Saturday, May 7, 2011

WHAT IS INSIDE MY MIND?

Assalamualaikum semua!


Huarghh. Mengantuknya. Melihat jam di laptop sudah menunjukkan pukul 2:56a.m. *waktu Malaysia. Hurmm~ Terasa nak buat solat tahajjud. Tapi, badan pula dilanda kemalasan melanda! Perghh, update blog boleh pula, buat ibadah 1001 alasan. UHUK -.-''


Nak kata mengantuk ya amat, tak juga. Entah la, macam2 benda yang sedang berpusing2 sambil menari2 dengan girangnya dalam fikiran saya ni. Nak cerita macam mana ea? 


Ah, esok sahaja laa saya update. Haha. Terasa nak baca novel la pula. > MUNAJAT CINTA. syok gitu!


p/s : MAAF. Kecelaruan minda berlaku. GRR. 

WINK3 @__@
post signature

Thursday, May 5, 2011

TAWARAN BAHARU KURSUS PERUBATAN DI IPT DIBEKUKAN

assalamualaikum~!


Ok, for the last few minutes, my dad asked me to open the Utusan Malaysia Online website. Then, he asked me to read the article about TAWARAN BAHARU KURSUS PERUBATAN DI IPT DIBEKUKAN.


To make it simple, i will post what I have read. ngee~

KUALA LUMPUR 5 Mei - Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan moratorium atau pembekuan ke atas penawaran kursus baharu bidang perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selama lima tahun sehingga 30 April 2016. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, moratorium itu dilaksanakan segera berdasarkan kepada peningkatan ketara bilangan graduan perubatan yang dikeluarkan IPT, kompetensi pegawai perubatan siswazah, tenaga pengajar dan Hospital Pengajar. 

Beliau berkata, pelaksanaan moratorium ini tidak sama sekali menjejaskan bilangan pegawai perubatan yang diperlukan negara kerana pengeluaran graduan perubatan dari 33 IPT sedia ada di samping graduan perubatan luar negara yang pulang ke Malaysia adalah memadai. 

"Malah ia diyakini mampu menghasilkan jumlah doktor perubatan yang mencukupi menjelang 2020 dengan nisbah seorang pegawai perubatan kepada 400 penduduk (1:400),” katanya. - Bernama

huh? What does it means? 

p/s : i need some explanation on this. Can someone help me??? -.-''

post signature

Wednesday, May 4, 2011

PEMUDA YANG IKHLAS DENGAN CINTA

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh~


Emm, hari ini saya nak share sebuah cerita pasal PERCINTAAN. Ya, sekadar renungan untuk kita semua. Keterujaan saya untuk post cerita ni berkemungkinan di sebabkan saya baru je habis baca novel. NOVEL CINTA? Betullah tu. HEHE~

Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masa di perpustakaan. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah novel yang ada tertulis nama dan alamat seorang gadis di salah satu halamannya: "Qaireena, ikhlas dan perlukan sahabat"


Setelah pulang ke rumah, dia menulis surat memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian dia menerima balasan. Gadis itu bersetuju berkawan dengannya. 


Hari bertukar minggu dan bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada sayang. Namun, mereka masih belum pernah bersua muka. Walaupun begitu, perasaan sayang tetap terbuku di hati.


Suatu hari, si jejaka dipanggil pergi ke medan perang. Dia berasa amat susah hati. Dia bimbang jika tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar merah. Aku akan mengenalimu kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkan aku membawa makan malam dan bertemu orang tuaku."


Maka pergilah dia ke medan perang dengan tenang.


BEBERAPA BULAN KEMUDIAN~
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi sambil memegang sekuntum mawar merah. Diperhatikannya setiap gadis yang ada di situ sekiranya ada yang turut memegang mawar merah sepertinya.


Tiba-tiba, dia ternampak seorang gadis agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari bseseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut apabila gadis pujaannya amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampirinya.


"Qaireena?"


Gadis itu melihat si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka menghulurkan mawar kepada si gadis dan berkata, "Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Mereka tidak sabar untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.


