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa di bulan Allah yang kamu panggilnya Muharram"
(Hadis riwayat Imam al-Nasa'ie)
ilalliqa'~


makanan hiasan
p/s: bubur 'Asyura sedap kotttt~ YUMMY. xD
post signature

Sunday, December 4, 2011

DECEMBER'S FIRST POST

Assalamualaikum sahabat-sahibah sekalian~ Apa khabar iman anda hari ini? ^__^


Before that, Happy New Hijri year 1433 to all muslims. May it be a blessed, happy and joyful year for you all~!
credit
Wahhh, dah berhabuk kot blog ni, ayat cliche~ Seriously, last month memang takde masa pun nak jenguk blog ni sangat. Terlalu busy dengan kehidupan di KMB. yeke? Apa2pun sekarang dah habis exam sem 1. Fuhhh, alhamdulillah, kita tawakkal jela ye.


Allah tak pandang pada hasil, tapi usaha.


Walaupun dalam realiti kehidupan kita sekarang, mentaliti manusia akan tengok pada result sesuatu tu. Eventhough, korang dah berusaha sedaya mampu korang~ sigh


Actually, takde apa2 sangat pun kat post kali ni. Gatal lak tangan ni nak menaip. Al maklumlah, dah lama kot blog ni dah tak terupdate. Jari2 ni pula dah kebas asyik menaip lab report, takpun assignment yang teacher bagi.


Nak mula menaip balik macam ni memang susah. Ambil masa beberapa hari jam minit nak fikirkan apa yang patut di taip. Ala, macam sekarang ni la. Takde topik pun yang difikirkan sesuai. Membebel je lebih. = =,


............................. tengah stuck


emmm, apa ek.........
Emm, alang2 dah taip ni, izinkan saya berkongsi sebuah cerita. Tapi, saya ingat2 lupa la cerita ni. So, betulkan saya kalau ada salah. =D


Prapppp~ bunyi tulang patah. betulkan postur badan. Start menaip.




Alkisah bermula pada suatu pagi yang hening, seorang hamba Allah ni sedang berjalan2 kat dalam hutan. Udara masa tu sungguh nyaman. Sedang hamba Allah ni menghirup udara yang nyaman tu, dia terdengar ada satu bunyi yang datang daripada arah timur. 


click here!


apa pandang2? rawrrrr~
Rupa2nya itu adalah bunyi harimau yang sedang kelaparan. Tunggu masa sahaja untuk membaham mangsanya~  Jadi, apa lagi, hamba Allah tu pun berlari untuk menyelamatkan dirinya. 


Rezeki pun dah terhidang kat depan mata. Harimau tu pun apalagi, dia pun kejarlah untuk mengenyangkan dirinya.


Kejarrr, kejar dan terus berkejaran.


Sifat seorang manusia, yang sentiasa takut apabila ada yang lagi kuat cuba untuk menentang. Hamba Allah tu pun lari tanpa arah tujuan. Dalam hatinya, dia berdoa memohon keselamatan daripada Allah. Hinggalah satu tempat tu, dia ternampak sebuah perigi. Dia ambil keputusan untuk menyorok dalam perigi tersebut. Kebetulan pula, dalam perigi tu terdapat seutas tali dan sebuah timba. 


Hamba Allah ni pun bergayutlah kat tali pendek tu.


Dengan kuasa Allah, harimau tu dapat tahu yang hamba Allah tu menyorok dalam perigi. Harimau tu pun pergi ke mulut perigi tu dengan hasrat untuk membaham hamba Allah tu. 


Malang sememangnya takde bau.


Tengah hamba Allah tu fikir macam mana nak selamatkan dirinya, tetibe dia terdengar air berkocak kat bawah. Rupa2nya ada dua ekor buaya yang sedang menanti mangsanya. apa buaya tu buat dalam perigi? 


gambar hiasan
Aaaaarghhh, ya Allah, lagi seramlah dibuatnya. Ibarat telan mati emak, luak mati bapak. Betulke ni? Hamba Allah tu tersekat antara dua pilihan. Nak masuk mulut buaya ke nak masuk mulut harimau. Opss, lari topik~ 