Si gadis tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis jelita memberikan bunga ini kepadaku tadi. Dia memintaku memberitahu kamu, dia sedang menunggu di restoran da hadapan stesen ini jika kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."


~TAMAT~


Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Qaireena. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan seluhur hati pemuda itu?


Bila bersendirian
jangan rasa kesepian
walau tanpa teman
kita tetap diperhatikan

Dalam gelap atau terang
ada mata yang sentiasa jaga
melihat perlakuan dan rasa
mencatat dosa atau pahala

Bila bersendirian 
jangan katakan 'aku sunyi'
sebaliknya selalu bisikkan di dalan hati
pada diriku sentiasa
ada Pemerhati

Bila bersendirian
teruji keikhlasan
tanpa kejian atau pujian
apakah terus ada kesetiaan
berfikir dan berzikir
dengan tulus kesunyian!!


p/s : jangan salah tafsir pasal entri kali ni..hehe~ *emo je lebih, huh~!


TRY DENGAR NASYID NI.~ -credit to nik sakinah-





post signature

Tuesday, May 3, 2011

RABIATUL ADAWIYAH

بسم الله الرحمن الرحيم
assalamualaikum~
Ok, masa saya tengah search kat YOUTUBE lagu2 yang best, saya terjumpa lagu nasyid yang berjudul RABIATUL ADAWIYAH. So, saya pun dengarlah nasyid tu, yup, merdu je~ so, saya nak share la beberapa cerita pasal RABIATUL ADAWIYAH sebagai renungan~ =)




Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.
----------------------------------------------------------------------------------------------------
KISAH 1:

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. 


Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. 



Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. 


Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohn doa kepada Allah. Di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudian raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. 



Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisau dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. 


Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. 



Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. 


Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditemuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. 


Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.


----------------------------------------------------------------------------------------------------
KISAH 2:

Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke rumah Rabiatul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak pernah ketandusan hujah.

"Wahai Rabiatul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada kaum wanita." Ketua rombongan itu memulakan bicara.

"Buktinya?" Balas Rabiatul Adawiyah.

"Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada kaum lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

"Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

Kemudian Rabiatul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."


----------------------------------------------------------------------------------------------------
KISAH 3:

Suatu hari, Rabiatul Adawiyah terlihat seseorang sedang berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat demikian, Rabiatul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

"Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

"Sudah berapa lama?" Tanya Rabiatul Adawiyah lagi.

"Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

Lantas Rabiatul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa usiamu sekarang?"

Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

"Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya beliau lagi.

"Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

"Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat selama ini?" Tanya Rabiatul Adawiyah.

"Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

"Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkantubuh badanmu, tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya, pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira. Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabiatul Adawiyah. 



"Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat hina seperti itu?" Sambung Rabiatul Adawiyah lagi.

Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan Rabiatul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.


Rabiatul Adawiyah sebagai seorang ahli filsafat timur yang telah dianugerahkan kepada dunia pada tahun 95H(717M) di Basrah, Iraq memainkan peranan yang besar di dalam mempengaruhi ilmu falsafah Islam.

p/s: terinigin pula nak beli buku tu ^ ngeee~

post signature

MY EXPERIENCE THROUGH MARA INTERVIEW

Assalamualaikum. May Allah bless your days. =)


Sorry for being late to update my blog. I really want to tell u about my INTERVIEW EXPERIENCE. Just for fun only. HOHO


Ok, I just finished my interview last Thursday ( 28th Apr) which is held in Anggerik Mall, Shah Alam. Shah Alam? HUH? My father is not really expert about the consequences of the area. Huh. -.- So, he already printed out the map of Shah Alam so we did not get lost. Thanks to MR. GOOGLE! haha






For me, it is my first official interview ever. I'm little bit feel nervous and jittery. I really want the MARA scholarship. Yes, that is what I'm always praying for.


Actually, for this interview, I already prepared it since last year > 2010. HIHI. I'm very excited as I read all blogs related to the tips during interview. So, I already prepared my text why I want to be a doctor Ah, in my mind only not on a piece of paper. Ngee~


Then, it is little bit shocking for me when I knew that the format of this interview has changed. No more individual interview!. I realised it when I read one post about the interview my friend had. So, when she story about the task given by MARA, I thought it is only in her area which is at Terengganu. But, the same story told by the other interviewees which is to build a SPAGHETTI BRIDGE. Sound funny ha? Ya, I thought it is the task for the one who applying for engineering only. My thoughts entirely wrong! So, I bet all the candidates will undergo the same task! ngeh3.


WHAT SHOULD I DO??? wohohoho~
sleep, eat, solat, work~
So, I decided to do some research on how to build a spaghetti bridge. I did it on the day that I will be interviewed! Yela, for the weekdays I have to go to work and there is no time for me to prepare anything. Back from work, I also need some rest ok. Ha! so, a bed and a pillow are most comfortable place for me to relax my mind. muahaha 
Besides, I already prepared all the certificates that are needed two days before. By the way, as usual, MARA requires an essay to be submitted during the interview day. These are the 3 criteria need to be written and included in the essay :
  1. BRIEF INTRODUCTION ABOUT YOURSELF
  2. STUDY PLAN
  3. CAREER PLAN
I had to express the idea to produce this essay. Can u imagine that? I did not use my 'brain' for 4 months already. HAHA -.-


Ok, I arrived at there about one and a half hours before the interview start. So, I decided to make new friends there. Then, an old man admonished my dad. So, I get to know that his child is from Alam Shah Science School and being interviewed now. If i'm not mistaken lah. I'm wondering who is his child?hehe~ 


Then, for a past few minutes, his SON finished his interview. HAHA. I asked him about the task given, so the answer is to build a SPAGHETTI BRIDGE! huh, as what I thought. =___=''

Oh, i'm glad to meet my another new friend which her nickname is JELLY. Sound weird right? There is a reason behind her nickname, Malas la nak cerita, it does not important right ? ngeh3 =P So, I practise to speak English with her. Yes, I admit that my way of speaking is suck. Grammar pun berterabur. Ah, practice makes perfect. =)



Ya, she is a nice person and we hope that we will be in the the same group. However, we only plan, Allah determines. She got to be interviewed with panel B while me with panel D and my turn was number 4. =D






DURING THE INTERVIEW SESSION =I


1) I was placed with 8 other members. So total for my group members = 9 people. 5 gals * including me and 4 guys. They all from the top schools like MRSM, AMINUDDIN BAKI, ALAM SHAH. ME? i'm proud to say that I'm from SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR DAMAI PERDANA. =)


2) We have to fulfill a task. Build a bridge in the midst of two desks by one kg of spaghetti. MATERIALS : 1 kg of spaghetti, a scissor, and a roll of thread. This task has to be finished in 30 minutes only, but my group already take 15 minutes to plan what the bridge looks like. Actually, there is an argument with my group members about the bridge that we should build. At first we plan to build as a railway, then we have to change our original plan for some reasons T_T.


3) After we had fulfilled the task, the interviewers test our 'bridge'. It does not look like a bridge at all. HAHA. yela, most of my group members are applying in MEDICAL COURSE except for a one guy named MAEL hensem!~ =P who are applying for TENAGA PENGAJAR. None of us are applying for engineering course. So, this is what gonna happen to the bridge. Ngee~ and MOST SURPRISINGLY, our 'bridge' does not collapsed. ALHAMDULILLAH =D


4) Next, the interviewers asked some questions about the bridge. Overall, we all did answer the questions smoothly. For me, I have done my best to my group. And I really satisfied with my cooperation in my group. The example given questions are "If u are given a chance to change the spaghetti to the other things, what things it should be?'' , "are u satisfied with all ur teams?'' , "what do u want to crticize about your group members?'' and etc. So, overall the interview session is about one hour only. Seriously, cepat je masa berlalu. 


5) In a nutshell, just be youtself. I'm glad that i am friendly and sporting. ECECEH, memuji nampak. Don't be too bossy and be natural. You are who you are.  Just be confident and show that you have the determination and enthusiasm to get the MARA scholarship.