Hamba Allah tu tersekat antara kedua2 pemangsa tu. Kat atas ada harimau, kat bawah pula ada buaya. Apalah nasib~


Jadi, hamba Allah ni pun perahlah otaknya untuk cari jalan keluar daripada masalah ni. Sedang dia dok fikir, tetibe keluar seekor tikus putih dari celahan lubang perigi tu. Tikus tu pun bergayut la atas tali tu. Sampai kat atas, tikus tu pun gigit tali tu pula.


gambar hiasan
Hamba Allah tu dalam kebuntuan. Sudahlah jatuh ditimpa tangga, bergolek2 pula tu. Tiba2, seekor tikus hitam pula keluar. Lagilah parah. Tikus tu pun turut ikut kawan dia yang sorang tu gigit tali tu.  Habislah aku, hamba Allah tu bermonolog sendirian.


Buzzz, buzzzzz, buzzzzzz.


Hamba Allah tu terdengar satu bunyi yang datang dari atas mulut perigi tu. Rupa2nya itu adalah bunyi sekawan lebah! Yup, diorang tengah bawa madu. Hamba Allah tu pun mendongak ke atas untuk melihat lebah tu. Ditakdirkan Allah, waktu tu madu tu terjatuh lalu masuk ke dalam mulut hamba Allah tu. Punyalah nikmat yang tak terkata. Sehingga menjilat jarilah katakan. 


Akibatnya, hamba Allah ni lupa yang dia sedang berada dalam saat getir. Kerana setitik madu tu, dia lupa bahawa harimau sedang lepak kat mulut perigi tu dan buaya sedang mandi dalam perigi tu. 




THE END????


Tamatlah sudah kisah tersebut. So, dapat tak apa2 pengajaran daripada kisah tu??? ^___^


Emm, kalau korang nak tahu, hamba Allah tu sebenarnya awak kita semua, makhluk Allah ni. Harimau yang sedang kejar tu pula ibarat ajal kita. Hakikatnya, malaikat maut sentiasa menanti untuk menarik nyawa kita. Dua ekor buaya tu pula ibarat malaikat Munkar dan Nakir  yang menyoal kita dalam kubur. 


Tali tu pula adalah jangka hayat hidup kita. Kalau panjang tali tu, panjanglah jangka hayat kita ni. Tikus hitam dan putih tu pula bak siang dan malam yang silih berganti yang akan mengahakis umur kita sehari demi sehari. Madu, ibarat nikmat dunia sekarang. Bila kita dah dapat nikmat tu je, terus kita lupa pada Pencipta kita, terus kita lupa yang kita ni hanyalah hamba Allah yang kerdil. Waktu susah je baru terhegeh2 nak ingat kat Allah. Bila dah dapat nikmat segala bagai, kita lupa nak bersyukur. Kita jadi lalai, lagho, lupa diri. Padahal kita ni hanyalah hambaNya yang lemah. Yang sentiasa memerlukanNya dalam menjalani kehidupan. 


Astaghfirullah~


Renung2kanlah~ 

p/s : kutiplah hikmahnya. Semoga bermanfaat. xD

post signature

Friday, November 18, 2011

EXAM SEMESTER 1

بسم الله الرحمن الرحيم

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-


Yours faithfully,
                                                                                                                                             post signature

Sunday, October 9, 2011

ANTARA DUA PILIHAN

بسم الله الرحمن الرحيم


emm, nak keluar ke tak nak?

nak keluar ke tak nak??

nak keluar ke tak nak???

nak keluar ke tak nak????

nak keluar ke tak nak?????


huh, pening.!!!


Ya Allah bantulah hambamu ini dalam membuat keputusan yang betul dan terbaik buat hambaMu ini. =')

post signature

Friday, October 7, 2011

RINDU!

Assalamualaikum~


Wahh, dah lama kot tak update blog ni. Kalau nak diikutkan, boleh je update kat KMB tu sebab abah dah belikan broadband. Tapi, entahlah, tak tahu nak update apa sebenarnya. Act, malas. =P


Dan sekarang saya berada dekat rumah. Hampir sebulan lebih dah tak balik rumah. Ni rekod baru ni! Tepuk tangan untuk diri sendiri. xD. Mata pandang atas, tangan di dada. HEHH~


Tapi, bila ada dekat rumah ni, semua yang saya plan sebelum balik rumah dah terbang hilang kemana. Huahuahua. Yela, before balik rumah, punyalah sungguh2 tanamkan azam dalam diri nak siapkan hw, buat revision segala bagai. Tapi, macam tak berjalan je. hihi. InsyaAllah, after lepas post entry ni, bersiap sedialah untuk menghadap nombor2! Math HL oh Math HL. 


Btw, bercakap pasal mathematics, sekarang saya tengah dalam dilema sama ada nak pilih math HL or math SL. Kan bagus kalau pihak KMB mewajibkan semua pelajar pilih math HL math SL je. Tak payahlah ktorang semua nak susah2 buat pilihan. 


Nak pilih mana satu ni?
Life is about making choices


Emm, tapi itulah, semua perkara mesti kena buat pilihan. Alaa, macam masa mula2 saya nak masuk KMB dululah. 


Masalahnya sekarang, ada ura2 mengatakan, kelas akan dirombak balik bila masuk sem 2 nanti. Budak2 Math HL akan ditempatkan dalam satu kelas yang sama dan begitu juga dengan budak2 math SL. Seriously, saya taknak berpisah dengan budak2 M11K. Bukan senang nak rapat dengan seseorang tu. Then, bila dah tukar kelas, of kos lah kena cari kawan2 yang lain. Jangan salah faham ok. Cuma, bila dah tukar kelas, priority untuk cari kawan yang sama kelas lebih senang supaya nanti takdelah keseorangan. Korang faham tak? haha. Buat2 faham sudahlah ye~


Sebenarnya, saya dah buat pilihan yang saya nak ambil Math HL. InsyaAllah. Cuma sekarang ni terpulang kepada result exam sem nanti. Emm, cuak pun ada. Huhu. Dan rasanya requirement universiti yang saya dapat tu pun rasanya nak Math HL. Adehh, lupa pula. Tak sure pun ada. @__@. Sebab ada kawan saya kata universiti tu taknak Math HL pun. Mana satu yang betul ni???


Tapi, apa2pun, just wait and see. =)


Dan nak tahu something tak? 
Adik saya yang nombor 2 tu tengah menduduki PMR. HAHA. Bila teringat balik, PMR tu bukannya susah sangat pun. Ngee~ So, doakan adik saya berjaya ye. Jazakumullah~


Emm, rasanya sampai sini jela entry kali ni. Merepek je lebih. Muahaha~ 
Ilal liqa'. =D

p/s: nak promote kat korang jap, hehe~ korang jangan lupa baca novel Tautan Hati. Sebenarnya novel ni dah lama dah, tapi baru tahun ni ada kesempatan saya nak baca. Best sangat! Banyak perkara yang saya dapat melalui pembacaan tu. Nak tahu apa? Korang bacalah sendiri. XD.

post signature

Saturday, September 3, 2011

PERSOALAN

Assalamualaikum~


Kali ni saya nak share sedikit satu story ni yang saya dapat daripada adik saya. Jangan ingat seorang kakak tak boleh belajar daripada adik. Hee~ Enjoy!


(Kisah ni diubah sedikit mengikut kesesuaian saya)


Al kisah bermula di sebuah surau yang hening, masa tu ada seorang Pak Imam yang baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu. Tiba2, Pak Imam tersebut disapa oleh seorang pemuda. Lalu, jadilah perbualan seperti berikut :


"Pak Imam, asif jiddan. Saya nak tanya ni, 3 soalan yang sering membuatkan saya tertanya2"


"Silakan nak, insyaAllah saya boleh menjawabnya."


"Pak Imam yakin? Padahal banyak professor dan orang2 pintar yang saya jumpa tidak mampu menjawabnya. Malah, membuatkan saya makin bingung adalah"


"Saya akan cuba sebaik yang mungkin. InsyaAllah"


"Emm, pertama, kenapa ek Allah nak humban syaitan masuk ke neraka? Walhal, syaitan juga dicipta daripada unsur yang sama iaitu api. Tentulah tidak menyakitkan buat syaitan. Adakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?"


"Soalan kedua pula, kalau betul Tuhan tu ada, bolehkah Pak Imam tunjukkan kewujudan Tuhan itu kepada saya?''