6) I admit that, I really love my group. They all are really supportive and sporting. And most importantly, they all are not hypocrite. I'm glad to meet them, and I hope we can see each others in the future. INSYAALLAH.






p/s: Woahhh. I am so glad and relieved. Now, I can sleep well tonight, no more nightmares~! 
The road to SUCCESS is not straight,
There is a curve called FAILURE,
A loop called CONFUSION,
Speed bumps called FRIENDS,
Red lights called ENEMIES,
Caution lights called FAMILY,
You will have flat tires called JOBS,
But if you have a spare called DETERMINATION,
An engine called PERSEVERANCE,
A driver called ALLAH,
You will make it to a place called,
SUCCESS.


post signature

Sunday, April 24, 2011

KEPENATAN MELANDA!~

assalamualaikum semua! =D


Huarghhhhhhh~~ Tengah menguap ni, kikiki~

Melihat jam di skrin laptop saya, sekarang ni dah menunjukkan pukul 3:09 a.m. What?! Lambatnya tidur. Huh! Itu normal bagi saya yang suka bersengkang mata sejak dulu lagi. Kalau dulu2, tidur lewat sebab study and so on. Now, tidur lewat sebab online. Kantoi~ Aarggghh, i miss those moments :)

But now, i am still working on my essay. ESEI APA???
> esei untuk temuduga MARA nanti la. Lagi 3 hari je, barulah terhegeh2 nak buat sekarang. Sekali kena marah dengan abah barulah terkontang kanting nak cari idea untuk esei tu. Yela, mana taknya, hari Jumaat hari tu baru saya tahu yang temuduga MARA ni kena buat esei. Nasib baik laa kawan saya, Nik Sakinah bagi tahu. Kalau tak, memang tak terbuat la esei tu. Then, check balik laman web MARA tu, sign in. Pastu, tengok2 ada kena buat esei dan kena isi beberapa borang tertentu. Time tu Allah jela yang tahu perasaan saya. Mana taknya, saya baru tahu kot(!). Dah laa satu idea pun takde, lagi2 sekarang ni sibuk pula dengan kerja. Mana cukup masa, kerja pun dalam sehari dah 12 jam, kalau kerja tu ringan2 je, ok gak. Tapi, kerja ni bukanlah ringan mana, berat kot. Tambah2 lagi dengan perkara2 yang tak dijangka berlaku kat tempat kerja saya tu.



Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.


Actually, sekarang ni tengah bosan tak tahu nak buat apa. Ingat lepas ni nak buat solat Tahajud. InsyaAllah. Esei tu baru berapa perenggan je siap, takde idea la~ Maybe otak dah berkarat kot. Bayangkanlah, dah masuk empat bulan dah tak perah idea untuk buat karangan macam ni. Lain la waktu sekolah dulu, setiap minggu ada je karangan yang hendak di siapkan dan semestinya saya siapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Ngee~

----------------------------------------------------------------------------------------
Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Tadi, lepas habis solat dan ngaji, saya tengok topup yang tinggal. Owhh, tinggal lagi RM5++. So, apa lagi, saya ambil kesempatan itu untuk menelefon sahabat saya di Kota Bharu. HOHO. Bulan ni je dah 3 kali rasanya saya call dia. Kredit melayang usah cakap la. Banyak kot..ngee~ Semangnya dia merupakan sahabat baik saya. Selalu bagi support terutamanya time2 macam ni la. I really appreciate that, my fren. Pastu dia suruh speaking dengan dia. Tapi saya? Malu2 kucing pulak..meowww~ Entahla, tak tahu nak gambarkan macam mana. Seolah2 saya ni tak ada keyakinan diri nak speaking. Ni baru dengan kawan je, macam mana lah dengan interviewer nanti. Can you imagine it? HUH!


Then, cop pengesahan sekolah tak ambil lagi. huu~ Tak tahu la bilanya saya free. Besok dah la kerja. Abah kata minta permohonan untuk keluar kejap bila waktu rehat saya. Emm, tengok lah nanti. Sebenarnya, banyak lagi benda yang saya tak settlekan lagi. Yela, sabtu pun saya kena kerja. Ahad jela saya ada masa terluang. Sempat ke nak siapkan semua ni? 