"And last but not least, apakah yang dinamakan takdir?"


Pak Imam tu pun tarik nafas panjang2. Kemudian mendiamkan diri untuk seketika.


Tetibe, PANGGGGGG!~


Satu tamparan hebat dilontarkan oleh Pak Imam tersebut kepipi pemuda itu.


"Aduhhh, sakitlah. Huuuu~"


"Ha! Tahupun sakit, padahal tangan saya ni pun kan kulit juga. Pipi kamu tu pun kulit juga. Tapi, kamu still rasa sakit jugakan? Macam tulah syaitan bila masuk kedalam api neraka. Syaitan tu pun rasa sakit juga walaupun mereka juga diciptakan daripada api! Itulah kuasa Allah."


"Lepastu saya nak kamu fikir, kamu mesti rasa sakitkan akibat penampar saya tu? Jadi kamu percaya bahawa sakit itu ada?"


"Sudah semestinya!!!"


"Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu dan bagaimana rupa sakit itu."


"Mana boleh Pak Imam"


"Ha! Macam tulah juga Tuhan. Kamu sentiasa rasa yang Dia senantiasa bersama kita, memerhatikan hamba2Nya. Kita semua tetap tak nampak Dia. Tapi, itu bukan bermakna Dia tak wujud. Kita mampu merasakan kewujudan Tuhan itu sendiri tanpa melihat kewujudanNya"


"Dan untuk soalan yang terakhir tu, saya nak tanya. Kamu tahu tak saya nak tampar kamu lepas kamu tanya soalan2 tu"


"Tak!" sambil memegang pipinya yang kemerahan itu.


"Ha! Macam tu jugalah. Kita tak boleh nak duga apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Itulah dinamakan sebagai takdir!"


"Allahuakbar!!!"


Pak Imam tu pun tersenyum.


-THE END-

p/s : semoga mendapat manfaat. =)
post signature

Monday, August 29, 2011

SYAITAN DAH TERLEPAS!

ASSALAMUALAIKUM SEMUA~


Alhamdulillah, dapat juga lah saya menulis menaip entri yang kedua untuk bulan ini. Sekurang2nya saya masih diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi.


Gambar hiasan.
Sebelum tu, cuba tengok tajuk tu dulu, korang mesti dah tahukan yang saya nak cerita pasal berakhirnya bulan Ramadhan. Sobx3. Sedih sangat sebenarnya bila kita terpaksa berpisah dengan bulan Ramadhan. Lepas ni, kita kena hidup dengan bulan2 yang lain pula dan sudah tentu cabarannya lagi banyak dan HEBAT!


Sebenarnya, entri kali ni merupakan muhasabah untuk diri saya sepanjang saya berada di madrasah Ramadhan kali ini atau nak lagi hebat? University of Ramadhan! =)


Emm, sebenarnya Ramadhan kali ini agak berlainan dengan sebelum2nya sebab saya berpuasa, bersahur dan berbuka diKMB yang sudah tentu membawa suasana yang cukup berbeza bagi saya. First time saya dapat berbuka dengan rakan2. 


PERASAAN.
Of course la happy sangat2. Sebab secara tidak langsung, iftar bersama rakan2 ni dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita. Dan perkara yang tak boleh saya lupakan bila saya dapat iftar dengan kakak2 senior dan makan dalam dulang bersama mereka! Wahh, first time kot! Nampak je makanan dalam dulang tu sikit, macam tak cukup untuk TUJUH orang, tapi bila makan, alhamdulillah, rasa cukup je makanan tu. Sifat berkongsi pun wujud, takdelah gelojoh nak perhabiskan makanan tu sorang2.


Masa berbuka dengan kawan2 muslimat pun best sangat! Tak sangka pula gempak sampai macam tu sekali. Cuma apa yang saya kesalkan, ktorang macam banyak sangat gelak time berbuka kat bilik tu. Tapi tak boleh nak tahan, sebab benda tu kelakar sangat. HUHU. Sorry la kalau korang tak faham apa yang saya tengah merapu ni. hehe =P


Dan yang paling bestnya bila kelas M11K buat iftar. Bersungguh2 betul diorang makan. HAHA. Ktorang berbuka dulu dekat belakang surau, lepas tu solat Maghrib then baru berbuka dengan diorang. Lepas tu, perut dah penuh segala bagai, barulah pergi tarawikh. Tapi sebelum tu, kaum muslimin ada bagi tazkirah pendek.