Sigh~


Ok2, mata pun dah berat ni. Esei pula dah tertunda sebab asyik baca blog orang je. Kikiki~ TENGOK! buang masa kat situ je. Haishh, Alyani2. Hari ni je macam2 blog saya dah baca. Ah, tarikan blog ni begitu kuat, =__=''


Sebelum mengundur diri, saya doakan buat mereka yang bakal hadiri temuduga dengan pihak MARA pada hari ni. All the best! Be confident about yourself, just be yourself. >Pesanan untuk diriku ini juga. T__T. Ingat, interviewer tu pun manusia juga. Kalau kita tak dapat tawaran tu, just bear in your mind bahawa itu bukan rezeki awak. 


Have confidence that if you have done a little thing well, you can do a bigger thing well too.


I got to go. Doakan saya agar saya dapat buat yang terbaik. Memang banyak sedikit perasaan kecewa yang sedang menyelubungi hati saya ni. Ada lah sebab2 tertentu yang tidak dapat saya luahkan di sini. =(


Till then, selamat malam. Assalamualaikum. Mudah2an hidup kita sentiasa diberkati Allah =)


p/s: Mengantuknya!~ @_@


sekadar renungan~~~
Perkara paling penting 
apabila berhadapan dengan keadaan 
yang kurang menyenangkan 
adalah dengan memberikan perhatian 
terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,
bukannya mencari-cari-apa silapnya.
^^
post signature

Sunday, April 17, 2011

KERDILNYA DIRI HAMBAMU INI!

بسم الله الرحمن الرحيم


ASSALAMUALAIKUM, khalifah-khalifah Allah. Semoga hidup kita sentiasa di berkati oleh Allah s.w.t.

Emm~ Sudah lama juga ea saya tidak mengupdate apa2 kat blog ni. Yela, sekarang ni pun dah sibuk dengan kerja sementara tunggu keputusan UPU.

Entahlaa, sejak kebelakangan ni, saya sering merasa betapa kerdilnya diri hambaMu ini. Cubalah bayangkan, berapa orang yang dapat semua A baru2 ni? Jawapannya ialah seramai 9239 PELAJAR ok!!! Memanglah saya pun tergolong dalam jumlah tersebut tapi saya bukanlah golongan pelajar yang tergolong dalam 363 pelajar tersebut iaitu pelajar2 yang mendapat semua A+ dalam mata pelajaran yang di ambil.

ok, STOP! KENYATAAN SAYA DI ATAS BUKANLAH UNTUK BERBANGGA DIRI MAHUPUN TIDAK ADA RASA KESYUKURAN DALAM DIRI, tetapi sebagai manusia, sifat saya untuk menjadi yang terbaik sering wujud.


BE THE BEST AMONG THE BEST!

ok2,saya lupakan dulu hal di atas. Apa2pun tahniah di ucapkan buat lepasan2 SPM 2010. Kita semua dah buat yang terbaik. Segala keputusan yang kita perolehi tempoh hari mencerminkan usaha yang telah kita curahkan sepanjang perjuangan kita bergelar seorang pelajar. LA TAHZAN! Kita kena yakin, Allah akan bagi yang terbaik buat hamba2nya, INGAT TU. =)

Sebenarnya apa yang mahu saya post kali ni adalah betapa 'cemburunya' aku melihat orang2 yang telah berjaya. Ini cemburu yang baik2 je ok.(!) hehe. Yela, sekarang ni kat FB saya tu macam2 orang yang saya 'add' mahupun saya 'confirm'. Daripada situ saya kenal macam2 orang. Yup, bila kita berkawan dengan seseorang itu pasti kita akan merasakan betapa banyaknya kelebihan dia berbanding saya. Dan saya masih tercari2 apakah kelebihan saya. Emm, kadang2 saya 'usha' juga profile pelajar2 luar negara seperti di Mesir misalannya. Dari situ timbul satu perasaan 'bilakah aku dapat menjadi seperti mereka?' Persoalan ni sering kali bermain di kotak fikiranku. Ada gak kawan2 saya yang dah jadi hafiz. Jelez tahu? Best sangat diorang tu. Saya kat sini masih dalam perjalanan untuk menggapai cita2ku.