BAZAR
PESTA MAKANAN KOT! Macam2 jenis makanan terjual. Kata je nak apa, pasti ada. Chewahh! 
Dekat KMB ni, kalau nak pergi bazar Ramadhan, makan masa juga sebenarnya sebab jarak bazar tu dengan KMB jauh gak la. Kena ambil masa 15 minit baru sampai. Kena lalu ladang kelapa sawit la, lalu kat titi lah, then lalu dekat kawasan perkampungan. Baru sampai. Letih gak sebenarnya~ Tapi once dah sampai bazar tu, terus rambang mata. HAHA. Manusia2. Bila fikir2 balik, banyak gak lah saya belanja masa bulan Ramadhan hari tu. HUKHUK. Banyak jenis makanan saya beli, hoho. TAPI, ni bukan untuk saya sorang je, makanan tu tentulah saya kongsi dengan kawan2 saya yang lain. Seronok bila tengok diorang makan makanan yang kita beli. HEE~


Tak lupa juga, kat KMB lah first time saya jaga bazar. Best gak lah. Sebab dapat experience jadi peniaga sekejap. HOHO. Masa kat sana saya berpeluang jaga bazar dekat kedai Sehati Serumpun dan HOPE. Dekat gerai SS tu saya berpeluang menjual tau fu fah, manakala dekat gerai HOPE pula jual burger. Sebenarnya macam2 gak lah perkara yang berlaku, tapi rasanya tak penting pun untuk diceritakan. Ngee~


TARAWIKH
Seperti biasa, alhamdulillah saya dapat menunaikan solat sunat Tarawikh untuk Ramadhan kali ini. Cuma tempat je yang berbeza dan surau tersebut dilengkapi dengan air-cond. Fuu~ 


CUMA~ kadang kala, bila jadi pelajar ni, banyak sangat homework dan kerja2 yang berkaitan dengan akademik. Ada sampai satu hari tu, tak pergi tarawikh sebab banyak sangat hw. HURMM~ Harap2 tahun depan boleh diperbaiki lagi. InsyaAllah~


TAZKIRAH
Dan apa yang membuatkan saya teruja adalah bila habis je 4 rakaat Tarawikh tu, ada tazkirah yang bakal disampaikan oleh budak2 kat KMB tu. Dan yang paling best sekali bila AIMAN AZLAN datang bagi tazkirah dekat surau An-Nur tu. Dia ni lah vlogger Malaysia yang terkenal dekat Youtube tu melalui penyampaiannya yang berunsurkan dakwah khusus untuk para remaja sekarang. Terkejut gak bila ada orang kata dia nak datang. Excited gle kot! xD


CUMA~ kadang2, mengantuk tu tak dapat nak di elakkan. Al, maklumlah, dari pagi sampai petang tak diberi peluang untuk merehatkan mata ni, masa tazkirah tu juga lah mata ni nak terlelap. Tapi, bergantung kepada tazkirah tu jugalah, kalau yang isi dia padat dan mantap, segar je mata ni macam time Aiman Azlan bagi talk hari tu. HEE =P


TADARUS, TADABUR
Lega juga bila dengar ada lagi majlis tadarus macam ni. Cuma kali ni first time masa tadarus tu buat sekali dengan tadabur. Tadabur ni lebih kurang kita cuba untuk tafsirkan ayat2 al-Quran yang telah kita baca tu. So, cara ni dapatlah kita tambah lagi pengetahuan kita tentang ayat yang dibaca. Takdelah kita just baca je tanpa mengetahui makna atau maksud yang cuba Allah sampaikan melalui ayat2 cinta tersebut.


CUMA~ ada waktu saya terpaksa uruskan bazar, so, tak dapatlah nak join. Dan kadang2 tu tertidur sampai petang, so, tak dapatlah nak join juga. HURMM~ Harap2 tahun depan boleh diperbaiki lagi. InsyaAllah~


LAIN2~
Emm, yang lain2 tu biarlah rahsia. Boleh pula macam ni. HEHEH~






HARI KEMENANGAN
Umum sedia maklum, esok, 30 Ogos bersamaan 1 Syawal bersamaan Hari Jadi adik bongsu saya bersamaan juga dengan hari2 yang kita nantikan iaitu Hari Raya Aidilfitri. Sejujurnya, mood raya tahun ni langsung tak ada! HUHU. Kemana menghilang pun saya tak tahu. Cuma yang pasti, saya belum bersedia nak berpisah dengan bulan Ramadhan, rasanya masih banyak lagi amalan yang belum sempurna. Mungkin salah saya juga kerana terlalu sibuk dengan hal2 duniawi, ditambah pula dengan test2 yang dilaksanakan oleh pihak KMB. Kadang2 stay up malam2 sebab nak study, tapi lupa untuk beribadah kepadaNya.


Dan tahun ni, abah pula tak dapat cuti. Raya dekat rumah jela nampaknya~ Ah, rindulah nak balik kampung. T_____T  


AMANAT TERAKHIR
di atas kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat blogger2 di seluruh Malaysia, tak lupa juga kepada rakan2 saya di seluruh Malaysia bajet famous lak dia ni, dan tidak lupa juga kepada anda yang sedang membaca blog saya yang tak seberapa ini! HEHE. Ampun maaf dipinta andai terkasar bahasa atau tersilap bicara. Sekian saja daripada saya. Semoga kita dapat berjumpa lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Taqaballahu minna wa minkum~ =)

p/s : teringinlah nak main bunga api!!!!
2nd p/s : rindulah dekat atuk yang selalu bagi pengumuman raya tu. Tapi dia dah bersara~ Tinggal kenangan jela. HUU~


post signature

KORANG RASA?

ASSALAMUALAIKUM~


Woahh~ This is my first entry for this month. Muahaha. Gelak bangga ke gelak sedih ni? Uhuk~


Back to the topic.


Pertama sekali, izinkan saya gelak sebentar. HAHAHAHAHAHA! Opss, terOVERlah pula. -.- syaitan mana pulalah yang geletek ni.


Apa point aku tetibe gelak ni?


Ehem~ entri kali ni just nak bagi tahu pandangan orang lain terhadap saya sepanjang dekat KMB! Banyak gak gelaran yang saya dapat. Pelik gak sebenarnya, sebab selama ni tak pernah pula digelar dengan gelaran2 yang sedemikian. *sigh~


Actually, saya tak kisah pun dengan semua ni sebab saya tahu ini adalah lakonan gurauan semata2 dan saya taknaklah ambil serious pasal benda ni. Cuma saya rasa benda ni lawak sangat. Aishh, tak tahulah kenapa. Mungkin masa sekolah menengah dulu lain, yup, lain sangat. 






Mengimbau masa lalu~
Time sekolah menengah dulu, ramai kawan saya kata saya ni baik, peramah, happy-go-lucky, alim padahal takdelah warak mana, mungkin sebab dulu saya sekolah harian biasa, faham2 jela ok ^^, rajin, pernah dapat anugerah dalam kelas tau, BUDAK PALING RAJIN, ngee~, suka nasihatkan orang, pendengar yang baik, skema, yup, skema. haha. tapi ni skema lain, bukan sebarangan skema ok. Ini mungkin disebabkan group saya dulu suka sangat study, stay back kat sekolah sampai petang, study dalam library, sampai cikgu pun kenal muka2 ktorang yang selalu WUJUD di library. hee~ Emm, nak lagi ke? Ada lagi, ada lagi. Then, diorang cakap saya ni macam budak2 tapi matang. Pelik tak? HAHA. 