Arghh, kalau ikutkan banyak lagi persoalan2 yang sering bermain di fikiranku ini. Tapi apakan daya, saya tidak mampu terjemahkannya dalam bentuk tulisan. Kadang2 saya menangis sendirian memikirkan masa depanku. Saya cuma mahu jadi yang terbaik. Saya nak meneroka ilmuNya selagi saya masih hidup. Walaupun kadang2 sifat putus asa hadir dalam diri saya, saya cuba buangnya jauh2. Setakat SPM tu, itu baru permulaan bagi saya. BARU PERMULAAN! Entahla, saya nak sangat2 jadi doktor pakar. Itu merupakan cita2 saya sejak saya mengenal apa itu erti cita2.

Dan sekarang ni, saya tengah buat persediaan untuk di temuduga oleh pihak MARA. Cuak kot! Yela, tak pernah2 saya di temuduga oleh mereka yang 'berpangkat tinggi'. Memanglah sebelum2 ni saya pernah di temuduga oleh pengetua tempat saya bekerja, tapi itu amat berbeza dengan sekarang. Masa tu, perasaan 'dapatpuntakpe, takdapatpuntakpe' wujud kat diri saya. Yela, tyme tu pun baru je habis SPM. Kerja yang saya mohon tu pun just untuk mengelakkan diri saya bosan menghabiskan masa berbulan2 di rumah. Sebaliknya, temuduga dengan pihak MARA ni betul2 saya nak. Saya pun konfius laa sebenarnya. Orang kata belajar dalam negara lagi bagus. Silibus dah tersusun. Tekanan pun kurang. Environment pun dah selesa, yela, nama pun negara sendiri. Then, dekat je dengan mak dan abah. Kan senang gitu. Ada gak laa saya tanya abang2 yang dah belajar kat luar negara. Diorang kata belajar dalam negara lagi terjamin. Yeke?

Masalahnya sekarang, cikgu kata belajar luar negara lagi berbaloi. Dengan frasarana yang mereka perolehi termasuk tenaga2 pengajarnya yang mantap, kepakaran yang mereka ada, kiranya 'PERFECT' lah ni. Hurmmm~ entahla, saya pun tak tahu dah nak cakap macam mana. Tapi, memandangkan saya dah dapat panggilan untuk temuduga tu, so, apa lagi
just grab the opportunity! Apa2pun saya serah pada yang Maha Kuasa. Dialah yang berhak menentukan segala2nya. Dapat ataupun tak dapat, itu belakang punya cerita.

Dan satu lagi saya nak tekankan kat sini, walaupun bila saya dah berjaya kelak *insyaAllah~, saya takkan lupakan keluarga saya dan sahabat2 saya di sini. Terutamanya sahabat2 baik saya iaitu

  • NURUL IZWANI
  • SYAZA AZIZ A.K.A CIK K =P 
  • NIK SAKINAH
  • NADIA NADIRAH
  • SHAFAWATI 
  • NURHURIN SYAZWANI 
  • HANISAH 
  • MUHAMMAD AKID 
  • AHMAD FAKHARUDDIN

Saya rindu dengan awak2 semua tau. Bila terkenangkan zaman kita kat sekolah dulu, saya memang hayati sangat2. Susah nak dapat kawan macam awak2 semua. IMISSYOUALL!!!!!!

Tak lupa juga mereka yang sentiasa bagi sokongan kepada saya terutamanya abg Anaqi dan abg Fikri. Yang lain2 tu pun saya berterima kasih juga. Kalau nak ikutkan, penat laa saya nak taip nama mereka satu persatu. Ngeh3 =P

Buat sahabatku Nadia Nadirah, buat yang terbaik juga dalam temuduga tu nanti. Saya tahu awak boleh. Jangan putus asa lagi. Saya doakan semoga awak berjaya. No pain, no gain. Ingat tu!

K la, sampai di sini sahaja catatan saya hari ni. Mohon jasa baik kamu semua agar mendoakan kejayaan kami. Jazakumullah. =)



p/s: besok kerja~

post signature