Sudah2 lah dengan pujian tu Alyani oii~ Astaghfirullah~


Tapi bila ada dekat KMB, lain pula jadinya, diorang kata saya PENDING. Tu ayat yang tak boleh blah sekali. Nak gelak balik. HAHA. Actually, pelik gak sebenarnya. Tak pernah pun saya pending seteruk tu. Serious, tak tipu ni. MUNGKIN INI DIKATAKAN SEBAGAI KEJUTAN BUDAYA. Masuk akal tak? hee. Dan dekat sana, saya baru perasan yang ada certain word bila saya cakap laju2, bunyi dia jadi lain. Saya sedar bila kawan2 terbaik saya kat sana tegur. Pergh, baru sedar. Tak perasan pula selama ni. Tapi saya rasa benda ni baru jadi. *Termenung~


Lain2 gelaran yang saya dapat ialah budak pelik. Padahal diorang pun pelik. -.-' Yela, bila saya cerita saya suka baca novel, baca blog orang, baca apa2 jenis buku, diorang rasa saya ni lain. Nak gelak lagi. HAHA. Bagi saya ni normal, dah saya suka membaca. Nak buat macam mana. Tapi, diorang kata first time diorang jumpa orang macam saya.


Dan yang paling tak tahannya, boleh pula ktorang budak perempuan bagi gelaran dekat kelas M11K (kelas ktorang) BABUS N CO. Kalau mengikut Kamus Dewan, babu tu maksudnya orang yang bekerja sebagai pembantu rumah atau orang gaji. Ini mungkin disebabkan, dekat KMB tu banyak servis yang ktorang buat. Yeke ni? 


Tak ketinggalan, diorang pun kata saya ni macam budak2. Tapi rasanya ini saya setuju! HOHO. 


And lagi satu, diorang kata saya ni Along Muslimah. Korang mesti kenal kan dengan along yang selalu minta hutang tu. So, faham2 jela. Hik hik~


KONKLUSINYA~
WAH, entri ni pun ada kesimplannya ea. Ok, sebenarnya saya nak tekankan kat sini, pandangan manusia berbeza2 terhadap kita. Tak semua orang akan berpuas hati dengan apa yang kita cuba tampilkan. Pasti akan ada kedengaran suara2 orang yang memuji dan tak juga suara2 sinis yang mengkritik. Lumrah kehidupan, tiada siapa yang boleh lari. Kadang2, sebaik atau sebagus atau semantap mana pun anda rasa mengenai diri anda, tapi sedarlah, ada lagi manusia yang lagi baik, lagi bagus, lagi mantap daripada anda. Dan cuba renung2kan balik, manusia ni selalu berusaha untuk menjadi sempurna di hadapan makhluk Allah yang lain. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk nampak PERFECT! Sebab tu sekarang ni ada orang yang berani ambil botox, kadang2 tu boleh pula diorang gunakan ilmu hitam untuk tundukkan pesaing2 mereka semata2 untuk dapatkan nama dan pangkat. Bukankah perkara2 ni dah sinonim dengan masyarakat kita? Kadang2 tu ada kawan yang sanggup tikam kawan mereka sendiri demi kepentingan diri dan sering saja bersikap nafsi2. Inilah yang dikatakan kawan makan kawan~






Tapi, kita sedarkah pandangan Allah terhadap kita???
Pernahkah kita terdetik bagaimana penilaian Allah terhadap kita. Walhal, Dialah ketua segala ketua bagi kita, yang akan menentukan taraf dan pangkat kita nanti. Akhirulkalam, utamakanlah pandangan Allah terhadap kita. Cukuplah hanya Allah yang berhak menilai kerja2 kita di atas bumi yang fana ini. Fikir2kanlah. Wallahualam~

Syeikh Ali al-Khawas berkata: 
"Jika engkau sedang berada di jalan istiqamah, 
lalu seseorang memujimu, 
maka itu satu peringatan atas kekurangan dalam diri. 
Maka periksalah dirimu, 
carilah sebabnya kenapa manusia memujimu? 
Boleh jadi Allah melihat hatimu menyukai pujian, 
maka Allah memberikan pujian itu untuk mu 
sebagai satu2 nya balasan atas ibadah tersebut . 
Seperti seorang ayah yang menggembirakan anak nya 
dengan gelang dan kalung tiruan."

p/s : pengakuan jujur daripada saya, saya sayang sangat kawan2 saya di kelas M11K. saya datang ke KMB seorang diri dan alhamdulillah dapat bertemu dengan rakan2 sebaik mereka dan semoga mereka dapat membimbing saya. saya harapkan agar berhubungan ini berlandaskan jalan Allah. Ukhuwah fillah abadan abada~

post signature